tazkirah pendek

Upload: ehsan-nordin

Post on 04-Jun-2018

240 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Tazkirah Pendek

    1/7

    Amalan Yang Dibawa Selepas Mati

    Dari Abu Hurairah r.a. bahawa NabiMuhammad s.a.w. bersabda: " Apabila

    seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmumemberi kepada yang faedah orang lainatau anak yang soleh yang berdoauntuknya ."

    (Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

    Pertama " Sedekah jariah " ialah harta benda yang diwaqafkan kerana AllahTaala, seperti:

    (1) Mewaqafkan sebuah kebun bersamahasil tanamannya untuk kebajikan umum.Atau mewaqafkan sebidang tanah untukmenjadi tapak masjid, surau, rumah anakyatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.

    (2) Mendirikan - atau berkhairat alakadarnya untuk mendirikan masjid surau,rumah anak yatim, madrasah, sekolah dansebagainya.

    (3) Mendirikan rumah waqaf untuk kaumkerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat

    berteduh atau untuk disewakan danhasilnya dikhairatkan untuk kebajikanumum.

    (4) Mendirikan rumah "musafir khanah"untuk persinggahan orang-orang musafiryang memerlukannya.

    (5) Dan lain-lain lagi yang termasuk dalamamalan yang diredhai Allah sepertimendirikan hospital dan kutub khanah,mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islamserta buka-buka pengetahuan yang bergunadan sebagainya.

    Amalan "waqaf" dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullahs.a.w.(3) dan telah berkembang di negara-negara Islam hingga hari ini danseterusnya, malah ada yang datang

    membentuk "Kementerian Waqaf dinegara masing-masing.

    Selagi harta benda yang diwaqafkan itumasih wujud dan dinikmati faedahnya olahumum maka tuan punya harta itu akanmendapat pahalanya berterusan semasa iahidup dan sesudah ia mati.

    Kedua: " Ilmu yang berguna ataubermanfaat kepada orang lain ," yangtersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang

    berhubung dengan agama Islam secarakhusus dan juga yang berhubung dengankemajuan di dunia secara umum, sama adamelalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui

    kitab-kitab dan buku-buku karangannya.Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masihwujud dan dinikmati faedahnya olehumum maka ia akan mendapat pahalanya

    berterusan semasa ia hidup dan sesudah iamati.

    Ketiga: " Anaknya yang soleh yangberdoa untuknya "

    Doa anak kepada kedua ibu bapanya, samaada anak itu orang yang soleh atausebaliknya adalah baik dan berguna. Tetapidoa anak yang soleh lebih diharap tentangmakbulnya.

    Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menarik perhatian tentang kelebihan anak yangsoleh dalam hadithnya ini, supaya ibu bapamendidik anak-anak masing-masing

    dengan sebaik-baiknya sehingga anak itumenjadi orang yang berjaya di dunia dan

    berjaya di akhirat.

    Serentak dengan itu kedua ibu bapa akanmendapat rahmat disebabkan usahanyamendidik anak-anaknya dengan sebaik-

    baiknya dan mendapat rahmat puladisebabkan doa anaknya yang soleh itu.

  • 8/13/2019 Tazkirah Pendek

    2/7

    Pesanan Iman Al-Ghazali

    Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpuldengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...

    1 - Pertama , "Apa yang paling dekatdengan diri kita di dunia ini?".

    Murid-muridnya ada yang menjawaborang tua, guru, teman dan kerabatnya.

    Imam Ghazali menjelaskan semua jawapanitu benar. Tetapi yang paling dekat dengankita adalah "mati". Sebab itu sudah janjiAllah SWT bahawa setiap yang bernyawa

    pasti akan mati.

    "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasaimati, dan bahawasanya pada hari kiamatsahajalah akan disempurnakan balasankamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkandari neraka dan dimasukkan ke syurgamaka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan(ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini(meliputi segala kemewahannya dan

    pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalahkesenangan bagi orang-orang yang

    terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )

    2 - Lalu Imam Ghazali meneruskanpertanyaan yang kedua . " Apa yangpaling jauh dari diri kita di dunia ini?"

    Murid-muridnya ada yang menjawabnegara China, bulan, matahari dan bintang-

    bintang. Lalu

    Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah"masa lalu". Bagaimanapun kita, apapunkenderaan kita, tetap kita tidak bisakembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kitaharus menjaga hari ini dan hari-hari yangakan datang dengan perbuatan yang sesuaidengan ajaran Agama.

    3 - Lalu Imam Ghazali meneruskandengan pertanyaan yang ketiga . "Apayang paling besar di dunia ini?"

