kaedah pembiakan

34
27 Mei 2008 Kaedah pembiakan tanaman PEMBIAKAN TUMBUHAN Pembiakan adalah satu proses di mana tiap-tiap organisma menambah dari segi bilangan individu beranak dan berkembang dalam peredaran masa. Tumbuhan membiak dan berkembang dengan dua cara : •seksual; contoh biji benih, spora •Tampang (vegetatif); contoh keratan, belahan, cantuman, organ-organ khas dan lain-lain. Biji benih Kebanyakan tumbuhan dibiak dengan biji benih. Contohnya pokok- pokok bunga semusim, pokok saka dan juga daripada jenis renek walaupun pokok-pokok ini boleh dibiak secara tampang. Kebaikan Pembiakan Secara Biji Benih •Boleh menghasilkan baka-baka baru •Dapat menyediakan pokok-pokok sebagai pokok penanti untuk cantuman •Murah dan menghasilkan lebih banyak pokok •Anak pokok mungkin lebih cergas (hybrid vigour) berbanding dengan induknya. Keburukan Pembiakan Secara Biji Benih •Biji benih mungkin mempunyai masa rehat (dormancy) •Mengambil masa yang panjang untuk matang •Kemungkinan menghasilkan tumbuhan yang berbeza daripada induknya •Setengah tumbuhan hanya dapat dibiakkan pada masa-masa tertentu kerana pengeluaran buah dan biji benihnya bermusim Pemilihan Biji benih Biji benih dengan ciri-ciri berikut perlu dipilih: •Matang

Upload: harraf-ain

Post on 07-Aug-2015

315 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: kaedah pembiakan

27 Mei 2008

Kaedah pembiakan tanaman

PEMBIAKAN TUMBUHAN

Pembiakan adalah satu proses di mana tiap-tiap organisma menambah dari segi bilangan individu beranak dan berkembang dalam peredaran masa. Tumbuhan membiak dan berkembang dengan dua cara :•seksual; contoh biji benih, spora•Tampang (vegetatif); contoh keratan, belahan, cantuman, organ-organ khas dan lain-lain.

Biji benih

Kebanyakan tumbuhan dibiak dengan biji benih. Contohnya pokok-pokok bunga semusim, pokok saka dan juga daripada jenis renek walaupun pokok-pokok ini boleh dibiak secara tampang.

Kebaikan Pembiakan Secara Biji Benih•Boleh menghasilkan baka-baka baru•Dapat menyediakan pokok-pokok sebagai pokok penanti untuk cantuman•Murah dan menghasilkan lebih banyak pokok•Anak pokok mungkin lebih cergas (hybrid vigour) berbanding dengan induknya.

Keburukan Pembiakan Secara Biji Benih•Biji benih mungkin mempunyai masa rehat (dormancy)•Mengambil masa yang panjang untuk matang•Kemungkinan menghasilkan tumbuhan yang berbeza daripada induknya•Setengah tumbuhan hanya dapat dibiakkan pada masa-masa tertentu kerana pengeluaran buah dan biji benihnya bermusim

Pemilihan Biji benih

Biji benih dengan ciri-ciri berikut perlu dipilih:

•Matang•Tulen (tidak bercampur dengan biji benih dari baka lain)•Berisi, segar dan bersih dari kekotoran•Bernas (mempunyai keupayaan untuk bercambah)•Bebas dari penyakit dan perosak

Biji benih yang hendak digunakan mestilah diambil dari buah-buah yang matang atau masak. Biji itu dibersihkan. Biji-biji yang telah dipilih itu kemudian dikeringkan di tempat yang terbuka dan ternaung. Biji benih perlu cukup kering supaya tahan lama. Dalam keadaan biasa seperti di Malaysia biji benih tidak dapat disimpan lama dan akan kehilangan daya percambahan dengan cepat. Jika hendak disimpan lama, biji benih hendaklah disimpan di tempat bersuhu dan peratus lembapan yang rendah. Jika benih dibeli, periksa tarikh luputnya. Peratus percambahan benih menurun apabila disimpan lama.

Page 2: kaedah pembiakan

Percambahan biji benihPercambahan biji benih bergantung pada faktor-faktor seperti peratus lembapan, suhu, cahaya dan oksiogen. Percambahan biji benih yang tidak serentak disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, fisiologikal dan persekitaran. Fenomena ini berlaku oleh kerana kulit biji benih (testa) tidak telap air atau biji benih mengeluarkan bahan beracun dan lain-lain faktor dalaman. Kadangkala biji benih memerlukan rawatan tertentu untuk mempercepatkan percambahan.

Rawatan percambahan biji benih

Terdapat beberapa cara rawatan untuk percambahan biji benih:

•Pelelasan (scarification)Satu proses dimana kulit biji benih dirawat supaya biji benih telap air. Cara-caranya biasa dilakukan ialah membuang atau mengikis testa, merendam biji benih dalam asid atau air panas.

•Stratifikasi

Stratifikasi adalah proses melembutkan testa ddengan meletakkan biji benih dalam timbunan pasir, tanah atau habuk papan yang basah pada suhu yang turun naik.

•Vernalisasi

Vernalisasi adalah satu proses menyebabkan biji-biji benih mengeluarkan hormon untuk percambahan dengan meletakkan biji benih pada suhu yang rendah.

•Pemeraman (fermentation)

Pemeraman adalah satu proses merendam biji benih ke dalam air atau menyimpannya dalam beg plastik yang diikat untuk menanggalkan selaput biji benih.

Menyemai Biji benih

a. Rawatan sebelum menyemai

Biji benih yang hendak disemai sebaik-baiknya dirawat terlebih dahulu bagi mengelakkan dari serangan penyakit terutama penyakit dari jenis kulat.Bahan-bahan kimia yang digunakan ialah seperti Thiram, Benlate atau kuprum sulfat (kadar bancuhan 1 gm/liter air)

b. Medium Percambahan

Medium percambahan yang digunakan harus mempunyai ciri-ciri berikut:•mampu menyokong anak-anak benih,•menyimpan air secukupnya•mempunyai cukup rongga untuk pengudaraan dan penembusan akar•bebas dari biji benih rumpaiContohnya; vermiculite, perlite, tanah gambut, tanah loam, habuk papan atau cocopeat reput, pasir atau campuran bahan-bahan di atas J.I.S.).

Page 3: kaedah pembiakan

c. Cara menyemai

Biji benih disemai mengikut saiznya. Terdapat perbezaan teknik menyemai untuk biji benih halus dan kasar.

