tajuk

6
TAJUK : KAJIAN TINDAKAN PENGUNAAN SMART CUP DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 1 UNTUK MENGENAL HURUF YANG BOLEH DISAMBUNGKAN DENGAN HURUF YANG TIDAK BOLEH DISAMBUNG Kepentingan menulis dan penulisan amat banyak khususnya apabila ia melibatkan dan menjadi antara faktor ilmu itu berkembang. Menjadi kebiasaan dalam sejarah dan tamadun dunia, tamadun yang hebat dan berjaya berasal dari sebuah masyarakat yang cintakan ilmu dan mereka yang mencintai ilmu adalah mereka yang cinta kepada buku atau bahan bacaan dan bahan bacaan itu memerlukan aktivit menulis dan penulisan bagi ia menjadi sebuah buku pula. Dakwah bermaksud ajak, jemput, pelawa dan seumpamanya. Dalam konteks pemahaman syariah dakwah adalah mengajak ke jalan yang diredai Allah.Satu daripada cabang dakwah yang penting adalah melalui penulisan (dakwah bil kitabah) dan ini sudah dibuktikan melalui catatan sejarah. Kepentingan penulisan dalam dakwah dan Islam itu secara umumnya sangat penting dan menggambarkan bagaimana Islam sebenarnya adalah sebuah agama yang benar dan bukan agama yang direka-reka dan diada-adakan oleh manusia sebagaimana yang didakwa oleh orientalis. Dalam al-Quran ada satu surah yang dinamakan khas dengan nama yang sangat signifikan dengan penulisan iaitu Surah al-Qalam. Kepentingan kalam atau penulisan itu kemudian dinyatakan oleh Allah dalam ayat terawal surah tersebut yang bermaksud: “Nuun.Demi pena dan apa yang mereka tulis.” Kemahiran menulis Jawi merupakan tunjang kepada pencapaian baik Pendidikan Islam. Oleh kerana itu, saya harus mengambil langkah segera

Upload: rahman-manz

Post on 12-Dec-2015

7 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tajuk

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK

TAJUK : KAJIAN TINDAKAN PENGUNAAN SMART CUP DALAM MEMBANTU MURID

TAHUN 1 UNTUK MENGENAL HURUF YANG BOLEH DISAMBUNGKAN DENGAN HURUF

YANG TIDAK BOLEH DISAMBUNG

Kepentingan menulis dan penulisan amat banyak khususnya apabila ia melibatkan dan menjadi

antara faktor ilmu itu berkembang. Menjadi kebiasaan dalam sejarah dan tamadun dunia,

tamadun yang hebat dan berjaya berasal dari sebuah masyarakat yang cintakan ilmu dan

mereka yang mencintai ilmu adalah mereka yang cinta kepada buku atau bahan bacaan dan

bahan bacaan itu memerlukan aktivit menulis dan penulisan bagi ia menjadi sebuah buku pula.

Dakwah bermaksud ajak, jemput, pelawa dan seumpamanya. Dalam konteks pemahaman

syariah dakwah adalah mengajak ke jalan yang diredai Allah.Satu daripada cabang dakwah

yang penting adalah melalui penulisan (dakwah bil kitabah) dan ini sudah dibuktikan melalui

catatan sejarah.

Kepentingan penulisan dalam dakwah dan Islam itu secara umumnya sangat penting dan

menggambarkan bagaimana Islam sebenarnya adalah sebuah agama yang benar dan bukan

agama yang direka-reka dan diada-adakan oleh manusia sebagaimana yang didakwa oleh

orientalis.

Dalam al-Quran ada satu surah yang dinamakan khas dengan nama yang sangat signifikan

dengan penulisan iaitu Surah al-Qalam. Kepentingan kalam atau penulisan itu kemudian

dinyatakan oleh Allah dalam ayat terawal surah tersebut yang bermaksud:

“Nuun.Demi pena dan apa yang mereka tulis.”

Kemahiran menulis Jawi merupakan tunjang kepada pencapaian baik Pendidikan Islam. Oleh

kerana itu, saya harus mengambil langkah segera untuk mengatasi cabaran 4 orang murid

Tahun 1 yang tidak dapat menguasai kemahiran menulis Jawi. Saya telah dapat mengenal pasti

punca utama mereka tidak dapat menulis Jawi dengan baik ialah dan tidak tahu bagaimana

untuk menyambung antara huruf-huruf Jawi. Maka saya akan menggunakan teknik baru yang

akan membantu mereka mengatasi masalah tersebut. Teknik baru yang saya namakan sebagai

smart cup akan digunakan bagi membantu mereka mengenali membantu mereka menulis suku

kata mudah dalam Jawi. Menggunakan 4 orang murid Tahun 1 nusa sebagai sampel kajian

sangat bertepatan kerana sebagai guru Jawi mereka, saya dapat berhubung dengan murid-

murid tersebut secara langsung untuk mengaplikasikan kaedah yang saya perkenalkan. Selain

itu, aktiviti memberi mereka ujian dan meminta mereka menjawab soal selidik akan dapat

Page 2: TAJUK

dijalankan dengan lebih mudah. Saya berharap hasil analisis data akan dapat membantu saya

mengenal pasti sama ada intervensi yang saya laksanakan dapat meningkatkan kemahiran

murid dalam menulis Jawi.

