tajuk : penguasaan jawi dan hubungannya dengan minat dan pencapaian pelajar dalam pendidikan islam

12
8/7/2019 TAJUK : PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-penguasaan-jawi-dan-hubungannya-dengan-minat-dan-pencapaian-pelajar 1/12  M/Surat - 1 TAJUK : PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM. SINOPSIS JURNAL. Penulis ialah Nik Rosila Bt Nik Yaacob dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan , Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Tajuk kajian ialah Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan pencapaian pelajar dalam Pendidikan Islam. Tujuan kajian ialah untuk mengenal pasti sejauh mana penguasaan Jawi di kalangan pelajar Tingkatan dua dan tingkatan empat serta hubungannya dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan minat pelajar. Format kajian ialah Kaedah Penyelidikan ³ survey´ untuk mengumpul data. Respoden terdiri daripada 400 orang pelajar Tingkatan Dua dan Tingkatan Empat di dua buah sekolah di Shah Alam dan Kuala Lumpur. Metodologi kajian yang digunakan ialah ; i) .Ujian penguasaan Jawi yang menguji kemahiran mengeja dan menulis Jawi, kemahiran menjawab soalan aneka pilihan, kemahiran menulis esei dan kemahiran menulis ayat al- Quran. ii) Soal selidik yang merangkumi latar belakang pelajar, minat pelajar terhadap subjek Pendidikan Islam, pencapaian pelajar dalam peperiksaan Pendidikan Islam, cara pelajar  belajar Pendidikan Islam dan cara guru mengajar Pendidikan Islam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasa pelajar Tingkatan Dua dan Empat dalam kemahiran Jawi masih berada di tahap lemah. Kajian juga mendapati pelajar lemah untuk menguasai penulisan Jawi. Selain itu, kajian menunjukkan kebolehan pelajar memilih  jawapan aneka pilihan berada pada tahap sederhana. Pelajar juga kurang mahir menjawab soalan yang memerlukan pemahaman daripada ayat-ayat al-Quran.

Upload: eelmarmono

Post on 08-Apr-2018

356 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK : PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM

8/7/2019 TAJUK : PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-penguasaan-jawi-dan-hubungannya-dengan-minat-dan-pencapaian-pelajar 1/12

 

M/Surat - 1

TAJUK : PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN

PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM.

SINOPSIS JURNAL.

Penulis ialah Nik Rosila Bt Nik Yaacob dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan , Universiti

Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Tajuk kajian ialah Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan pencapaian pelajar 

dalam Pendidikan Islam.

Tujuan kajian ialah untuk mengenal pasti sejauh mana penguasaan Jawi di kalangan pelajar 

Tingkatan dua dan tingkatan empat serta hubungannya dengan pencapaian pelajar dalam

mata pelajaran Pendidikan Islam dan minat pelajar.

Format kajian ialah Kaedah Penyelidikan ³ survey´ untuk mengumpul data.

Respoden terdiri daripada 400 orang pelajar Tingkatan Dua dan Tingkatan Empat di dua buah

sekolah di Shah Alam dan Kuala Lumpur.

Metodologi kajian yang digunakan ialah ;

i) .Ujian penguasaan Jawi yang menguji kemahiran mengeja dan menulis Jawi, kemahiran

menjawab soalan aneka pilihan, kemahiran menulis esei dan kemahiran menulis ayat al-

Quran.

ii) Soal selidik yang merangkumi latar belakang pelajar, minat pelajar terhadap subjek 

Pendidikan Islam, pencapaian pelajar dalam peperiksaan Pendidikan Islam, cara pelajar 

 belajar Pendidikan Islam dan cara guru mengajar Pendidikan Islam.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasa pelajar Tingkatan Dua dan Empat dalam

kemahiran Jawi masih berada di tahap lemah. Kajian juga mendapati pelajar lemah untuk 

menguasai penulisan Jawi. Selain itu, kajian menunjukkan kebolehan pelajar memilih

 jawapan aneka pilihan berada pada tahap sederhana. Pelajar juga kurang mahir menjawab

soalan yang memerlukan pemahaman daripada ayat-ayat al-Quran.

Page 2: TAJUK : PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM

8/7/2019 TAJUK : PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-penguasaan-jawi-dan-hubungannya-dengan-minat-dan-pencapaian-pelajar 2/12

 

M/Surat - 2

TAJUK : PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN

PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM.

