tajuk jurnal 1 : perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas

9
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 39 Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeperluan Khas Khairul Anuar bin Abdul Rahman & Norazrena binti Abu Samah Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak Penggunaan teknologi dalam pendidikan kini mendapat tempat oleh semua pihak. Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dipercayai mampu menyelesaikan banyak masalah yang melibatkan matematik serta mampu mengubah persepsi pelajar terhadap matematik yang dianggap sukar dan membosankan. Kesukaran ini lebih dirasai oleh pelajar berkeperluan khas yang mempunyai kekurangan jika dibandingkan dengan pelajar normal. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji keberkesanan perisian matematik bagi tajuk Pecahan terhadap pencapaian dan keberkesanannya dalam mengatasi kesilapan pelajar berkeperluan khas dalam tajuk Pecahan. Kajian ini dijalankan berpandukan reka bentuk kajian pre eksperimental di mana setiap responden diberikan ujian pre, rawatan dan ujian pos. Perisian yang dibangunkan merupakan kaedah rawatan yang digunakan berikutan kelebihannya dalam pendidikan yang mampu memberi kesan ingatan dalam tempoh yang panjang. Pembangunan perisian ini melibatkan elemen multimedia dan visual yang mampu menarik perhatian pelajar yang lemah untuk menerokai dan mengikuti proses pembelajaran sehingga ke akhir pembelajaran. Perisian ini telah diimplimentasikan serta diuji keberkesanannya terhadap pencapaian pelajar selepas mengikuti pembelajaran bagi Tajuk Pecahan berbantukan perisian yang dibangunkan. Hasil penggunaan perisian ini, di dapati pencapaian pelajar meningkat dan seterusnya kesilapan pelajar dalam tajuk Pecahan dapat diatasi. Abdul Rahman, K. A. & Abu Samah, N. (2011). Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 1(2), 39-47. Pengenalan Adalah menjadi kewajipan ibu bapa atau penjaga untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka. Ini selari dengan dasar kerajaan Malaysia iaitu mewajibkan semua kanak-kanak dan remaja mendapat pendidikan di sekolah. Kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia adalah untuk semua rakyat Malaysia dan tidak terkecuali kepada golongan kurang upaya atau pelajar berkeperluan khas. Malah golangan berkeperluan khas ini diberi penekanan dan bimbingan untuk turut serta dalam pendidikan dinegara ini. Pernyataan ini disokong dengan kewujudan Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang dilaksanakan di sekolah-sekolah harian. Bahagian Pendidikan Khas melalui Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha untuk meningkatkan kemampuan pelajar berkeperluan khas dengan menyedia dan merangka perkhidmatan pendidikan untuk pelajar berkeperluan khas yang mempunyai beberapa kategori iaitu masalah pendengaran, penglihatan, pembelajaran, autisme, down syndrom dan masalah akal. Menurut Mohd Dan (2007), dalam usaha mendidik dan meningkatkan keupayaan pelajar berkeperluan khas, silibus yang digubal tidak sama sekali berbeza dengan pelajar normal dari segi penekanan terhadap perkembangan emosi, rohani, jasmani dan intelek, selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Namun begitu, dalam mendidik pelajar berkeperluan khas sememangnya berbeza dengan pelajar normal dari segi penyediaan dan latihan guru, silibus mahupun kemudahan yang disediakan di sekolah-sekolah.

Upload: huda-hamdan

Post on 27-Jun-2015

4.476 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeperluan Khas

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

39

Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeperluan Khas

Khairul Anuar bin Abdul Rahman & Norazrena binti Abu Samah Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak

