tajuk : tutorial fotografi 1.1 mengubah warna gambar dalam ... · pdf fileorang lain sedang...

2
Fotografi – dapatkan info nota di www.klikduniaku.com Sumber Cikgu Tolahah, disusun oleh klikduniaku.com Page 1 Tajuk : Tutorial Fotografi 1.1 Mengubah warna gambar dalam kamera Cuba anda belek-belek kamera anda. Ada atau tidak perkataan kelvin atau pun saturation? Sesetengah kamera tidak mempunyai fungsi kelvin. Sekarang cuba mainkan salah satu dari dua fungsi ini dengan meningkatkan atau menurunkan bacaan ke tahap maksima atau minima. Anda akan dapat hasil berlainan seperti gambar di bawah nanti 1.2 Buih sabun Sebenarnya gambar di atas adalah buih sabun yang berterbangan di udara berlatar belakangkan langsir hitam. Saya menggunakan speed 1/250 dengan flash dinyalakan. Buih ini adalah sebahagian dari gimik acara ekspo perkahwinan. Di kala orang lain sedang mengambil gambar pengantin saya sempat merakam gambar ini memandangkan ianya jarang dapat kita lihat. 1.3 Bulb Cuba anda belek-belek kamera anda dan cari huruf ‘B’ atau pun ‘Bulb’ atau pun sesetengah kamera menggunakan istilah ‘TIME’. Walau apa pun istilah yang digunakan tujuannya tetap sama iaitu untuk menghasilkan dedahan yang panjang. Hasilnya anda dapat lihat pada gambar-gambar dengan klik pada link di bawah. http://www.tolahah.com/blog/?p=1838 . Satu syarat wajib untuk mengambil gambar yang jelas ialah anda kena menggunakan tripod atau meletakkan atau sesuatu objek supaya kamera tidak bergoyang. Atau pun anda juga boleh tidak mahu menggunakan tripod untuk menghasilkan gambar yang kreatif seperti gambar pertama di atas. Cara ‘B’ ini berfungsi ialah bila anda menekan shutter, kamera akan berterusan membenarkan cahaya masuk sehinggalah anda melepaskan shutter tersebut. Anda kena mencuba secara try and error untuk mendapat keputusan yang baik. Cuba dulu dengan f8 dan bagi dedahan selama 20 saat misalnya. Tengok bagaimana hasilnya? tak puas hati lagi, cuba pulak dengan aperture dan speed yang berlainan pula. Selamat mencuba

Upload: hoangcong

Post on 14-Feb-2018

244 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk : Tutorial Fotografi 1.1 Mengubah warna gambar dalam ... · PDF fileorang lain sedang mengambil gambar pengantin saya sempat merakam ... Salah satu masa yang menjadi kegemaran

Fotografi – dapatkan info nota di www.klikduniaku.com

Sumber Cikgu Tolahah, disusun oleh klikduniaku.com Page 1

Tajuk : Tutorial Fotografi

1.1 Mengubah warna gambar dalam kamera Cuba anda belek-belek kamera anda. Ada atau tidak perkataan kelvin atau

pun saturation? Sesetengah kamera tidak mempunyai fungsi kelvin. Sekarang cuba

mainkan salah satu dari dua fungsi ini dengan meningkatkan atau menurunkan

bacaan ke tahap maksima atau minima. Anda akan dapat hasil berlainan seperti

gambar di bawah nanti

1.2 Buih sabun

Sebenarnya gambar di atas adalah buih sabun yang berterbangan di udara berlatar

belakangkan langsir hitam. Saya menggunakan speed 1/250 dengan flash

dinyalakan. Buih ini adalah sebahagian dari gimik acara ekspo perkahwinan. Di kala

orang lain sedang mengambil gambar pengantin saya sempat merakam gambar ini

memandangkan ianya jarang dapat kita lihat.

1.3 Bulb

Cuba anda belek-belek kamera anda dan cari huruf ‘B’ atau pun ‘Bulb’ atau

pun sesetengah kamera menggunakan istilah ‘TIME’. Walau apa pun istilah yang

digunakan tujuannya tetap sama iaitu untuk menghasilkan dedahan yang panjang.

Hasilnya anda dapat lihat pada gambar-gambar dengan klik pada link di bawah. http://www.tolahah.com/blog/?p=1838.

Satu syarat wajib untuk mengambil gambar yang jelas ialah anda kena

menggunakan tripod atau meletakkan atau sesuatu objek supaya kamera tidak

bergoyang. Atau pun anda juga boleh tidak mahu menggunakan tripod untuk

menghasilkan gambar yang kreatif seperti gambar pertama di atas. Cara ‘B’ ini

berfungsi ialah bila anda menekan shutter, kamera akan berterusan membenarkan

cahaya masuk sehinggalah anda melepaskan shutter tersebut.

Anda kena mencuba secara try and error untuk mendapat keputusan yang baik.

Cuba dulu dengan f8 dan bagi dedahan selama 20 saat misalnya. Tengok bagaimana

hasilnya? tak puas hati lagi, cuba pulak dengan aperture dan speed yang berlainan

pula. Selamat mencuba

Page 2: Tajuk : Tutorial Fotografi 1.1 Mengubah warna gambar dalam ... · PDF fileorang lain sedang mengambil gambar pengantin saya sempat merakam ... Salah satu masa yang menjadi kegemaran

Fotografi – dapatkan info nota di www.klikduniaku.com

Sumber Cikgu Tolahah, disusun oleh klikduniaku.com Page 2

1.4 Fokus kepada mata

Pernah anda mengalami situasi seperti ini…. gambar potret yang anda ambil

rasanya sudah ok, baik dari segi komposisi, pencahayaan… ketajaman (sharpness)

tetapi bagi anda bagaikan masih ada sesuatu yang tidak kena dengan gambar

tersebut. Anda tahu apa? Rahsianya ialah ketajaman ‘mata’. Pastikan mata menjadi

fokus utama anda.

Walaupun ramai kanak-kanak yang dapat kita lihat pada gambar di atas tetapi mata

kita tertumpu kepada kanak-kanak yang sedang termenung tersebut kerana

matanya jelas dan terarah kepada kamera.

1.5 Golden Hour

Salah satu masa yang menjadi kegemaran saya untuk mengambil gambar

ialah apabila matahari memancarkan cahaya kekuningan atau yang dikenali sebagai

‘golden hour’. Ia terjadi sebaik sahaja matahari muncul di ufuk dan biasanya tak

lama ia berlaku (antara 15 minit hingga 20 minit sahaja). Dan jangan lupa untuk

mengambil dua format berlainan iaitu landskap dan juga potret. Hasilnya boleh klik

pada link ini http://www.tolahah.com/blog/?p=1289 . Rujukan :

Cikgu Tolahah( guru fotografi pantai timur(Terengganu))

www.tolahah.com