1.0) Pendahuluan

Sejarah pendidikan di Malaysia menunjukkan Pendidikan Islam merupakan satu

subjek yang diajar di sekolah ± sekolah di Malaysia bermula di tingkatan satu sehingga

tingkatan lima . Kebanyakan buku teks Pendidikan Islam ditulis dalam tulisan jawi. Tulisan

  jawi adalah hasil daripada pengubah suaian dan penambahan huruf ± huruf Arab untuk 

disesuaikan dengan lidah orang Melayu bagi memudahkan proses pengajaran dan

 pembelajaran .

Buku ± buku teks yang menjadi bahan pengajaran dan pembelajaran adalah ditulis

dalam tulisan Jawi dan Bahasa Arab ( Abdullah Ali Hasan 1980, Abdullah Jusuh, 1999) .

Persoalan kini , ramai di kalangan pelajar tidak boleh menguasai tulisan Jawi dengan baik.

Akibatnya pelajar tidak boleh mencapai keputusan yang baik bagi subjek Pendidikan Islam .

Sehubungan itu, para cendikiawan telah membuat kajian bagi mengenal pasti apakah

  permasalahan yang dihadapi oleh para pelajar yang menyebabkan peratus pencapaian

mereka agak merosot , di manakah kelemahan para pelajar dalam memguasai tulisan Jawi

yang menyebabkan pelajar kurang berminat untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam .

Masyarakat umum telah mengetahui secara jelas bahawa tulisan Jawi merupakan

medium asas untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah - sekolah di

Malaysia . Matlamat pelajaran Jawi adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran

menulis dan membaca jawi bagi membolehkan pelajar memahami pelbagai bidang ilmu

Page 3: TAJUK : PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM

8/7/2019 TAJUK : PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-penguasaan-jawi-dan-hubungannya-dengan-minat-dan-pencapaian-pelajar 3/12

 

M/Surat - 3

dalam Pendidikan Islam . Hasrat ini berkemungkinan besar tidak akan tercapai seandainya

 para pelajar tidak boleh menguasai jawi dengan baik .

Oleh itu , kajian tindakan dilaksanakan untuk mengetahui tahap pencapaian pelajar 

dan kepekaan mereka terhadap kemahiran menulis dan membaca yang memberi kesan ke atas

 pencapaian mereka dalam subjek Pendidikan Islam .

2.0) Penguasaan Jawi dikalangan pelajar Tingkatan 2 dan 4.

Apabila kajian dijalankan didapati bahawa ramai di kalangan pelajar masih tidak 

 boleh membaca jawi dengan lancar dan baik . Ada juga segelintir pelajar buta huruf untuk 

membaca tulisan jawi. Menurut Ahmad Murad Muhidin, terdapat ramai di kalangan sekolah

agama yang tidak mahir dan kekok dalam penggunaan tulisan jawi, ejaan dan bacaan jawi

( Berita Harian , 27 Febuari 2006 : C6 ) . Keadaan ini meyulitkan pelajar mempelajari mata

  pelajaran yang menggunakan tulisan jawi sepenuhnya seperti penggunaan buku teks jawi

Pendidikan Islam. Hal ini boleh menyebabkan pelajar tidak boleh menguasai isi pelajaran

dengan sebaiknya sebagaimana yang diharapkan oleh guru . Oleh itu, pencapaian pelajar bagi

Pendidikan Islam merosot. Antara kelemahan yang dikenal pasti oleh penulis adalah

sepertimana berikut :

2.1 ) Pelajar gagal menyambung huruf- huruf jawi mudah yang diberikan. Kemahiran

menyambung huruf-huruf jawi ini sepatutnya dikuasai pelajar pada peringkat sekolah rendah

lagi.

2.2) Kebanyakan pelajar kurang berkemahiran menukarkan perkataan daripada huruf rumi

kepada huruf jawi . Contohnya huruf ³s´ kepada ³shad´ untuk perkataan solat . Perkataan

solat dipinjam daripada Bahasa Arab .

Page 4: TAJUK : PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM

8/7/2019 TAJUK : PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-penguasaan-jawi-dan-hubungannya-dengan-minat-dan-pencapaian-pelajar 4/12

 

M/Surat - 4

2.3) Pelajar tidak boleh mengeja dengan betul dan tidak dapat membezakan huruf yang

mempunyai makhraj yang sama seperti ³shad´ dengan ³sim´, Qaf dengan ³Kaf´ dan ³Tho´

dengan ³Ta´ . Ini kerana pelajar kurang cekap mengeja perkataan arab yang terdapat dalam

Pendidikan Islam. Kecekapan membezakan perkataan Jawi ± Arab adalah kemahiran asas

yang sepatutnya dikembangkan pada peringkat sekolah rendah lagi.