Penggunaan teknologi dalam pendidikan kini mendapat tempat oleh semua pihak. Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dipercayai mampu menyelesaikan banyak masalah yang melibatkan matematik serta mampu mengubah persepsi pelajar terhadap matematik yang dianggap sukar dan membosankan. Kesukaran ini lebih dirasai oleh pelajar berkeperluan khas yang mempunyai kekurangan jika dibandingkan dengan pelajar normal. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji keberkesanan perisian matematik bagi tajuk Pecahan terhadap pencapaian dan keberkesanannya dalam mengatasi kesilapan pelajar berkeperluan khas dalam tajuk Pecahan. Kajian ini dijalankan berpandukan reka bentuk kajian pre eksperimental di mana setiap responden diberikan ujian pre, rawatan dan ujian pos. Perisian yang dibangunkan merupakan kaedah rawatan yang digunakan berikutan kelebihannya dalam pendidikan yang mampu memberi kesan ingatan dalam tempoh yang panjang. Pembangunan perisian ini melibatkan elemen multimedia dan visual yang mampu menarik perhatian pelajar yang lemah untuk menerokai dan mengikuti proses pembelajaran sehingga ke akhir pembelajaran. Perisian ini telah diimplimentasikan serta diuji keberkesanannya terhadap pencapaian pelajar selepas mengikuti pembelajaran bagi Tajuk Pecahan berbantukan perisian yang dibangunkan. Hasil penggunaan perisian ini, di dapati pencapaian pelajar meningkat dan seterusnya kesilapan pelajar dalam tajuk Pecahan dapat diatasi.

Abdul Rahman, K. A. & Abu Samah, N. (2011). Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 1(2), 39-47.

Pengenalan Adalah menjadi kewajipan ibu bapa atau penjaga untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka. Ini selari dengan dasar kerajaan Malaysia iaitu mewajibkan semua kanak-kanak dan remaja mendapat pendidikan di sekolah. Kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia adalah untuk semua rakyat Malaysia dan tidak terkecuali kepada golongan kurang upaya atau pelajar berkeperluan khas. Malah golangan berkeperluan khas ini diberi penekanan dan bimbingan untuk turut serta dalam pendidikan dinegara ini. Pernyataan ini disokong dengan kewujudan Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang dilaksanakan di sekolah-sekolah harian. Bahagian Pendidikan Khas melalui Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha untuk meningkatkan kemampuan pelajar berkeperluan khas dengan menyedia dan merangka perkhidmatan pendidikan untuk pelajar berkeperluan khas yang mempunyai beberapa kategori iaitu masalah pendengaran, penglihatan, pembelajaran, autisme, down syndrom dan masalah akal. Menurut Mohd Dan (2007), dalam usaha mendidik dan meningkatkan keupayaan pelajar berkeperluan khas, silibus yang digubal tidak sama sekali berbeza dengan pelajar normal dari segi penekanan terhadap perkembangan emosi, rohani, jasmani dan intelek, selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Namun begitu, dalam mendidik pelajar berkeperluan khas sememangnya berbeza dengan pelajar normal dari segi penyediaan dan latihan guru, silibus mahupun kemudahan yang disediakan di sekolah-sekolah.

