tautan dan runtutan power copy3

53
SCLM5043 ANALISIS WACANA NAMA: NOR IZHAM BIN JAFAR NO MATRIK: 811531 NAMA: ZOLKIFIL BIN HANAFI NO MATRIK: PENSYARAH: PN. YUSNIZA BT. YAAKUB

Upload: izham-jaafar

Post on 03-Jul-2015

1.558 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tautan dan runtutan  power   copy3

SCLM5043 ANALISIS WACANA

NAMA: NOR IZHAM BIN JAFARNO MATRIK: 811531

NAMA: ZOLKIFIL BIN HANAFI NO MATRIK:

PENSYARAH: PN. YUSNIZA BT. YAAKUB

Page 2: Tautan dan runtutan  power   copy3

TAJUK: TAUTAN DAN

RUNTUTAN

Page 3: Tautan dan runtutan  power   copy3

3

Makna Tautan

Menurut Sanad Md. Nasir (2002)

"Keserasian hubungan antara unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana. Keserasian ditinjau daripada hubungan antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan sesuatu perkataan dalam wacana tersebut".

Page 4: Tautan dan runtutan  power   copy3

4

Maksud runtutan

Runtutan atau koheren merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadi satu teks yang bermakna. Runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana.

Page 5: Tautan dan runtutan  power   copy3

5

MODEL TAUTAN

• Model Tautan Halliday dan Hasan (1976). Menurut mereka, organisasi sesuatu teks terbina daripada intersentential linguistic features (ciri-ciri yang membina teks), yang memberikan sesuatu teks itu tekstur, dan ciri yang membina teks tersebut wujud di dalam teks (Halliday, 1994).

• Halliday dan Hasan (1976) membahagikan tautan kepada lima jenis, iaitu

1. Rujukan

2. Penggantian

3. Elipsis ( pengguguran)

4. Penghubung dan

5. Tautan leksikal.

Page 6: Tautan dan runtutan  power   copy3

6

Nik Safiah et al. (2008)

• Menggunakan penjenisan kohesi (tautan) oleh Halliday dan Hassan (1976) tetapi menggunakan istilah penanda wacana untuk semua unsur tautan (sarana kohesi/ cohesive ties). Menurut mereka, penanda wacana terdiri daripada penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian, penanda leksikal, dan penanda elipsis atau pengguguran.

Page 7: Tautan dan runtutan  power   copy3

7

Model Tautan Pindaan Sanat Md. Nasir

• Model Tautan Pindaan Sanat Md. Nasir (2002) menggunakan perkataan ‘pindaan’ dengan maksud pada asalnya ialah Model Halliday dan Hasan (1976), tetapi telah mengalami penyusunan semula, tambahan dan penekanan aspek tertentu dalam kajian tautan aliran sistemik (systemic theory).

Sanat Md. Nasir (2002) membahagikan tautan kepada tiga jenis utama, iaitu tautan

perulangan, tautan kolokasi, dan tautan penghubung ayat.

Page 8: Tautan dan runtutan  power   copy3

8

Model Tautan Pindaan Sanat Md. Nasir (2002)

Jenis Tautan Utama Subjenis Tautan

A. Tautan Perulangan 1. Tautan Perulangan Rujukan

2. Tautan Perulangan Penggantian

3. Tautan Perulangan Elipsis

4. Tautan Perulangan Leksikal

5. Tautan Perulangan Parafrasa

6. Tautan Perulangan Paralelisme

7. Tautan Perulangan Struktur dan Makna Sama

B. Tautan Kolokasi 1. Tautan Kolokasi Antoniman

2. Tautan Kolokasi Kohiponiman

3. Tautan Kolokasi Hasil

4. Tautan Kolokasi Sifat

C. Tautan Penghubung ayat 1. Tautan Penghubung Ayat Tambahan

2. Tautan Penghubung Ayat Tentangan

3. Tautan Penghubung Ayat Sebab-Musabab

4. Tautan Penghubung Ayat Waktu

5. Tautan Penghubung Ayat Terusan

Page 9: Tautan dan runtutan  power   copy3

9

Tautan Perulangan

. i) Perulangan kata dan frasa sama

- Dalam sesuatu perenggan , terdapat kata dan frasa yang diulang banyak kali.

