taklimat program komuniti asean bpsh

23
ASEAN COMMUNITY KERTAS CADANGAN PROGRAM “5 MINIT ASEAN KOMUNITI” OLEH SELVESTER MARINDAL PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH NABAWAN

Upload: sucram-suna

Post on 21-Jul-2015

126 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Taklimat program komuniti asean bpsh

ASEAN COMMUNITY

KERTAS CADANGAN

PROGRAM

“5 MINIT ASEAN KOMUNITI”

OLEH

SELVESTER MARINDAL

PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH NABAWAN

Page 2: Taklimat program komuniti asean bpsh

1. PENDAHULUAN

Program “5 Minit ASEAN Komuniti” merupakan program

kesedaran, publisiti dan promosi berkaitan ASEAN Komuniti

di peringkat sekolah, Institut Pendidikan Guru Malaysia

(IPGM) dan Kolej Matrikulasi.

2. OBJEKTIF

Menyampaikan maklumat tentang negara-negara Asean di

peringkat sekolah, IPGM dan Kolej Matrikulasi.

Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran berkaitan ASEAN

Komuniti.

Warga sekolah, IPGM dan Matrikulasi merasai mereka adalah

sebahagian dari warga ASEAN.

Page 3: Taklimat program komuniti asean bpsh

3.FOKUS PROGRAM

Program “ 5 Minit ASEAN Komuniti” dijalan melalui;

4.1 Perhimpunan Rasmi

4.2 Perhimpunan Pagi

4.3 Aktiviti Kokurikulum

4.4 Hari Sambutan ASEAN Komuniti

4. TARIKH PELAKSANAAN

Semua sekolah, IPGM dan Kolej Matrikulasi melaksana

program kesedaran, publisiti dan promosi mulai

September 2014.

Page 4: Taklimat program komuniti asean bpsh

5. PENGISIAN BAHAN

Contoh pengisian bahan “Program 5 Minit ASEAN KOMUNITI”

adalah seperti berikut;

5.1 Sejarah Penubuhan ASEAN; maksud ASEAN, nama dan

jumlah negara-negara ASEAN dan lokasi negara

tersebut.

5.2 Maklumat Negara-negara ASEAN; seperti budaya, jenis

tarian, cara hidup, makanan utama, matawang

digunakan, tempat-tempat pelancongan utama, ibu

negara, Bandar-bandar utama , bentuk muka bumi

(geografi), hasil utama negara, pekerjaan utama

penduduk, jumlah penduduk, dan lain-lain yang

berkaitan.

5.3 Maklumat berkaitan Asean Komuniti; contoh Maksud

ASEAN Komuniti, ASEAN Politik- Keselamatan Komuniti ,

ASEAN Ekonomi Komuniti dan ASEAN Sosial-budaya

Komuniti.

Page 5: Taklimat program komuniti asean bpsh

6. KAEDAH PENYAMPAIAN

Kaedah penyampaian “Program 5 Minit ASEAN Komuniti’’ boleh

dijalankan melalui;

7.1 Ceramah

7.2 Persembahan multimedia

7.3 Pembentangan kumpulan

7.4 Sketsa/sajak/bercerita

7.PERSONALIA

Personalia yang akan menjalankan “Program 5 Minit ASEAN

Komuniti’’ ini adalah terdiri daripada ;

Pentadbir/Pensyarah/Guru

Ahli Kelab/Persatuan/Badan Unit Uniform

Page 6: Taklimat program komuniti asean bpsh

8. KESIMPULAN

“Program 5 Minit ASEAN Komuniti’’ di Institut Pendidikan

Guru Malaysia, Kolej Matrikulasi dan sekolah merupakan

program kesedaran, publisiti dan promosi. Penyebaran

maklumat berkaitan ASEAN Komuniti akan meningkatkan

pengetahuan dan kesedaran serta menanamkan semangat

ASEAN Komuniti dalam kalangan warga sekolah, IPGM dan

Matrikulasi.

