taman tasik shah alam keindahan yang harus … 3 2011.… · melakukan aktiviti tertentu di taman...

4
www.mbsa.gov.my ISU 003 2011 BULETIN KOMUNITI INI DITERBITKAN OLEH : JABATAN KORPORAT, MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM TINGKAT G, WISMA MBSA PETI SURAT 7200 PERSIARAN PEMBANDARAN, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR D.E : +603 5522 2743 / 2741 : www.mbsa.gov.my : www.korporat-mbsa.blogspot.com : fb.com/majlisbandarayashahalam : [email protected] : twitter.com/sacitycouncil K ehijauan dan keindahan Taman Tasik Shah Alam yang juga menyediakan pelbagai kemudahan rekreasi mampu memberikan pengalaman yang indah bagi setiap pengunjung yang memilih taman tasik ini sebagai destinasi mereka. Walaubagaimanapun, pembangunan yang semakin pesat dan perubahan masa membuatkan berlakunya perubahan terhadap persekitaran Taman Tasik Shah Alam. Prasarana serta fasiliti yang disediakan di taman ini ada sebilangannya telah dimamah usia. Dengan kehadiran pengunjung yang bersilih ganti, serta kekerapan penggunaan prasarana TAMAN TASIK SHAH ALAM KEINDAHAN YANG HARUS DIKEKALKAN UNTUK GENERASI AKAN DATANG yang disediakan, memerlukan pembaikan dan pemulihan dari masa ke semasa. Kekerapan penggunaannya membuatkan kemudahan seperti alatan permainan memerlukan pemantauan dan aspek pemulihan yang secukupnya. Selain itu, penyelenggaraan dan penjagaan kebersihan juga harus diutamakan dan memerlukan pemerhatian dari pihak yang bertanggungjawab. Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai pihak yang berwajib dalam mengekalkan keindahan dan keseimbangan alam sekitar di kawasan tasik ini, melaksanakan kerja-kerja pemulihan dan pembaikan, turut berkerjasama dengan penduduk tempatan melalui penubuhan Kelab Sahabat Taman Tasik. Menurut Encik Zainurin bin Hamzah, berasal dari Kuala Lumpur menyatakan bahawa terdapat beberapa perbezaan di antara Taman Tasik Shah Alam, Taman Tasik Titiwangsa dengan Taman Tasik Perdana yang menjadi taman yang kerap dikunjunginya. Beliau mengatakan bahawa berbanding taman tasik yang lain, Taman Tasik Shah Alam mempunyai ciri dan keunikan yang tersendiri, malah keindahan, kemudahan dan prasarana yang disediakan adalah lebih teratur dan bersesuaian mengikut purata pengunjung yang hadir iaitu pengunjung yang berkeluarga. Puan Norhasni Mazlina bt Musa yang merupakan pengunjung setia Taman Tasik Shah Alam, menyarankan agar pihak yang bertanggungjawab menambah kemudahan seperti taman permainan kanak-kanak di kawasan tasik ini. Menurut pandangan beliau, taman permainan kanak-kanak merupakan kawasan yang paling sesuai untuk pengunjung berkeluarga berkelah dan meluangkan masa bersama-sama. Purata pengunjung yang ada, terdiri di kalangan yang berkeluarga, manakal untuk menarik pengunjung khususnya dari kalangan belia, seharusnya disediakan peluang kepada pihak tertentu melaksanakan aktiviti seperti pameran Autoshow, live band, pameran seni dan sebagainya dengan memberi kebenaran untuk melakukan aktiviti tertentu di Taman Tasik Shah Alam. Begitulah menurut pandangan Encik Mohd Salleh b Masudi. Kebersihan dan keindahan Taman Tasik Shah Alam dipandang tinggi oleh sesetengah pengunjung. Menurut pendapat Puan Dalina bt. Mohd Yunus, kemudahan seperti tempat duduk, wakaf dan kemudahan tandas lengkap dan terurus. Perkhidmatan kebersihan yang dijalankan di Taman Tasik Shah Alam cemerlang dan dalam keadaan yang teratur. Usaha pihak Majlis Bandaraya Shah Alam dalam mengekalkan keindahan Taman Tasik Shah Alam seharusnya mendapatkan kerjasama pengunjung dan penduduk tempatan bagi memelihara kehijauan dan kemudahan sedia ada. Taman Tasik Shah Alam yang menjadi landmark kebanggaan warga Shah Alam mampu membuka mata masyarakat terhadap kepentingan keseimbangan alam dalam kehidupan manusia sejagat.

