tajuk 4pl

Upload: ahmad-apis-zakaria

Post on 10-Oct-2015

87 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pl

TRANSCRIPT

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    1/53

    64

    Tajuk 4PENGURUSAN DAN PENGELOLAANPENDIDIKAN LUARAKTIVITI AIR

    Sinopsis

    Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penyediaan kertas kerja, bidang tugas, keselamatan dan

    pengelolaan aktiviti air dalam aspek keselamatan dan keyakinan di air, aktiviti kayak dan snorkeling.

    Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

    Hasil Pembelajaran

    Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:

    1. Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti Pendidikan Luar.

    2. Mengetahui punca ketakutan di air dan cara mengatasinya.

    3. Menghuraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan keyakinan di air.

    4. Menjelaskan dengan terperinci berkaitan kemahiran berkayak dan aktiviti snorkeling.

    Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

    Aktiviti Air

    Keselamatan/

    Keyakinan di

    Air

    Aktiviti

    Kayak

    Aktiviti

    Snorkeling

    Pengurusandan

    Pengelolaan

    Bidang TugasPenyediaan

    Kertas Kerja

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    2/53

    65

    4.1 Pengurusan dan Pengelolaan Pendidikan Luar.

    Dalam melaksanakan aktiviti pendidikan luar perancangan amat perlu bagi menjadikan aktiviti

    pendidikan luar mencapai objektif dan tujuan yang dikehendaki. Dalam merancang aktiviti pendidikan

    luar terdapat beberapa langkah dari pra pelaksanaan hingga ke tahap pelaksanaan. Di awal

    peringkat pra-pelaksanaan dasar dan objektif program pendidikan luar perlu diputuskan. Di peringkat

    ini juga segala urusan pelantikan jawatan kuasa peringkat perancangan dilakukan. Pihak pengurusan

    dan ahli jawatan kuasa yang dibentuk akan berbincang untuk membuat kertas kerja bagi

    mengdokumentasikan serta membentuk hala tuju perjalanan program.

    Kertas kerja merupakan bahan bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatuprojek untuk dibahaskan. Dengan kata lain kertas kerja yang lengkap akan menjadi sumber rujukan

    utama dalam sesuatu program. Kertas kerja juga merupakan dokumen rujukan yang amat perlu

    dalam proses memohon kebenaran dan pertolongan dari pihak atasan, oleh itu kertas kerja perlu

    lengkap dan terarah. Dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pendidikan luar berbagai pihak

    perlu dihubungi bagi mendapat kebenaran, memohon bantuan dan pemberitahuan. Kesemua proses

    ini memerlukan pihak urusetia menyiapkan dan menghantar surat bagi memohon kebenaran,

    memohon bantuan dan pemberitahuan. Memandangkan perkara ini urusan surat menyurat juga amat

    penting dalam proses perancangan dan pelaksanaan dalam program pendidikan luar.

    4.2 Pra-Pelaksanaan

    Dalam melaksanakan pendidikan luar perancangan yang teliti amat perlu sebelum mengadakan

    pendidikan luar. Pengajur perlu membentuk jawatan kuasa dan memanggil mesyuarat perancangan

    Perancangan dan persiapan awal termasulah memikirkan konsep, tema objektif kertas kerja

    pendidikan luar dan segala urusan surat menyurat kepada pihak terlibat.

    4.2.1. Pelantikan Jawatankuasa dan pengagihan tugas

    Terdapat dua bentuk jawatan kuasa perancang dan pelaksana. Berikut adalah ahli-ahli

    jawatankuasa serta bidang tugasnya dalam merancang aktiviti Pendidikan Luar.

    Pengerusi projek

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    3/53

    66

    Bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran, kewangan dan aktiviti.

    Memastikan arahan daripada penasihat program dapat dijalankan.

    Memberi arahan yang tepat dan jelas kepada jawatan kuasa dalam melaksanakan tugas atau

    aktiviti.

    Menjadi orang tengah dalam mengemukakan cadangan atau usul ahli kepada pihak yang

    berkenaan.

    Bertanggungjawab menentukan hala tuju program Pendidikan Luar.

    Timbalan Pengerusi

    Membantu pengerusi dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti.

    Memangku tugas pengerusi semasa ketiadaannya.

    Kem Komanden

    Menyelaras dan menguruskan semua aktiviti yang berkaitan dengan pelaksanaan Pendidikan

    Luar

    Mengadakan taklimat kepada peserta

    Orang yang membuat keputusan yang penting ketika melaksanakan aktiviti Pendidikan Luar

    Setiausaha

    Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.

    Mengumpul semua maklumat seperti merekodkan semua fail-fail untuk rujukan.

    Bertanggungjawab untuk hadir setiap mesyuarat dalam pelaksanaan program.

    Menguruskan urusan surat menyurat kepada pihak yang berkenaan.

    Memanggil ahli jawatan kuasa untuk bermesyuarat

    Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang

    berkenaan.

    Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan agenda mesyuarat

    Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berkelompok di kalangan AJK.

    Menyediakan kertas kerja yang diperlukan oleh program.

    Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan mesyuarat.

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    4/53

    67

    Timbalan Setiausaha

    Membantu setiausaha dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti.

    Memangku tugas setiausaha semasa ketiadaannya.

    Bendahari

    Bertanggungjawab kepada pengerusi dalam bidang pengurusan pentadbiran kewangan.

    Menyedia dan menyimpan buku akaun untuk program.

    Menerima dan menyimpan cek-cek dan wang tunai milik program.

    Menyimpan semua resit-resit, baucer-baucer, buku rekod wang keluar masuk dan lain-lain

    yang berkaitan dengan pengurusan kewangan.

    Menjaga dan menguruskan harta benda bagi program dengan baik.

    Menyediakan laporan wang masuk dan keluar setiap kali mesyuarat.

    Memberi pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kewangan bagi

    pelaksanaan program.

    Menandatangani cek-cek bersama pengerusi atau setiausaha atau kedua-duanya sekali.

    Jawatankuasa Teknikal

    Membentuk satu jawatan kuasa kecil

    Menyimpan rekod alatan kumpulan seperti khemah, periuk,parang, pisau dan sebagainya

    Menyediakan segala keperluan berkaitan teknikal bagi melicinkan pelaksanaan program.

    Mengemaskini alatan dan mengawal pergerakan alatan kumpulan

    Bertanggungjawab terhadap peralatan yang digunakan semasa sesuatu aktiviti atau projek

    dilaksanakan.

    Jawatak kuasa Aktiviti

    Membentuk satu jawatan kuasa kecil.

    Merancang program latihan fizikal dalam pendidikan luar berdasarkan objektif

    Merancang dan memikirkan langkah-langkah keselamatan dalam Pendidikan Luar

    Bertanggungjawab dengan jawatan kuasa lain dalam merancang atau menetapkan aktiviti

    bagi program Pendidikan Luar

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    5/53

    68

    Jawatan kuasa kerohanian

    Membentuk satu jawatan kuasa kecil

    Merancang dan melaksana aktivit kerohanian termasuk solat, kuliah subuh dan kuliah maghrib

    Membuat giliran iman dan bilal bagi setiap solat

    Memastikan peserta bukan islam mengamalkan ajaran agama masing-masing dan diberi

    kuliah moral

    Jawatan kuasa Aturcara dan Buku Program

    Membentuk satu jawatan kuasa kecil.

    Bekerjasama dengan jawatan kuasa pendidikan, kejurulatiahan dan protokol menyusun jadual

    pertandingan atau aturcara majlis mengikut kesesuaian sepanjang sesuatu aktiviti atau projek

    berlangsung.

    Menyediakan aturcara bagi penyampaian hadiah.

    Menjemput dan mendapatkan senarai VIP dan jemputan khas yang sepatutnya hadir pada

    hari penyampaian hadiah.

    Menyediakan acara sambutan kedatangan VIP, penyambut tetamu dan segala persiapan

    untuk keperluan sambutan.

    Bertanggungjawab mendapatkan Pengacara Majlis (MC) bagi setiap kategori atau

    keseluruhan kategori dan menyediakan draf teks MC.

    Mendapatkan senarai pemenang dan penyampai hadiah dari jawatan kuasa peserta untuk

    kemudahan MC mengumumkan pemenang.

    Menguruskan keseluruhan perlaksanaan aturcara dan program kepada semua yang hadir

    sepanjang program berjalan.

    Membantu semua jawatankuasa membuat persiapan, peralatan dan sebagainya.

    Membantu jawatan kuasa hadiah dan cenderahati dalam menyediakan keperluan-keperluan

    berkaitan dengan penyampaian hadiah seperti cara penyampaian dilakukan, muzik yang

    bersesuaian dan lain-lain.

    Jawatan kuasa Protokol

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    6/53

    69

    Membentuk satu jawatan kuasa kecil.

    Memastikan para peserta telah bersedia lebih awal ketika acara perasmian atau penutup

    Menyenarai atau menentukan tetamu jemputan atau VIP yang akan hadir.

    Menyambut para jemputan, hadirin dan peserta serta mengarahkan mereka ke tempat duduk

    yang sepatutnya.

    Menyelia susun atur kerusi bagi jemputan atau VIP di dalam dewan.