- Cara yang digunakan oleh penulis untuk kekal membincangkan sesuatu topik dan memastikan perenggan tersebut kohesif dan koheren.

- Pengaliran idea utama dalam ayat/ topik dan idea-idea yang menyokongnya dalam ayat-ayat huraian mudah diikuti oleh pembaca.

Page 10: Tautan dan runtutan  power   copy3

10

Contoh penggunaan perulangan sama dapat ditunjukkan dalam perenggan di bawah:

• (1) Salah satu cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan mengamalkan nilai-nilai murni kejiranan. (2) Antara nilai murni kejiranan yang patut diamalkan adalah seperti mengutamakan kepentingan dan kebaikan bersama jiran, mengamalkan nilai bertolak ansur, hormat-menghormati dan bantu membantu. (3) Kita mesti bertegur sapa dengan jiran dan sentiasa membantu jiran ketika jiran memerlukan pertolongan dengan kita, seperti semasa kenduri-kendara dan sebagainya. (4) Selain itu, kita perlu menjaga tingkah laku agar tidak menyakiti hati jiran kita.

Page 11: Tautan dan runtutan  power   copy3

11

Perulangan sama termasuklah:

(a) Perulangan kata sama:Contoh: pencemaran … dengan … pencemaran

(b) Perulangan kata dasar sama:Contoh: pencemaran … dengan … tercemar

(c) Perulangan frasa sama:Contoh:generasi muda … dengan … generasi muda

d) Perulangan klausa dan ayat sama:Contoh: keadaan jalan raya pada musim hujan … dengan … keadaan jalan raya pada musim hujan perkara yang perlu diutamakan oleh pihak kerajaan … dengan … perkara yang perlu diutamakan oleh pihak kerajaan

Page 12: Tautan dan runtutan  power   copy3

12

(ii) Perulangan Sama maksud (parafrasa)

• Perulangan sama maksud ialah cara yang digunakan untuk mengatasi masalah penggunaan perulangan sama yang berlebih-lebihan yang akan membosankan pembaca kerana bersifat monotonous.

Page 13: Tautan dan runtutan  power   copy3

13

Contoh penggunaan perulangan sama maksud:• (1) Tidak dapat dinafi kan bahawa wang merupakan faktor utama yang mendorong seseorang itu terlibat dalam kegiatan jenayah. (2) Tanpa duit, hidup kita akan menjadi susah dan terpinggir. (3) Oleh itu, manusia

sanggup membuat apa-apa sahaja untuk memperoleh wang, lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan masalah kewangan, atau keinginan untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.4) Golongan penjenayah sanggup terlibat dalam perbuatan yang menyalahi undang-undang seperti merompak, mencuri, ragut, dan pecah rumah semata-mata untuk memperoleh wang tanpa bersusah-payah. (5) Bagi mereka, wang adalah segala-galanya.

Page 14: Tautan dan runtutan  power   copy3

14

• Dalam perenggan di atas, perkataan duit dalam ayat (2) bertaut dengan wang dalam ayat (1), frasa

mendapatkan wang dalam ayat (3) bertaut dengan memperoleh wang dalam ayat (3),

frasa perbuatan yang menyalahi undang-undang dalam ayat (4) bertaut dengan kegiatan jenayah dalam ayat (1), dan frasa

memperoleh wang tanpa bersusah-payah dalam ayat (4) bertaut dengan mendapatkan wang dengan cara mudah dalam ayat (3).

Page 15: Tautan dan runtutan  power   copy3

15

iii. Tautan perulangan paralelisme

• Tautan perulangan paralelisme merupakan kebalikan kepada perulangan parafrasa. Di sini merujuk kepada bentuk susunan yang sama antara unsur yang bertaut tetapi mempunyai makna yang berlainan.

Contoh: Rezeki perlu dicari dengan bala mesti dihindari.

Page 16: Tautan dan runtutan  power   copy3

16

Perulangan Rujukan

• Rujukan digunakan untuk merujuk atau menggantikan sesuatu kata atau frasa dalam ayat sebelum, atau dalam ayat yang sama.