Upload: truongkhuong

Post on 02-Feb-2018

298 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAMAN TASIK SHAH ALAM KEINDAHAN YANG HARUS … 3 2011.… · melakukan aktiviti tertentu di Taman Tasik ... PERSIARAN SETIA INDAH DAN PERSIARAN SETIA IMPIAN, SEKSYEN U13 ZM CAHAYA

www.mbsa.gov.my

ISU0032011

BULETIN KOMUNITI INIDITERBITKAN OLEH : JABATAN KORPORAT,

MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAMTINGKAT G, WISMA MBSA

PETI SURAT 7200PERSIARAN PEMBANDARAN, 40000

SHAH ALAM, SELANGOR D.E

: +603 5522 2743 / 2741

: www.mbsa.gov.my: www.korporat-mbsa.blogspot.com

: fb.com/majlisbandarayashahalam

: [email protected]

: twitter.com/sacitycouncil

Kehijauan dan keindahan Taman Tasik Shah Alam yang juga menyediakan pelbagai

kemudahan rekreasi mampu memberikan pengalaman yang indah bagi setiap pengunjung yang memilih taman tasik ini sebagai destinasi mereka. Walaubagaimanapun, pembangunan yang semakin pesat dan perubahan masa membuatkan berlakunya perubahan terhadap persekitaran Taman Tasik Shah Alam. Prasarana serta fasiliti yang disediakan di taman ini ada sebilangannya telah dimamah usia.

Dengan kehadiran pengunjung yang bersilih ganti, serta kekerapan penggunaan prasarana

TAMAN TASIK SHAH ALAMKEINDAHAN YANG HARUS DIKEKALKANUNTUK GENERASI AKAN DATANG

yang disediakan, memerlukan pembaikan dan pemulihan dari masa ke semasa. Kekerapan penggunaannya membuatkan kemudahan seperti alatan permainan memerlukan pemantauan dan aspek pemulihan yang secukupnya. Selain itu, penyelenggaraan dan penjagaan kebersihan juga harus diutamakan dan memerlukan pemerhatian dari pihak yang bertanggungjawab.

Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai pihak yang berwajib dalam mengekalkan keindahan dan keseimbangan alam sekitar di kawasan tasik ini, melaksanakan kerja-kerja pemulihan dan pembaikan, turut berkerjasama dengan penduduk tempatan melalui penubuhan Kelab Sahabat Taman Tasik.

Menurut Encik Zainurin bin Hamzah, berasal dari Kuala Lumpur menyatakan bahawa terdapat beberapa perbezaan di antara Taman Tasik Shah Alam, Taman Tasik Titiwangsa dengan Taman Tasik Perdana yang menjadi taman yang kerap dikunjunginya. Beliau mengatakan bahawa berbanding taman tasik yang lain, Taman Tasik Shah Alam mempunyai ciri dan keunikan yang tersendiri, malah keindahan, kemudahan dan prasarana yang disediakan adalah lebih teratur dan bersesuaian mengikut purata pengunjung yang hadir iaitu pengunjung yang berkeluarga.

Puan Norhasni Mazlina bt Musa yang merupakan pengunjung setia Taman Tasik Shah Alam, menyarankan agar pihak yang bertanggungjawab menambah kemudahan seperti taman permainan kanak-kanak di kawasan tasik

ini. Menurut pandangan beliau, taman permainan kanak-kanak merupakan kawasan yang paling sesuai untuk pengunjung berkeluarga berkelah dan meluangkan masa bersama-sama.

