tajuk 3,4olahraga

Upload: ahmad-apis-zakaria

Post on 05-Apr-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 TAJUK 3,4olahraga

    1/13

    TAJUK 3 : TEKNIK MENYEDIAKAN BALAPAN

    Sinopsis

    Tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan dan perbincangan cara-cara

    menyediakan balapan 200m, 300m dan 400m. Modul ini juga dibekalkan dengansoalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

    Hasil Pembelajaran

    Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

    1. menjelaskan perkara-perkara penting sebelum menyediakan sesebuah

    balapan.

    2. menjelaskan langkah-langkah yang perlu diambil semasa menyediakan

    sesebuah balapan.

    3. melaksanakan penyediaan sesebuah balapan dengan ukuran yang tepat.

    Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

    Pendahuluan

    Untuk menjalankan sesuatu kejohanan olahraga sebuah trek atau balapan perlu

    diadakan samada di atas padang rumput mahupun padang tiruan. Dengan adanya

    balapan larian sesuatu acara balapan dapat dijalankan dengan sempurna. Panjang

    balapan biasanya dibina sepanjang 200 meter, 300 meter dan 400 meter, bergantung

    kepada keluasan sesuatu kawasan. Di peringkat antarabangsa, trek mengandungilapan lorong sejauh 400 meter. Tiap-tiap lorong lebar minima 1.22 meter dan

    maksima 1.25 meter . Di peringkat sekolah, panjang trek boleh diubah suai kepada

    200 meter atau 300 meter jika padang sekolah tidak cukup besar untuk trek 400

    meter.

    Sub Tajuk 3.1: Pembinaan Balapan ( 400 Meter, 300 Meter Dan 200 Meter )

    3.1.1 Keperluan Awal

    3.1.1.1 Tentukan keluasan padang untuk menentukan :

    Balapan 400 meter dengan 8 lorong atau 6 lorong Balapan 300 meter dengan 8 lorong atau 6 lorong Balapan 200 meter dengan 8 lorong atau 6 lorong

    1

  • 7/31/2019 TAJUK 3,4olahraga

    2/13

    A

    B

    A m x B m = AB m2 ( luas )

    3.1.1.2 Keluasan sebenar padang dan keupayaan lorong

    Balapan Bil. Lorong Keluasan

    400 meter 8 > 16,804.17 m2

    6 > 15,482.82 m2

    300 meter 8 > 10,248.86 m2

    6 > 9,219.36 m2

    200 meter 8 > 5,448.86 m2

    6 > 4,710.18 m2

    3.1.1.3 Pelan balapan mengikut ukuran yang telah dipilih berdasarkan keupayaan padang.

    Panjang padang = x meter

    Lebar padang = y meter

    Jumlah lorong = 8 / 6 / 4 lorong

    Lebar lorong = 1.21 m 1.23 m

    Lebar/Tebal garisan = 5 sm

    2

  • 7/31/2019 TAJUK 3,4olahraga

    3/13

    3.1. 2 Keperluan Alatan

    Besi penanda ( 15 batang ) Pita ukur ( fibre glass tahan panas ) 100 meter Pita ukur ( steel ) 50 meter Pita ukur ( steel ) 30 meter Kabel / Dawai 3mm ( 60 meter ) Tali ( 7mm 10mm ) 120 meter Paku 20sm ( 20 batang ) Kereta minyak / cat Roller atau berus cat ( 5sm ) Tukul besi

    Nota:

    Penanda perlu menggunakan besi yang panjangnya antara 30sm 50 sm Pita ukur;

    Pita fibre - Ketahanan pada panas yang tidak akan berubah pada suhu padang. Pita ukur plastikatau fibre bermutu rendah akan mudah mengembang pada suhu tinggi dan mengecut pada suhurendah.

    Pita besi - Disyorkan untuk mengelakkan berlakunya pita ukur mengembang. Penggunaan pita

    ukur berbeza panjang adalah untuk memudahkan kerja mengukur di jarak yang bersesuaian.

    3

  • 7/31/2019 TAJUK 3,4olahraga

    4/13

    3.1.3 Panduan Membuat Garisan

    y

    x f1

    f

    p

    Jarak f ke f1 ialah antara 1.21 meter ( minimum ) hingga 1.23 meter( maksimum)

    P ialah kawasan bahagian dalam balapan. Lebar lorong dikira daripada bahagian dalam garisan ( tepi bahagian dalam

    garisan seperti di f ) ke f1.

