tawaran permohonan penempatan latihan ... khusus kepada pelajar tahun 3 fkee dan fkmp yang akan...

2
TAWARAN PERMOHONAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI DI NAGAOKA UNIVERSITY OF TECHNOLOGY, JAPAN Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Hubungan Universiti dan Industri (PHI) akan menawarkan permohonan penempatan latihan industri di Nagaoka University of Technology (NUT), Japan khusus kepada pelajar Tahun 3 FKEE dan FKMP yang akan menjalani penempatan latihan industri pada Semester 3 Sesi 2017/2018. 3. Untuk makluman pihak tuan, program ini merupakan satu program latihan industri berstruktur yang telah disusun dengan kerjasama pihak NUT melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah dijalinkan bersama. Sejak tahun 2013, UTHM telah menghantar seramai 11 orang pelajar daripada FKEE dan FKMP untuk menjalani program latihan industri di NUT dan telah mendapat maklumbalas yang positif. 4. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Y. Bhg. Prof/Dr./Tuan/Puan untuk menghebahkan makluman tawaran program ini khususnya kepada pelajar tahun 3 di fakulti tuan. Bersama ini disertakan buku panduan penempatan latihan industri luar negara, poster tawaran dan borang permohonan untuk rujukan dan hebahan di fakulti masing-masing. Borang yang telah lengkap perlu dihantar kepada pegawai kami En. Mohd Zukhairi bin Husin di Pejabat Hubungan Universiti dan Industri atau di talian 07-4537191 selewat-lewatnya pada 18 Mac 2018. Bersama ini disertakan poster hebahan makluman untuk panduan dan rujukan. Segala kerjasama dan komitmen tuan amat dihargai. Sekian, terima kasih. “ DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA” PROF. MADYA DR. MOHD EZREE BIN ABDULLAH Pengarah Pejabat Hubungan Universiti dan Industri Universiti Tun Hussein onn Malaysia

Upload: nguyenkhue

Post on 01-May-2018

233 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

TAWARAN PERMOHONAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI DI NAGAOKA UNIVERSITY OF TECHNOLOGY, JAPAN

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Hubungan Universiti dan Industri (PHI) akan menawarkan permohonan penempatan latihan industri di Nagaoka University of Technology (NUT), Japan khusus kepada pelajar Tahun 3 FKEE dan FKMP yang akan menjalani penempatan latihan industri pada Semester 3 Sesi 2017/2018.

3. Untuk makluman pihak tuan, program ini merupakan satu program latihan industri berstruktur yang telah disusun dengan kerjasama pihak NUT melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah dijalinkan bersama. Sejak tahun 2013, UTHM telah menghantar seramai 11 orang pelajar daripada FKEE dan FKMP untuk menjalani program latihan industri di NUT dan telah mendapat maklumbalas yang positif.

4. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Y. Bhg. Prof/Dr./Tuan/Puan untuk menghebahkan makluman tawaran program ini khususnya kepada pelajar tahun 3 di fakulti tuan. Bersama ini disertakan buku panduan penempatan latihan industri luar negara, poster tawaran dan borang permohonan untuk rujukan dan hebahan di fakulti masing-masing. Borang yang telah lengkap perlu dihantar kepada pegawai kami En. Mohd Zukhairi bin Husin di Pejabat Hubungan Universiti dan Industri atau di talian 07-4537191 selewat-lewatnya pada 18 Mac 2018. Bersama ini disertakan poster hebahan makluman untuk panduan dan rujukan. Segala kerjasama dan komitmen tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“ DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

PROF. MADYA DR. MOHD EZREE BIN ABDULLAH Pengarah Pejabat Hubungan Universiti dan Industri Universiti Tun Hussein onn Malaysia