talking point pengarah

Upload: yonz-aliati

Post on 08-Mar-2016

236 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

SIWP

TRANSCRIPT

TALKING POINTPENGARAH PENDIDIKAN MELAKA UNTUK

SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK (SIWP) SIRI 2/2015

TARIKH

: 28.09.2015

TEMPAT : Dewan Tun Fatimah, IPGM Perempuan Melayu Melaka

MASA

: 8.30pagi hingga 1.00 tengahari

Bismillahirrahmanirrahim..Yang berbahagiaTuan Haji Mohd Rashid bin Sidek

Timbalan Pengarah Pendidikan Melaka

Barisan ketua-ketua Sektor

Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah

Barisan Ketua Unit

Barisan Urusetia

Serta Hadirin yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Salam 1 Malaysia

Salam Melaka Maju Negeri Ku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka Maju Fasa ke-2, Melaka 753Tahun, JPN Melaka No 1.

Berkat, Tepat, Cepat. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, kerana dengan limpah kurniaNya, dapat kita bersama-sama berkumpul pada pagi ini di dalam program Seminar Integriti Warga Pendidik (SIWP) bilangan 2/2015 ini.

Terima kasih kepada hadirin dan hadirat kerana sudi hadir ke seminar ini.

Terima kasih dan selamat datang kepada Encik Abdullah bin Yusop, Penceramah bertauliah dari Institut Integriti Malaysia.

Hadirin yang di hormati sekalian

Seminar Integriti Warga Pendidik (SIWP) merupakan salah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia menyalurkan maklumat berkenaan pemahaman warga pendidik berkaitan integriti.

Ianya juga adalah untuk meningkatkan komitmen warga pendidik mengenai peranan yang boleh dimainkan dalam mengukuhkan integriti masyarakat.

Jabatan Pendidikan Melaka telah menjalankan SIWP mengikut daerah bermula dari tahun 2013. Semua warga pendidik wajib menyertai SIWP termasuklah pegawai di Jabatan Pendidikan Melaka dan Pejabat Pendidikan Daerah. Peruntukan yang diterima adalah dari Bahagian Pendidikan Guru(BPG) dan Institut Integriti Malaysia (IIM). Para Penceramah yang dilantik adalah tokoh dikalangan warga pendidik yang masih berkhidmat atau telah bersara yang ditauliahkan oleh Institut Integriti Malaysia.Hadirin yang di hormati sekalian

Integriti merupakan elemen penting bagi penjawat awam. Kajian terdahulu mendapati integriti mempunyai hubungan yang positif dengan kesejahteraan individu kesejahteraan komuniti dan kesejahteraan organisasi .

Integriti membentuk staf yang mempunyai tingkah laku yang baik. Antara tingkah laku tidak berintegriti adalah mencuri, vandalisme, memanjangkan waktu rehat tanpa kebenaran dan ponteng kerja. Kelemahan integriti akan menyumbang kepada keruntuhan nilai moral dan kerosakan sesuatu profesyen pekerjaan. Kepimpinan organisasi pendidikan harus mempunyai kefahaman yang jelas mengenai segala aspek berkaitan integriti, kelakuan dan tatatertib supaya pembudayaan integriti dapat disuburkan dalam organisasi masing-masing.

Usaha perlu dilaksanakan untuk menyebar luas maklumat berkaitan amalan dan budaya integriti di kalangan warga pendidik supaya tahap kefahaman dan kesedaran tentang kepentingan integriti dalam perkhidmatan pendidikan dapat ditingkatkan, Moga Allah Menguatkan Iman, Iltizam, Amalan dan Amanah Yang Dipertanggung jawab Ke atas Kita semua dalam Jalan Lurus yang Beretika dan Berintegriti Setiap Masa.Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wasalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih.1