Biji benih halus

Sediakan campuran tanah J.I.S dan dimasukkan kedalam bekas semaian. Siram bekas ini sehingga lembab. Biji benih halus digaul dengan pasir halus dengan nisbah 1 bahagian benih : beberapa bahagian pasir halus dan kering untuk memudah dan meratakan taburan biji benih atas permukaan tanah. Selepas ditabur, tutup biji benih dengan satu lapisan tanah peroi dan disiram. Bekas menyemai boleh ditutup dengan gelas atau plastik lutsinar hingga benih bercambah.

Biji benih kasar

1. Sediakan medium percambahan, dan bekas semaian yang sesuai.2. Pilih biji benih yang bernas dengan merendamkannya di dalam air. Biji benih yang timbuldibuang. Semai secepat mungkin dengan menggunakan teknik yang betul.3. Setelah biji benih mengeluarkan 2-3 helai daun sebenar (true leaves) bolehlah diubah kedalam beg politena.

Pembiakan TampangPembiakan tampang ialah pembiakan yang menggunakan bahagian-bahagian vegetatif tumbuhan seperti akar, batang, daun untuk memperbanyakkan tumbuhan yang sama dengan induknya. Tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan secara demikian dipanggil klon. Bahagian-bahagian vegetatif ini adalah paling istimewa oleh sebab tiap-tiap sel ini mewakili pokok keseluruhannya. Oleh itu, pokok yang dibiak 100 tahun dahulu adalah sama dengan yang dibiak sekarang.

Kebaikan Pembiakan Tampang* Boleh mendapat pokok yang seragam* Ciri-ciri anak pokok menyerupai induknya* Cepat berbunga atau berbuah* Boleh dibiakkan sepanjang tahun* Dapat dibiak dengan banyak dalam satu masa* Dapat digunakan untuk membiakkan tumbuhan yang tidak mengeluarkan biji benih bernas

Keburukan Pembiakan Tampang* Tidak semua jenis tumbuhan dapat dibiak dengan cara ini* Pemindahan penyakit lebih mudah terutama penyakit virus* Setengah kaedah memerlukan kemahiran teknikal yang agak rumit

Jenis-jenis Pembiakan Tampang

A) Secara Semula Jadi

a.Rayapan (stolon) – batang yang keluar dari aksil daun dan biasanya tumbuh menjalar secara

Page 4: kaedah pembiakan

mendatar di atas permukaan tanah. Contoh: Episcia dan chlorophythum.b. Sulur - Anak atau rumpun pokok yang dipisahkan dari pokok induk. Contoh: Pisang kipas(Ravenala), Keladic.Umbisi - Contoh: Gladiolus, abacad.Bebawang (leaf scale) Contoh : Lily, Amaryllise.Rizom – batang yang menjalar di bawah permukaan tanah. Contoh : halia, bunga tasbih, iris,rumput, kunyitf.Tuber Contoh: kentang, keladig.Akar Tuber - Akar yang membesar dalam tanah. Mata tunas terdapat pada jemala akar.Contoh: dahlia, keledek, gloriosa

Pembahagian boleh dilakukan kepada beberapa jenis bahagian tumbuhan tersebut di atas dengan memotongnya kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Contoh kentang, bebawang.

B. Secara Buatan

KERATAN

a. Keratan dahan atau batangKeratan dahan terdiri daripada keratan kayu keras, kayu sederhana dan keratan kayu hijau atau lembut.

Cara mengambil keratan batang:

Pilih dahan atau ranting yang subur dan tidak berpenyakit. Panjangnya keratan anantara 15 - 20cm. Potong pangkal keratan itu serong di bawah satu mata tunas. Tinggalkan 2 atau 3 helai daun. Tentukan sekurang- kurangnya ada 1 tunas untuk akar dan 1 tunas untuk pucuk. Tanam keratan itu sedalam kira-kira 5 - 7cm (1/3 daripada keratan). Tekan di sekeliling pangkal keratan. Siram. Untuk keratan yang susah berakar, rawat pangkal keratan dengan hormon penggalak akar seperti IBA, ABA, NAA. Jenis-jenis hormon ini ada dijual dalam bentuk debu.

b. Keratan daun

Jenis ini terdiri daripada keratan bahagian daun, keratan urat daun, keratan tangkai daun dan keratan helaian daun.

Keratan helai daun dibuat dengan mengambil sehelai daun yang bertangkai atau tidak bertangkai di mana ianya ditanam dalam medium pengakaran seperti pasir. Akar dan daun baru akan keluar dari sebelah bawah daun. Pokok Begonia boleh dibiak dengan meletak sehelai daun yang telah dikerat urat daunnya di atas pasir. Pokok sanseiveria boleh dibiak dengan cara keratan bahagian daun. Untuk membuat keratan tangkai daun tentukan lai daun mempunyai batang sepanjang 2.5 – 4cm panjang.

c. Keratan Akar

Page 5: kaedah pembiakan

Keratan akar dibuat dengan memotong bahagian-bahagian akar yang sihat dan tidak berpenyakit kira-kira 7 - 15cm panjang dan kemudian ditanam dengan membaringkan akar di dalam pasir yang bercampur serbuk papan atau tanah gambut. Pastikan paras atas akar adalah sama paras dengan pasir.Ada setengah pokok tidak mengeluarkan biji dan susah pula dibiak dengan cara lain, (misalnya pokok sukun, dahlia, Plumbago). Oleh itu akarnya boleh digunakan sebagai bahan pembiakan.

Penjagaan Keratan

Penjagaan rapi adalah mustahak semasa pengakaran. Sebaiknya keratan jangan diubah-ubah kerana akar-akar baru sangat lembut dan senang patah. Kebersihan kawasan perlu dijaga untuk mengelakan dari jangkitan penyakit.Peratus kelembapan dikurangkan secara berperingkat setelah pengakaran mula berlaku dan keamatan cahaya dipertingkatkan. Keratan-keratan tadi sedia diubah apabila mengeluarkan akar sekunder. Elakkan akar tercedera semasa mengubah dengan menyiramnya terlebih dahulu sebelum dicungkil. Kemudian tanam di dalam bekas yang mengandungi campuran tanah yang bersesuaian. Siram secukupnya dan beri teduhan selama 7-14 hari.

