taufik bin dahari

4
KEBERKESANAN “Sahube” DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS PERKATAAN KATA NAMA KHAS MURID TAHUN LIMA OLEH: TAUFIK BIN DAHARI BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH AMBILAN JANUARI 2011 ABSTRAK Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah sangat mementingkan kemahiran bahasa iaitu kemahiran menulis. Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk melihat kesan penggunaan bahan bantu mengajar “Sahube” dalam meningkatkan kemahiran menulis huruf besar kata nama khas semasa membina ayat karangan. Sampel dalam kajian ini terdiri daripada seramai 2 orang murid Tahun 5 yang dipilih berdasarkan ujian diagnostik di sebuah sekolah sekitar Menggatal . Hasil analisis data kajian yang dikumpul melalui ujian pra dan ujian pasca mendapati bahawa sampel kajian menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar permainan bahasa ini sangat berkesan dalam meningkatkan kemahiran menulis huruf besar kata nama khas semasa membina ayat karangan. Secara keseluruhannya, permainan “Sahube” ini telah dapat meningkatkan kemahiran menulis kata nama khas yang mengandungi huruf besar bagi murid Tahun 5 dengan betul. 1.0 PENGENALAN Spodek (1973), menyatakan bahawa bermain adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Mereka belajar dan meneroka melalui aktiviti bermain kerana imaginasi mereka yang tinggi. Perkara ini bertepatan dengan kajian yang saya jalankan di mana penggunaan permainan bahasa seperti “Sahube” mampu menjana pemikiran, menarik minat dan membuatkan sampel ingin terus belajar sambil bermain. Perkataan “Sahube” membawa beberapa maksud yang tersurat. Maksud perkataan “Sa” ialah satu, perkataan “hu” ialah huruf manakala perkataan “be” pula membawa maksud besar. Maksud keseluruhan perkataan “Sahube” ini ialah “Satu huruf besar”. Apakah yang dimaksudkan satu huruf besar? Fokus kajian saya ialah kepada masalah murid dalam menulis huruf dalam perkataan Kata Nama Khas. Maka dengan kaedah permainan Satu huruf besar ini akan dapat membantu murid dalam menulis dengan lebih baik. Murid perlu menghasilkan dan menulis hanya satu huruf besar dalam setiap perkataan di awal kata nama khas yang dibina. 2.0 FOKUS KAJIAN/MASALAH KAJIAN

Upload: mike-nandu

Post on 20-Nov-2015

48 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kajian tindakan 2014

TRANSCRIPT

KEBERKESANAN Sahube DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS PERKATAAN KATA NAMA KHAS MURID TAHUN LIMA

OLEH:

TAUFIK BIN DAHARI

BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH AMBILAN JANUARI 2011

ABSTRAK

Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah sangat mementingkan kemahiran bahasa iaitu kemahiran menulis. Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk melihat kesan penggunaan bahan bantu mengajar Sahube dalam meningkatkan kemahiran menulis huruf besar kata nama khas semasa membina ayat karangan. Sampel dalam kajian ini terdiri daripada seramai 2 orang murid Tahun 5 yang dipilih berdasarkan ujian diagnostik di sebuah sekolah sekitar Menggatal . Hasil analisis data kajian yang dikumpul melalui ujian pra dan ujian pasca mendapati bahawa sampel kajian menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar permainan bahasa ini sangat berkesan dalam meningkatkan kemahiran menulis huruf besar kata nama khas semasa membina ayat karangan. Secara keseluruhannya, permainan Sahube ini telah dapat meningkatkan kemahiran menulis kata nama khas yang mengandungi huruf besar bagi murid Tahun 5 dengan betul.

1.0 PENGENALAN

Spodek (1973), menyatakan bahawa bermain adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Mereka belajar dan meneroka melalui aktiviti bermain kerana imaginasi mereka yang tinggi. Perkara ini bertepatan dengan kajian yang saya jalankan di mana penggunaan permainan bahasa seperti Sahube mampu menjana pemikiran, menarik minat dan membuatkan sampel ingin terus belajar sambil bermain.

Perkataan Sahube membawa beberapa maksud yang tersurat. Maksud perkataan Sa ialah satu, perkataan hu ialah huruf manakala perkataan be pula membawa maksud besar. Maksud keseluruhan perkataan Sahube ini ialah Satu huruf besar. Apakah yang dimaksudkan satu huruf besar? Fokus kajian saya ialah kepada masalah murid dalam menulis huruf dalam perkataan Kata Nama Khas. Maka dengan kaedah permainan Satu huruf besar ini akan dapat membantu murid dalam menulis dengan lebih baik. Murid perlu menghasilkan dan menulis hanya satu huruf besar dalam setiap perkataan di awal kata nama khas yang dibina.

2.0 FOKUS KAJIAN/MASALAH KAJIAN

Fokus dalam kajian ini juga tertumpu kepada aspek tatabahasa iaitu penggunaan kata nama khas. Melalui beberapa ujian dan pemerhatian yang dijalankan, sampel dalam kajian ini cenderung meletakkan huruf kecil pada huruf awal perkataan kata nama khas dan huruf besar pada perkataan yang bukan kata nama khas. Hasil daripada analisis dokumen yang dijalankan juga mendapati sampel ini melakukan kesalahan yang sama secara berulang.