Page 2: Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeperluan Khas

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

40

Peningkatan bilangan pelajar yang mempunyai masalah kurang upaya menyebabkan perlunya modul atau latihan khas untuk kanak-kanak istimewa (Lokman et al, 2001). Proses pembelajaran sama ada aktiviti di dalam dan luar bilik darjah memerlukan perancangan yang teliti kerana golongan ini memerlukan pemerhatian dan ketelitian oleh guru. Pada dasarnya, pendidik yang terlibat dengan golongan berkeperluan khas ini perlu menghasilkan aktiviti-aktiviti atau bahan bantu mengajar yang sesuai dengan kepelbagaian ketidakupayaan yang dialami oleh pelajar di bawah bimbingannya. Di samping itu, penggunaan komputer dalam pembelajaran bukanlah sesuatu yang baru. Walau bagaimanapun, penggunaannya lebih tertumpu kepada pelajar normal dengan tujuan meningkatkan prestasi pembelajaran mereka dan seterusnya meningkatkan prestasi sekolah tersebut. Hal ini menyebabkan pelajar berkeperluan khas berasa tersisih dan kurang bermotivasi untuk belajar. Tambahan pula, penggunaan perisian dalam pembelajaran terutamanya dibina mengikut silibus mata pelajaran yang melibatkan subtopik yang banyak dan pelbagai. Hal ini menjadi bebanan kepada pelajar berkeperluan khas kerana mereka mempunyai kesukaran untuk menerima input yang banyak dalam satu masa. Oleh kerana perisian pembelajaran mampu memberi kesan positif ke atas pembelajaran Matematik, beberapa pengkaji (Mohd Salleh & Chuen, 2002; Bushro & Zaman, 2008) telah menjalankan kajian terhadap penggunaannya di sekolah. Oleh sebab itu juga, kajian terhadap penggunaan perisian di kalangan pelajar berkeperluan khas perlu dijalankan bagi memastikan keseimbangan dalam pendidikan yang bukan sahaja untuk pelajar normal, malah untuk pelajar berkeperluan khas berikutan mereka juga mengikuti silibus yang sama. Pernyataan Masalah Pelajar berkeperluan khas tidak mempunyai tahap kebolehan yang sama dengan pelajar normal. Mereka menerima dan memproses input pembelajaran dengan kadar yang lebih perlahan jika dibandingkan dengan pelajar normal. Tambahan, maklumat yang diproses tidak kekal lama dalam ingatan pelajar ini. Selain itu, pelajar berkeperluan khas mempunyai masalah dalam memberikan tumpuan sepenuhnya kepada setiap pembelajaran yang diikuti serta cepat merasa bosan dengan pembelajaran yang mereka diikuti. Oleh kerana menyedari kekurangan yang ada pada diri sendiri, pelajar berkeperluan khas ini mempunyai tahap motivasi yang rendah dan tidak yakin pada diri sendiri. Kesan daripada perasaan sebegini membuatkan pelajar-pelajar ini cenderung untuk mengasingkan diri daripada masyarakat dan lebih gemar untuk bersendirian. Hal yang demikian juga menyebabkan pelajar berkeperluan khas mempunyai masalah dalam mempelajari Matematik. Matematik bukanlah matapelajaran yang dianggap senang untuk dipelajari dan mudah untuk difahami (Marzita, 2002) oleh kebanyakan pelajar. Hal ini membuatkan pemikiran pelajar diracuni dengan tanggapan yang negatif terhadap mata pelajaran matematik dan seterusnya melahirkan sikap kurang berminat untuk mempelajari mata pelajaran ini dengan tekun (Norazrena & Shaharuddin, 2011). Tambahan pula, pengetahuan yang sedikit dalam mata pelajaran matematik memberi impak kepada pelajar di kemudian hari apabila mempelajari tajuk yang lebih sukar dan semakin abstrak (Azrul Fahmi & Marlina, 2007). Matematik merupakan mata pelajaran wajib yang harus dipelajari oleh semua pelajar dan golongan termasuk pelajar berkeperluan khas. Masalah yang melibatkan matematik tidaklah hanya wujud pada pelajar normal sahaja tetapi juga kepada pelajar berkeperluan khas. Dengan kepelbagaian kekurangan yang dimiliki oleh golongan pelajar berkeperluan khas ini dan ditambah pula dengan anggapan yang salah berkaitan matematik membuatkan pelajar-pelajar ini berasa begitu tertekan serta ketinggalan dalam ilmu matematik.