• Tujuan perulangan rujukan digunakan adalah untuk ‘mengikat’ unsur rujukan tersebut dengan kata atau frasa sebelum.

• Dengan adanya rujukan tersebut, maka ayat-ayat yang terhasil dalam sesuatu perenggan akan bertaut antara satu sama lain.

Page 17: Tautan dan runtutan  power   copy3

17

Contoh penggunaan perulangan rujukan:• (1) Masalah alam sekitar berpunca daripada sikap

rakyat sendiri. (2) Kita sering bersikap lepas tangan

atau tidak kisah apabila berhadapan dengan masalah

ini. (3) Sebagai contohnya, terdapat ibu bapa yang

membiarkan sahaja anak-anak mereka membuang

sampah sesuka hati. (4) Sikap sedemikian sudah tentu

akan memburukkan masalah tersebut.

Page 18: Tautan dan runtutan  power   copy3

18

v. Perulangan Penggantian

• Penggantian ialah hubungan yang formal di dalam bentuk perkataan yang khusus melalui penggunaan tanda gramatikal yang diperolehi daripada apa yang terdahulu. Penggantian terbahagi kepada tiga jenis iaitu penggantian namaan, penggantian kerjaan dan penggantian klausa.

Page 19: Tautan dan runtutan  power   copy3

19

Penggantian namaan

Penggantian yang dilakukan melibatkan kata nama seperti dalam contoh berikut ini:

Kini “kereta” itu dijumpai semula oleh Polis. Bagaimanapun kereta itu sudah bertukar wajah menjadi "besi buruk".

Page 20: Tautan dan runtutan  power   copy3

20

Penggantian kerjaan

• penggantian yang dilakukan yang melibatkan kata kerja. Di bawah ini pula adalah contoh bagi penggantian kerjaan.

A: Liz says you drink too much.

B: So do you!

Bagi contoh di atas, kata kerja ‘drink’ (minum) sebagai kata kerja telah dirujuk dalam dialog yang kedua tanpa menyebut perkataan itu.

Page 21: Tautan dan runtutan  power   copy3

21

Penggantian klausa

• Penggantian klausa pula merujuk kepada penggantian yang dilakukan terhadap sebahagian daripada ayat, khususnya seperti klausa. Seperti dalam contoh berikut:A: "Oh, here's what I owe you" B: "Me, too". Dalam contoh ini, ayat pertama dipersetujui oleh penutur kedua tanpa mengulang keseluruhan ayat yang disebut oleh penutur pertama.

Page 22: Tautan dan runtutan  power   copy3

22

vi. Elipsis

• Penggantian kosong iaitu sesuatu yang sewajarnya ada tetapi digugurkan atau tidak disebutkan dalam sesuatu teks atau proses komunikasi.

• Adalah satu ikatan tautan hubungan tatabahasa yang berlaku antara perkataan dan struktur.

• Terbahagi kepada 3 iaitu elipsis nominal, elipsis kerjaan dan elipsis klausa.

Page 23: Tautan dan runtutan  power   copy3

23

Elipsis Nominal

Pengguguran kata yang berlaku dalam kumpulan kata nama. Seperti dalam contoh berikut :

A: " Kita ini perlu anak. Tau anak! Adanya anak akan lebih bererti hidup …"

B: "Kenapa diungkit-ungkit juga soal itu?"

Page 24: Tautan dan runtutan  power   copy3

24

Elipsis kerjaan

• Pengguguran kata yang berlaku dalam kumpulan kata kerja. Contoh bagi elipsis kerjaan ialah :

A: "Pernahkah kamu menaiki beca dan basikal?"

B: "ya, pernah "

Page 25: Tautan dan runtutan  power   copy3

25

Ellipsis klausa

• Pengguguran yang melibatkan sebahagian ayat atau klausa. Contohnya dalam petikan dialog berikut:

Guru: "Apakah kamu mahu mendapat biasiswa dari kerajaan?"