    Murid-muridnya ada yang menjawabgunung, bumi dan matahari. Semua

    jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapiyang paling besar dari yang ada di duniaini adalah "nafsu"

    Justeru nafsu yang menguasai diri ,menyebabkan manusia gagalmenggunakan aqal , mata , telinga dan hatiyang dikurniakan oleh Allah swt. untukhidup berlandaskan kebenaran . Fenomenaini menyebabkan mereka terjerumus kedalam Api neraka Jahanam .

    "Dan sesungguhnya Kami jadikan untukneraka jahanam banyak dari jin dan

    manusia yang mempunyai hati (tetapi)tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata(tetapi) tidak mahu melihat dengannya(bukti keesaan Allah) dan yangmempunyai telinga (tetapi) tidak mahumendengar dengannya (ajaran dannasihat); mereka itu seperti binatangternak, bahkan mereka lebih sesat lagi;mereka itulah orang-orang yang lalai." (Surah Al A'araaf 179 )

    Maka kita harus hati-hati dengan nafsukita, jangan sampai nafsu membawa kitake neraka .

    4 - Pertanyaan keempat adalah, " Apayang paling berat di dunia ini?"

    Ada yang menjawab baja, besi dan gajah.Semua jawapan hampir benar, kata Imam

    Ghazali, tapi yang paling berat adalah"memegang amanah"

    "Sesungguhnya Kami telah kemukakantanggungjawab amanah (Kami) kepadalangit dan bumi serta gunung-ganang(untuk memikulnya), maka mereka engganmemikulnya dan bimbang tidak dapatmenyempurnakannya (kerana tidak ada

    pada mereka persediaan untukmemikulnya); dan (pada ketika itu)manusia (dengan persediaan yang ada

    padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah)

  • 8/13/2019 Tazkirah Pendek

    3/7

    sesungguhnya tabiat kebanyakan manusiaadalah suka melakukan kezaliman dansuka pula membuat perkara-perkara yangtidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab72 )

    Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung danmalaikat semua tidak mampu ketika AllahSWT meminta mereka untuk menjadikhalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapimanusia dengan sombongnyamenyanggupi permintaan Allah SWT,sehingga banyak dari manusia masuk keneraka kerana ia tidak bisa memegangamanahnya.

    5 - Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?".

    Ada yang menjawab kapas, angin, debudan daun-daunan. Semua itu benar kataImam Ghazali, tapi yang paling ringan didunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

    6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah," Apakah yang paling tajam di duniaini?".

    Murid-muridnya menjawab denganserentak, pedang... Benar kata ImamGhozali, tapi yang paling tajam adalah"lidah manusia". Kerana melalui lidah,manusia dengan begitu mudah menyakitihati dan melukai perasaan saudaranyasendiri.

  • 8/13/2019 Tazkirah Pendek

    4/7

    10 orang solatnya tidak diterimaoleh Allah S.W.T

    Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang

    bermaksud : "Sesiapa yang memeliharasolat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat,maka sesungguhnya solat itu tidak menjadicahaya, dan tidak juga menjadi petunjukdan jalan selamat baginya." (TabyinulMahaarim)Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa :"10 orang solatnya tidak diterima olehAllah S.W.T, antaranya :

    1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpamembaca sesuatu.2. Orang lelaki yang mengerjakan solattetapi tidak mengeluarkan zakat.3. Orang lelaki yang menjadi imam,

    padahal orang yang menjadi makmummembencinya.4. Orang lelaki yang melarikan diri.5. Orang lelaki yang minum arak tanpamahu meninggalkannya (Taubat).6. Orang perempuan yang suaminya marahkepadanya.7. Orang perempuan yang mengerjakansolat tanpa memakai tudung.8. Imam atau pemimpin yang sombongdan zalim menganiaya.

    9. Orang-orang yang suka makan riba'.10. Orang yang solatnya tidak dapatmenahannya dari melakukan perbuatanyang keji dan mungkar."

    Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :"Barang siapa yang solatnya itu tidakdapat menahannya dari melakukan

    perbuatan keji dan mungkar, makasesungguhnya solatnya itu hanyamenambahkan kemurkaan Allah S.W.Tdan jauh dari Allah."Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itutidak dapat menahan kamu dari melakukan

    perbuatan mungkar dan keji, makasesungguhnya kamu dianggap orang yang

    tidak mengerjakan solat. Dan pada harikiamat nanti solatmu itu akan dilemparkansemula ke arah mukamu seperti satu

    bungkusan kain tebal yang buruk."

