taska idaman kami

9
OBJEKTIF, MOTO, VISI DAN MISI

Upload: firza12

Post on 29-Sep-2015

85 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

taska

TRANSCRIPT

  • OBJEKTIF, MOTO, VISI DAN MISI

  • OBJEKTIFMenyediakan perkhidmatan amalan asuhan dan pendidikan awal kepada kanak-kanak dengan pendekatan pemupukan aspek kebersihan, penjagaan diri, potensi intelktual dan kreativiti dengan menggabungkan pendekatan moden dan islamik. Mengutamakan amalan pemakanan seimbang

  • Bergandingan dengan ciri- ciri : Memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur dua hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat.

    Menyuburkan aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan inovatif bagi meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif

    Bersedia untuk memasuki suasana prasekolah

  • Untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) 1) Membina kecergasan badan. 2) Mempunyai tubuh badan yang sihat. 3) Mempratikkan amalan kesihatan yang baik.

  • 4) Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar. 5) Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial. 6) Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.

  • 7) Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam konteks kehidupan harian. 8) Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses awal sains. 9) Menggunakan kemahiran awal matematik dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah. 10) Menghargai keindahan alam.

  • MOTO Membentuk Generasi Bijak Berjaya

  • VISIMembentuk generasi yang bersahsiah tinggi.

    Melahirkan dan mendidik bakal pemimpin generasi akan datang yang memiliki ketrampilan sahsiah yang tinggi, bijak dan serba boleh

    Berkepimpinan,berani dan kreatif berlandaskan Al Quran & Sunnah.

  • MISI

    Memperkasakan satu sistem pendidikan awal kanak-kanak yang komprehensif (bersepadu) bagi melahirkan kanak-kanak yang berpengetahuan dari segi ilmu dan sahsiah di samping tidak meninggalkan ajaran islam.

    Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan melalui aktiviti bermain supaya mereka dapat menguasai kemahiran asas serta memupuk sikap positif sebagai persediaan ke prasekolah disamping tidak meninggalkan ajaran Islam.