3.0 ) Hubungan antara Penguasaan Jawi dengan minat Pelajar Terhadap Pendidikan

Islam.

Setelah dibuat kajian tindakan ke atas para pelajar mengenai aspek kelemahan pelajar 

menguasai tulisan jawi , penulis mendapati beberapa faktor yang menyebabkan pelajar tidak 

meminati Pendidikan Islam .  Pertama ialah sikap negatif pelajar di mana pelajar 

  beranggapan bahawa tulisan Jawi amat susah dipelajari , tidak penting dan tidak dinilai di

dalam peperiksaan . Hal ini memberi kesan terhadap pencapaian dan minat pelajar terhadap

mata pelajaran Pendidikan Islam ( Sulaiman Ngah Ghazali , 1990, Azman Wan Chik ,

1986 ) . Kebanyakan pelajar juga kurang berkeyakinan menggunakan tulisan Jawi disebabkan

mereka kurang menguasai suku kata terbuka dan mereka juga tidak dapat membina perkataan

untuk suku kata tersebut .

 Kedua , pelajar kurang minat mata pelajaran jawi . Pelajar selalu melakukan kerja

lain semasa guru sedang mengajar Pendidikan Islam . Perkara ini mungkin disebabkan oleh

kaedah pengajaran Pendidikan Islam yang tidak begitu berkesan untuk menarik minat pelajar 

sama ada mereka lemah , sederhana atau baik dalam Jawi .

 Ketiga , Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) telah mengisytiharkan bahawa

tulisan Jawi bukan satu mata pelajaran bahkan tidak diwajibkan kepada pelajar sekolah

menengah. Perisytiharan ini merupakan satu kecaman terhadap khazanah warisan Islam

Page 5: TAJUK : PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM

8/7/2019 TAJUK : PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-penguasaan-jawi-dan-hubungannya-dengan-minat-dan-pencapaian-pelajar 5/12

 

M/Surat - 5

kepada masa depan pelajar Melayu Islam . Sikap sedemikian seolah - olah tulisan tidak 

 pernah berjasa di dalam Negara kita . ( Harakahdaily , 5 Julai : 2007 ).

4.0) Hubungan antara penguasaan Jawi dengan pencapaian pelajar dalam Pendidikan

Islam

Hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang rapat antara penguasaan Jawi

dengan pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Dalam kemahiran mengeja Jawi , contohnya

 pelajar mencapai peratusan gagal yang tertinggi disebabkan pelajar tidak boleh mengeja Jawi.

Sementara dalam kemahiran menjawab soalan aneka pilihan, penulis mendapati semakin

lemah pelajar dalam mengeja menyebabkan semakin merosot pencapaian pelajar dalam

Pendidikan Islam. Selain itu, dalam kemahiran menjawab soalan esei didapati pelajar 

Tingkatan 2 dan 4 berada pada tahap baik dalam kemahiran menulis esei . Manakala dalam

kemahiran menulis ayat-ayat Al-Quran, walaupun pelajar cemerlang dapat menjawab soalan

esei tetapi masih lemah dalam kemahiran menulis ayat-ayat al-Quran. Walau apa pun, jika

 pelajar tidak boleh menguasai Jawi dengan baik ia akan member kesan ke atas pencapaian

mereka.

5.0 ) Langkah-langkah mengatasi kelemahan penguasaan pelajar terhadap tulisan jawi.

Jika pemerkasaan terhadap tulisan Jawi tidak dilakukan, barangkali tulisan Jawi

menerima nasib yang sama seperti mata pelajaran agama yang lain seperti ilmu Tajwid ,

akidah, sirah dan sebagainya yang menjadi subjek yang diajar di sekolah rendah , kemudian

diabaikan di peringkat sekolah menengah . Akhirnya ilmu tersebut hanya dikuasai oleh

golongan agama sahaja . Dan jika langkah tidak diambil para pelajar akan menghadapi

masalah kemerosotan pencapaian dalam akademik mereka. Antara langkah yang disyorkan

adalah sebagaimana berikut :

Page 6: TAJUK : PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM

8/7/2019 TAJUK : PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-penguasaan-jawi-dan-hubungannya-dengan-minat-dan-pencapaian-pelajar 6/12

 

M/Surat - 6

a) . Menggunakan kedua bahasa Jawi-Rumi.