Cantuman

Cantum satu pembiakan tampang biasanya digunakan untuk membiak pokok buah-buahan. Namun ianya sesuai juga untuk pokok-pokok hiasan.Pembiakan cara cantuman terbahagi kepada 3 jenis :

a) Cantuman tunas atau Cantuman dekatan

i) Sandingan

b) Cantuman mata tunas

i) Cantuman 'T'ii) Cantuman tampaliii) Cantuman takuk

c) Cantuman Belahan

i) Belahan tepiii) Belahan rencungiii) Belahan baji

Pokok Penanti (Stock Plant)

Pokok penanti ialah pokok yang ditanam dari biji benih untuk tujuan mendapatkan sistem akar yang baik. Cantuman boleh dilakukan apabila pokok penanti mencapai saiz batang yang sesuai (berukuran lebih kurang 1 cm garispusat) untuk menerima mata tunas.

Mata tunas

Terdapat dua jenis mata tunas iaitu mata tunas rehat dan mata tunas ketiak. Pokok-pokok

Page 6: kaedah pembiakan

yang mempunyai mata tunas rehat ialah seperti rambutan, bunga kertas, ciku, cempedak dan lain-lain. Pokok-pokok yang mempunyai mata tunas ketiak ialah seperti durian dan ros.

Cara mencantum mata tunas

Contoh: Cantuman tampal

a) Sediakan pokok penantib) Potong dua garisan daripada atas ke bawah, panjang kira-kira 4cm pada batang pokokpenanti, dengan menggunakan pisau cantuman yang tajam dan bersih.

c) Potongan dibuat kira-kira 15cm daripada tanah. Jarak antara garisan kira-kira 1cm.d) Buat satu garisan melintang di sebelah bawah dan kopek sedikit kulit bagi menentukan samaada kulit itu boleh dikopek.e) Pilih satu mata tunas yang baik, potong dua garisan sebesar dengan yang dibuat pada pokokpenanti tadi. Kemudian potong kepingan tunas daripada kayu mata tunas dan tanggalkankulitnya beserta mata tunas.f) Kopekkan kulit daripada pokok penanti tadi dan tampalkan mata tunas. Buangkan kulit pokokpenanti dan tinggalkan lebih kurang 1cm.g) Antara 20 - 30 hari mengikut jenis-jenis pokok, buka balutan pita plastik itu.h) 1 minggu selepas pita plastik dipotong, bahagian atas pokok penanti dipotong kira-kira 5cm - 8cm daripada bahagian yang dicantum.Dalam masa 2 - 3 minggu selepas pokok penanti dipotong, mata tunas akan mulai membesar. Tunas-tunas yang tumbuh daripada bahagian-bahagian lain sepanjang pokok penanti hendaklah dibuang.

Untuk memastikan kejayaan cantuman perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:a) Pisau cantuman mestilah tajam dan bersihb) Pokok penanti dan mata tunas yang hendak dicantum mestilah dari keluarga yang sama.c) Saiz mata tunas dan saiz kelaran di pokok penanti mestilah sama.d) Proses mencantum mesti dibuat dengan cepat untuk mengelakkan kambium atau mata tunasmenjadi keringe) Pokok penanti dan mata tunas mestilah sihat dan subur.f) Tentukan ikatan jangan terlalu kuat atau terlalu longgarg) Kerja mencantum eloklah dibuat di waktu pagi atau petang sebelum siraman dilakukan.

LENTURAN (layering)

Lenturan adalah satu proses pembiakan tampang menggunakan bahagian pokok yang masih menjadi sebahagian daripada pokok induk yang masih hidup.

Terdapat empat jenis lenturan:a) Lenturan Pucuk (tip layerage)b) Lenturan Busutc) Lenturan Peparitan (berbaringan)d) Lenturan udara (tut)

Page 7: kaedah pembiakan

a) Lenturan udara (tut)Lenturan yang biasa di buat. Pembiakan cara ini sesuai digunakan untuk pokok-pokok yang susah dibiak dengan cara tampang yang lain. Biasanya dilakukan pada pokok-pokok jenis kayu keras seperti pokok kenanga, cempaka, limau dan ciku.

Cara-cara mengetut

Sediakan tanah campuran yang sesuai yang mempunyai sifat-sifat senang dikepal, melekat dan yang boleh menyimpan air dengan secukupnya selama masa dahan dalam proses pengakaran.

Tanah campuran biasa digunakan ialah:a) 2 bahagian isipadu tanah peroi 1 bahagian isipadu baja organik

b) 4 bahagian isipadu habuk papan 3 bahbahagian isipadu tanah peroi 2 bahagian isipadu bajaorganik

Cara memilih dahan yang sesuaia) Dahan dipilih daripada pokok sihat, segar dan tidak berpenyakit atau diserang serangga.b) Dahan mestilah dari kayu keras atau sederhana keras, sekurang-kurangnya lcm garis pusat.c) Dahan yang dipilih sebaiknya seimbang percabangan, berbentuk lurus dan mendapat cukupcahaya matahari.

Cara mengetut

a) Sediakan kepalan campuran tanah sebesar telur ayam dan direnjis air sehingga lembab.b) Pilih dahan yang sesuai serta buangkan daun-daun dan ranting-ranting di bawah kelaranyang akan dibuat.c) Buatkan kelaran keliling, pertama di bawah mata tunas dan kelaran kedua dibuatsekurang-kurangnya 3cm di bawah dari kelaran pertama.d) Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikiskan (kambium) hingga ke kayu.e) Sapukan hormon penggalak akar di kelaran atasf) Ikatkan plastik di bahagian kelaran bawah.g) Dekatkan tanah yang telah dikepal di bahagian dahan yang telah dikikis tadi, tentukan tanahitu padat dan melekat dengan baik.h) Bungkuskan kepalan tanah dengan kertas plastik dan diikat pada kedua-dua hujungnya.i) Selepas 2 - 3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan boleh dipotong bahagian bawah dandiubah ke dalam beg plastik.

Page 8: kaedah pembiakan

Pembiakan

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Pembiakan ialah proses biologi untuk melahirkan organisma yang baru. Ia merupakan ciri yang asas bagi kesemua hidupan yang diketahui; setiap organisma wujud sebagai hasil pembiakan. Kaedah-kaedah pembiakan boleh digolongkan kepada dua jenis yang utama: Pembiakan seks dan pembiakan aseks.

Dalam pembiakan aseks, suatu organisma dapat membiak tanpa melibatkan organisma yang lain dalam spesiesnya. Pembahagian sel bakteria menjadi dua sel anak merupakan satu contoh pembiakan aseks. Pembiakan aseks bukan sahaja terhad kepada organisma sel tunggal. Kebanyakan tumbuhan mempunyai keupayaan untuk membiak secara aseks.

Kelahiran tumbuhan-tumbuhan baru pada tepi daun Kalanchoë pinnata. Tingginya tumbuhan

kecil di hadapan kira-kira satu sentimeter.