Terdapat beberapa masalah yang dialami oleh sampel dalam kajian ini iaitu sampel tidak menulis huruf besar pada awal kata nama khas. Sampel juga tidak dapat membezakan kata nama khas hidup dan tidak hidup. Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, (1981) sebanyak 15 markah iaitu (60%) dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) disediakan untuk lima komponen bahasa iaitu perbendaharaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan, penggunaan tanda baca dan ejaan. Setiap kesalahan daripada mana-mana komponen akan dipotong setengah markah daripadanya. Hal ini bermaksud sampel boleh kehilangan tiga markah (12%) untuk komponen ejaan sahaja. Jika sampel tidak mahir menulis huruf besar dan kecil, sudah tentu perkara ini menjadi masalah besar kepada mereka.3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1Mengenalpasti pola kesalahan murid dalam kemahiran menulis huruf besar kata nama khas.

3.2Mengenalpasti kesan penggunaan bahan bantu mengajar Sahube dalam meningkatkan kemahiran menulis huruf besar kata nama khas semasa membina ayat karangan.

4.0 SOALAN KAJIAN

4.1 Apakah pola kesalahan murid dalam kemahiran menulis huruf besar kata nama khas.

4.2 Apakah kesan penggunaan bahan bantu mengajar Sahube dalam meningkatkan kemahiran menulis huruf besar kata nama khas semasa membina ayat karangan.

5.0 PESERTA KAJIAN

Saya menjalankan kajian tidakan ini di sebuah sekolah tempat saya menjalani praktikum fasa ketiga. Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam sekolah ini telah memberikan satu gambaran berbeza di hati saya. Tambahan lagi, keadaan kelas yang sangat sempit dan bilangan murid yang ramai mewujudkan suatu keadaan yang tidak kondusif untuk murid belajar.

Peserta dalam kajian ini ialah dua orang pelajar perempuan. Kedua-dua murid ini berada di Tahun 5 Orkid yang mempunyai jumlah murid seramai 42 orang. Murid yang menjadi sampel kajian ini mempunyai masalah dalam menulis huruf besar pada awal perkataan kata nama khas. Mereka juga dilihat keliru untuk membezakan samada sesuatu perkataan itu ialah kata nama khas hidup ataupun kata nama khas tidak hidup.

Kedua-dua sampel kajian saya tidak memiliki sebarang jawatan di dalam sekolah membolehkan mereka mudah menerima intervensi daripada kajian saya. Prestasi akademik bagi sampel 1 dan sampel 2 juga berada pada tahap sederhana. Berdasarkan penelitian terhadap latihan yang dijalankan, jelaslah bahawa markah banyak dipotong daripada kesalahan penulisan huruf besar kata nama khas. Peserta kajian saya memiliki satu sifat pendiam sekaligus membuatkan mereka kurang bergaul dengan rakan-rakan lain yang lebih pandai.

6.0 PENDEKATAN

Model penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini ialah Model Kurt Lewin (1948). Model ini menggunakan satu lingkaran yang terdiri daripada empat peringkat iaitu merancang, tindakan, pemerhatian dan refleksi.

Kajian ini juga menggunakan empat jenis instrumen kajian bagi menilai hasil kerja murid iaitu ujian awal, ujian akhir, dan analisis dokumen. Semua instrumen kajian ini dianalisis menggunakan kaedah analisis data senarai semak dan juga jadual transkripsi temu bual. Analisis dokumen Hasil kerja sampel kajian dijadikan bahan untuk mengesahkan masalah yang dihadapi sampel.

Ujian awal dan akhir Ujian yang dijalankan sebelum dan selepas sampel menjalani intervensi permainan Sahube.7.0 DAPATAN KAJIANDapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dari aspek penulisan kata nama khas yang ditunjukkan oleh sampel kajian. Sampel kajian yang terlibat dalam kajian ini telah berjaya menulis huruf besar pada awal perkataan kata nama khas dengan betul walaupun tidak lengkap secara keseluruhan.

Terdapat beberapa pola kesalahan sampel dalam kemahiran menulis huruf besar kata nama khas iaitu sampel tidak menulis huruf besar pada awal perkataan kata nama khas dan sampel juga tidak dapat membezakan kata nama khas hidup dan tidak hidup. Kesan penggunaan bahan bantu mengajar Sahube juga dilihat telah dapat meningkatkan kemahiran menulis huruf besar kata nama khas sampel semasa membina ayat karangan. Hal ini dapat dilihat berdasarkan graf di bawah:

Graf 1: Markah sampel dalam ujian awal.Graf 2: Markah sampel dalam ujian akhir.

8.0 PERBINCANGAN/RUMUSAN

Sebagai seorang guru Bahasa Melayu, saya berasa bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah murid dalam kemahiran menulis. Bagi mencapai hasrat itu, guru perlu mencari kaedah dan teknik yang sesuai dalam meningkatkan kemahiran murid menulis perkataan kata nama khas. Dengan cara ini, murid akan lebih mudah untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Penggunaan bahan bantu mengajar seperti Sahube mampu meningkatkan penguasaan murid terhadap penulisan huruf besar kata nama khas.9.0 SENARAI RUJUKAN

Amirah Khairunnisa bt Jaafar. (2012). Kesan Penggunaan Kaedah Imej Visual Dalam Mengatasi Masalah Penggunaan Huruf Besar Dan Huruf Kecil Penulisan Bahasa Melayu Murid Tahun Lima. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Pismp Bahasa Melayu, IPG Kampus Batu Lintang.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur, 978.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1981). Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Spodek, B (1985).Teaching in early years, (3rd Ed). New Jersey: Prentice Hall.