Guru-guru Pendidikan Islam hendaklah menggunakan kedua-dua bahasa iaitu Tulisan

Jawi dan Rumi dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar semua pelajar dapat

memahami Pendididkan Islam yang diajar oleh guru di sekolah.

b) . Mempelbagaikan kaedah pengajaran Pendidkan Islam.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran mestilah dipelbagaikan mengikut keperluan

  pelajar yang mempunyai latar belakang dan minat serta keupayaan yang berbeza dalam

  penguasaan jawi. Sehubungan itu , guru hendaklah mempelbagaikan kaedah pengajaran

untuk menarik minat pelajar . Contohnya , guru boleh mengadakan program nyanyian suku

kata dengan menggunakan kaset ataupun menggunakan kad gambar bagi mengeja suku kata

 perkataan ataupun kad gambar untuk mengeja rangkai kata .

c) Pengubahsuaian buku teks mengikut tahap umur dan pencapaian pelajar.

Menurut Kamarudin Hj Husin ( 1989 : 32 ) , buku teks merupakan bahan

  pembelajaran yang sangat penting untuk pelajar - pelajar dan ia menjadi sumber rujukan

utama bagi membantu guru dalam proses pengajaran . Dunia semakin hari semakin maju dan

 banyak masalah baru yang timbul dalam masyarakat . Oleh itu , isi kandungan buku teks juga

 perlulah sesuai dengan keadaan semasa .

d) Menambah baik program J-Qaf dan memperkasakannya .

Program J - Qaf mula dilaksanakan pada tahun 2003 adalah satu langkah baik untuk 

memperbaiki penguasaan Jawi di kalangan pelajar . J - Qaf bertujuan untuk memperkasakan

Page 7: TAJUK : PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM

8/7/2019 TAJUK : PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-penguasaan-jawi-dan-hubungannya-dengan-minat-dan-pencapaian-pelajar 7/12

 

M/Surat - 7

Pendidikan Islam melalui penekanan khusus kepada jawi , al ± Quran , Bahasa Arab dan

fardhu Ain . Ianya adalah satu usaha yang baik demi untuk memberi keseimbangan spiritual

dan jasmani pelajar . Program J - Qaf yang sedia ada hendaklah diperbaiki untuk 

membolehkan pelajar sekolah menengah menguasai jawi dan jawi bukan lagi menjadi

halangan dalam mempelajari Pendidikan Islam .

6.0) Senario Tulisan Jawi pada zaman kegemilangan tamadun Islam.

Agama Islam bertanggungjawab memperkenalkan tulisan jawi . Hal ini merupakan

satu sumbangan yang besar kepada Alam Melayu kerana sebelum ini , mereka bukan sahaja

 buta huruf , tetapi juga tidak mempunyai tulisan . Tulisan yang diperkenalkan oleh Islam di

rantau ini dikenali dengan tulisan Jawi . Pada keseluruhannya , tulisan jawi merupakan

tulisan abjad Arab cuma ditambah empat huruf iaitu ³nya´, ³ga´ , ³nga´ dan ³ca´ untuk 

memenuhi keperluan sebutan bahasa Melayu .

Melalui tulisan yang dikenali sebagai tulisan Jawi atau tulisan Melayu itulah

 berkembangnya tradisi persuratan Melayu yang meliputi genre dan bidang sastera , kitab ,

sastera rakyat , sastera hikayat , sastera epik , undang-undang dan ketatanegaraan , risalah dan

khutbah , prosa dan puisi , klasik dan moden . Demikianlah besarnya jasa tulisan Jawi dalam

merakamkan dan mengabdikan khazanah keintelektualan umat Melayu selama beberapa

dekad yang lalu .

Sebagai tulisan rasmi bahasa Melayu daerah pemakaian tulisan jawi adalah seluas

wilayah yang diliputi oleh bahasa Melayu, iaitu seluruh Alam Melayu . Bahasa Melayu dan

tulisan Jawi tidak hanya digunakan di negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu , tetapi

digunakan dengan meluas di Patani , Riau , Aceh , Jambi dan di kepulauan Jawa sehingga ke

Campa di Indo-China .