Page 3: Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeperluan Khas

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

41

Oleh yang demikian, perisian matematik barkaitan tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas dibangunkan untuk mengatasi masalah ini. Menurut Jamalludin dan Siti Nurulwahida (2010) serta Shaharuddin dan Ahmad Khairi (2011), penggunaan elemen multimedia dan visual dalam pembelajaran mampu membuatkan pelajar yang lemah tertarik, berminat dan berusaha untuk belajar dengan menerokai dan mengikuti proses pembelajaran. Tambahan pula, elemen multimedia dan visual membuatkan pelajar yang lemah meningkatkan ingatannya terhadap maklumat yang diproses. Gabungan teks, grafik, audio dan sebagainya berupaya mempengaruhi motivasi pelajar terhadap proses penerimaan maklumat dan membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada pengguna dengan mempengaruhi perasaan dan emosi penggunanya (Jamalludin & Zaidatun, 2003). Objektif Kajian ini dijalankan untuk membangunkan perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk pelajar berkeperluan khas. Seterusnya, keberkesanan perisian yang dibangunkan diuji terhadap pencapaian pelajar serta kesilapan yang mereka lakukan dalam Tajuk Pecahan. Metodologi Kajian Secara keseluruhannya kajian ini merupakan kajian pre eksperimental di mana setiap responden diberikan ujian pre, rawatan dan ujian pos. Kaedah ini digunakan untuk mengkaji keberkesanan pembangunan perisian Matematik bagi tajuk pecahan yang dibuat terhadap kemahiran pelajar berdasarkan pencapaian ujian pre dan ujian pos mereka. Pada peringkat permulaan temubual dilakukan kepada guru matapelajaran matematik yang mengajar pelajar pendidikan khas. Seterusnya isi kandungan dan aktiviti pembelajaran didokumenkan untuk pembangunan perisian Matematik. Perisian yang telah dibangunkan diaplikasikan pada sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ujian pre dan ujian pos dilakukan terhadap pelajar untuk mengkaji keberkesanan penggunaan perisian terhadap pelajar pendidikan khas dari segi pencapaian mereka dalam Ujian Pencapaian 1 dan Ujian Pencapaian 2. Di samping itu, kesilapan yang mereka lakukan dalam ujian tersebut dianalisis untuk didokumentasikan. Sampel kajian terdiri daripada 2 orang guru pendidikan khas yang mengajar subjek matematik dan seramai 9 orang pelajar pendidikan khas yang merupakan responden kajian. Pengguna yang dipilih merupakan pelajar pendidikan khas kategori masalah pembelajaran yang mempelajari tajuk Pecahan. Melalui pembelajaran pecahan, pelajar diharap dapat memahami perwakilan pecahan, pecahan setara serta operasi penambahan dan penolakan yang melibatkan pecahan. Melalui proses pembelajaran ini juga, diharap pelajar menguasai konsep asas pecahan dan mampu menyelesaikan masalah melibatkan pecahan. Bagi tujuan analisis data, pengkaji menggunakan program SPSS 16.0 bagi menjalankan ujian t sampel berpasangan. Di samping itu, skrip jawapan pelajar dianalisa bagi mengenal pasti dan membandingkan kesilapan yang mereka lakukan dalam Ujian Pencapaian 1 dan Ujian Pencapaian 2. Kemudian, markah dan kesilapan pelajar dalam kedua-dua ujian direkodkan dan dirumuskan. Tajuk dan isi kandungan merupakan elemen yang menjadi keutamaan dalam membangunkan perisian Matematik. Tahap keupayaan pelajar disesuaikan dengan tajuk pembelajaran yang dibangunkan untuk menghasilkan integrasi yang seimbang antara tahap pelajar dengan kemahiran yang diikuti. Disamping pemilihan isi kandungan, objektif pembelajaran juga dinyatakan pada peringkat awal pembelajaran iaitu di halaman utama perisian (rujuk Rajah 1) supaya pengguna memahami tujuan pembelajaran berasaskan perisian ini. Pembelajaran dalam perisian ini adalah ringkas dan jelas bagi mengelakkan beban kognitif (cognitive load) berikutan tahap kognitif pelajar berkeperluan khas adalah lebih rendah berbanding pelajar normal. Rajah 2 merupakan antara muka halaman pembelajaran dalam perisian yang dibangunkan.

Page 4: Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeperluan Khas

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

42

Perisian ini dibangunkan menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.0 sebagai alat pengarang. Bagi membangunkan sistem yang memenuhi keperluan pengguna, pembangun memilih untuk membangunkan perisian yang mempunyai elemen-elemen visual dan audio dalam mempersembahkan maklumat yang membolehkan pengguna memproses maklumat dengan lebih cepat, kekal lama dan meningkatkan tahap pembelajaran (Shaharuddin & Ahmad Khairi, 2011). Selain itu sistem ini dibangunkan dengan elemen multimedia dimana elemen ini mampu menarik perhatian dan minat pengguna untuk menerokai sehingga tamat dan berupaya mempengaruhi motivasi pengguna terhadap proses penerimaan maklumat (Jamalludin & Zaidatun, 2003). Hal ini turut disokong oleh Rahayu dan Maria (2010) yang berpendapat bahawa elemen multimedia dan elemen visual merupakan kaedah penyaluran maklumat yang amat menarik serta merupakan media yang dinamik dan efektif dalam menyampaikan sesuatu maklumat.