Pelajar: "Ya tentu"

Page 26: Tautan dan runtutan  power   copy3

26

vii. Tautan Perulangan Leksikal

• Tautan leksikal ialah merujuk kepada ikatan perkataan yang diperoleh melalui pengulangan perkataan utama (keywords) dan penggunaan sinonim. Tautan leksikal berlaku melalui tiga cara iaitu melalui penggunaan kata yang sama atau hampir sama, penggunaan kata sinonim dan penggunaan kata superordinat.

Page 27: Tautan dan runtutan  power   copy3

27

• ‘Seni bina masjid dengan jelas memperlihatkan adanya pengaruh kebudayaan setempat. Maka kerana itulah seni bina masjid, dalam sejarah perkembangannya di seluruh dunia memperlihatkan berbagai-bagai gaya hingga wujudnya bermacam-macam reka bentuk masjid, seperti masjid gaya Arab, gaya Arab-Sepanyol, gaya Parsi(Iran), gaya Turki Uthmaniah, gaya India, gaya China dan gaya Melayu-Nusantara’.

Page 28: Tautan dan runtutan  power   copy3

28

B. Tautan Kolokasi

• Tautan kolokasi terbahagi kepada empat,

unsur tautan itu berada dalam teks dan hubungan makna yang diwujudkan.

Kolokasi dalam tautan dicapai melalui dua cara iaitu melalui perkaitan semantik item-item leksikal yang kerap hadir secara bersama atau mempunyai makna rujukan umum yang sama atau berkaitan dan melalui kata yang berlawanan.

Page 29: Tautan dan runtutan  power   copy3

29

i. Tautan kolokasi antoniman

Tautan kolokasi antoniman bermaksud hubungan keberadaan unsur tautan yang bercirikan makna berlawanan.

Contoh: "... Yang cinta damai ... Dengan kejadian-kejadian kacau-bilau..."

‘Ketua kampung mempunyai anak gadis yang cantik tetapi mempunyai perangai yang buruk’.

Page 30: Tautan dan runtutan  power   copy3

30

ii. Tautan kolokasi kohiponiman

• Tautan kolokasi kohiponiman merujuk kepada keberadaan hubungan makna unsur yang bertaut di peringkat superordinat dengan ordinatnya. Atau antara hiponim, atau termasuk meronimi iaitu hubungan unsur yang sebahagian dengan unsur yang menyeluruh.Contoh: Sekolah merupakan entiti menyeluruh (superordinat) manakala bilik darjah, guru, pelajar, ujian, dan buku latihan ialah unsur sebahagian (ordinat).

Page 31: Tautan dan runtutan  power   copy3

31

iii) Tautan kolokasi hasil

• Tautan kolokasi hasil bermaksud tautan yang melibatkan keberadaan hubungan makna unsur tautan yang satu menghasilkan yang lain, atau antara unsur yang dihasilkan oleh sesuatu entiti semantik.

Contoh: ... perintah berkurung ... dengan... bahawa kekacauan di Pulau Pinang itu...

Page 32: Tautan dan runtutan  power   copy3

32

Tautan kolokasi sifat

Tautan kolokasi sifat merujuk kepada keberadaan hubungan makna antara unsur tautan yang menjadi punca sifat dengan unsur sifat, atau unsur sifat daripada entiti punca sifat.

Contoh: "... perintah berkurung.....(1)....telah dapat mempertenangkan..."(4)

Page 33: Tautan dan runtutan  power   copy3

33

C. Tautan Penghubung Ayat

• Penghubung ayat atau penanda wacana ialah kata atau frasa yang berfungsi sebagai penghubung atau ‘jambatan’ yang membantu seseorang membaca dari satu ayat ke satu ayat dengan lancar.

Page 34: Tautan dan runtutan  power   copy3

34

i. Penghubung Ayat Tambahan

• Penghubung tambahan ialah sejenis butiran yang memberikan tambahan kepada sesuatu topik yang dibicarakan. Contoh penghubung tambahan ialah dan, di samping, selain, atau, tambahan, dengan perkataan lain dan justeru. Seperti dalam petikan berikut:‘Untuk mendapat sogokan yang cukup mereka akan sanggup ikut arahan penyogok. Dengan perkataan lain, mereka akan jadi alat pada penyogok’.