    Menjaga kawalan peserta

    Menyediakan roset untuk jemputan yang bersesuaian.

    Jawatankuasa Promosi / Publisiti

    Membentuk satu jawatan kuasa kecil.

    Merancang bentuk dan konsep hebahan yang boleh menarik minat peserta tentang sesuatu

    projek atau aktiviti.

    Membuat poster-poster dan menyediakan kain rentang untuk mempromosikan sesuatu projek

    atau aktiviti.

    Mendapatkan penaja bagi keperluan promosi, pengiklanan dan hebahan mengenai sesuatu

    projek atau aktiviti.

    Menjemput wartawan untuk membuat liputan

    Jawatan kuasa Persiapan / Keceriaan

    Membentuk satu jawatan kuasa kecil.

    Memastikan perjalanan program lancar dan tapak program sentiasa bersih serta selesa.

    Membuat back-drop untuk pentas bersesuaian dengan sesuatu projek atau aktiviti.

    Jawatan kuasa Urusetia dan Pendaftaran Peserta

    Membentuk satu jawatan kuasa kecil.

    Menguruskan pendaftaran peserta sebelum bertolak dan memastikan jumlah peserta

    mencukupi

    Mengurus, menerima atau menyenaraikan nama peserta dalam sesuatu projek atau aktiviti.

    Memastikan giliran peserta atau kehadiran peserta untuk sesuatu projek atau aktiviti serta

    hadir pada masanya.

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    7/53

    70

    Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap para peserta sepanjang sesuatu projek atau aktiviti

    itu berlangsung.

    Jawatan kuasa Disiplin / Keselamatan

    Membentuk satu jawatan kuasa kecil.

    Memastikan keselamatan di dalam kawasan aktiviti terjamin.

    Memastikan setiap aktiviti yang dijalankan selamat dan berjalan lancar.

    Sentiasa bersedia jika terdapat kemalangan atau sesuatu yang tidak diingini

    Merancang aktiviti kawalan malam.

    Membawa beberapa unit kelengkapan perubatan seperti first aid.

    Jawatan kuasa Hadiah / Cenderahati

    Membentuk satu jawatankuasa kecil.

    Sentiasa berurusan dengan ahli jawatan kuasa lain bagi melicinkan perjalanan sesuatu projek

    atau aktiviti.

    Merancang jenis hadiah atau cenderahati yang akan diberi dalam sesuatu projek atau aktiviti

    serta bersesuaian dengan sesuatu majlis atau acara. Menguruskan penempahan hadiah kepada para peserta, cenderahati kepada petugas luar

    atau jemputan.

    Menetapkan atau merancang budget hadiah mengikut pengklasifikasian sesuatu projek atau

    aktiviti.

    Memastikan semua hadiah telah tersedia sebelum dibawa ke tapak perkhemahan Hadiah atau

    cenderahati hendaklah disiapkan selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum tarikh sesuatu

    projek atau aktiviti bermula.

    Menyenaraikan senarai peralatan dan keperluan bagi acara penyampaian hadiah dan

    memaklumkan kepada jawatan kuasa yang terlibat.

    Menyusun hadiah dan cenderahati bagi memudahkan acara penyampaian hadiah.

    Menguruskan dan mendapatkan senarai pemenang dari jawatan kuasa peserta.

    Menyusun nama penyampai hadiah berserta pengiring yang berkaitan dengan aturcara

    penyampaian hadiah mengikut acara.

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    8/53

    71

    Menyediakan keperluan-keperluan yang berkaitan dengan penyampaian hadiah seperti cara

    penyampaian dilakukan, muzik yang bersesuaian dan lain-lain.

    Jawatan kuasa Jamuan / Makanan

    Membentuk satu jawatan kuasa kecil.

    Menyediakan budget dan jenis makanan atau hidangan ringan yang perlu disediakan bagi

    jawatan kuasa sepanjang program berlangsung.

    Mendapatkan caterer jika perlu yang boleh menawarkan harga yang berpatutan untuk

    keperluan makanan dan minuman.

    Menyediakan budget bagi setiap kumpulan peserta

    Mebahagikan bahan mentah untuk dimasak oleh peserta

    Memberi nasihat kepada kumpulan peserta terhadap hidangan makanan

    Membuat penempahan dan memaklumkan jenis makanan serta jumlahnya.

    Bertugas menyediakan hidangan jamuan makanan kepada pihak-pihak yang berkaitan dan

    memastikan tiada petugas dan AJK yang ketinggalan.

    Melayan tetamu yang makan dan membahagikan makanan dengan sebaik mungkin.

    Memastikan kebersihan tempat makan.

    Mengemaskan dan membersihkan tempat makan, makanan yang berlebihan dan sebagainya.

    Menyediakan bekas makanan dan minuman serta plastik sampah.

    Jawatan kuasa Pengangkutan

    Membentuk satu jawatan kuasa kecil

    Memastikan keperluan pengangkutan sepanjang sesuatu program yang berlangsung telah

    mencukupi bagi keperluan persiapan, urusetia, peserta dan sebagainya.

    Membuat tempahan kenderaan sama ada bas atau van untuk kegunaan sebelum, semasa

    dan selepas sesuatu aktiviti atau projek dijalankan.

    Membuat penjadualan perjalanan bas untuk kegunaan serta rujukan pegawai yang terlibat

    bagi kegunaan pemandu, urusetia dan peserta.

    Sentiasa mengingatkan pemandu tentang jadual dan keperluan pengangkutan dengan

    mengambil kira rasional logik perjalanan dan kebajikan pemandu seperti kemampuan, masa

    rehat dan kebajikan mereka.

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    9/53

    72

    Jawatan kuasa Fotografi dan Dokumentasi

    Membentuk satu jawatan kuasa kecil

    Bekerjasama dengan pihak jabatan penyiaran menerusi saluran media cetak mahupun

    elektronik.

    Menggunakan kamera atau video-cam bagi merakamkan sesuatu aktiviti atau projek.

    Menjadi jurukamera sepanjang sesuatu program berlangsung.

    Memaklumkan kepada wartawan (press) tentang sesuatu program yang dilangsungkan.

    Jawatan kuasa Logistik

    Membentuk satu jawatan kuasa kecil.

    Membuat persediaan dan menyiapkan tempat dan segala keperluan seminggu sebelum

    sesuatu acara diadakan.

    Memastikan peralatan dan persiapan yang telah dibuat dapat digunakan.

    Sekiranya berlaku sebarang keadaan di luar jangkaan, jawatan kuasa ini perlu mengambil

    tindakan serta-merta untuk mengatasi masalah tersebut.

    Bertanggungjawab terhadap peralatan yang telah digunakan.

    Memastikan segala peralatan dibawa dan dipulangkan dalam keadaan dan kuantiti yang

    sama.

    Mengagihkan peralatan mengikut sesuatu acara yang terjadual.

    Jawatan kuasa Pertandingan dan Persembahan

    Membentuk satu jawatan kuasa kecil.

    Mendapatkan juri atau peserta bagi sesuatu aktiviti atau projek yang dijalankan.

    Merancang persembahan, tujuan program atau memastikan objektif sesuatu aktiviti atau

    projek berjaya disempurnakan.

    Merancang atau menetapkan masa bagi setiap persembahan atau matlamat sesuatu projek

    atau aktiviti.

    Merancang jenis, bentuk atau konsep persembahan.

    Merekodkan atau mencatat setiap keputusan yang telah dibuat oleh para juri.

    Memastikan setiap persembahan dilaksanakan dalam suasana yang ceria dan gembira.

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    10/53

    73

    Jawatan kuasa Tugas-tugas Khas

    Membentuk satu jawatan kuasa kecil

    Mengenal pasti tugas-tugas atau kerja-kerja yang di luar perancangan.

    Membantu jawatan kuasa lain membuat persediaan sekiranya diperlukan.

    Sentiasa berada di kawasan aktiviti sepanjang sesuatu aktiviti atau projek berlangsung.

    Membuat laporan berkenaan tugas-tugas yang telah dilaksanakan.

    4.3 Mesyuarat Perancangan.

    Mesyuarat membawa makna aktiviti perundingan dalam membincang sesuatu isu yang

    tersurat dan tersirat bagi mencapai satu keputusan. Mesyuarat bertujuan untuk mengumpul idea dan

    menyatukan fikiran bagi membina keputusan. Mesyuarat perancang bagi aktiviti pendidikan luar perlu

    diadakan bagi memastikan perjalanan sesuatu aktiviti pendidikan luar dapat dilaksanakan dengan

    lancar.

    Mesyuarat perancangan diadakan selepas mesyuarat jawatan kuasa kerja meluluskan

    sesuatu program itu dilaksanakan. Terdapat beberapa siri mesyuarat perancangan yang perludiadakan dalam melaksanakan program pendidikan luar. Kekerapan mesyuarat bergantung kepada

    keupayaan ahli jawatankuasa menyelesaikan masalahnya. Antara contoh siri mesyuaratnya ialah

    Mesyuarat pelantikan jawatan kuasa perancangan menentukan dasar pendidkan luar dan

    pembinaan kertas kerja.