Purata pengunjung yang ada, terdiri di kalangan yang berkeluarga, manakal untuk menarik pengunjung khususnya dari kalangan belia, seharusnya disediakan peluang kepada pihak tertentu melaksanakan aktiviti seperti pameran Autoshow, live band, pameran seni dan sebagainya dengan memberi kebenaran untuk melakukan aktiviti tertentu di Taman Tasik Shah Alam. Begitulah menurut pandangan Encik Mohd Salleh b Masudi.

Kebersihan dan keindahan Taman Tasik Shah Alam dipandang tinggi oleh sesetengah pengunjung. Menurut pendapat Puan Dalina bt. Mohd Yunus, kemudahan seperti tempat duduk, wakaf dan kemudahan tandas lengkap dan terurus. Perkhidmatan kebersihan yang dijalankan di Taman Tasik Shah Alam cemerlang dan dalam keadaan yang teratur.

Usaha pihak Majlis Bandaraya Shah Alam dalam mengekalkan keindahan Taman Tasik Shah Alam seharusnya mendapatkan kerjasama pengunjung dan penduduk tempatan bagi memelihara kehijauan dan kemudahan sedia ada. Taman Tasik Shah Alam yang menjadi landmark kebanggaan warga Shah Alam mampu membuka mata masyarakat terhadap kepentingan keseimbangan alam dalam kehidupan manusia sejagat.

Page 2: TAMAN TASIK SHAH ALAM KEINDAHAN YANG HARUS … 3 2011.… · melakukan aktiviti tertentu di Taman Tasik ... PERSIARAN SETIA INDAH DAN PERSIARAN SETIA IMPIAN, SEKSYEN U13 ZM CAHAYA

www.mbsa.gov.my www.mbsa.gov.my

SENARAI KONTRAKTOR KAWASAN PERSIARANMAJLIS BANDARAYA SHAH ALAMKAWASAN NAMA SYARIKAT NAMA KONTRAKTOR TEL/HP

PERSIARAN MASJID, PINTU MASUK MASJID, PERSIARAN PEGAWAI, KAWASAN LAPANG SEKSYEN 4 & LERENG MAHKAMAH PERINTIS ARUS SERVICES PENYELIA : EN. FAIZAL NO. HP : 017 209 6161

NO. TEL : 03 5635 7410

LAMAN MERDEKA & KAWASAN TEATER SHAH ALAM LZ KRISTAL ENTERPRISE PENGURUS : EN. ABAS B. AZMIPENYELIA : EN. KAMARUL

NO. HP : 016 233 8959NO. HP : 019 372 4728

PERSIARAN DAMAI & PERSIARAN BANDARAYA 1 EMAZHAR TRADING & CONSTRUCTION SERVICES

PENGURUS : EN. MOHD. AZHARPENYELIA : EN. MOHD. SUBARI NO. TEL : 03 5519 8157

PERSIARAN TASIK, PERSIARAN PERBANDARAN, PERSIARAN BANDARAYA II, JALAN 14/2 DAN JALAN INDAH

PUNCAK WAJA MAJU ENTERPRISE

PENGURUS : EN. AZWAN AYOBPENYELIA : EN. HAIRUL NIZAM TAIB NO.HP : 014 220 0018

PERSIARAN DATO’ MENTERI, BULATAN PERMAIDAN BULATAN MESTIKA JURAGAN WAJA ENTERPRISE PENGURUS : EN. MOHD. FAKHRUL AZIZI B.

ABDUL KADIR NO. TEL : 03 5513 0700

PERSIARAN DATO’ MENTERI, JALAN 7/1 & 7/2, SEKSYEN 7 ADE TUAH ENTERPRISE PENGURUS : EN. ABDUL ADE BIN SAMANPENYELIA : EN. AZIAN B. SAMAIN

NO. HP : 012 911 9748NO. HP : 012 204 2337

ISTANA KAYANGAN, JALAN 12/1, 12/5 DAN 12/9 MOTIF PESONA SDN. BHD. PENGURUS : MUHAMMAD KHAIRI B. ANUAR NO. HP : 016 200 1171

WISMA MBSA RZAN JAYA ENTERPRISE PENGURUS : EN. SYAWAL NO. HP 012 251 4981

PERSIARAN GERBANG UTAMA, PERSIARAN BALAIRONG & PERSIARAN SINGGAHSANA, SEKSYEN U8

TRI CAPITAL RESOURCESSDN. BHD.