Page 8: TAJUK : PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM

8/7/2019 TAJUK : PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-penguasaan-jawi-dan-hubungannya-dengan-minat-dan-pencapaian-pelajar 8/12

 

M/Surat - 8

Malah jangkauan bahasa Melayu bertulisan jawi pernah mencecah benua Eropah

melalui surat - menyurat di antara raja-raja rantau Melayu dengan rakan sejawatan mereka di

 benua Eropah . Disamping itu , ia digunakan untuk menulis dokumen-dokumen seperti surat

izin pedagangan dan perjanjian dengan bangsa - bangsa Eropah .

Selain itu tulisan jawi juga digunakan dalam penulisan naskhah-naskhah berbahasa

daerah seperti Jawa , Sunda , Aceh , Minang, Bugis dan sebagainya . Tulisan jawi banyak 

digunakan dalam karya-karya yang bersifat keislaman sama ada karya asli atau terjemahan

contohnya Ihya Ulumudin , Hikam dan lain-lainnya .

Tulisan jawi mempunyai nilai estetik yang cukup mengharukan para peminatnya,

terutama apabila ia ditulis dalam bentuk karya seni khat atau kaligrafi . Seni khat yang

memadukan ayat-ayat al - Quran banyak menghiasi minbar-minbar dan dinding masjid di

Alam Melayu. Seni Khat dalam pelbagai jenis tulisan jawi nasakh , riqaah , thuluth , kufi dan

sebagainya merupakan sebahagian daripada tradisional orang Melayu , sejenis khat kudus

yang membawa makna dan mesej kerohanian dan keintelektualan yang mendalam. Khat

yang tertua sampai di Malaysia iaitu Batu Bersurat di Terengganu yang bertarikh

702H/1303M . Ini beerti khat telah dijadikan sebagai alat perhubungan dan pendidikan di

Malaysia selepas 671 tahun kewafatan Rasulullah S.A.W .

Pada zaman keagungan kerajaan Melayu Islam di seluruh Alam Melayu, seni khat

diabadikan di atas duit syiling . Contohnya pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah

( 1455-1459) dan Sultan Abdul Jalil Syah ( 1632-1677) wang emas diukir dengan khat .

Selain itu, cokmor, cop mohor , pingat dan bintang kebesaran kerajaan negeri-negeri di

Malaysia juga diukir dengan ayat-ayat al-Quran . Seni khat juga diabdikan di atas tenunan

Page 9: TAJUK : PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM

8/7/2019 TAJUK : PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-penguasaan-jawi-dan-hubungannya-dengan-minat-dan-pencapaian-pelajar 9/12

 

M/Surat - 9

songket dan hiasan . Ayat-ayat al-Quran ditenun di atas kain songket untuk memperolehi

 perlindungan daripada Allah S . W . T .

Demikianlah mantapnya peranan tulisan dan status tulisan jawi sebagai tulisan

Melayu - Islam . Selama tujuh abad ianya digunakan dengan cukup berkesan dan berjaya

sebagai wahana pembangunan tamadun intelektual Melayu-Islam , di samping sebagai

kekuatan pengikat kesatuan budaya di kepulauan Melayu dan sebagai unsur pemantapan jati

diri keislaman budaya Melayu .

7.0) Senario Jawi pada era millenium.

Sejak memasuki era millennium tulisan jawi menghadapi cabaran yang amat sukar .

Tulisan in tidak lagi digunakan secara meluas . Tidak banyak buku yang dicetak dalam

tulisan jawi dan jika diterbitkan kurang mendapat sambutan. Hal ini mungkin berpunca

daripada persepsi masyarakat sekarang yang menganggap kononnya tulisan jawi buk an 

tulisan  yan g   melamban g k an  k emajuan, bahk an dik atak an tulisan jawi adalah tulisan  yan g 

hanya dibaca oleh oran g-oran g ³ lama ³ sahaja .

Dekad ± dekad terakhir ini tulisan jawi sukar untuk mendapat tempat di hati

masyarakat hinggakan sampai ke peringkat ³nazak´ apabila pada 26 Januari 2006 lepas

 penerbitan akhbar tunggal jawi di Malaysia , Utusan Melayu diberhentikan. Untuk 20 tahun

kebelakangan ini terbitannya hanya untuk memenuhi syarat sahaja. Semua ini mungkin

  berpunca daripada perhatian yang kurang diberikan terhadap kepentingan tulisan jawi di

kalangan generasi muda yang menjadikan tulisan itu semakin pupus ditelan zaman .