    Mesyuarat permurnian kertas kerja

    Mesyuarat pelantikan ahli jawatan kuasa pelaksanaan program Pendidikan Luar

    Mesyuarat sebelum pelaksanaan program

    Mesyuarat pendaftaran peserta

    4.4. Penyediaan Kertas Kerja.

    Kertas kerja merupakan bahan bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu

    projek untuk di bahaskan. Kertas kerja merupakan dokumen yang penting dalam merancang sesuatu

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    11/53

    74

    projek. Kertas kerja yang baik adalah kertas kerja yang dapat memberi gambaran yang jelas tentang

    hala tuju, jenis aktiviti, jawatan kuasa, peserta dan perbelajaan sesuatu projek.

    4.4.1 Menyediakan Kertas Kerja mengikut format yang ditetapkan

    Antara format kertas kerja yang selalu digunakan ialah seperti berikut:

    Tajuk Kertas Kerja

    Tulis tajuk dengan ringkas dan bermakna

    Tujuan Kertas Kerja

    Nyatakan secara jelas tujuan kertas kerja disediakan sama ada untuk:

    Kelulusan, maklumat atau perbincangan

    Untuk siapa kertas kerja di kemukakan

    Nyatakan apakah objektif dan matlamat yang hendak dicapai

    Penerangan tentang projek

    Nyatakan secara jelas butiran mengenai

    Tarikh, masa atau tempat

    Peserta kumpulan sasaran

    Yuran atau bayaran yang dikenakan

    Kerjasama atau bantuan di unit atau persatuan lain

    Jawatan kuasa pelaksana

    Nyatakan secara jelas segala butiran mengenai:

    Nyatakan atau sertakan minit mesyuarat induk yang telah memutuskan untuk

    mengadakan projek yang di pohon

    Senarai penuh jawatankuasa

    Peranan dan bidang tugas jawatan kuasa

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    12/53

    75

    Anggaran pebelanjaan

    Nyatakan secara terperinci anggaran pendapatan serta perbelanjaan termasuk belanja

    runcit sebanyak 10 peratus dan diperincikan mengikut butir-butir perbelanjaan

    Susun atur atau atur cara

    Sediakan jadual tentative program yang terperinci dari awal hingga akhir termasuklah

    atur cara perasmian dan penutup dengan menyatakan masa, tempat dan tindakan

    jurulatih atau fasilitator.

    Peserta

    Nyatakan kumpulan sasaran yang akan menyertai program ini sama ada pelajar atau

    kakitangan anggaran bilangan peserta

    Tindakan

    Senaraikan cadangan jurulatih dan faslitator yang terlibat dalam setiap aktiviti yang

    dirancang

    Sokongan

    Rujuk keseluruhan kertas kerja kepada penasihat atau pegawai yang berkaitan untuk

    di komen atau diberi sokongan

    4.4.2. Mendapat Kelulusan dari pihak pengurusan

    Kertas kerja yang telah dibina perlu dihantar untuk mendapat kelulusan dari pihak

    pengurusan. Penganjur mesti memastikan tarikh serahan kertas kerja menepati kehendak

    masa pemprosesan kelulusan. Penganjur juga perlu bersedia untuk memberi rasional tentang

    kertas kerja serta aktiviti yang hendak dilaksanakan. Tindakan pelaksanaan seterusnya

    dilaksanakan selepas mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.

    4.4.3. Menyediakan Jadual Tindakan Tentatif

    Jadual tindakan perlu dibina bagi memastikan perlaksanaan program berjalan dengan

    lancar. Jadual tindakan ini membolehkan pengerusi memantau aktiviti perancangan dan

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    13/53

    76

    pelaksanaan aktiviti. Jadual tindakan tentatif boleh dalam bentuk carta gantt, senarai semak,

    jadual, carta alir dan lain-lain media yang mudah difahami.

    4.5. Pengurusan Surat menyurat.

    Sebelum memulakan sesuatu aktiviti pendidikan luar, perkara yang amat penting sekali ialah

    memohon kebenaran. Jawatan kuasa perancang perlu mendapat kebenaran dan memaklumkan dari

    berbagai pihak sebelum melaksanakan aktiviti Pendidikan Luar.

    4.5.1 Surat kebenaran

    Dalam aktiviti Pendidikan Luar, segala aktiviti dilakukan di luar bilik darjah sudah pasti

    pihak penganjur perlu mendapat kebenaran daripada ibu bapa ataupun penjaga terlebih

    dahulu sebelum menjalankan aktiviti. Selain daripada itu, surat kebenaran kepada pelbagai

    agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung perlu ditulis. Surat-surat memohon

    kebenaran untuk mengadakan pendidikan luar perlu dihantar awal supaya pihak yang

    berkenaan dapat membalas dalam masa yang sesuai. Contoh senarai surat yang perlu

    dihantar untuk memohon kebenaran dalam aktiviti pendidikan luar ialah:

    Surat kebenaran ibu bapa penjaga

    Kandungan surat itu perlu mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang terlibat.

    Surat ini juga perlu mengandungi persetujuan perjanjian pelepasan tanggungjawab

    pihak penganjur. Penganjur juga boleh meletakkan nombor telefon sekiranya berlaku

    kecemasan ketika program.

    Surat kebenaran pemilik tapak perkhemarhan

    Kandungan surat itu perlu mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang terlibat.

    Surat ini juga boleh mengandungi harapan atau bantuan dari pihak pengajur kepada

    pemilik tapak perkhemahan (Sekiranya berkenaan). Pemilik tapak perkhemahan bukan

    saja individu tetapi kemungkinan badan-badan swasta atau kerajaan contohnya pihak

    berkuasa tempatan.

    4.5.2 Surat pemberitahuan, memohon kebenaran dan bantuan

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    14/53

    77

    Surat ini biasanya mempunyai 3 tujuan utama iaitu:

    i. Surat yang ditujukan kepada pihak berkuasa bertujuan untuk memberitahu perlaksanaan

    aktiviti di kawasan jagaan pihak tersebut

    ii. Surat yang ditujukan bertujuan untuk memohon kebenaran daripada pihak tertentu untuk

    menjalankan aktiviti

    iii. Surat yang bertujuan untuk memohon bantuan dari segi teknikal dan keselamatan

    daripada pihak tertentu

    Surat pemberitahuan, memohon kebenaran dan bantuan dari balai polis terdekat

    Kandungan surat itu perlu mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang terlibat.

    Penganjur perlu memaklumkan dan memohon mengadakan aktiviti dari pihak polis.

    Surat ini juga perlu mengandungi permohonan bantuan dari pihak pihak polis kepada

    pengajur, contohnya mengadakan rondaan yang kerap di kawasan aktiviti dan lain-lain

    Surat pemberitahuan, memohon kebenaran dari jabatan laut

    Kandungan surat itu perlu mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang terlibat.

    Penganjur perlu memaklumkan dan memohon mengadakan aktiviti dari jabatan laut

    terutama jika aktiviti berkaitan dengan taman laut. Surat ini juga boleh mengandungi

    permohonan bantuan dari pihak jabatan laut kepada pengajur, contohnya

    menggunakan khidmat pegawai jabatan laut bagi menerangkan tentang taman laut.

    Surat pemberitahuan, memohon kebenaran dan bantuan dari jabatan perhutanan

    Kandungan surat itu perlu mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang terlibat.

    Penganjur perlu memaklumkan dan memohon mengadakan aktiviti dari jabatan

    perhutanan terutama jika aktiviti berkaitan dengan hutan simpan Surat ini juga boleh

    mengandungi permohonan bantuan dari pihak jabatan perhutanan kepada pengajur,

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    15/53

    78

    contohnya menggunakan khidmat ranger hutan bagi menerangkan tentang flaura dan

    fauna yang terdapat di hutan simpanan.

    Surat pemberitahuan, memohon kebenaran dan bantuan dari jawatan kuasa kampong

    Kandungan surat itu perlu mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang terlibat.

    Penganjur perlu memaklumkan dan memohon mengadakan aktiviti dari jabatan kuasa

    kampung yang terlibat. Surat ini juga boleh mengandungi permohonan bantuan dari

    pihak jabatan kuasa kampung kepada pengajur terutama dari aspek keselamatan

    kawasan aktiviti Pendidikan Luar.

    Surat pemberitahuan dan memohon bantuan dari Jabatan kesihatan

    Kandungan surat itu perlu mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang terlibat.

    Penganjur perlu memaklumkan dan memohon bantuan kecemasan sekiranya berlaku

    kecemasan dalam menjalankan aktiviti Pendidikan Luar.

    4.6 Definisi

    Seseorang guru sukan atau jurulatih renang hendaklah memastikan bahawa keyakinan

    perenang baru dapat dibina dan menunjukkan bahawa berenang adalah suatu aktiviti yang

    menyeronokkan. Keyakinan di air merupakan satu keadaan atau proses untuk mengatasi

    kurang yakin dan takut kepada kawasan-kawasan berair seperti sungai, tasik dan laut.

    Perasaan ini mungkin terjadi disebabkan sifat semulajadi ataupun sebab-sebab lain.