Pembiakan seks memerlukan penglibatan dua organisma, lazimnya satu organisma daripada setiap jantina. Pembiakan manusia merupakan satu contoh pembiakan seks yang biasa. Secara amnya, organisma yang lebih rumit akan membiak secara seks sedangkan organisma sel tunggal akan membiak secara aseks.

Isi kandungan

[sorok]

1 Pembiakan aseks

Page 9: kaedah pembiakan

2 Pembiakan seks o 2.1 Mitosis dan Meiosis

2.1.1 Mitosis 2.1.2 Meiosis

3 Strategi pembiakan 4 Pembiakan aseks berlawan pembiakan seks 5 Hidupan tanpa pembiakan 6 Lihat juga 7 Rujukan 8 Pautan luar

[sunting] Pembiakan aseks

Rencana utama: Pembiakan aseks

Pembiakan aseks merupakan proses biologi yang mana suatu organisma melahirkan salinan yang serupa dengannya dari segi genetik tanpa sumbangan daripada organisma yang lain. Bakteria membahagikan diri secara aseks melalui belahan dedua; virus menguasi sel-sel perumah untuk melahirkan lebih banyak virus; Hidra (invertebrat susunan Hydroidea) dan ragi berupaya membiak melalui penunasan. Organisma-organisma ini tidak mempunyai jantina yang berbeza, dan mereka berupaya membahagikan diri menjadi dua atau lebih organisma berasingan. Sebilangan spesies 'aseks', seperti hidra dan ampai-ampai, juga boleh membiak secara seks. Umpamanya, kebanyakan tumbuhan bukan sahaja berupaya melaksanakan pembiakan tampang (iaitu pembiakan tanpa biji atau spora), tetapi juga boleh membiak secara seks. Begitu juga, bakteria dapat menukarkan maklumat genetif melalui konjugasi. Cara-cara pembiakan aseks yang lain termasuk penyerpihan dan pembentukan spora yang melibatkan mitosis sahaja.

[sunting] Pembiakan seks

Rencana utama: Pembiakan seks

Pembiakan seks ialah proses biologi yang mana organisma-organisma mencipta keturunan yang mempunyai gabungan bahan genetik yang disumbang oleh dua (biasanya) ahli spesies yang berasingan. Setiap organisma menyumbang setengah daripada komposisi genetik anak melalui penciptaan gamet haploid. Kebanyakan daripada organisma membentuk dua jenis gamet. Dalam spesies anisogami, kedua-dua jantina dirujuk sebagai jantan (menghasilkan sperma atau mikrospora) dan betina (menghasilkan ova atau megaspora). Dalam spesies isogami, bentuk gamet adalah serupa, tetapi juga boleh mempunyai sifat yang berbeza dan diberikan nama yang sewajar. Umpamanya, dalam alga hijau, Chlamydomonas reinhardtii, gametnya diberi gelaran "plus" dan "minus". Beberapa jenis organisma, seperti siliat mempunyai lebih daripada dua jenis gamet.

Manusia, kebanyakan binatang, dan tumbuhan membiak secara seks. Organisma yang membiak secara seks mempunyai dua set gen bagi setiap trait (digelarkan alel). Anaknya mewaris satu alel bagi setiap trait daripada setiap induk untuk memastikan bahawa mereka menerima gabungan gen kedua-dua induknya. Setelah menerima dua salinan bagi setiap gen,

Page 10: kaedah pembiakan

hanya sifat satunya akan dinyatakan supaya dapat menyelindungi alel yang boleh membawa kesan yang buruk. Kelebihan ini telah dianggap sebagai alasan yang terutama dalam perkembangan evolusi diploid (Otto and Goldstein).

[sunting] Mitosis dan Meiosis

Mitosis dan meiosis merupakan bahagian yang perlu dalam pembahagian sel. Mitosis terjadi di dalam sel somatik, sedangkan meiosis terjadi dalam gamet.

[sunting] Mitosis

Bilangan sel dalam mitosis adalah dua kali ganda bilangan sel pada asalnya. Bilangan kromosom di dalam sel anak adalah sama dengan bilangannya di dalam sel induk.

[sunting] Meiosis

Bilangan sel dalam meiosis adalah empat kali ganda bilangan sel pada asalnya. Ini menyebabkan sel-sel mengandungi hanya separuh daripada bilangan kromosom dalam sel induk. Satu sel diploid akan menjadi dua sel haploid. Proses ini berlaku dalam dua fasa, iaitu meiosis I dan meiosis II.

[sunting] Strategi pembiakan

Terdapatnya berbagai-bagai jenis strategi pembiakan yang digunakan oleh spesies-spesies yang berbeza. Sebahagian haiwa, seperti manusia dan Olek-olek Utara (itik laut) tidak mencapai kematangan seks sehinggan banyak tahun selepas kelahirannya dan walaupun demikian, hanya melahirkan sedikit anak sahaja. Yang lain membiak dengan cepat tetapi, di bawah keadaan yang biasa, kebanyakan anak mereka tidak hidup sehingga kedewasaan. Umpamanya, arnab (matang selepas lapan bulan) boleh melahirkan 10–30 anak setiap tahun, dan lalat buah boleh melahirkan sehingga 900 anak setiap tahun. Kedua-dua strategi utama ini digelar pemilihan-K (sedikit anak) dan pemilihan r (banyak anak). Mana satu strategi yang lebih digalakkan oleh evolusi tergantung kepada pelbagai keadaan. Haiwan yang mempunyai sedikit anak boleh menumpukan sumber-sumber mereka kepada pembelaan dan perlindungan setiap anak supaya banyak anak tidak diperlui. Sebaliknya, haiwan yang mempunyai banyak anak harus memberikan lebih kurang sumber kepada setiap anak; bagi jenis haiwan ini, adalah kejadian biasa bahawa banyak anak akan mati sebaik sahaja selepas kelahiran mereka. Bagaimanapun, bilangan anak yang mencukupi akan hidup untuk mengekalkan populasi spesies itu.

[sunting] Pembiakan aseks berlawan pembiakan seks

Bilangan organisma yang membiak secara asek cenderung bertumbuh dengan eksponen. Bagaimanapun, oleh sebab mereka berharap pada mutasi untuk kelainan DNA mereka, semua ahli spesies itu mengalami ketidakpastian dalam hidup yang sama. Walaupun organisma yang membiak secara seks melahirkan sedikit anak sahaja, kelainan gen yang agak besar memberikan mereka keupayaan yang lebih besar untuk menentangi penyakit.

