taman pertanian universiti universiti putra · pdf filepokok durian belanda boleh dibiak...

4
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 1 drp 4 TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen : OPR/TPU/BP/TANAMAN/Durian Belanda BUKU PANDUAN TANAMAN DURIAN BELANDA

Upload: truongmien

Post on 22-Feb-2018

264 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA · PDF filePokok durian belanda boleh dibiak dengan menggunakan biji benih atau pembiakan secara seks dan kaedah pembiakan tut atau pembiakan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 1 drp 4

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen : OPR/TPU/BP/TANAMAN/Durian Belanda

BUKU PANDUAN TANAMAN DURIAN BELANDA

Page 2: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA · PDF filePokok durian belanda boleh dibiak dengan menggunakan biji benih atau pembiakan secara seks dan kaedah pembiakan tut atau pembiakan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 2 drp 4

Isi Kandungan

Bil. Tajuk Muka Surat

1 Pengenalan 3 2 Morfologi 3 3 Kegunaan 3 4 Keperluan Asas Tanaman 3 5 Pembiakan Dan Penanaman 3 - 4 6 Penuaian Hasil 4 7 Pemasaran 4 8 Rujukan 4

Page 3: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA · PDF filePokok durian belanda boleh dibiak dengan menggunakan biji benih atau pembiakan secara seks dan kaedah pembiakan tut atau pembiakan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 3 drp 4

1.0 Pendahuluan Nama biasa : Durian Belanda Nama saintifik : Annona muricata L. Keluarga : Annonaceae Nama botani bagi Durian Belanda ialah Annona muricata L. dan ia tergolong dalam keluarga Annonaceae. Ia mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden. Bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis.Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Tanaman Durian Belanda berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia di mana ia dikenali sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). Ia biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah. Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Dagingnya terdapat banyak biji, dan sering juga dibuat jus, sorbet dan sebagainya. Dengan pengurusan tanaman yang baik, pokok durian belanda boleh tumbuh dan membesar dengan cepat serta dapat mengeluarkan buah secara optimum. 2.0 Morfologi Secara umumnya, buah durian belanda mempunyai saiz yang sederhana besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih dan mempunyai rasa masam-masam manis. 3.0 Kegunaan Buah durian belanda biasanya dimakan segar dan boleh diproses untuk dijadikan jus. Buah boleh dijadikan dodol atau puri yang tahan lama untuk disimpan. Ia juga sesuai dijadikan jus, manisan buah-buahan, jeli, kandi dicampur dengan aiskrim, yogurt dan susu untuk penyediaan minuman. Selain itu, durian belanda dapat dibuat sirap dan batangnya berguna untuk dibuat kayu bakar. 4.0 Keperluan asas tanaman Tanaman durian belanda tmbuh baik di dataran rendah yang beriklim lembap dan panas sepanjang tahun dengan taburan hujan diantara 1,500 – 2,000 mm setahun. Jenis tanah yang sesuai untuk penanaman pokok durian belanda ialah tanah jenis lom liat berpasir. Selain itu, mempunyai saliran yang baik, keasidan tanah dengan pH di antara 5-7 dan mampu hidup di tanah yang agak kurang subur. 5.0 Pembiakan dan penanaman Pokok durian belanda boleh dibiak dengan menggunakan biji benih atau pembiakan secara seks dan kaedah pembiakan tut atau pembiakan secara aseks. Ia juga boleh dibiakkan menggunakan cantuman tunas. Bagi penanaman di ladang, jarak tanaman

Page 4: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA · PDF filePokok durian belanda boleh dibiak dengan menggunakan biji benih atau pembiakan secara seks dan kaedah pembiakan tut atau pembiakan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 4 drp 4

yang disyorkan ialah 6 meter x 6 meter dengan menggunakan sistem segi empat sama. Keluasan lubang berukuran diantara 40cm X 40cm X 40cm adalah disyorkan. Baja asas seperti sisa haiwan atau organic dicampurkan kedalam lubang dengan kadar yang sesuai. Bilangan pokok yang boleh ditanam untuk keluasan sehektar ialah 277 pokok. 6.0 Penuaian hasil Pokok durian belanda mula mengeluarkan buah pada umur empat tahun dan ia banyak bergantung kepada tahap kesuburan tanah dan penjagaan yang teratur serta sempurna. Buah dituai dengan memotong tangkainya. Hasil buah durian belanda rata-ratanya 20 buah/pkok/tahun dengan anggaran berat 10-60 kg. 7.0 Pemasaran Buah boleh dipasarkan atau diproses untuk dijual dalam bentuk puri, jus, manisan buah-buahan, jeli, kandi dicampur dengan aiskrim, yogurt dan susu untuk penyediaan minuman. Pengeluarannya belum dapat memenuhi permintaan pasaran dalam negeri atau luar negeri. 8.0 Rujukan

i. Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia (1999). Pakej Teknologi Durian

Belanda.

ii. http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan.durian belanda.htm