Page 7: Taklimat program komuniti asean bpsh

ASEAN COMMUNITY

KERTAS CADANGANMENULIS ESEI ASEAN KOMUNITI

Page 8: Taklimat program komuniti asean bpsh

1. PENDAHULUAN

Mengarang merupakan aktiviti penulisan yang boleh

memberi kesedaran, publisiti dan promosi berkaitan

ASEAN Komuniti di peringkat sekolah, Institut

Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), dan Kolej

Matrikulasi. Aktiviti mengarang boleh dilaksana di

dalam atau di luar bilik darjah selaras dengan PPPM

2013-2025 , MBMMBI, Program i-Think iaitu dengan

mengaplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di

samping memperkukuhkan perhubungan antara kaum

melalui aktiviti bahasa.

Page 9: Taklimat program komuniti asean bpsh

2. OBJEKTIF

Memupuk kesedaran, publisiti dan promosi

berkaitan ASEAN Komuniti di peringkat sekolah,

IPGM dan Matrikulasi.

Meningkatkan pengetahuan dan memperkukuhkan

penguasaan pelajar mengenai rantau ASEAN.

Menerapkan amalan positif dan perkongsian

maklumat berkaitan ASEAN.

Page 10: Taklimat program komuniti asean bpsh

3. PELAKSANAAN

Penulisan esei disertai oleh Murid Sekolah Rendah

(Tahun 4-6), Murid Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan

1-3), Murid Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4-6) ,

Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia dan

Matrikulasi.

Penulisan esei ASEAN menggunakan pelbagai bahasa

seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa China,

Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Iban dll.

Tema penulisan adalah berkaitan ASEAN Komuniti.

Antara contoh tajuk yang dicadangkan penulisan adalah

seperti LAMPIRAN A.

Penulisan esei dilaksana melalui aktiviti PdP atau dalam

bentuk pertandingan (peringkat sekolah, PPD, JPN, IPG,

Matrikulasi atau KPM).

Page 11: Taklimat program komuniti asean bpsh

LAMPIRAN A

CADANGAN PILIHAN TAJUK ESEI TAHUN 4-6

Perayaan-perayaan di negara ASEAN

Kenalilah pelbagai budaya masyarakat ASEAN

Masyarakat ASEAN masyarakat berbudi bahasa

CADANGAN PILIHAN TAJUK ESEI TINGKATAN 1-3

Bertolak ansur amalan masyarakat di negara ASEAN

Peranan media dalam menyebarkan maklumat berkaitan ASEAN.

Media menyatukan masyarakat ASEAN.

CADANGAN PILIHAN TAJUK ESEI TINGKATAN 4-6

Integrasi Nasional pemangkin kemajuan negara-negara ASEAN.

Sosiobudaya ASEAN mempengaruhi konsep pembelajaran sepanjang hayat.

Masyarakat Malaysia masih kurang pengetahuan tentang ASEAN.

CADANGAN PILIHAN TAJUK ESEI BAGI IPG dan MATRIKULASI

ASEAN menyuburkan kebudayaan nasional.

Ledakan teknologi maklumat menyuburkan semangat ASEAN.

Penggunaan laman sosial mengeratkan masyarakat negara ASEAN.

Page 12: Taklimat program komuniti asean bpsh

KESIMPULAN

Menulis Esei ASEAN Komuniti adalah platform

kepada murid sekolah dan pelajar IPGM serta Kolej

Matrikulasi untuk berfikir secara kreatif dan kritis

dalam menghayati kehidupan ASEAN Komuniti.

Page 13: Taklimat program komuniti asean bpsh

ASEAN COMMUNITY

KERTAS CADANGANLALUAN /SUDUT ASEAN KOMUNITI

Page 14: Taklimat program komuniti asean bpsh

1. PENDAHULUAN

Program “Laluan/Sudut ASEAN Komuniti” merupakan program

kesedaran, publisiti dan promosi berkaitan ASEAN Komuniti di

peringkat sekolah, Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM)

dan Kolej Matrikulasi.