    4.7 Ketakutan Di Air

    Perasaan takut terhadap air ialah satu keadaan yang tidak diketahui punca, reaksi yang tidak

    dikehandaki, keadaan tingkah laku yang dialami oleh seseorang yang menghalang perenang

    dari belajar berenang kemahiran-kemahiran air atau memasuki satu kawasan air seperti kolam

    renang, laut, tasik ataupun sungai.

    4.7.1 Punca ketakutan air

    1. Pengalaman pembelajaran langsung

    pengalaman peribadi dengan melakukannya, merasainya, dan mengalaminya secara

    fizikal

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    16/53

    79

    2. Pengalaman pembelajaran tidak langsung

    menyaksikan kejadian, menonton filem (Titanic, Crocs and Sharks Piranhas Wild Life

    Documentaries!) dan mimpi

    3. Asalan Modal Penglihatan

    pembacaan, berbual, mendengar dan kisah

    4. Pembelajaran separa sedar

    perasaan takut air telah berlaku tanpa sedar secara negatif semenjak

    dari kecil lagi

    4.7.2 Cara mengatasi ketakutan air

    Terdapat beberapa cara untuk mengatasi ketakutan di air iaitu :

    o biarkan anak sekadar merendam kakinya atau mencepur-cepur air di kawasan air cetek

    sambil tetap mengenakan pakaian renang.

    o Menggalakkan murid belajar di kelab-kelab renang yang mempunyai pantauan rapi.

    o

    Selalu mengajak mereka berenang bersama kawan-kawan atau sedaramara

    o Nyatakan kepada mereka berenang sungguh menyenangkan, Kalaupun

    murid tetap takut, jangan memaksa apalagi memarahi rasa takutnya.

    4.8 Aktiviti-Aktiviti Keyakinan Di Air

    Berjalan Dengan Selamat

    Berseorangan

    o Pegang susur kolam renang dengan sebelah tangan dan berjalan dengan kaki yang

    dijarakkan sedikit ke hadapan dan ke belakang.

    o Berjalan berseorangan dan menyeberangi lebar kolam.

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    17/53

    80

    Berdua

    o Perenang berdiri seorang di hadapan dan seorang lagi di belakang. Perenang yang berdiri di

    belakang, meletakkan tangannya di atas bahu pasangannya yang berada di hadapan. Kedua-

    dua perenang berjalan ke hadapan dengan meluncur kaki berselang-seli di atas lantai kolam

    renang.

    Bentuk Bulatan

    o Berdiri beramai-ramai dalam bentuk bulatan di kolam renang, dengan tangan kanan

    berpegangan di tengah bulatan. Berjalan bersama-sama mengikut arah jam.

    o Berdiri dalam bentuk bulatan dan memegang tangan. Para perenang membilang 1 dan 2.

    Mula dengan no 1 mengapung sambil memegang tangan. Kemudian no 2 mengapung

    dengan mengangkat kaki seperti gambar berikut.

    Mengangkat Kaki Dari Lantai.

    Berseorangan

    o Pegang susur dengan dua belah tangan.

    o Letakkan kedua-dua kaki di atas dinding kolam dengan lutut dibengkokkan.

    o Bergerak dengan pergerakkan kecil tangan dan kaki ke sisi sepanjang dinding kolam.

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    18/53

    81

    Cara Terapung

    o Langkah yang penting untuk berenang ialah belajar cara bagaimana air boleh

    menyokong / menampung berat badan anda. Keapungan badan boleh dipraktikkan

    melaui perbagai posisi yang berikut:

    o Apung rumpun atau apung ampai-ampai.

    o Apung meniarap

    o Apung terlentang

    APUNG RUMPUN/AMPAI-AMPAI

    o Berdiri di dalam air, aras dada.

    o Menarik nafas dan menahan nafas

    o Membongkok dan meletakkan dada dan muka di dalam air.

    o Menghulurkan tangan untuk menyentuh tulang kering dengan mata sentiasa terbuka.

    o Dengan perlahan-lahan bawa lutut ke dada dan pegang tulang kering dengan tangan.

    o Badan akan mengapung dalam posisi ini.

    o Menahan nafas seberapa lama yang boleh

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    19/53

    82

    BERDUA

    o Perenang A memegang susur dan menghulurkan sebelah kaki ke belakang.

    o Perenang B memegang kaki itu dan kemudian menyokong kaki sebelah lagi yang

    dihulurkan oleh perenang A

    o Perenang A kemudiannya membengkokkan lututnya ke bawah badan dan berdiri

    semula.

    o Untuk berbalik kepada kedudukan berdiri semula:

    Luruskan kaki ke bawah kolam.

    Angkat/naikkan kepala dengan muka di atas permukaan air.

    APUNG MENIARAP

    o Berdiri di dalam air, aras pinggang.

    o

    Berdiri membelakang dinding.

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    20/53

    83

    o Letakkan sebelah kaki bersandar pada dinding dengan lutut bengkok.

    o Hulurkan tangan ke atas kepala, dengan lengan menyentuh telinga dan ibu jari terkunci.

    o Bongkokkan badan dan letakkan dada, muka dan tangan di air.

    o Mata sentiasa terbuka.

    o Dengan perlahan tetapi kukuh, tolak dari dinding.

    o Biarkan tubuh meluncur ke hadapan dengan kaki lurus di belakang.

    o Untuk berbalik kepada kedudukan berdiri semula;

    Bengkokkan lutut dan bawa ke dada.

    Tekankan tangan ke bawah dan naikkan kepala.

    Biarkan tubuh tenggelam sehingga kaki menyentuh lantai kolam

    Luruskan kaki dan berdiri.

    APUNG TELENTANG

    o Pegang palung atau susur kolam renang dengan tangan berjarak lebih kurang seluas

    bahu.

    o Letakkan kedua-dua kaki pada dinding, tetapi di bawah permukaan air.

    o Penyokong berdiri di belakang perenang dengan memegang di bawah bahu perenang.

    o Perenang meluruskan tubuh dengan tangan didepakan.

    o Tangan penyokong masih menyokong di bawah bahu perenang.

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    21/53

    84

    o Untuk berbalik kepada kedudukan berdiri semula dari posisi apung telentang:

    Gerakkan tangan dengan tarikan kuat sepert melakukan skip ke belakang.

    Pada masa yang sama, angkat kepala dan bawa lutut ke posisi duduk.

    Tekan dan turunkan kaki ke lantai kolam.

    4.9 Sejarah Kayak

    Kayak adalah bot didayung oleh manusia. Ia dicipta oleh penduduk asal kawasan Artik di

    Amerika UtaradanGreenlandbiasanya dikenali sebagaiInuitatau Eskimo. Perkataan "kayak"

    asalnya bererti "bot manusia/lelaki". Pembinaan asalnya merupakan rangka kayu diselitupi

    dengan kulit haiwan seperti kulit anjing laut. Kayak asal ini digunakan untuk memburu di

    lautan lepasLautan Artik.

    Kayak biasanya dikemudikan dengan menggunakan pendayungdua belah. Pengguna kayak

    atau pendayung duduk dalam kayak dengak kaki mereka kehadapan. Bahagian atas kayak

    ditutup dengan geladak. Pengayuh duduk dalam lubang di kokpit yang boleh ditutup dengan

    skirt limpahan (atau spraydeck). Ini menjadikan bahawa, sekiranya kayak terbalik, kayak tidak

    akan dipenuhi air, dan pendayung boleh menegakkan kayak kembali tanpa dipenuhi air.

    Pergerakan ini dikenali sebagaigulingan Eskimo Eskimo Roll.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Artikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Artikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Utarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Utarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Greenlandhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Greenlandhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Greenlandhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Inuit&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Inuit&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Inuit&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Anjing_lauthttp://ms.wikipedia.org/wiki/Anjing_lauthttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lautan_Artikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lautan_Artikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lautan_Artikhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pendayung&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pendayung&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Gulingan_Eskimohttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gulingan_Eskimohttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gulingan_Eskimohttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gulingan_Eskimohttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gulingan_Eskimohttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pendayung&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Lautan_Artikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Anjing_lauthttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Inuit&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Greenlandhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Utarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Artik
  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    22/53

    85

    Pada zaman moden, kayak telah dimajukan lebih lanjut menjadi beberapa jenis termasuk :

    berkayak di air putih whitewater kayaking, bot bermain playboats, surfing, kayak laut,

    perlumbaan air tenang, berkanoe Slalom, polo kanoe dan riadah. Di negara kita, aktiviti

    berkayak ini mula wujud sejak tahun 50an lagi. Masyarakat Melayu telah tinggal dan menetap

    di tepi sungai masih menggunakan kanu sebagai kenderaan pengangakutan air. Aktiviti kayak

    ini mula berkembang apabila persatuan Rekreasi luar Wilayah Persekutuan menjelajah

    seluruh pantai Barat Semenanjung Malaysia dan secara tidak langsung telah menarik minat

    orang ramai melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti berkayak ini.