Tulisan jawi adalah pusaka warisan bangsa yang telah menjadi skrip rasmi dan lidah

Melayu selama 600 tahun akan tetapi masyarakat Melayu tidak dapat mempertahankan

Page 10: TAJUK : PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM

8/7/2019 TAJUK : PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-penguasaan-jawi-dan-hubungannya-dengan-minat-dan-pencapaian-pelajar 10/12

 

M/Surat - 10

khazanah Melayu yang menjadi keagungan pada suatu masa dahulu . Mungkin benar apa

yang dikatakan ³ tulisan jawi lahir zaman papa mati zaman k a ya ´ .

8.0) Kesimpulan.

Tulisan Arab yang diadaptasikan ke bahasa Melayu untuk pengejaannya dinamakan

sebagai tulisan jawi . Tulisan inilah yang pernah membangunkan tamadun Melayu dan

 pernah mencorakan ketuanan Melayu di zaman pra ± kemerdekaan . Tulisan ini mempunyai

signifikan yang sangat besar dalam sejarah bangsa dan Negara , di mana dahulunya ia

merupakan lapangan interaksi intelek Melayu dengan masyarakat awam. Tulisan Jawi perlu

dipertahankan walaupun peredaran masa amat pantas sebagai tanda penghargaan terhadap

 pahlawan-pahlawan yang berjuang menerusi mata pena di zaman pra-kemerdekaan .

Sikap masyarakat yang beranggapan bahawa tulisan Jawi adalah semata-mata untuk 

unsur - unsur keagamaan perlu dihapuskan sedangkan pada masa dahulu in digunakan oleh

semua kaum sehingga kini masih terdapat kaum Cina dan India yang berkemahiran membaca

dan menulis dalam tulisan Jawi . Hal ini dibukti melalui pengalaman yang dimiliki oleh V.

Kamala Devi , berbangsa India yang mahir membaca dan menulis Jawi .

Kebolehan membaca dan menulis Jawi amat penting dalam pengajaran dan

 pembelajaran Pendidikan Islam . Ini kerana bahan pengajaran dan pembelajaran pendidikan

Islam sebahagian besarnya ditulis dalam Jawi . Pelajar diwajibkan untuk cekap dan

menguasai kemahiran Jawi supaya dapat mempelajari al - Quran dengan lancar . Sistem

ejaan Jawi terpengaruh dengan sistem ejaan bahasa Arab yang menggunakan sistem baris

dalam pengajaran suku kata . Oleh sebab itu , sistem ejaan Jawi menjadi pendorong kepada

  bangsa Melayu mengenali huruf Arab dan seterusnya secara tidak langsung berkemahiran

menyebut ayat-ayat al-Quran .

Page 11: TAJUK : PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM

8/7/2019 TAJUK : PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-penguasaan-jawi-dan-hubungannya-dengan-minat-dan-pencapaian-pelajar 11/12

 

M/Surat - 11

Secara tegasnya semua pihak hendaklah memainkan peranan dan mengambil langkah

yang drastik untuk menghidupkan semula tulisan Jawi . Sepatutnya pihak Kementerian

Pendidikan Malaysia memberikan persepsi yang positif terhadap tulisan Jawi sebagai seni

yang luhur dalam masyarakat Melayu dan mempunyai rasa tanggungjawab agar terus

dipertahankan dan terakam dalam sistem pendidikan Negara tanpa perlu mengabaikan

kepentingan tulisan Jawi .

Sebagai masyarakat pendidik , guru-guru Pendidikan Islam semestinya memainkan

 peranan bagi mendidik pelajar supaya dapat menguasai tulisan jawi dan bacaanya . Guru -

guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat pelajar 

untuk mempelajari Pendidikan Islam . Untuk kembali kepada kepada pengajaran Jawi asas

adalah sukar dan hampir mustahil pada peringkat menengah akan tetapi kemahiran tersebut

 perlu diperkemaskan semasa berada di peringkat rendah lagi .

Page 12: TAJUK : PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM

8/7/2019 TAJUK : PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-penguasaan-jawi-dan-hubungannya-dengan-minat-dan-pencapaian-pelajar 12/12

 

M/Surat - 12

Bibliografi

1) http://www.usm.my/educatian/publication/JPP(161-172)pdf.

2).Mansor Fadzil Dr. Prof Madya, Prinsip Teknologi Pengajaran, 2003, Shah Alam:

Malindo Printers Sdn. Bhd.

3). Mustafa Hj Daud,1993,Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Percetakan Sumber 

Sdn. Bhd.

4) Siddiq Fadzil Dr Prof Madya,Olahan oleh: Marzulina Omar , Kemelut Tulisan

Sinar Rohani, 2006/1426H Bil: 35