Page 35: Tautan dan runtutan  power   copy3

35

ii. Penghubung Ayat Tentangan

• Penghubung lawan pula bermaksud pernyataan yang bertentangan. Contoh penghubung lawan ialah tetapi, sungguhpun, walaupun, di sudut lain, sementara, manakala dan sebaliknya.

Page 36: Tautan dan runtutan  power   copy3

36

• ‘Kekuatan Awang Semaun yang luar biasa ini dikatakan kerana ia telah makan sejenis ikan yang bernama 'sumpit-sumpit' yang sangat ganjil dan kononnya ikan ini memang mempunyai kekuatan yang luar biasa. Cerita ini mungkin hanya sebagai suatu dongeng yang diceritakan oleh orang tua-tua kita. Walau bagaimanapun kekuatan Awang Semaun itu memang dari keadaan bentuk badannya yang tegap sasa’.

Page 37: Tautan dan runtutan  power   copy3

37

iii. Penghubung ayat sebab musabab

• Penghubung sebab musabab ialah penghubung yang mengubungkan dua unsur yang sangat bertalian. Hubungan ini dapat dilihat melalui penggunaan kata-kata seperti oleh itu, kerana, oleh sebab itu, oleh yang demikian, kesannya dan akibatnya.

Page 38: Tautan dan runtutan  power   copy3

38

contoh:

• ‘Lima orang itu sangat masyhur ceritanya hingga hari ini kerana mereka terkenal sebagai pahlawan Melayu pada zaman Kerajaan Melayu Melaka dahulu’.

Page 39: Tautan dan runtutan  power   copy3

39

iv. Penghubung Ayat Waktu

• Penghubung waktu pula membawa maksud pertautan yang menggambarkan keadaan waktu atau tempoh. Contoh penggunaan penghubung waktu ialah sebelum, sesudah, pada mulanya, kemudian dan akhirnya.

Page 40: Tautan dan runtutan  power   copy3

40

contoh:

• ‘Keadaan hari ini lebih merbahaya daripada keadaan semasa British merancang untuk menakluk negeri-negeri Melayu dengan perancangan Malayan Union’.

Page 41: Tautan dan runtutan  power   copy3

41

v. Penghubung Ayat Terusan

• Penghubung terusan ialah penghubung yang tidak termasuk dalam mana-mana empat jenis penghubung ayat yang dibincangkan sebelum ini. Penghubung jenis ini dirujuk sebagai sesuatu yang membawa maksud penerusan. Contohnya seperti perkataan ‘now’, ‘surely’, ‘after all’, dan lain-lain lagi.

Page 42: Tautan dan runtutan  power   copy3

42

• a. TurutanContoh: Seterusnya, Keduanya, Akhirnya, Kemudiannya,Selepas itu,

• b. ContohContoh: Contohnya, Apa yang dimaksudkan, Misalnya, Umpamanya,

• c. KesimpulanContoh: Oleh itu, Ringkasnya, Jadi, Sebagai penggulungan, Pendek kata, Jelaslah bahawa, Rumusannya, Demikianlah, Kesimpulannya,

• d. UmumContoh: Dengan ini, Lazimnya, Justeru, Amnya, Selaras dengan itu, Umumnya, Kebiasaannya, Sememangnya,

Page 43: Tautan dan runtutan  power   copy3

43

Model Runtutan

• Model Brown dan Yule (1982)

Selama ini pengkaji bahasa pertuturan mengandaikan bahawa pertuturan bahasa menyampaikan maksud kedudukan sosial apabila mereka menghasilkan ujaran tertentu dalam bentuk dan konteks tertentu. (Hasnah Mat Adnan, 2002)

• Mengikut pandangan ahli-ahli sosiolinguistik mereka berpendapat bahawa sesetengah ujaran boleh diambil kira sebagai satu tindakan sosial. Contohnya seperti sapaan, perjanjian, pengumuman dan memberi amaran.