    4.9.1 Jenis-jenis Kayak

    Kayak boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

    1. Kayak satu tempat duduk

    Sesuai digunakan oleh mereka yang baru belajar berkayak berukuran 146 sehingga 15

    beam (sisi) 26 atau panjang lebih kurang 4 meter.

    2. Kayak dua tempat duduk

    Kayak jenis ini dikenali sebagai swedish form yang dibuat untuk keseimbangan dankeselesaan. Kayak ini berukuran 17 hingga 173, beam 32 hingga 33.

    Selain itu, kayak boleh dibahagikan kepada 3 kelas utama berdasarkan bahagian bawahnya

    (hull) iaitu :

    1. Mandesta (bentuk V)

    Bahagian bawah kayak ini berbentuk bentuk V . Ini bertujuan untuk memudahkannya

    memotong air, bergerak dalam garis lurus dengan pergerakan yang laju. Namun begitu, kayak

    ini memerlukan kemahiran imbangan yang tinggi.

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Berkayak_di_air_putih&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Berkayak_di_air_putih&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Berkayak_di_air_putih&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bot_bermain&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bot_bermain&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bot_bermain&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Surfing&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Surfing&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kayak_laut&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kayak_laut&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Berkanoe_Slalom&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Berkanoe_Slalom&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Polo_kanoe&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Polo_kanoe&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kayak_riadah&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kayak_riadah&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kayak_riadah&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Polo_kanoe&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Berkanoe_Slalom&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kayak_laut&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Surfing&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bot_bermain&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Berkayak_di_air_putih&action=edit&redlink=1
  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    23/53

    86

    Mandesta

    2. Ottersport (bentuk U)

    Bahagian bawah kayak ini berbentuk U ataupun rata. Ia amat stabil di semua situasi air dan

    sesuai bagi mereka yang baru belajar kayak. Pergerakan kayak ini amat perlahan dan mudah

    tersasar haluannya disebabkan bahagian bawahnya lebih mudah menampan ombak

    berbanding kayak lain. Contoh kayak ini ialah kayak rekreasi dan TK (touring kayak).

    Ottersport

    3. Slalom (bentuk O)

    Keratan rentas di bahagian atas dan bawah kayak ini berbentuk O atau bulat. Ia digunakan

    untuk aktiviti arus deras dan lebih laju berbanding ottersport. Namun kayak ini lebih mudah

    berpusing kerana rockerlebih tinggi berbanding kayak jenis lain. Pengendalian kayak ini

    memerlukan kemahiran imbangan yang sederhana kerana bentuknya memudahkan

    kemahiran gulingan dilakukan. Contoh kayak jenis ini ialah slalom, polo, dan rodeo.

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    24/53

    87

    Slalom

    4.9.2 Kategori Kayak

    1) Kayak jenis Creek Boat

    Kayak jenis ini ialah kayak yang digunakan oleh orang yang baru menceburi bidang kayak dan

    kanu. Ini adalah kerana kayak Creek ini memberikan kestabilan yang tinggi dan mudah untuk

    dikendalikan.

    2) Kayak jenis Polo

    http://2.bp.blogspot.com/_NAfM6TqDIJI/So50BYTsZkI/AAAAAAAAADo/5PaMc6dTB8g/s1600-h/Cyclone01.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_NAfM6TqDIJI/So50BYTsZkI/AAAAAAAAADo/5PaMc6dTB8g/s1600-h/Cyclone01.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_NAfM6TqDIJI/So5yYCtFyOI/AAAAAAAAADY/PurxY_rokNo/s1600-h/nomad_8-05.jpg
  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    25/53

    88

    Kayak jenis ini digunakan di kawasan danau yang tenang dan kolam. Kayak ini hampir sama

    dengan kayak Creek boat tetapi bentuk belakangnya lebih leper ini adalah bagi

    memudahkannya memotong air semasa berpusing. Kayak ini juga dimainkan oleh pemain

    polo berkayak.

    3) Kayak jenis inflatable

    Kayak jenis ini diperbuat daripada gabungan getah dan gentian kaca. Kayak ini mempunyai

    daya apungan yang tinggi. Kayak jenis ini perlu dipam angin sebelum digunakan.

    4) Kayak jenis Squirt

    Kayak jenis ini sesuai digunakan untuk Rodeo di arus deras seperti enders dan catwhell, ini

    adalah kerana kayak ini berbentuk tipis dan ruang di dalamnya hanya boleh memuatkan kaki

    pendayung sahaja. Saiz kayak ini hanya 2.5 meter. Oleh hal yang demikian, kayak ini mampu

    menyelam.

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    26/53

    89

    5) Kayak jenis Sprint

    Kayak jenis ini selalunya digunakan untuk acara perlumbaan. Ini adalah kerana kayak ini

    berbentuk panjang, kecil dan tirus. Ianya sangat laju dan pendayungnya memiliki

    keseimbangan yang sangat baik.

    6) Kayak jenis Slalom

    Kayak slalom digunakan dalam keadaan selok belok. Kayak ini bersaiz pendek di hadapan

    dan panjang serta lebih kembung di bahagian belakang. Panjang kayak ini ialah 6 meter dan

    dibentuk tajam di bahagian hadapan. Oleh hal yang demikian kayak ini memiliki kelajuan dan

    kestabilan yang tinggi.

    7) Kayak jenis Downriver.

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    27/53

    90

    Kayak ini berukuran panjang sekitar 4 meter, direka bentuk dan dibina dengan deck leper,

    depan lancip, memudahkan pendayung untuk masuk celah di pagar slalom

    8) Kayak Sea

    Kayak ini digunakan untuk melakukan aktiviti di laut. Kayak jenis ini berkuasa mengharungi

    lautan. Kayak ini telah dibekalkan dengan kompas untuk navigasi, Selain itu kayak ini

    mempunyai mempunyai ruang bebas air bagi menyimpan barangan semasa melakukan

    aktiviti. Di belakang kayak ini pula terdapat alat kemudi.

    9) Kayak Sit on Top

    Kayak jenis ini lambat bergerak dan juga sukar dikemudi. Selain itu kayak ini sukar untuk

    melakukan kemahiran atau teknik berguling (Eskimo Roll). Kelebihan kayak ini ialah air tidak

    akan bertakung di dalamnya kerana kayak ini telah direka lubang-lubang khas untuk

    menghindarkan takungan.

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    28/53

    91

    4.9.3 Peralatan-peralatan Kayak

    Enjin bot

    Dinghi

    Pendayung

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    29/53

    92

    Kayak

    Wisel

    Jaket keselamatan

    4.9.4 ANATOMI KAYAK

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    30/53

    93

    BIL BAHAGIA

    N

    FUNGSI

    1. Bow andstern

    Bahagian muncung hadapan dan belakang kayak

    yang berbentuk tajam dan bulat.

    Bow adalah muncung bahagian hadapan manakala

    stern ialah muncung bahagian belakang.

    Bahagian ini boleh ditentukan dengan meninjau

    bentuk coaming dan arah tempat duduk sesebuah

    kayak.

    Fungsinya adalah memotong air dan memecah

    ombak selain menjadi panduan arah tuju kayak.

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    31/53

    94

    2. HullDinding, lantai, geladak bahagian bawah kayak.

    Ia mempunyaibentuk yang berbeza beza bergantung

    kepada jenis kegunaan sesebuah kayak.

    3. Deck(Geladak

    Atas)

    Dinding bahagian atas kayak dimana terletaknya

    cockpit.

    Ia berfungsi menutup bahagian atas kayak dan

    melindungi bahagian kaki pendayung serta

    memudahkan kemahiran gulingan.

    Deck hadapan dipanggil foredeck. Manakala deck

    belakang dipanggil aftdeck.

    4. Cockpit Ruangan di tengah kayak di antara foredeck danafdeck.

    Kawasan tempat duduk pendayung

    5. CoamingBahagian tepi yang kecil dan nipis mengelilingi

    kokpit.

    Fungsi menghalang air air daripada memasuki

    kokpit dan tempat duduk untuk mengikat spray

    cover.

    6. KeelTerletak di bahagian geledak bawah kayak

    Fungsi membelah arus dan sebagai kemudi

    bergerak lurus.

    7. Bouyancy

    (bahan

    apungan)

    Teletak di bawah deck bahagian bow dan stern dan

    berfungsi untuk mengapungkan kayak apabila

    terbalik dan menyokong geledak atas dan bawah.

    Jenis-jenis :

    1. Beg udara

    dipam dengan udara dan daya

    apungan yang tinggi namun mudah bocor.

    2. Foam (gabus/ getah lembut)- sejenis buih

    getah, daya apungan yang tinggi dan

    menyokong geledak.

    3. Polisterin daya apungan yang tinggi dan

    menyokong geledak tetapi mudah rapuh dan

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    32/53

    95

    rosak.

    8. Deck eyeLubang atau besi di atas geledak untuk mengikat

    towline di atas geledak.

    9. Back strap

    Berfungsi sebagai penyandar dan melindungi

    belakang pendayung daripada kecederaan.

    10. Knee braceBahagian bawah coaming dan hanya terdapat pada

    kayak arus deras.

    Berfungsi melindungi lutut dan mencengkam kaki

    pendayung.