  • 8/13/2019 Tazkirah Pendek

    5/7

    10 Perkara Yang Mensia-siakan

    Sufyan Ats-Tsauri, seorang ulama hadithyang terkemuka, menyatakan bahawa adasepuluh hal yang termasuk dalam kategorisia-sia, iaitu:-

    1. Lelaki atau wanita yang berdoauntuk dirinya sendiri tetapi tidakdimohonkan doa untuk ibu

    bapanya dan kaum Muslimin.2. Orang yang sentiasa membaca Al

    Quran tetapi tidak membaca secaratertib sampai seratus ayat tiap-tiaphari.

    3. Lelaki yang masuk ke dalammasjid, kemudian ia keluar kembali

    dari masjid itu tanpa mengerjakansolat tahiyatul masjid.4. Orang yang melintasi tanah

    perkuburan tetapi tidakmengucapkan salam kepada

    penghuni kubur dan tidakmendoakan untuk keselamatanmereka.

    5. Lelaki yang masuk pada hariJumaat ke suatu kota, kemudian iakeluar lagi dari kota itu tanpa

    mengerjakan solat Jumaat berjamaah.

    6. Lelaki atau wanita yang tinggal disuatu lingkungan dengan seorangulama, tapi dia tidakmempergunakan kesempatan ituuntuk menambah ilmu

    pengetahuan.7. Dua orang lelaki yang bersahabat

    tetapi mereka tidak salingmenanyakan tentang keadaanmasing-masing dan keluarganya.

    8. Lelaki yang mengundangseseorang menjadi tetamunya tetapitidak dipedulikan dan tidakdilayani tetamunya itu.

    9. Pemuda yang menjadikan zamanmudanya berlalu begitu saja tanpamemanfaatkan waktu yang

    berharga itu untuk menuntut ilmudan meningkatkan budi pekerti.

    10. Orang yang tidak menyedari jirantetangganya yang merintihkelaparan, sedangkan ia sendiri

    makan kekenyangan di dalamrumahnya.

  • 8/13/2019 Tazkirah Pendek

    6/7

    Sembilan pembaziran tanpadisedari

    IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dantokoh gerakan dakwah Islamiah ialahmurid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam

    Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyakkarya ilmiah yang menjadi panduan dalamgerakan dakwah Islam.

    Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia

    pada 751 Hijrah (1350 Masihi)

    Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan adasembilan pembaziran yang seringdilakukan manusia iaitu :-

    Ilmu pengetahuan.Membazir jika tidak diamalkan untuk jalankebaikan.

    Amalan.Membazir jika dilakukan tidak dengan hatiyang ikhlas.

    Kekayaan.Membazir jika dibelanjakan pada perkarayang tidak bermanfaat dan tidak diredaiAllah.

    Hati.Membazir jika kosong daripada kasihkepada Allah.

    Tubuh badan.Membazir jika tidak digunakan untuk

    beribadah kepada Allah.

    Cinta.Membazir jika dicurahkan kepada selainAllah atau melebihi cinta kepada-Nya.

    Masa.

    Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

    Akal.Membazir jika tidak memikirkan sesuatuyang bermakna kepada agama.

    Zikir.Membazir jika tidak memberi kesankepada hati.

    Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalamMadarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih

    baik adalah pada pertengahan malam yangawal iaitu kira-kira jam 10 malam.

    Waktu yang tidak seharusnya kita tiduradalah selepas waktu Subuh sehinggaterbit fajar, waktu selepas Asar sebelumterbenam matahari dan dari waktuMaghrib ke Isyak.

    Beliau berkata, tidur pada waktu itu tidakmemberi manfaat kepada tubuh badan,malah boleh mendatangkan kemudaratandan makruh hukumnya.

  • 8/13/2019 Tazkirah Pendek

    7/7

    Nama Syaitan dalam Surah Al-Fatihah

    Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,apabila cacat bacaannya maka rosaklahsolat. Oleh itu perbaikilah bacaannyadengan ilmu tajwid. Bukan setakat

    bacaannya saja rosak malah kita menyebutnama syaitan di dalam solat kita.Berikutdiperturunkan nama syaitan laknat yangwujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kitatidak

    berhati-hati.

    Nama syaitan;1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)

    sepatutnya DULILLAH2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS

    SIROTHOLLAZI............. sehingga habis

    hendaklah dibaca tanpa henti.

    AMIN ...............hendaklah mengaminkanAl-Fatihah dengan betul iaitu AA ......duaharakat, MIN .... 3 harakat, semoga Aminkita bersamaan dengan Amin malaikat .....Insya-Allah. semoga kita menjadi orangyang sentiasa membaiki bacaannya.