Rajah 1 Halaman Utama Perisian Rajah 2 Halaman Pembelajaran Pecahan Dapatan Kajian Hasil daripada kajian yang dijalankan ke atas pelajar pendidikan khas yang terlibat, didapati pencapaian mereka dalam Tajuk Pecahan meningkat setelah belajar menggunakan perisian yang dibangunkan. Jadual 1 menunjukkan markah pelajar dalam ujian pencapaian 1 dan 2.

Jadual 1 Markah Ujian Pencapaian 1 dan Ujian Pencapaian 2

Pelajar Ujian Pencapaian 1 (%) Ujian Pencapaian 2 (%)

A 0 87

B 0 87

C 33 53

D 13 93

E 0 40

F 0 100

G 19 100

H 10 100

I 0 83

Page 5: Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeperluan Khas

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

43

Kemudian, pengkaji menjalankan Ujian T Sampel Berpasangan terhadap markah pelajar dalam Ujian Pencapaian 1 dan Ujian Pencapaian 2. Ujian ini dijalankan bagi mengenal pasti perbezaan signifikan antara markah pelajar dalam Ujian Pencapaian 1 (Ujian1) dan markah pelajar dalam Ujian Pencapaian 2 (Ujian2). Jadual 2, Jadual 3 dan Jadual 4 menunjukkan keputusan daripada Ujian T Sampel Berpasangan yang telah dijalankan menggunakan perisian SPSS 16.0.

Jadual 2 Statistik Sampel Berpasangan

Purata N Sisihan Piawai Purata Sisihan

Piawai Pasangan 1 Ujian1 8.33 9 11.694 3.898

Ujian2 82.56 9 21.640 7.213

Jadual 3 Korelasi Sampel Berpasangan

N Korelasi Sig. Pasangan 1 Ujian1 &Ujian2 9 -.165 .672

Jadual 4 Ujian Sampel Berpasangan

Perbezaan Berpasangan

Purata Sisihan Piawai

Purata Sisihan Piawai

95% Selang Kepercayaan bagi Perbezaan

t df Sig.

(2-hujung) Bawah Atas

Pasangan 1 Ujian1 Ujian2

-74.222 26.238 8.746 -94.391 -54.054 -8.486 8 .000

Berdasarkan keputusan yang diperoleh dalam ujian tersebut, markah dalam Ujian Pencapaian 1 dan markah dalam Ujian Pencapaian 2 adalah signifikan kerana nilai p iaitu 0.000 adalah lebih kecil daripada nilai alpha, 0.05. Di samping itu, Eta kuasa dua yang diperoleh berdasarkan keputusan Ujian T Sampel Berpasangan adalah 0.9. Menurut Cohen (1988) nilai ini menunjukkan bahawa terdapat kesan yang besar berikutan penggunaan perisian terhadap perbezaan markah pelajar dalam Ujian Pencapaian 1 dan 2. Di samping itu, pengkaji turut menganalisa setiap skrip jawapan pelajar bagi mengenal pasti kesilapan yang dilakukan mereka dalam Ujian Pencapaian 1 dan 2. Jadual 5 menujukkan rumusan kesilapan yang dilakukan pelajar dalam tajuk pecahan.

Page 6: Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeperluan Khas

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

44

Jadual 5 Rumusan Kesilapan Yang Dilakukan Pelajar

Bil. Jenis Kesilapan Contoh Soalan Contoh Kesilapan

1. Gagal dalam memahami pecahan setara

Senaraikan 3 pecahan yang setara dengan ½. 1. 3 = 4

2. 1÷2 = 4

2. Kesilapan dalam perwakilan pecahan

Pecahan yang mewakili kawasan yang berlorek ialah.