    Memudahkan kemahiran gulingan dan mengelakkan

    pendayung dari terkeluar daripada kayak apabila

    terbalik.

    11. Towline/

    deckline

    Tali yang diikat dari hujung bow ke sisi kiri dan kanan

    coaming hingga ke hujung stern.

    Berfungsi sebagai tali penyelamat dan mengikat

    alatan.

    12. Gunwale

    line/ painter

    line

    Tepi atas sisi kayak, bercantum geledak atas dan

    bawah (kayak fibreglass).

    Pengimbang air, menentukan kesesuaian beratbadan dengan kayak.

    13. TogglesTali pemegang bow dan stern bagi memudahkan

    kerja mengangkat kayak. Tempat berpaut apabila

    terbalik dan memudahkan proses mengikat kayak di

    tebing.

    14. FootresMemberikan cengkaman pada kaki pendayung dan

    sokongan tenga melalui kombinasi pergerakan

    tangan, bahu dan kaki untuk dayungan terbaik.

    Secara umum terdapat 3 jenis footrest iaitu :

    i. Berbentuk bar yang dipasang pada bahagian sisi

    port dan starboard kayak.

    ii. Bentuk pasangan pedal yang terletak juga disisi port

    dan starboard kayak

    iii. Bentuk bulk head yang memenuhi bongkah rata dan

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    33/53

    96

    memenuhi bahagian bow sesebuah kayak.

    4.9.5 Pendayung

    Dayung kayak mempunyai dua bilah mata yang setiap satunya berlawanan kedudukan.Teknik ini dinamakan feathering dan berfungsi untuk mengurangkan rintangan angin terhadap

    mata dayung yang berada di udara semasa mendayung.

    1. Blade (Bilah mata dayung)

    Kepingan yang berada pada hujung batang dayung. Berfungsi untuk mengaut seberapa

    banyak air bagi menghasilkan pergerakan kayak. Ia mempunyai pelbagai bentuk dan saiz

    bergantung kepada penggunaannya.

    Asymetric blade

    Canadian blade

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    34/53

    97

    Flate blade

    Wing blade

    2. Tip (Pelindung mata dayung)

    Kepingan logam yang berada di hujung mata dayung. Berfungsi untuk melindungi mata

    dayung dari kerosakkan akibat hentakan. Walaubagaimanapun, bukan semua pendayung

    mempunyai tip.

    3. Shaft/Loom/Bar (batang pendayung)

    Bahagian batang pendayung, berbentuk bulat dan lazimnya lurus. Merupakan bahagian

    pemegang pendayung.

    4. Neck (Leher pendayung)

    Bahagian percantuman antara blade dan shaft.

    5. Drip ring (bulatan getah)

    Bahan ini diperbuat daripada plastik atau getah dan terletak berhampiran dengan neck. Fungsi

    utamanya ialah menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan

    pendayung.

    6. Front of blade (muka dayung)

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    35/53

    98

    Bahagian belakang muka dayung. Berbentuk cembung untuk memberikan sokongan yang

    kuat kepada mata dayung.

    4.9.6 Teknik Dayungan Asas

    1. Dayungan ke hadapan (Forward Stroke)

    Aplikasi teknik dayungan ini terbahagi kepada beberapa tahap iaitu;

    Firming

    Badan dibongkokkan sedikit ke hadapan dan mata memandang tepat ke arah sasaran.

    Bahagian torso kanan digerakkan ke hadapan. Jangkaukan tangan kanan ke hadapan

    dan jangkau mata dayung seberapa jauh yang boleh.

    Tangan kiri dibengkokkan separas bahu dan pergelangan tangan kiri seelok-eloknya

    separas bahu.

    Catch

    Peringkat mata dayung dimasukkan ke dalam air. Jangkau seberapa jauh yang

    mungkin dan benamkan seluruh mata dayung.

    Firming / Catch

    Pull /Draw/Power

    Peringkat mata dayung digerakkan dari hadapan ke belakang bagi menghasilkan daya

    pergerakan.

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    36/53

    99

    Gerakkan torso kanan anda ke belakang dan tangan kanan seharusnya menarik mata

    dayung ke belakang.

    Tangan kiri memberikan tekanan dan tambahan tenaga kepada mata dayung yang

    berada di dalam air.

    Tarik pendayung sehingga berada di sisi pinggang .

    Pull / Draw / Power

    Exit

    Peringkat di mana mata dayung dikeluarkan dan diatur untuk membuat dayungan di sisi

    yang bersebelahan. Mata dayung dikeluarkan dari air.

    Pergelangan tangan kanan haruslah memutar batang pendayung ke atas agar mata

    dayung menghadap permukaan air.

    Cengkaman tangan kiri pula dilonggarkan supaya bahagian batang pendayung boleh

    dipusingkan. Apabila mata dayung kiri telah dipusingkan sebanyak 90 menghadap

    permukaan air, kemaskan semula pegangan tangan kiri.

    Masukkan pula mata dayung kiri ke dalam air dan ulangi pergerakan menarik dan

    menolak mata dayung bagi menghasilkan dayungan

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    37/53

    100

    Exit

    2. Dayungan Mengundur (Backword Stroke)

    Teknik ini merupakan teknik dayungan yang berlawanan dengan teknik dayungan ke

    hadapan. Tujuan utamanya ialah untuk mengundurkan kayak tanpa perlu menukarkan tempat

    duduk, arah dayungan dan kedudukan badan.

    Catch

    Push

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    38/53

    101

    Exit

    3. Dayungan sapuan hadapan (Forward sweep stroke)

    Berkesan bagi membelok atau memusingkan kayak yang sedang berhenti atau yang sedang

    bergerak.

    Dayungan ini dimulakan dengan meletakkan blade sejauh yang boleh ke depan tanpa

    membengkokkan badan ke hadapan. Dayung mestilah diletakkan dalam keadaan yang

    rendah dan rata.

    Dayungan ini dilakukan dengan memusingkan dayung sejauh yang boleh ke depan. Tarik

    dayung ke belakang dan dilakukan dalam bentuk separuh bulatan dengan mengekalkan

    tangan kiri di dalam posisi yang lurus.

    Catch

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    39/53

    102

    Pull / sweep

    Exit

    4. Berhenti

    Memberhentikan kayak yang sedang bergerak ke hadapan dengan memasukkan sebahagian

    sahaja mata dayung ke dalam air di sisi kiri dan kanan kayak dan dilakukan dengan

    mengundur yang pantas. Bagi memberhentikan kayak yang sedang mengundur ke belakang

    dengan laju, dayungan ke hadapan yang pantas perlu dilakukan.

    4.9.7 Isyarat-isyarat semasa berkayak

    Tiupan wisel

    1 tiupan pendek = berikan perhatian kepada saya

    2 tiupan pendek = mudik ke hulu atau naik ke atas

    3 tiupan pendek = kecemasan dan memerlukan bantuan

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    40/53

    103

    Isyarat tangan

    1 tangan di udara = minta pertolongan

    2 tangan di udara = berhenti dan beri perhatian kepada saya

    Lengan menuding kanan = bergerak ke kanan

    Lengan menuding kiri = bergerak ke kiri

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    41/53

    104

    Kedua-dua belah tangan menyilang ke atas kepala = saya selamat

    Tangan genggam di atas kepala = berhenti di sini

    Kedua-dua tangan di hadapan = saya berhenti

    4.9.8 Cara Menyelamat (Rescue)

    1. Menyelamatkan diri sendiri

    Ikut kayak terbalik dan relaks, luruskan kaki dan keluar dari kayak. Di dalam air cuba pegang

    mana-mana bahagian kayak.

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    42/53

    105

    Ketika di dalam air, cari bahagian cockpit dan masuk semula ke dalam kayak dan bernafas

    dari dalam kayak.

    Depakan tangan dan ketukkan bahagian bawah kayak ( hull ) . Ini akan memberikan isyarat

    kepada rakan lain bahawa kita berada dalam keadaan selamat .

    Jika kayak tidak dipenuhi dengan air, secara serentak kedua-dua peserta hendaklah

    mengangkat kayak sedikit dari paras air dan menolak tangan dengan pantas. Ini akan

    membetulkan semula kayak.

    Sternmanakan menjaga kestabilan kayak sementara bowmanakan cuba memanjat kayak.

    2. Teknik H1 Rescue

    Sternman kayak A dan B merentangkan pendayung kepada satu sama lain

    Anjakkan kayak C agar tertiarap di atas pendayung yang telah direntangkan

    Buang air dengan menggunakan cara meninggi dan merendahkan hujung kayak.

    Letakkan semula kayak C kepada kedudukan asal setelah habis air dilkeluarkan.

    Teknik H1 rescue

    3. Teknik X rescue

    Cara ini dilakukan jika hanya sebuah kayak sahaja yang datang membantu.

    Kedua-dua mangsa akan berpaut pada kayak penyelamat, seorang di bahagian bow dan

    seorang lagi di bahagian stern

    Bowman penyelamat akan menarik kayak ke atas sementara sternman mengimbangkan

    kayak

    Ketika kayak berada di atas , air akan keluar dari bahagian hadapan kayak

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    43/53

    106

    Setelah semua air keluar, ia dibetulkan semula dengan menterbalikkan kayak di permukaan

    air seperti biasa.