PENGURUS : EN. MOHD. HARIS B. MOHD. HABIB

PENYELIA : EN. MOHD. ALFAIZAL B. AMJEDNO. HP : 03 8922 2755

PERSIARAN DAMAI, PERSIARAN BISTARI & LEBUH KELULI ACME BIZ ENTERPRISE PENGURUS : EN. MOHD RIZA B. ABASPENYELIA : EN. SUBARI NO. HP : 012 253 1950

PERSIARAN TENGKU AMPUAN, PERSIARAN PERKILANGAN DAN BULATAN MEGAWATI PEMBINAAN ZZ PENGURUS : EN. ZAMRI NO. HP : 017 399 7271

NO. TEL : 03 5635 7410

PERSIARAN JUBLI PERAK 1 FOOART ENTERPRISE PENGURUS : EN. MUHAMAD FUAD NO. TEL : 03 5519 8157

KAWASAN PERKUBURAN ISLAM, KRISTIAN, HINDU, JALAN PUSARA 21/1 DANJALAN PUSARA 21/1B RIAHJANA ENTERPRISE PENYELIA : NUR HASANAH NO. HP : 012 380 8531

PERSIARAN JUBLI PERAK II DAN III FARCONZ WAJA ENTERPRISE PENGURUS : EN. M. FAIRUZ BIN HANAPI NO. HP : 016 618 1730

PERSIARAN BUDIMAN, PERSIARAN AMAN, BULATAN BUDIMAN, BULATAN AMAN ANGGERIK UNGGUL

RESOURCES SDN. BHD. PENYELIA : EN. MOHD. ZAKI NO. HP : 012 380 8531

PERSIARAN PERUSAHAAN DAN SEBAHAGIAN PERSIARAN BUDIMAN MEDAN TEGUH CONTRUCTION SERVICES PENYELIA : EN. MOHD. SYAHRIL B. BADAR NO. HP : 013 305 9373

SHAH ALAM WALK FATIMAH MA ENTERPRISEPENGURUS : EN. HAFIZ

PENYELIA : EN. MOHD. IRWAN NO. HP : 019 642 3551

PERSIARAN GUNUNG NUANG, SEKSYEN U11 BUDI HAYAT CONSTRUCTION PENGURUS : HJH. HAYATI HJ. SAARANI NO. HP : 013 388 3915

PERSIARAN SETIA INDAH DAN PERSIARAN SETIA IMPIAN, SEKSYEN U13

ZM CAHAYA MURNI ENTERPRISE

PENGURUS : EN. AZMI BIN MOHAMADPENYELIA : EN. SUHAIMI BIN YUSOF NO. HP : 013 341 7202

PERSIARAN SETIA PRIMA SEKSYEN U13 SRI NILA EMAS ENTERPRISE PENYELIA : EN. FAZLY ZAKARIA NO. HP : 012 363 3786

PERSIARAN PULAU ANGSA I & II, PULAU CAREY, BUKIT MELAWATI, PULAU ANGSA AU10/A, SEKSYEN U10, SHAH ALAM SUMBER TEKNIK ENTERPRISE PENGURUS : WAN MOHD AZIAN WAN RAMLAN NO. HP : 019 233 4853

PERSIARAN SELANGOR I, II, III DAN BULATAN SEJAHTERA THRIMASS ENTERPRISE PENYELIA : EN. ISMADI B. HJ. MOKLAS NO. HP : 012 251 4652

PERSIARAN KEMAJUAN, BULATAN KEMAJUAN PANORAMA UTAMA ENTERPRISE

PENGURUS : EN. HADIPENYELIA : EN. EWAN

NO. HP : 012-9718874NO. HP : 019-6423551

Page 3: TAMAN TASIK SHAH ALAM KEINDAHAN YANG HARUS … 3 2011.… · melakukan aktiviti tertentu di Taman Tasik ... PERSIARAN SETIA INDAH DAN PERSIARAN SETIA IMPIAN, SEKSYEN U13 ZM CAHAYA

www.mbsa.gov.my www.mbsa.gov.my

MBSA SENTIASA PANTAU KERJA-KERJA KONTRAKTOR PEMBERSIHAN

kerja pembersihan kawasan, cucian longkang menggunakan water jetter dan gotong royong di seluruh pusat komersial dan kawasan premis kepada semua pemilik, penghuni, penyewa premis kediaman, kedai, pejabat dan bank di sekitar jalan 26/60 hingga jalan 25/67 seksyen 25, Shah Alam.