2. OBJEKTIF

Menyampaikan maklumat tentang negara-negara Asean di

peringkat sekolah, IPGM dan Kolej Matrikulasi.

Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran berkaitan ASEAN

Komuniti.

Warga sekolah, IPGM dan Matrikulasi merasai mereka adalah

sebahagian dari warga ASEAN.

Page 15: Taklimat program komuniti asean bpsh

Berkonsepkan memberi kesedaran, publisiti dan

promosi berkaitan ASEAN Komuniti.

3. KONSEP

4. FOKUS PROGRAM

Menyediakan Sudut/ Laluan ASEAN Komuniti di ruang/

kawasan yang telah dikenalpasti oleh pihak sekolah,

IPG dan Matrikulasi.

Mengumpul dan menyediakan maklumat berkaitan

semua negara yang menganggotai ASEAN.

Page 16: Taklimat program komuniti asean bpsh

Mulai September 2014 sudut/laluan ASEAN Komuniti

dapat disediakan dan memaparkan maklumat

berkaitan negara-negara ASEAN.

5. TARIKH PELAKSANAAN

Pengisian Sudut/Laluan ASEAN Komuniti;

Pengenalan kepada ASEAN

1. Sejarah Penubuhan ASEAN

2. Senarai Negara Anggota

3. Bahasa Rasmi setiap Negara

4. Jumlah Penduduk

5. Kaum Majoriti

6. Matawang

7. Lokasi Negara dalam Peta ASEAN

Page 17: Taklimat program komuniti asean bpsh

6. PENGISIAN PROGRAM

Maklumat Asas/Sejarah di Negara-negara

ASEAN:

1. Pemimpin Tertinggi Negara

2. Sistem Pentadbiran Negara

Maklumat Pendidikan di

Negara-Negara ASEAN

1. Tokoh Pendidikan

2. Sistem Pendidikan

3. Institusi Tersohor/

Terkenal

Page 18: Taklimat program komuniti asean bpsh

7. PENGISIAN PROGRAM

Maklumat Kebudayaan di Negara-

Negara ASEAN

1. Pakaian

2. Tarian

3. Makanan Utama

Maklumat Geografi

1. Bentuk Muka Bumi

2. Cuaca dan Musim

3. Tanaman Utama

Page 19: Taklimat program komuniti asean bpsh

Maklumat/Aktiviti Negara ASEAN untuk Remaja

1. Unit Beruniform/ Ko-Kurikulum

2. Sukan dan Permainan

Galeri Gambar Negara-Negara ASEAN

Poster Negara-Negara ASEAN

8. PENGISIAN PROGRAM

Page 20: Taklimat program komuniti asean bpsh

9. PENGISIAN PROGRAM (CONTOH)

Page 21: Taklimat program komuniti asean bpsh

10. PENGISIAN PROGRAM (CONTOH)

Page 22: Taklimat program komuniti asean bpsh

11. Pelaksana Sudut/ Laluan ASEAN Komuniti;

Aktiviti/pelaksanaan sudut/ laluan ini boleh

diuruskan oleh kumpulan murid/ pelajar yang

dicadangkan oleh pihak Pengurusan Sekolah/ IPGM/

Matrikulasi:

1. Pasukan Unit Beruniform (Pengakap, PBSM,

Pandu Puteri)

2. Kelab dan Persatuan (Geografi, Sejarah, Alam

Sekitar)

Page 23: Taklimat program komuniti asean bpsh

12. KESIMPULAN

Laluan/Sudut ASEAN Komuniti adalah satu bentuk

penyampaian maklumat kepada murid sekolah dan

pelajar IPGM serta Kolej Matrikulasi untuk mereka

mengetahui tentang ASEAN seterusnya dapat

menghayati kehidupan ASEAN Komuniti.