Page 11: kaedah pembiakan

Banyak organisma boleh membiak melalui kedua-dua kaedah, iaitu secara seks serta juga aseks. Conthonnya termasuk afid, kulapuk lendir, buran dan banyak tumbuhan. Sewaktu faktor-faktor persekitaran adalah sesuai, pembiakan aseks dipergunakan untuk mengeksploitasikan keadaan seperti bekalan makanan yang banyak, perlindungan yang mencukupi, iklim yang baik, ketiadaan penyakit, pH yang optimum, dan sebagainya. Jumlah populasi organisma itu bertambah secara eksponen melalui strategi pembiakan aseks untuk mengeksploitasikan bekalan sumber yang kaya.

Sewaktu sumber-sumber makanan sudah habis, iklim menjadi buruk, ataupun hidup terjejas oleh perubahan keadaan hidup yang buruk, organisma-organisma itu akan mengubahkan kepada bentuk pembiakan seks. Pembiakan seks memastikan pencampuran takung gen. Kelainan yang terdapat daripada pembiakan seks membenarkan sebahagian anak untuk menyesuaikan diri untuk menghidup dan menyebabkan mekanisme adaptasi memilih. Tambahan pula, pembiakan seks biasanya menghasilkan satu peringkat hidup yang berupaya menahan keadaan-keadan yang boleh mengancamkan anak-anak induk aseks. Biji, spora, telur, pupa, sista, dan peringkat yang lain-lain memastikan bahawa organisma-organisma itu akan hidup sewaktu menunggu-nunggu keadaan yang buruk berpulih menjadi baik.

[sunting] Hidupan tanpa pembiakan

Kewujudan hidup tanpa pembiakan merupakan perkara untuk tekaan. Penyelidikan biologi mengenai keasalan hidupan dari unsur-unsur nyah membiak kepada organisma yang membiak digelarkan abiogenesis. Sama adakah terdapatnya banyak peristiwa abiogenesis yang berasingan, ahli biologi mempercayai bahawa leluhur yang sama untuk kesemua hidupan di bumi pada masa ini hidup lebih kurang 3.5 bilion tahun dahulu.

Pad hari ini, sebahagian daripada ahli-ahli sains meneka tentang kemungkinannya penciptaan hidupan tanpa membiak di dalam makmal. Sekumpulan ahli sains telah berjaya untuk menghasilkan satu virus yang mudah daripada bahan-bahan yang tidak hidup. Penghasilan organisma yang benar-benar hidup, seperti bakteria mudah, tanpa leluhur merupakan tugas yang jauh lebih rumit, tetapi mungkin dapat berjaya menurut pemahaman biologi semasa.

Virus biasanya dianggap sebagai tidak hidup. Hanya merupakan sedikit RNA atau DNA di dalam kapsul protein, mereka tidak mempunyai metabolisme dan cuma boleh mereplikasikan diri dengan bantuan mekanisme metabolisme sel yang dirampas. Umpamanya, Adam, dalam kitab Bible, telah dicipta oleh Tuhan dan tidak mempunyai leluhur.

Pembiakan aseks

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Page 12: kaedah pembiakan

Pembiakan aseks dalam lumut hati: filoid bercambah.

Pembiakan aseks (juga digelarkan agamogenesis) merupakan sejenis pembiakan yang tidak melibatkan meiosis, pembentukan gamet, atau pensenyawaan. Dalam istilah orang biasa, terdapatnya hanya satu "induk" yang terlibat. Jenis pembiakan ini adalah biasa di kalangan organisma-organisma yang mudah seperti ameba dan organisma-organism sel tunggal, walapun kebanyakan tumbuhan juga membiak secara aseks (sila lihat pembiakan tampang).

Oleh sebab itu tidak memerlukan penyertaan jantan dan betina, pembiakan aseks berlaku dengan lebih cepat berbanding pembiakan aseks dan memerlukan tenaga yang tidak begitu banyak. Tambahan pula, pembiakan aseks menghasilkan replika induk yang tepat kerana tiadanya penggabungan semula genetik. Dari sudut pandangan evolusi, seseorang boleh mengatakan bahawa pembiakan aseks adalah lebih rendah kerana ia menyekat potensi untuk perubahan. Bagaimanapun, kemungkinan untuk mutasi ataupun kerumitan lain yang boleh disebabkan oleh pencampuran gen nyata sekali dikurangkan.

Banyak, walaupun bukan semua, organisma sel tunggal membiak aseks melalui belahan dedua. beberapa organisma sel tunggal bergantung kepada satu atau lebih organisma perumah untuk membiak, tetapi betul-betul membahagikan menjadi dua organisma. Siliat yang membiak melalui kedua-dua cara seks dan aseks merupakan kekecualian. Kesemua prokariot (kebanyakannya merupakan organisma sel tunggal) membiak secara aseks.

Terdapatnya tiga jenis pembiakan aseks yang digunakan oleh tumbuhan: penjanaan semula, pembiakan tampang, dan pembentukan spora. Pembentukan spora menghasilkan sel pembiakan (spora) yang mengandungi DNA dan yang berkembang menjadi organisma baru selepas penyebaran. Kaedah pembiakan ini dapat dijumpai di pakis, dan melibatkan sporogenesis tanpa meiosis. Oleh sebab itu, bilangan kromosom dalam sel spora adalah sama sahaja dengan induk yang menghasilkan spora itu.

[sunting] Contoh pembiakan aseks dalam organisma bertahap tinggi

Page 13: kaedah pembiakan

Lebah Apis mellifera capensis kekadang membiak asek melalui proses yang digelarkan thelytoky.

Kembar seiras merupakan sejenis pembiakan aseks dalam manusia.

PEMBIAKAN SEKS

 

     

 

PEMBIAKAN SEKSPembiakan seks untuk tumbuhan hiasan terbahagi kepada dua

Pembiakan Tumbuhan Hiasan Menggunakan Biji Benih Halus Pembiakan Tumbuhan Hiasan Menggunakan Biji Benih Besar  

 

 

 

PEMBIAKAN TUMBUHAN HIASAN  MENGGUNAKAN BIJI BENIH HALUS

Page 14: kaedah pembiakan

Langkah-Langkah Pembiakan

1. Gaul biji benih dengan racun (kulat dan serangga) 2. Masukkan medium ke dalam bekas semaian (2 bahagian tanah loam: 1 bahagian

bahan organik:1 bahagian pasir sungai atau lombong) 3. Sediakan biji benih halus dan gaulkan dengan pasir dengan nisbah (1:5) 4. Buat alur sedalam 1 sm, tabur biji benih ke dalam alur, timbus alur 5. Letakan semaian di tempat teduh dan siram sehingga lembab

Contoh pokok :