Menurut Encik Mohd Azmi b. Amer Khan, Pegawai Kawalan Alam Sekitar, Jabatan Perkhidmatan Bandar MBSA, operasi pemantauan dan pembersihan dijalankan mengikut jadual pembersihan kontraktor kawasan yang ditetapkan. Pihak Majlis akan membuat pemantauan berdasarkan jadual yang diberi, sekiranya kontraktor yang ditugaskan tidak menjalankan tugas, tindakan tegas akan diberikan seperti penarikan kontrak pembersihan dan sebagainya.

Selain itu, menurut beliau juga, operasi tersebut juga dijalankan berdasarkan aduan yang diterima

Setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seharusnya melaksanakan tugas

pemantauan agar setiap kawasan pemantauannya dalam keadaan bersih dan terurus. Selain itu, kerjasama pihak tertentu diperlukan agar kawasan seperti premis kediaman, lot-lot kedai, pejabat, taman dan kawasan sekeliling diuruskan dengan sendiri dan tidak mengharapkan PBT sahaja untuk menguruskan pembersihan kawasan tersebut.

MBSA telah melaksanakan kerja-kerja pemantauan terhadap kontraktor-kontraktor pembersihan yang telah dilantik untuk menjalankan tugas-tugas pembersihan di setiap zon yang telah ditetapkan. Oleh itu pihak Majlis telah menjalankan Operasi Pemantauan dan Pembersihan terhadap kontraktor terpilih di seksyen 25 pada 22 Disember 2011.

Pihak Majlis dengan kerjasama kontraktor pembersihan telah menjalankan operasi kerja-

setiap hari. Aduan yang diterima melalui secara langsung atau tidak langsung akan diambil kira dan pemantauan kawasan yang dimaklumkan dibuat terlebih dahulu sebelum operasi dijalankan.

Selain itu, pemilik premis akan dikenakan kompaun sekiranya gagal mematuhi syarat premis/kediaman bersih yang ditetapkan oleh MBSA. Antara jenis kawasan yang sering dikenakan kompaun adalah premis/lot - lot kosong, kawasan rumah yang dipenuhi semak, gerai-gerai makan, kawasan pembuangan sampah bagi lot kedai dan sebagainya.

MBSA menyarankan agar penduduk/pemilik premis menjaga kebersihan premis serta kawasan sekitar dengan membuang sisa makanan atau apa-apa jenis bahan buangan terus ke dalam tempat-tempat tertentu seperti longkang. Kebersihan kawasan sekitar amat penting bagi mengekalkan kesejahteraan hidup setiap anggota masyarakat.

Page 4: TAMAN TASIK SHAH ALAM KEINDAHAN YANG HARUS … 3 2011.… · melakukan aktiviti tertentu di Taman Tasik ... PERSIARAN SETIA INDAH DAN PERSIARAN SETIA IMPIAN, SEKSYEN U13 ZM CAHAYA

www.mbsa.gov.my

MBSA SEBAGAI AGENSI KERAJAAN PENCINTA ALAM SEKITARProgram Penanaman Pokok ‘ Shah Alam Rivers And Trees For Life 2011’

Kepupusan hutan dan pencemaran boleh membawa akibat yang amat buruk dan

merosakkan alam semula jadi, namun senario ini semakin berleluasa, malah memberi kesan kepada kehidupan manusia sejagat. Penebangan pokok secara haram boleh dirasai dengan pemanasan global yang semakin meningkat.