    Teknik X rescue

    4. Teknik H rescue

    Cara ini hanya boleh dilakukan jika terdapat dua atau lebih kayak penyelamat.

    Jika banyak, boleh dibuat rafting untuk tujuan menyelamatkan kayak.

    Jika hanya dua, kedua-dua kayak penyelamat akan berada di sisi kayak yang terbalik seolah-

    olah membuat huruf H.

    Bowman pada kedua-dua kayak penyelamat akan memegang hujung kayak yang terbalik itu

    dan seterusnya membalikkan semula kayak itu sambil mengeluarkan airnya

    Sternman akan membantu dalam mengimbangkan kayak

    Jika ramai , mereka akan membantu membuat rafting di sebelah kanan dan kiri.

    Teknik H rescue

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    44/53

    107

    4.9.9 Langlah-langkah Keselamatan

    Semasa melakukan aktiviti kayak, kita seharusnya menjaga atau mengambil serius tentang

    aspek keselamatan bagi mengelakkan sebarang kecederaan berlaku. Antara langkah-langkah

    yang boleh dilakukan ialah :

    1. Kuasai kemahiran renang

    2. Sentiasa memakai jaket keselamatan

    3. Meneliti keadaan kayak, cuaca dan takat paras air surut4. Jangan membawa orang lebih had

    5. Jangan bertukar tempat sewaktu mendayung

    6. Elakkan berkayak bersendirian

    7. Elakkan perlanggaran kayak

    8. Menyediakan emosi dan mental dalam keadaan baik

    9. Hendaklah menggunakan deria sebaik mungkin untuk membuat sebarang keputusan tentang

    sesuatu perkara semasa mengendalikan kayak dan menyesuaikan dengan keadaan alam

    semulajadi.

    10. Jika kayak terbalik, jangan sesekali tinggalkan kayak tersebut, sebaliknya gunakanlah kayak

    tersebut untuk berpaut.

    4.9.10 Teknik Mengangkat Kayak

    Semasa anda mengangkat kayak, pastikan anda membengkokkan lutut dan menggunakan

    kekuatan kaki untuk membolehkan kayak ke atas. Jangan sesekali menggunakan kekuatan

    pinggang semata-mata kerana ia boleh mendatangkan kecederaan. Terdapat pelbagai cara

    mengangkat kayak yang boleh digunakan:

    Pikul di bahu berseorangan

    Teknik ini sesuai digunakan untuk mengangkat kayak yang ringan dan kayak solo. Bahagian

    tengah cockpit diletakkan di bahu yang dominan bagi mengekalkan keseimbangan kayak.

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    45/53

    108

    Tangan yang dominan memegang hujung cockpit bagi menyelaraskan keselesaan dan

    keseimbangan berat kayak, manakala sebelah tangan memegang pendayung.

    Kelekan di pinggang berpasangan

    Sesuai untuk mengangkat kayak berat ataupun kayak berpasangan. Dua orang diperlukan

    bagi mengaplikasi teknik ini. Pemegang mestilah berada di hujung bow dan stern serta

    berlawanan arah bertujuan untuk mengekalkan keseimbangan kayak sewaktu diangkat.

    Pikul di bahu berpasangan

    Keadaan dan teknik sama seperti kelekan di pinggang. Namun begitu, kedudukan pengangkat

    selari atau sama arah bertujuan untuk membolehkan mereka berkomunikasi dan mengelakkan

    kecederaan berlaku sekiranya kayak jatuh.

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    46/53

    109

    4.10 SNORKELING

    Air di muka bumi ini telah menambat hati manusia sejak berkurun lamanya lagi

    sehinggalah pelbagai alat moden telah dicipta untuk tujuan mendampingi keindahan alam ini

    dengan lebih dekat lagi di mana manusia mampu mengecapinya melalui melihat, bergerak

    dan juga bernafas dengan lebih mudah di dalam air dan menjadikannya sebagai suatudestinasi yang sangat berbeza dan amat menarik untuk diterokai. Sehubungan dengan itu,

    bermulalah era bertambahnya kelompok yang mula obses dengan keindahan ini sehingga

    muncul ramai golongan terlatih yang memperkenalkan Skin Diving dan Scuba Diving pada

    sekitar tahun 1950 di negara barat yang berhampiran dengan laut seperti pulau-pulau namun

    pada peringkat awalnya biarpun hanya segelintir sahaja yang mampu menceburkan diri akibat

    kekurangan alatan dan juga maklumat mengenainya tetapi lama-kelamaan kehendak manusia

    yang tinggi tetap dapat mengatasi kekurangan yang ada bak kata pepatah hendak seribu

    daya, tidak hendak seribu dalih. Melalui aktiviti menyelam di bawah permukaan air ini

    bermakna kita sudah memasuki suatu alam yang sangat berbeza dengan habitat atau rutin

    seharian kita maka lantaran itu timbul kesedaran terhadap kekayaan dan kehebatan Maha

    Pencipta.

    Namun begitu, kepada penyelam yang baru mahu berjinak-jinak untuk menceburkan

    diri di dalam bidang ini hendaklah sentiasa menyahut cabaran aktiviti sebegini diiringi pula

    dengan minat yang tinggi bagi meningkatkan kualiti perlakuan dalam melakukan aktiviti yangboleh dianggap ekstrim dan berisiko ini. Oleh hal yang demikian, perkara pertama yang perlu

    di ketahui adalah mengenai matlamat aktiviti ini serta aspek yang berkaitan dengan

    keselamatan diri tidak kira sebelum menjalankan aktiviti atau selepas aktiviti. Bukan itu sahaja,

    yang paling penting adalah mengamalkan disiplin yang berbentuk pendidikan selain

    menjadikannya sebagai ciri-ciri pembelajaran tentang Pendidikan Luar.

    4.10.1 Matlamat

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    47/53

    110

    Setiap aktiviti yang dirancang haruslah mempunyai matlamat tersendiri supaya kita

    akan mendapat manfaat daripada aktiviti tersebut dan bukannya hanya sekadar mahu

    bersuka ria. Oleh hal yang demikian, matlamat yang telah ditetapkan untuk aktiviti snorkling

    kali ini adalah seperti ingin menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti utama mengisi masa

    senggang terutama ketika menjalankan aktiviti riadah yang sihat. Bukan itu sahaja, diharap

    semua peserta yang terlibat di dalam menjalankan aktiviti snorkeling ini dapat di pupuk

    semangat inkuiri yakni semangat ingin tahu yang tinggi di dalam diri mereka terutama dalam

    mencari pengalaman baru yang lebih bermanfaat dan berfaedah di samping menambah

    pengetahuan tentang kehidupan akuatik yang amat menarik. Tidak dilupakan juga matlamat

    utama bagi aktiviti ini iaitu diharap peserta dapat meningkatkan lagi kesedaran diri terhadap

    kebesaran Pencipta yang telah mencipta alam yang begitu indah ini.

    4.10.2 Objektif

    Setelah peserta mempelajari dan merasai pengalaman menjalani aktiviti snorkeling ini, pelajar

    akan dapat memupuk semangat menghargai segala hidupan laut dan juga alam semula jadi.

    Pelajar juga dapat menghayati dan juga mengagumi keindahan ciptaan Tuhan seperti batu

    karang dan pelbagai jenis hidupan air yang unik serta cantik yang harus dipelihara untuk

    generasi akan datang. Selain itu, pelajar juga dapat memupuk sikap bekerjasamaterutamanya dalam aspek kepimpinan iaitu pemimpin dan pengikut dalam menghasilkan

    kumpulan yang baik. Pelajar juga akan mendapat pengetahuan bagaimana untuk

    menyediakan peralatan yang berkaitan dengan aktiviti snorkeling yang lengkap serta tahu

    mengendalikannya dengan baik dan sistematik sewaktu aktiviti tersebut dikendalikan. Bukan

    itu sahaja, diharap pelajar akan dapat menerangkan lakuan aktiviti snorkeling dengan jelas

    apabila dikehendaki kelak untuk memastikan segala ilmu yang diperoleh dapat dikembangkan

    dan tidak hilang begitu sahaja.