Pokok Bunga Tahi Ayam Pokok Bunga Butang

 

 

 

 

 

 

 

 

PEMBIAKAN TUMBUHAN HIASAN  MENGGUNAKAN BIJI BENIH BESAR

Langkah-Langkah Pembiakan

1. Gaul biji benih dengan racun (kulat dan serangga)

Page 15: kaedah pembiakan

2. Masukkan medium ke dalam bekas semaian (2 bahagian tanah loam: 1 bahagian bahan organik:1 bahagian pasir sungai atau lombong)

3. Sediakan biji benih besar 4. Buat lubang sedalam 2-3 kali garis pusat biji benih, tanam biji benih ke dalam lubang,

timbus lubang 5. Letakan semaian di tempat teduh dan siram sehingga lembab

 

Contoh Pokok:

Pokok Pinang Manila Pokok Pinang Merah Pokok Pinang Kuning

 

 

PEMBIAKAN ASEKS

 

     

 

PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA TUT

Page 16: kaedah pembiakan

Pembiakan tumbuhan secara tut merupakan satu teknik pembiakan yang di lakukan pada dahan atau ranting yang masih terlekat pada pokok induk. Teknik ini menyekat

bahagian yang terlibat dari mendapat makanan dan air dari pokok induk.Apabila dahan itu tersekat dari memperolehi makanan dan air maka keluarlah akar pada dahan tersebut untuk

mencari makanan dan air

 

 

 

PEMBIAKAN TUMBUHAN HIASAN  SECARA TUT (MARKOT)

Langkah-Langkah Pembiakan

1. Sediakan  medium dengan nisbah 1:1 (1 bahagian tanah loam: 1 bahagian bahan organik)

2. Campurkan medium ini dengan air dan buat medium ini seperti bola 3. Pilih dahan yang sesuai untuk dibuat tut 4. Buat dua kelaran pada dahan 5. Kopek kulit nya 6. Kikis Kambium 7. Sapu hormon pengakaran pada bahagian atas kelaran 8. Lekakpkan medium pada kelaran 9. Balutkan dengan plastik lutsinar dan ikat balutan dengan tali

Contoh pokok :

Pokok Bunga Kertas Pokok Bunga Puding

 

Page 17: kaedah pembiakan

 

 

 

 

 

 

 

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN

KELEBIHAN

1. Ciri pokok induk diwarisi2. Tanaman baru cepat matang

 

KEBURUKAN

1. Tanaman mudah tumbang kerana tiada akar tunjang

Page 18: kaedah pembiakan

2. Perlu kemahiran membuat tut3. Tidak boleh membiak dengan kuantiti banyak pada pokok induk4. Kaedah pembiakan tanaman 5. PEMBIAKAN TUMBUHAN

Pembiakan adalah satu proses di mana tiap-tiap organisma menambah dari segi bilangan individu beranak dan berkembang dalam peredaran masa. Tumbuhan membiak dan berkembang dengan dua cara :•seksual; contoh biji benih, spora•Tampang (vegetatif); contoh keratan, belahan, cantuman, organ-organ khas dan lain-lain.

Biji benih

Kebanyakan tumbuhan dibiak dengan biji benih. Contohnya pokok-pokok bunga semusim, pokok saka dan juga daripada jenis renek walaupun pokok-pokok ini boleh dibiak secara tampang.

Kebaikan Pembiakan Secara Biji Benih•Boleh menghasilkan baka-baka baru•Dapat menyediakan pokok-pokok sebagai pokok penanti untuk cantuman•Murah dan menghasilkan lebih banyak pokok•Anak pokok mungkin lebih cergas (hybrid vigour) berbanding dengan induknya.

Keburukan Pembiakan Secara Biji Benih•Biji benih mungkin mempunyai masa rehat (dormancy)•Mengambil masa yang panjang untuk matang•Kemungkinan menghasilkan tumbuhan yang berbeza daripada induknya•Setengah tumbuhan hanya dapat dibiakkan pada masa-masa tertentu kerana pengeluaran buah dan biji benihnya bermusim

Pemilihan Biji benih

Biji benih dengan ciri-ciri berikut perlu dipilih:

•Matang•Tulen (tidak bercampur dengan biji benih dari baka lain)•Berisi, segar dan bersih dari kekotoran•Bernas (mempunyai keupayaan untuk bercambah)•Bebas dari penyakit dan perosak

Biji benih yang hendak digunakan mestilah diambil dari buah-buah yang matang atau masak. Biji itu dibersihkan. Biji-biji yang telah dipilih itu kemudian dikeringkan di tempat yang terbuka dan ternaung. Biji benih perlu cukup kering supaya tahan lama. Dalam keadaan biasa seperti di Malaysia biji benih tidak dapat disimpan lama dan akan kehilangan daya percambahan dengan cepat. Jika hendak disimpan lama, biji benih hendaklah disimpan di tempat bersuhu dan peratus lembapan yang rendah. Jika benih dibeli, periksa tarikh luputnya. Peratus percambahan benih menurun apabila disimpan lama.

Page 19: kaedah pembiakan

Percambahan biji benihPercambahan biji benih bergantung pada faktor-faktor seperti peratus lembapan, suhu, cahaya dan oksiogen. Percambahan biji benih yang tidak serentak disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, fisiologikal dan persekitaran. Fenomena ini berlaku oleh kerana kulit biji benih (testa) tidak telap air atau biji benih mengeluarkan bahan beracun dan lain-lain faktor dalaman. Kadangkala biji benih memerlukan rawatan tertentu untuk mempercepatkan percambahan.

Rawatan percambahan biji benih

Terdapat beberapa cara rawatan untuk percambahan biji benih:

•Pelelasan (scarification)Satu proses dimana kulit biji benih dirawat supaya biji benih telap air. Cara-caranya biasa dilakukan ialah membuang atau mengikis testa, merendam biji benih dalam asid atau air panas.

•Stratifikasi

Stratifikasi adalah proses melembutkan testa ddengan meletakkan biji benih dalam timbunan pasir, tanah atau habuk papan yang basah pada suhu yang turun naik.

•Vernalisasi

Vernalisasi adalah satu proses menyebabkan biji-biji benih mengeluarkan hormon untuk percambahan dengan meletakkan biji benih pada suhu yang rendah.

•Pemeraman (fermentation)

Pemeraman adalah satu proses merendam biji benih ke dalam air atau menyimpannya dalam beg plastik yang diikat untuk menanggalkan selaput biji benih.