Program Shah Alam Rivers And Trees For Life 2011 yang dilaksanakan sebanyak empat kali yang bermula dari 24 April 2011 telah memberi nafas baru kepada usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar, khususnya di kawasan bandar raya Shah Alam. Program ini juga memberi peluang kepada orang ramai untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap alam sekitar, serta membudayakan nilai-nilai mesra alam di kalangan warga shah alam. Dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan institut pengajian tinggi awam dan swasta, program ini memberi peluang kepada mereka bersama-sama berbakti kepada alam sekitar.

Atas inisiatif untuk mewujudkan jajaran hijau di sepanjang sungai dan persisiran tasik di Shah Alam, program penanaman pokok ini dilaksanakan bagi menggalakkan penglibatan komuniti dari pelbagai sektor dalam membangunkan dan mewujudkan semangat cintakan alam sekitar. Selain itu, program ini juga bertujuan menerapkan rasa cinta terhadap alam sekitar dalam diri masyarakat dan menjayakan usaha untuk membangunkan Shah Alam sebagai bandar raya hijau yang mementingkan kesejahteraan hidupan flora dan fauna di sekitar kawasannya.

Dalam tempoh 12 bulan, program ini disertai lebih dari 2,700 sukarelawan yang antaranya di kalangan pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi. Program ini juga memberi peluang kepada badan-badan swasta bagi menjalankan tanggungjawab sosial mereka

terhadap komuniti di sini. Program seperti ini melibatkan semua pihak tidak kira usia, mahupun latar belakang. Antara peserta yang mengambil bahagian terdiri daripada Kelab Lion,International School, MSU, UNISEL, UiTM, TAYLOR’S COLLEGE, Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Institut Landskap Arkitek Malaysia dan sekolah-sekolah yang terpilh.

Selain itu, sokongan dan tajaan pihak luar seperti Maxis Broadband, Tamco Switchgear, Polytainer Industries dan Pokka Ace, memberi ruang kepada pihak Majlis dalam menyediakan peralatan sepert peralatan berkebun, membeli beberapa jenis pokok buah-buahan, serta persiapan lain dapat dijalankan dengan lancar.

Manakala, pada 25 September 2011 program ini dijalankan di Persisiran Sungai Renggam, Seksyen 15 dan pada 20 November 2011 di Seksyen U2, TTDI, Shah Alam. Manakala majlis penutup bagi tahun 2011 diadakan pada 18 Disember 2011 bertempat di Tasik Seksyen 7, Shah Alam. Lokasi-

lokasi seperti ini dipilih mengikut kriteria yang bersesuaian dengan aktiviti penanaman pokok, dalam pada masa yang sama, memenuhi kawasan lapang yang terbiar dengan pelbagai jenis pokok.

Lebih dari 13 000 batang pokok yang telah ditanam sepanjang program ini. Terdiri dari pelbagai jenis pokok yang ditanam antaranya pokok Manggis, pokok Palma, pokok Jambu Laut, pokok Cempedak, pokok Rambutan dan sebagainya. Satu seminar berkaitan juga telah dijalankan bagi melatih ketua kumpulan sukarelawan yang menyertai program penanaman pokok. Selain itu, seminar juga dijalankan bertujuan memperkenalkan program ini kepada badan-badan korporat tentang peluang Corporate Social Responsibility (CSR) kepada masyarakat dan alam sekitar, terutamanya di Shah Alam.

Majlis turut menyaksikan sesi penyerahan cek daripada syarikat Maxis Broadband Sdn Bhd kepada Datuk Bandar Shah Alam dengan sumbangan ikhlas sebanyak RM90 000.00. Sumbangan daripada pihak penaja membuka peluang kepada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam untuk menjalankan kerja-kerja penanaman, sekaligus kerja-kerja penyelenggaraan dusun-dusun tanaman yang diwujudkan ini. Sumbangan yang diberikan juga merupakan satu galakkan kepada pihak Majlis untuk meneruskan aktiviti yang melibatkan masyarakat dalam menjayakan usaha penjagaan alam sekitar.

Y. Bhg. Datuk Bandar Shah Alam (bertopi) sedang giat menjalankan kerja-kerja menanam pokok buah-buahan bersama Puan Haniza Mohamed Talha, Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor dan Ahli-ahli Majlis MBSA.