Pelajar menjawab

di mana 8 merupakan jumlah kawasan yang berlorek dan 12 merupakan jumlah kawasan yang tidak berlorek.

3. Gagal memahami pecahan Selesaikan +

21 55 + 34 + 34 55 89

4. Kesilapan dalam operasi penambahan pecahan

Selesaikan + + =

+ =

5. Kesilapan dalam operasi penolakan pecahan

Selesaikan – 1.

=

2. – = –

– =

3. – = – =

Di samping itu, skrip jawapan juga dianalisa bagi mengenal pasti sama ada kesilapan tersebut telah atau tidak diatasi setelah belajar menggunakan perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk pelajar berkeperluan khas. Jadual 6 menunjukkan pelajar yang melakukan kesilapan dalam Ujian Pencapaian 1 dan Ujian Pencapaian 2.

31

65

31

65

8

3 2

43

31

65

41

32

21

31

33

34

21

64 34

8423

41

4 3

41

4 3

41

43

3 1

6 5

12

Page 7: Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeperluan Khas

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

45

Jadual 6 Rumusan Kesilapan Pelajar

Bil. Jenis Kesilapan

Pelajar Terlibat

Ujian Pencapaian 1 Ujian Pencapaian 2

1. Gagal memahami pecahan Pelajar A (diatasi)

2. Gagal memahami pecahan setara

Pelajar A Pelajar B Pelajar D Pelajar E Pelajar F

(diatasi) (diatasi) (diatasi) (diatasi) (diatasi)

3. Kesilapan dalam perwakilan pecahan

Pelajar A Pelajar B Pelajar C Pelajar E Pelajar F Pelajar G Pelajar H Pelajar I

(diatasi) (diatasi) (diatasi) (diatasi) (diatasi) (diatasi) (diatasi) (diatasi)

4. Kesilapan dalam operasi penambahan pecahan

Pelajar A Pelajar B Pelajar C Pelajar D Pelajar E Pelajar F Pelajar G Pelajar H Pelajar I

(diatasi) (diatasi) Pelajar C (diatasi) Pelajar E (diatasi) (diatasi) (diatasi) (diatasi)

5. Kesilapan dalam operasi penolakan pecahan

Pelajar A Pelajar B Pelajar C Pelajar D Pelajar E Pelajar F Pelajar G Pelajar H Pelajar I

(diatasi) Pelajar B Pelajar C (diatasi) Pelajar E (diatasi) (diatasi) (diatasi) Pelajar I

Page 8: Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeperluan Khas

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

46

Perbincangan Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, prestasi semua pelajar telah meningkat setelah belajar menggunakan perisian yang dibangunkan. Terdapat juga di antara mereka yang memperoleh markah penuh dalam Ujian Pencapaian 2 walaupun gagal memperoleh sebarang markah dalam Ujian Pencapaian 1. Hal ini membuktikan bahawa mereka mampu memperoleh pencapaian yang baik setelah belajar menggunakan perisian multimedia yang dibangunkan. Hal tersebut menyokong dapatan yang diperolehi oleh Jamalludin dan Siti Nurulwahida (2010) serta Shaharuddin dan Ahmad Khairi (2011) di mana teknologi terutama Perisian dalam pendidikan mampu meningkatkan prestasi pelajar dalam pembelajaran matematik. Kaedah rawatan yang diberikan ini memberikan kesan yang positif seperti yang diharapkan dimana setiap kesalahan yang dilakukan oleh pelajar pada Ujian Pencapaian 1 dapat diatasi pada Ujian Pencapaian 2. Keberkesanan perisian yang dibangunkan ini membuktikan elemen visual dan audio mampu menarik perhatian para pelajar untuk menerokai dan mengikuti aktiviti pembelajaran yang sedang diikuti. Walau bagaimanapun, masih terdapat pelajar yang melakukan kesilapan yang sama kerana kelalaian pelajar semasa proses pembelajaran. Tambahan pula masa pembelajaran yang singkat menyebabkan pelajar-pelajar berkeperluan khas ini gagal menguasai sepenuhnya pembelajaran yang diikuti. Penutup Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk pelajar berkeperluan khas telah berjaya dibangunkan. Perisian yang telah dibangunkan ini menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.0 serta menggabungkan elemen-elemen multimedia iaitu teks, grafik, animasi dan audio bagi menyediakan medium pembelajaran yang menarik dan efektif. Walaupun perisian ini dibangunkan khusus untuk pelajar berkeperluan khas, namun perisian ini juga sesuai digunakan dalam penerapan konsep asas pecahan dikalangan pelajar normal. Pembangun berharap agar perisian ini dapat membantu guru-guru dalam menerapkan pemahaman berkaitan tajuk pecahan kepada pelajar. Pembangun juga berharap agar perisian ini dapat membantu pelajar dalam menguasai dan mengukuhkan pengetahuan mereka dalam pembelajaran Pecahan. Seterusnya, diharapkan agar pembangunan perisian ini dapat mengatasi masalah kesukaran dan kesilapan yang berlaku dalam tajuk Pecahan. Rujukan Abu Samah, N. dan Md Salleh, S. (2011). Laman Web Matematik bagi tajuk Kebarangkalian