Semasa praktikum semester 6 yang dijalankan pada bulan julai 2014. Saya telah mengajar

dalam kelas tahun 1 nusa semasa saya mengajar mata pelajaran jawi saya dapati terdapat

cabaran yang dihadapi oleh beberapa orang murid yang belum dapat mengenal pasti huruf

yang boleh disambungkan dengan huruf yang tidak boleh disambung. Contoh huruf yang murid

masih keliru ialah huruf د dengan ,ج huruf dengan ل dan sebagainya. Masalah tersebutغ

berterusan sehingga beberapa minggu. Apabila murid-murid ini tidak faham menyebabkan

mereka bising sehingga menganggu rakan lain untuk belajar. Murid ini saya dapati mereka suka

bermain oleh yang demikian saya telah mencuba kaedah bermain yang sesuai namun begitu

saya melihat masih belum mencapai tahap yang sebenar. Saya telah bertanya dengan

beberapa orang guru untuk mendapatkan pandangan serta cara untuk membantu murid-murid

tersebut. Saya cuba mengunakan kaedah yang terdapat

Saya mengambil pelbagai kaedah untuk mengajar murid terbabit sehinggalah semasa saya

melayari laman web sosial facebook saya telah melihat satu kaedah bahasa melayu yang boleh

saya aplikasikan dengan didalam mata pelajaran jawi. Kaedah ini saya namakan sebagai

kaedah smart cup yang mengunakan cawan polisterin sebagai bahan bantu mengajar saya

seterusnya sebagai bahan yang dapat membantu murid untuk mengenal huruf yang boleh

disambungkan dengan huruf yang tidak boleh disambung. Sewaktu kelas saya telah

mengunakan smart cup tersebut. Saya dapati murid-murid cepat belajar kerana mereka dapat

melakukan sediri untuk menyambung huruf berkenaan.

Page 3: TAJUK

SASARAN KAJIAN

Sasaran kajian terdiri daripada 4 orang murid Tahun 1 nusa yang menghadapi masalah dalam

menulis Jawi. Daripada pemerhatian, mereka adalah kumpulan murid yang paling memerlukan

bantuan untuk meningkatkan kemahiran menulis Jawi. Saya mengambil keputusan untuk

menjalankan kajian ke atas murid-murid ini untuk mengenal pasti keberkesanan intervensi

dalam membantu murid-murid yang tidak dapat mengikuti P&P melalui kaedah tradisional yang

dijalankan selama ini.

SK 1

LELAKI

- Aktif dalam kelas

- Bercakap dalam kelas

- Hilang fokus semasa belajar

- Cepat belajar dengan sesuatu yang

baru

- Rajin membantu guru

SK 2

PEREMPUAN

- Pendiam di dalam kelas

- Suka membaca buku

- Tidur didalam kelas

- Rajin membantu guru

SK 3

PEREMPUAN

- Peramah sesama rakan

- Bersembang dengan rakan sebelah

- Bermain dibelakang kelas

- Suka menjawab soalan apabila guru

kemukan soalan

SK 4

LELAKI

- Cepat belajar dengan sesuatu yang

baru

- Suka kehadapan kelas

- Tolong mengangkat barang guru

- Suka melompat semasa aktiviti kelas

- Bercakap dengan kawan sebelah

Page 4: TAJUK

INSTRUMEN KAJIAN

Pemerhatian

BIL PEMERHATIAN YA TIDAK

1 Murid fokus semasa aktiviti dijalankan

2 Murid lebih cepat menjawab soalan yang diberikan oleh guru

3Murid suka bertanya dengan rakan sebelah berkenan tajuk

pelajaran

4 Murid suka bertanya guru apabila tidak faham

5 Murid tidak lesu apabila menjalankan aktiviti

Temu bual

1. Kamu suka tak menulis jawi dihadapan kelas?

2. Senang tak mata pelajaran jawi?

3. Kamu dapat tak baca tulisan jawi yang ustaz tulis?

4. Ada tak huruf jawi yang kamu tak kenal?

5. apakah keputusan peperiksaan kamu dalam pelajaran jawi?

Page 5: TAJUK

Soal selidik

MAKLUMAT LATAR BELAKANG

Nama

Kelas

Pekerjaan

bapa

Pekerjaan ibu

Pendapatan isi

rumah

Bilangan adik

beradik

Soal selidik akademik

Tandakan (/) pada pencapaian yang kamu perolehi

MATA PELAJARAN PENCAPAIANCemerlang Sederhana Lemah

AKIDAHIBADAHAL QURANJAWIAKHLAK ISLAMIAHSIRAH