Menyemai Biji benih

a. Rawatan sebelum menyemai

Biji benih yang hendak disemai sebaik-baiknya dirawat terlebih dahulu bagi mengelakkan dari serangan penyakit terutama penyakit dari jenis kulat.Bahan-bahan kimia yang digunakan ialah seperti Thiram, Benlate atau kuprum sulfat (kadar bancuhan 1 gm/liter air)

b. Medium Percambahan

Medium percambahan yang digunakan harus mempunyai ciri-ciri berikut:•mampu menyokong anak-anak benih,•menyimpan air secukupnya•mempunyai cukup rongga untuk pengudaraan dan penembusan akar•bebas dari biji benih rumpaiContohnya; vermiculite, perlite, tanah gambut, tanah loam, habuk papan atau

Page 20: kaedah pembiakan

cocopeat reput, pasir atau campuran bahan-bahan di atas J.I.S.).

c. Cara menyemai

Biji benih disemai mengikut saiznya. Terdapat perbezaan teknik menyemai untuk biji benih halus dan kasar.

Biji benih halus

Sediakan campuran tanah J.I.S dan dimasukkan kedalam bekas semaian. Siram bekas ini sehingga lembab. Biji benih halus digaul dengan pasir halus dengan nisbah 1 bahagian benih : beberapa bahagian pasir halus dan kering untuk memudah dan meratakan taburan biji benih atas permukaan tanah. Selepas ditabur, tutup biji benih dengan satu lapisan tanah peroi dan disiram. Bekas menyemai boleh ditutup dengan gelas atau plastik lutsinar hingga benih bercambah.

Biji benih kasar

1. Sediakan medium percambahan, dan bekas semaian yang sesuai.2. Pilih biji benih yang bernas dengan merendamkannya di dalam air. Biji benih yang timbuldibuang. Semai secepat mungkin dengan menggunakan teknik yang betul.3. Setelah biji benih mengeluarkan 2-3 helai daun sebenar (true leaves) bolehlah diubah kedalam beg politena.

Pembiakan TampangPembiakan tampang ialah pembiakan yang menggunakan bahagian-bahagian vegetatif tumbuhan seperti akar, batang, daun untuk memperbanyakkan tumbuhan yang sama dengan induknya. Tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan secara demikian dipanggil klon. Bahagian-bahagian vegetatif ini adalah paling istimewa oleh sebab tiap-tiap sel ini mewakili pokok keseluruhannya. Oleh itu, pokok yang dibiak 100 tahun dahulu adalah sama dengan yang dibiak sekarang.

Kebaikan Pembiakan Tampang* Boleh mendapat pokok yang seragam* Ciri-ciri anak pokok menyerupai induknya* Cepat berbunga atau berbuah* Boleh dibiakkan sepanjang tahun* Dapat dibiak dengan banyak dalam satu masa* Dapat digunakan untuk membiakkan tumbuhan yang tidak mengeluarkan biji benih bernas

Keburukan Pembiakan Tampang* Tidak semua jenis tumbuhan dapat dibiak dengan cara ini* Pemindahan penyakit lebih mudah terutama penyakit virus* Setengah kaedah memerlukan kemahiran teknikal yang agak rumit

Jenis-jenis Pembiakan Tampang

Page 21: kaedah pembiakan

A) Secara Semula Jadi

a.Rayapan (stolon) – batang yang keluar dari aksil daun dan biasanya tumbuh menjalar secaramendatar di atas permukaan tanah. Contoh: Episcia dan chlorophythum.b. Sulur - Anak atau rumpun pokok yang dipisahkan dari pokok induk. Contoh: Pisang kipas(Ravenala), Keladic.Umbisi - Contoh: Gladiolus, abacad.Bebawang (leaf scale) Contoh : Lily, Amaryllise.Rizom – batang yang menjalar di bawah permukaan tanah. Contoh : halia, bunga tasbih, iris,rumput, kunyitf.Tuber Contoh: kentang, keladig.Akar Tuber - Akar yang membesar dalam tanah. Mata tunas terdapat pada jemala akar.Contoh: dahlia, keledek, gloriosa

Pembahagian boleh dilakukan kepada beberapa jenis bahagian tumbuhan tersebut di atas dengan memotongnya kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Contoh kentang, bebawang.

B. Secara Buatan

KERATAN

a. Keratan dahan atau batangKeratan dahan terdiri daripada keratan kayu keras, kayu sederhana dan keratan kayu hijau atau lembut.

Cara mengambil keratan batang:

Pilih dahan atau ranting yang subur dan tidak berpenyakit. Panjangnya keratan anantara 15 - 20cm. Potong pangkal keratan itu serong di bawah satu mata tunas. Tinggalkan 2 atau 3 helai daun. Tentukan sekurang- kurangnya ada 1 tunas untuk akar dan 1 tunas untuk pucuk. Tanam keratan itu sedalam kira-kira 5 - 7cm (1/3 daripada keratan). Tekan di sekeliling pangkal keratan. Siram. Untuk keratan yang susah berakar, rawat pangkal keratan dengan hormon penggalak akar seperti IBA, ABA, NAA. Jenis-jenis hormon ini ada dijual dalam bentuk debu.

b. Keratan daun

Jenis ini terdiri daripada keratan bahagian daun, keratan urat daun, keratan tangkai daun dan keratan helaian daun.

Keratan helai daun dibuat dengan mengambil sehelai daun yang bertangkai atau tidak bertangkai di mana ianya ditanam dalam medium pengakaran seperti pasir. Akar dan

Page 22: kaedah pembiakan

daun baru akan keluar dari sebelah bawah daun. Pokok Begonia boleh dibiak dengan meletak sehelai daun yang telah dikerat urat daunnya di atas pasir. Pokok sanseiveria boleh dibiak dengan cara keratan bahagian daun. Untuk membuat keratan tangkai daun tentukan lai daun mempunyai batang sepanjang 2.5 – 4cm panjang.

c. Keratan Akar

Keratan akar dibuat dengan memotong bahagian-bahagian akar yang sihat dan tidak berpenyakit kira-kira 7 - 15cm panjang dan kemudian ditanam dengan membaringkan akar di dalam pasir yang bercampur serbuk papan atau tanah gambut. Pastikan paras atas akar adalah sama paras dengan pasir.Ada setengah pokok tidak mengeluarkan biji dan susah pula dibiak dengan cara lain, (misalnya pokok sukun, dahlia, Plumbago). Oleh itu akarnya boleh digunakan sebagai bahan pembiakan.