berpandukan Sembilan Aspek Pengajaran Gagne dan Teori Perlaziman Operan. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 1(1), 63-73.

Azrul Fahmi Ismail dan Marlina Ali (2007). Analisis Kesilapan dalam Tajuk Ungkapan Algebra di kalangan Pelajar Tingkatan Empat. UTM. Tesis Sarjana Muda.

Bushro Ali dan Halimah Badioze Zaman. (2008). Kejuruteraan Perisian Kursus Multimedia Matematik Berasaskan Model Kecerdasan Pelbagai (MI-mathS). Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia, 5, 41-63.

Cohen, J. (1988). Statistical Power Analysis for the Behavioral Sciences (2nd Edition ed.): Hillsdale, N.J. : L. Erlbaum Associates.

Jamalludin Harun dan Zaida Tasir. (2003). Multimedia Dalam Pendidikan: PTS Publication: Bentong. Jamalludin Harun dan Siti Nurulwahida Zainal Abidin (2010). Pembangunan Modul Pembelajaran

Berbantukan Video Interaktif Bagi Pembelajaran Pengaturcaraan Visual Basic Berdasarkan Pendekatan Projek. http://community.my/pendidikan khas (dicapai pada 28 Julai 2007).

Lokman Mohd Tahir, Nurul Qistin Mustafa dan Mohd Hanafi Mohd Yassin (2009). Pendidikan Teknik Dan Vokasional Untuk Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Pendidik dan Pendidikan (Jil. 24), 73–87.

Page 9: Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeperluan Khas

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

47

Marzita Puteh (2002). Factors Associated with Mathematics Anxiety. Tanjong Malim: Penerbit UPSI. Mohd Dan Yusof. (2007). Pendidikan Khas online bersama Mohd Dan bin Yusof. Mohd Salleh Abu dan Tan Wee Chuen (2002). Analisis Keberkesanan Penggunaan Perisian

Pembelajaran Matematik VATrans yang Berasaskan Pendekatan Penggabungan Pemikiran Visualisasi dan Analisis. Jurnal Teknologi Keluaran Khas, 36 (E), 75-86.

Noveandini, R. dan Wulandari, M. S. (2010). Pemanfaatan media pembelajaran secara online (e-learning) Bagi wanita karir dalam upaya meningkatkan efektivitas dan Fleksibilitas pemantauan kegiatan belajar anak siswa/i Sekolah dasar. Paper presented at the Seminar Nasional Aplikasi Teknologi Informasi 2010 (SNATI 2010).

Shaharuddin Md Salleh dan Ahmad Khairi Mohd Ali (2011). Pembangunan Web E-Pembelajaran Menggunakan Elemen Video Dalam Topik ‘Work And Energy’ Berasaskan Teori Konstruktivisme Sosial.