    4.10.3 Peraturanperaturan Aktiviti Snorkeling

    Aktiviti snorkeling bukanlah suatu aktiviti yang mudah dan boleh dilakukan sewenang-

    wenangnya tanpa aturan mahupun arahan. Terdapat peraturan-peraturan yang wajib dipatuhi

    oleh semua peserta yang melibatkan diri dalam acara ini. Para peserta mestilah sentiasa

    mengutamakan keselamatan diri masing-masing sama ada sebelum, semasa atau selepas

    aktiviti snorkeling ini dijalankan.Peserta juga dinasihatkan supaya peserta bergerak mengikut

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    48/53

    111

    kelompok yang akan ditetapkan dan dilarang sama sekali jika peserta menyelam secara

    berseorangan. Sewaktu aktiviti snorkeling berlangsung, peserta adalah dilarang keras untuk

    menyentuh kehidupan dan habitat di dalam air seperti ikan, batu karang, dan sebagainya. Hal

    ini adalah kerana bagi mengelakkan habitat hidupan laut tersebut rosak atau terganggu.

    sebelum memulakan aktiviti snorkeling, peserta mestilah mendengar taklimat daripada ketua

    secara teliti mengenai keselamatan dan peraturan aktiviti ini. Bertanya jika tidak memahami

    tentang sesuatu perkara. Ini kerana hanya kesilapan yang kecil boleh mengundang bahaya

    mahupun maut. Selain itu, setiap peserta juga mestilah melaporkan diri masing-masing

    kepada ketua berkenaan lokasi di mana tempat peserta mahu melakukan snorkeling. Peserta

    disarankan supaya mematuhi etika berpakaian aktiviti snorkling ini seperti memakai baju

    keselamatan dan berpakaian warna terang supaya senang dikesan sekiranya berlaku perkara

    yang tidak diingini.akhir sekali, peserta juga hendaklah mematuhi arahan ketua berkenaan

    dengan kawasan yang dibenarkan melakukan aktiviti snorkeling ini. Hal ini adalah sebagai

    langkah berwaspada bagi mengelak daripada berlakunya kemalangan.

    4.10.4 Faktor-Faktor Penting Semasa Menjalankan Aktiviti Snorkeling

    Terdapat pelbagai fakor penting yang perlu diambil kira semasa ingin menjalankan aktiviti

    snorkeling ini iaitu faktor keselamatan, pamakaian alatan dan kecemasan. Pastikan tempataktiviti yang ingin dijalankan snorkeling adalah sesuai dan selamat dari bahaya seperti

    hidupan berbisa atau tajam. Pastikan kawasan untuk snorkeling disempadankan. Ini untuk

    memastikan setiap peserta tidak terkeluar kawasan yang akan mengundang bahaya kepada

    mereka. Gunakan pelampung yang mudah dilihat bertujuan untuk menandakan kawasan atau

    tempat yang digunakan seperti bola terapung, tong atau tali. Selain itu, gunakan kaedah

    Three Buddy System yang bermaksud melakukan aktiviti snorkeling sekurang-kurangnya

    seramai tiga orang. Ini akan membuatkan peserta terasa selamat dengan bergerak secara

    beramai-ramai. Ia juga penting untuk menjaga keselamatan setiap individu khuatir berlaku

    sebarang kecederaan atau kemalangan. Sekiranya berlaku kehilangan rakan, keluarkan muka

    dari dalam air dan carilah pasangan anda. Jangan bergurau-gurau seperti memasukkan air ke

    dalam mask rakan yang sedang menjalankan aktiviti. Keadaan ini mungkin akan

    menyebabkan rakan anda terganggu pernafasannya atau tercekik dan mungkin akan

    membawa maut. Sentiasa mendengar dan mematuhi arahan jurulatih dan adakan

    pengawasan dari semasa ke semasa khuatir berlaku sebarang kemalangan. Laporkan

    sebarang kejadian atau kecemasan yang berlaku dengan serta merta.

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    49/53

    112

    Faktor kedua ialah mengenai pemakaian alatan. Pertamanya ialah alatan yang dinamakan

    snorkel. Ia dipasang di bahagian kiri topeng menggunakan snorkel keeper. Pasang dan

    suaikan snorkel supaya kemas apabila mouthpiece dilekapkan pada mulut. Memulakan

    pernafasan melalui mulut.

    Kedua ialah topeng. Bersihkan topeng dengan air bersih sebelum digunakan. Pastikan tali

    pengikatnya kemas dan selesa sebelum turun ke dalam air. Pastikan juga tiada kebocoran

    berlaku pada topeng.

    Adjustable strap

    Comfortableskirt

    Low profile

    Nose pocket orfinger pocket

    Designed withsmooth bends

    Self-drainingbarrel

    Flexibletube

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    50/53

    113

    Ketiga ialah fins. Pastikan finsyang akan digunakan padan dengan saiz kaki anda jika anda

    menggunakan fins jenis full-foot. Jika anda menggunakan jenis half-foot, laraskan tali

    pengikatnya supaya kemas dan selesa.

    Keempat ialah jaket keselamatan. Ia akan membantu anda mengapung sekiranya anda tidak

    mahir berenang. Ia juga akan mengurangkan tenaga ketika menjalankan aktiviti snorkeling.

    Kelima ialah pakaian. Pakaian yang akan digunakan kelak mestilah sesuai dan dapat

    mengurangkan risiko kecederaan. Ia juga penting untuk melindungi kulit daripada terbakar

    akibat daripada sinaran matahari yang lama dan berterusan.

    Faktor ketiga ialah faktor kecemasan. Jika berlaku sebarang kecederaan seperti cedera atau

    luka, jangan panik. Keluar dari air dengan cepat dan berhati-hati. Minta bantuan dari rakan

    atau pasangan. Cuba untuk memberikan rawatan kecemasan awal sebelum mendapatkan

    rawatan doktor. Jika mengalami kejang otot kaki, jangan panik dan jangan tanggalkan fins

    anda. Caranya ialah dengan menarik hujung blade sambil luruskan kaki yang mengalami

    kekejangan. Setelah kekejangan reda, berenang ketepi dan naik ke darat. Tanggalkan fins

    dan berehat untuk beberapa waktu.

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    51/53

    114

    4.10.5 Cara Masuk Ke Dalam Air

    Pastikan topeng cermin, fin dan snorkel siap diperiksa sebelum memulakan penyelaman.

    Pastikan juga tahap air sebelum memasukinya. Jangan terlalu cetek kerana boleh

    mengundang kecederaan pada peserta. Jika melakukan aktiviti air secara berpasangan,

    pastikan rakan anda mengetahui yang anda masuk ke dalam air.

    Terdapat tiga cara asas memasuki air iaitu dengan cara berjalan, melompat dengan kedua-

    dua belah kaki rapat dan melangkah besar. Cara melangkah besar tidak sesuai untuk

    dilakukan di tempat tinggi.

    Selain itu, terdapat dua cara gulingan yang boleh dilakukan dari atas bot atau dinghi bagi yang

    bertaraf profesional iaitu guling depan dan guling belakang.

    4.10.6 Teknik-Teknik Masuk Ke Dalam Air

    Terdapat juga teknik-teknik untuk memasuki air. Pertamanya, jika dari tepi pantai, tentukan

    paras air sesuai untuk menggunakan fin dari pantai. Jika tidak, bawa fin ke tempat yang lebih

    selamat kemudian sarungkannya.

    Kedua, pada pantai yang berombak kuat. Caranya ialah berjalan membelakangkan pantai.

    Apabila sampai pada paras air yang sesuai dan selamat untuk menyelam, pusing dan selam

    mengikut aras gelombang.

    Terdapat dua cara untuk menyelam dari permukaan iaitu dengan memasukkan kepala dahulu

    ataupun memasukkan kaki dahulu. Adalah dilarang sama sekali untuk mengikuti aktiviti ini

    sekiranya anda tidak memakai peralatan dengan betul dan sempurna atau peralatan rosak. Ini

    akan membahayakan keselamatan diri anda dan boleh mengundang bahaya malah maut.

    Jangan melakukan aktiviti ini apabila anda terlalu lapar atau kenyang. Kerana aktiviti ini

    memerlukan tenaga yang banyak. Elakkan juga dari menyelam ketika anda mempunyai luka

    yang masih berdarah kerana khuatir luka tersebut akan lebih teruk jika terkena air.

  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    52/53

    115

    TUGASAN TERARAH1. Terangkan dan jelaskan langkah-langkah yang harus diambil

    sekiranya pelajar anda menghadapi masalah tiada keyakinan

    melakukan aktiviti air.

    RUJUKAN

    C. A. Lewis (1975), The Administration of Outdoor Education Programs.Dubuque, IA: Kendall-Hunt

    D. R. Hammerman, W. M. Hammerman, & E. L. Hammerman (1985),Teaching in the Outdoors, Danville, IL: Interstate)

    J. Lull (2001), Sea Kayaking Safety & Rescue: Wilderness Press, Berkeley

    Ph llis Ford 1981 Princi les and Practices of Outdoor / Environmental

    PORTFOLIODokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dandiserahkan kepada pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

    LAMAN WEB

    www.en.wikipedia.org/wiki/outdoorwww.askaboutsports.comwww.divepilot.comwww.kayakonline.comwww.paddling.netwww.amazon.com

    http://www.en.wikipedia.org/wiki/outdoorhttp://www.en.wikipedia.org/wiki/outdoorhttp://www.askaboutsport.com/http://www.askaboutsport.com/http://www.divepilot.com/http://www.divepilot.com/http://www.kayakonline.com/http://www.kayakonline.com/http://www.paddling.net/http://www.paddling.net/http://www.amazon.com/http://www.amazon.com/http://www.amazon.com/http://www.paddling.net/http://www.kayakonline.com/http://www.divepilot.com/http://www.askaboutsport.com/http://www.en.wikipedia.org/wiki/outdoor
  • 5/20/2018 Tajuk 4pl

    53/53

    Ph llis Ford 1981 Princi les and Practices of Outdoor / Environmental

    116