Page 44: Tautan dan runtutan  power   copy3

44

Menurut de Beagranade dan Dressler,

• Menurut de Beagranade dan Dressler (1981), runtutan adalah hasil kombinasi konsep dan hubungan jaringan ‘ruang maklumat’ yang berpusat kepada ‘Pusat Kawalan’. Mereka telah memperkenalkan konsep Pusat Kawalan sebelum melukiskan sampel yang dikenali sebagai ‘roket’ dalam melihat aspek runtutan.

Page 45: Tautan dan runtutan  power   copy3

45

Konsep Koheren (Runtutan)

• Runtutan merujuk kepada persepsi sesebuah teks secara relatif sehingga dapat difahami.

• Merupakan kesinambungan idea/topik yang terdapat dalam sesuatu wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna.

Page 46: Tautan dan runtutan  power   copy3

46

Menurut Wong Khek Seng (1995)

• Dalam bukunya ‘ Kesinambungan Topik Dalam Bahasa Melayu’, pada dasarnya terdapat tiga aspek utama dalam kesinambungan wacana iaitu kesinambungan tematik (thematic continuity), kesinambungan perlakuan (action continuity) dan kesinambungan topik/peserta (topics/participants contuinity).

Page 47: Tautan dan runtutan  power   copy3

47

Kesinambungan tematik

• Merujuk kepada tema utama dalam sesuatu perenggan wacana. Contoh perenggan yang berikut dikatakan mempunyai tema alam sekitar kerana sedutan wacana ini menceritakan tentang pencemaran alam:

Page 48: Tautan dan runtutan  power   copy3

48

contoh

• ‘Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah kebersihan alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran. Hal ini jelas akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar. Perkara yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan penghawa dingin merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibatnya, penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) amat bahaya kepada masyarakat di Malaysia. Oleh itu, penggunaan bahan ini perlu dikawalkan oleh kerajaan dan pihak swasta supaya dapat menjaga alam sekitar yang dicipta oleh Tuhan’.

Page 49: Tautan dan runtutan  power   copy3

49

Kesinambungan perlakuan

• Merujuk khusus kepada sesuatu urutan kejadian dalam sesuatu perenggan wacana. Lazimnya urutan kejadian yang dimaksudkan itu ditandai dengan kata karyaan atau subsistem. Sebagai contoh, dalam bahasa Inggeris, penggunaan kata sendi seperti and, then, so, when, because dan sebagainya membantu menggambarkan konsep perlakuan yang wujud secara urutan.

Page 50: Tautan dan runtutan  power   copy3

50

kesinambungan topik

• Idris Aman (2010) turut menyatakan ciri berkesinambungan adalah berkaitan dengan aliran idea utama yang terdapat dalam wacana atau teks. Setiap wacana perlu mempunyai satu idea utama yang menjadi inti patinya. Idea utama ini akan disokong dengan idea-idea baru yang berkaitan sahaja. Contohnya, topik atau idea utama dalam urutan klausa berikut ialah Anas kerana urutan klausanya mengisahkan Anas dan perbuatannya.

"Anas terdiam". "Dia terdengar suara memanggil

namanya. Sengaja dia tidak menyahut panggilan

itu".

Page 51: Tautan dan runtutan  power   copy3

51

• Dibantu oleh pengetahuan lepas yang dikongsi bersama antara pewacana dengan sasarannya atau penulis dengan pembacanya. Sebagai contoh dalam dialog antara Sinar dengan Husam.

Sinar : Sudah siap?

Husam: Hampir.

Page 52: Tautan dan runtutan  power   copy3

52

Rujukan

Ahmad Mahmood Musanif & Arbak Othman. (2001). Teori linguistik. Kuala Lumpur : Penerbit Sarjana.

Halliday, M.A.K., R. Hasan, (1976). Cohesion in English. London: Longman.

Hasnah Mat Adam. (2002). Analisis tautan dan runtutan dalam teks klasik dan moden. Tesis Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Idris Aman. (2010). Analisis wacana. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nik Safiah Karim, Farid M. On, Hashim Haji Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2011). Tatabahasa dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sanat Md. Nasir. (2002). Tautan dalam wacana bahasa Melayu akhbar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Wong Khek Seng. (1995). Kesinambungan topik dalam bahasa Melayu. Kuala

Page 53: Tautan dan runtutan  power   copy3

53