Penjagaan Keratan

Penjagaan rapi adalah mustahak semasa pengakaran. Sebaiknya keratan jangan diubah-ubah kerana akar-akar baru sangat lembut dan senang patah. Kebersihan kawasan perlu dijaga untuk mengelakan dari jangkitan penyakit.Peratus kelembapan dikurangkan secara berperingkat setelah pengakaran mula berlaku dan keamatan cahaya dipertingkatkan. Keratan-keratan tadi sedia diubah apabila mengeluarkan akar sekunder. Elakkan akar tercedera semasa mengubah dengan menyiramnya terlebih dahulu sebelum dicungkil. Kemudian tanam di dalam bekas yang mengandungi campuran tanah yang bersesuaian. Siram secukupnya dan beri teduhan selama 7-14 hari.

Cantuman

Cantum satu pembiakan tampang biasanya digunakan untuk membiak pokok buah-buahan. Namun ianya sesuai juga untuk pokok-pokok hiasan.Pembiakan cara cantuman terbahagi kepada 3 jenis :

a) Cantuman tunas atau Cantuman dekatan

i) Sandingan

b) Cantuman mata tunas

i) Cantuman 'T'ii) Cantuman tampaliii) Cantuman takuk

c) Cantuman Belahan

i) Belahan tepiii) Belahan rencungiii) Belahan baji

Pokok Penanti (Stock Plant)

Page 23: kaedah pembiakan

Pokok penanti ialah pokok yang ditanam dari biji benih untuk tujuan mendapatkan sistem akar yang baik. Cantuman boleh dilakukan apabila pokok penanti mencapai saiz batang yang sesuai (berukuran lebih kurang 1 cm garispusat) untuk menerima mata tunas.

Mata tunas

Terdapat dua jenis mata tunas iaitu mata tunas rehat dan mata tunas ketiak. Pokok-pokok yang mempunyai mata tunas rehat ialah seperti rambutan, bunga kertas, ciku, cempedak dan lain-lain. Pokok-pokok yang mempunyai mata tunas ketiak ialah seperti durian dan ros.

Cara mencantum mata tunas

Contoh: Cantuman tampal

a) Sediakan pokok penantib) Potong dua garisan daripada atas ke bawah, panjang kira-kira 4cm pada batang pokokpenanti, dengan menggunakan pisau cantuman yang tajam dan bersih.

c) Potongan dibuat kira-kira 15cm daripada tanah. Jarak antara garisan kira-kira 1cm.d) Buat satu garisan melintang di sebelah bawah dan kopek sedikit kulit bagi menentukan samaada kulit itu boleh dikopek.e) Pilih satu mata tunas yang baik, potong dua garisan sebesar dengan yang dibuat pada pokokpenanti tadi. Kemudian potong kepingan tunas daripada kayu mata tunas dan tanggalkankulitnya beserta mata tunas.f) Kopekkan kulit daripada pokok penanti tadi dan tampalkan mata tunas. Buangkan kulit pokokpenanti dan tinggalkan lebih kurang 1cm.g) Antara 20 - 30 hari mengikut jenis-jenis pokok, buka balutan pita plastik itu.h) 1 minggu selepas pita plastik dipotong, bahagian atas pokok penanti dipotong kira-kira 5cm - 8cm daripada bahagian yang dicantum.Dalam masa 2 - 3 minggu selepas pokok penanti dipotong, mata tunas akan mulai membesar. Tunas-tunas yang tumbuh daripada bahagian-bahagian lain sepanjang pokok penanti hendaklah dibuang.

Untuk memastikan kejayaan cantuman perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:a) Pisau cantuman mestilah tajam dan bersihb) Pokok penanti dan mata tunas yang hendak dicantum mestilah dari keluarga yang sama.c) Saiz mata tunas dan saiz kelaran di pokok penanti mestilah sama.d) Proses mencantum mesti dibuat dengan cepat untuk mengelakkan kambium atau mata tunasmenjadi keringe) Pokok penanti dan mata tunas mestilah sihat dan subur.

Page 24: kaedah pembiakan

f) Tentukan ikatan jangan terlalu kuat atau terlalu longgarg) Kerja mencantum eloklah dibuat di waktu pagi atau petang sebelum siraman dilakukan.

LENTURAN (layering)

Lenturan adalah satu proses pembiakan tampang menggunakan bahagian pokok yang masih menjadi sebahagian daripada pokok induk yang masih hidup.

Terdapat empat jenis lenturan:a) Lenturan Pucuk (tip layerage)b) Lenturan Busutc) Lenturan Peparitan (berbaringan)d) Lenturan udara (tut)

a) Lenturan udara (tut)Lenturan yang biasa di buat. Pembiakan cara ini sesuai digunakan untuk pokok-pokok yang susah dibiak dengan cara tampang yang lain. Biasanya dilakukan pada pokok-pokok jenis kayu keras seperti pokok kenanga, cempaka, limau dan ciku.

Cara-cara mengetut

Sediakan tanah campuran yang sesuai yang mempunyai sifat-sifat senang dikepal, melekat dan yang boleh menyimpan air dengan secukupnya selama masa dahan dalam proses pengakaran.

Tanah campuran biasa digunakan ialah:a) 2 bahagian isipadu tanah peroi 1 bahagian isipadu baja organik

b) 4 bahagian isipadu habuk papan 3 bahbahagian isipadu tanah peroi 2 bahagian isipadu bajaorganik

Cara memilih dahan yang sesuaia) Dahan dipilih daripada pokok sihat, segar dan tidak berpenyakit atau diserang serangga.b) Dahan mestilah dari kayu keras atau sederhana keras, sekurang-kurangnya lcm garis pusat.c) Dahan yang dipilih sebaiknya seimbang percabangan, berbentuk lurus dan mendapat cukupcahaya matahari.

Cara mengetut

a) Sediakan kepalan campuran tanah sebesar telur ayam dan direnjis air sehingga lembab.b) Pilih dahan yang sesuai serta buangkan daun-daun dan ranting-ranting di bawah kelaranyang akan dibuat.c) Buatkan kelaran keliling, pertama di bawah mata tunas dan kelaran kedua dibuat

Page 25: kaedah pembiakan

sekurang-kurangnya 3cm di bawah dari kelaran pertama.d) Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikiskan (kambium) hingga ke kayu.e) Sapukan hormon penggalak akar di kelaran atasf) Ikatkan plastik di bahagian kelaran bawah.g) Dekatkan tanah yang telah dikepal di bahagian dahan yang telah dikikis tadi, tentukan tanahitu padat dan melekat dengan baik.h) Bungkuskan kepalan tanah dengan kertas plastik dan diikat pada kedua-dua hujungnya.i) Selepas 2 - 3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan boleh dipotong bahagian bawah dandiubah ke dalam beg plastik.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 26: kaedah pembiakan