    Tiap garisan lebarnya ialah 5 sm. Garisan permulaan dan garisan penamat, lebar garisan ialah 5 sm. Garisan memotong ( cut-in ) 5 sm.

    Tiang penamat;

    - Tinggi tiang = 1.50 m

    4

  • 7/31/2019 TAJUK 3,4olahraga

    5/13

    Tebal tiang = 2.00 3.00 sm Lebar tiang = 5 sm

    Bendera Memotong ( Cut-in )

    - Tinggi tiang = 1.50 m

    Bendera = 30 sm x 40 sm

    3.1.4 Zon-zon di balapan;

    Zon Pertukaran Baton

    Zon Menerimabaton Zon Menunggu

    10.00 m 10.00 m 10.00 m

    Garisan memotong ( cut-in )

    Sub Tajuk 3.2 : Balapan 400 Meter

    Untuk membina sesebuah balapan, pengetahuan serta kemahiran perlu ditagih dari kumpulan guru

    terutama guru sukan atau guru Pendidikan Jasmani. Beberapa perkara perlu dipertimbangkansemasa merancang dan seterusnya melaksanakan pembinaan sesebuah balapan larian. Dalam sub

    tajuk ini, anda akan didedahkan cara-cara membina balapan sepanjang 400 meter.

    3.2.1 Membina Balapan 400 M

    Cari keluasan padang ( panjang & lebar padang ) Kenalpasti jenis trek yang boleh dimasukkan mengikut keluasan padang Lebar padang di bahagikan kepada 3 bahagian dan memanjang padang

    dibahagi kepada 5 bahagian.

    5

  • 7/31/2019 TAJUK 3,4olahraga

    6/13

    D

    C

    N

    M

    F

    J

    H G

    K

    E

    P

    E

    A B

    - HJK dan GEF adalah segitiga sama dengan sudut 60o . Anggaran panjang segitiga adalah

    dicadangkan bagi trek 400m =20.0m, 300m =15.0m dan 200m = 10.0m. Segitiga hendaklah dibuat

    ditengah-tengah garisan padang.

    6

  • 7/31/2019 TAJUK 3,4olahraga

    7/13

    - Sekiranya untuk trek400m. Panjang garisan lurus AB/DC= 400m tolak panjang lengkok

    CMEB + DNPA bahagi 2.

    Contoh : sekiranya panjang AK = 29.5m. , KJ =20.0m., JD = 29.5m

    Panjang lengkok AP+ND = 60/360 x 2(3.142) x 29.5 = 30.896 + 30.896 = 61.792

    Panjang lengkok PN = 60/360 x 2(3.142) x 49.5 = 51.843

    Panjang lengkok APND + BEMC = 61.792 + 51.843 = 113.635 + 113.635 =227.27

    Panjang garis lurus AB/DC = 400m 227.27 = 172.73. = 86.365m

    - Bagi garisan dalam yang dipasang bendul panjang KA/JD dan HP/HN ditolak 0.30m dansekiranya tidak berbendul ditolak 0.20m. ( panjang garis segitiga tidak perlu diubah )

    - Sekiranya ditolak0.30m dan lebar lorong 1.22m

    Lorong 1:

    Lengkok AP + ND = 60/360 x 2(3.142) x 29.20 = 30.582 x 2 = 61.164

    Lengkok PN = 60/360 x 2(3.142) x 49.20 = 51.529

    Lengkok APND + BEMC = 61.164 + 51.529 = 112.693 + 112.693 = 225.386

    Lorong 2 + 1.22m

    Lengkok AP + ND = 60/360 x 2(3.142) x 30.42 = 31.86 x 2 = 63.72

    Lengkok PN = 60/360 x 2(3.142) x 50.42 = 52.807

    Lengkok APND + BEMC = 63.72 + 52.807 = 116.527 +116.527 = 233.054

    Lorong 3 + 1.22m

    Lengkok AP + ND = 60/360 x 2(3.142) x 31.64 = 33.138 x 2 = 66.276

    Lengkok PN = 60/360 x 2(3.142) x 51.64 = 54.084

    Lengkok APND + BEMC = 66.276 + 54.084 = 120.36 + 120.36 = 240.72

    7

  • 7/31/2019 TAJUK 3,4olahraga

    8/13

    Lorong 4 + 1.22m

    Lengkok AP + ND = 60/360 x 2(3.142) x 32.86 = 34.415 x 2 = 68.83

    Lengkok PN = 60/360 x 2(3.142) x 52.86 = 55.362

    Lengkok APND + BEMC = 68.83 + 55.362 = 124.192 + 124.192 = 248.384

    Tambahan lorong seterusnya dibuat mengikut kiraan seperti jadual diatas

    Permulaan 400m dan 4x100m

    Stagger lorong 1 = 0

    Jarak lengkok APND + BEMC lorong 2 tolak jarak APND + BEMC lorong 1

    Stagger lorong 2 = 233.054 225.386 = 7.67m

    Jarak lengkok APND + BEMC lorong 3 tolak jarak APND + BEMC lorong 2

    Stagger lorong 3 = 240.72 225.386 = 15.334m

    Stagger lorong 4 dan seterusnya juga dikira sebagaimana jadual di atas.

    Stagger 4x100m

    Garis tengah flaoting

    Pelari pertama = 7.67m ( 1 stagger )

    Pelari kedua = 3.83m

    Pelari ketiga = 3.83m (1/2 stagger )

    8

  • 7/31/2019 TAJUK 3,4olahraga

    9/13

    Pelari keempat = 1.92m

    Zon pertukaran baton = tambah 10m hadapan dan 10m belakang dari tengah Zon menunggu

    tambah 10m di belakang zon pertukaran.

    Contoh:

    Zon menunggu Zon pertukaran baton

    Arah larian

    10m 10m 10m

    Stagger 4 x 400m

    Garis tengah

    Pelari pertama = 11.505m ( 1 stagger )

    Pelari kedua = 3.835m ( stagger )

    Pelari ketiga = 10m dari di belakang garis penamat

    Pelari keempat = 10m dari belakang garis penamat

    Zon pertukaran baton = 20m ( tambah 10m di belakang dan hadapan garis )

    Stagger 4 x 200m

    Garis tengah

    Pelari pertama = 11.505m (1 stagger )

    9

  • 7/31/2019 TAJUK 3,4olahraga

    10/13

    Pelari kedua = 7.67m ( 1 stagger )

    Pelari ketiga = 3.83 ( stagger )

    Pelari keempat = 0m ( pelari pertama 200m )

    Zon pertukaran bato = 20m ( tambah 10m di belakang dan hadapan garis )

    Aktiviti 3.1

    1. Bincang dan senaraikan perkara-perkara yang perlu sebelum anda hendak

    merancang pembinaan sesebuah balapan.

    1. Bincang dalam kumpulan dan rancang pembinaan sebuah balapan sepanjang200 meter. Hasil tugasan perlu dinyatakan bersama grafik dan ditulis denganukuran yang tepat.

    TAJUK 4 : ACARA PADANG LONTARAN / BALINGAN

    Sinopsis

    Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan, perbincangan tentang gaya lontaran dan

    teknik lontaran serta peraturan-peraturan dalam acara lontar peluru. Modul ini juga dibekalkan

    dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

    Hasil Pembelajaran

    Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

    1. menjelaskan fasa-fasa dalam acara lontaran.

    2. menjelaskan teknik dan cara yang tepat semasa lakukan acara lontaran

    3. menjelaskan peraturan am dalam acara lontaran

    10

  • 7/31/2019 TAJUK 3,4olahraga

    11/13

    Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

    Sub Tajuk 4.1 : Gaya Lontaran

    Di sekolah rendah, acara balingan yang diajar hanyalah acara lontar peluru. Acara ini

    menggunakan kekuatan tangan. Secara amnya terdapat tiga gaya lontaran iaitu:

    Lontaran gaya berdiri Gaya melungsur selangkah dan Gaya Parry O Brien

    Sub Tajuk 4.2 : Fasa-Fasa Lontaran

    Acara lontar peluru boleh dibahagikan kepada fasa-fasa perlakuan seperti yang berikut:

    1. Pegangan peluru2. Lakuan sedia (Preparation)3. Lungsuran (Glide)4. Lontaran (Delevery)5. Pulihan (Recovery)

    1. i. Pegangan peluru

    Cara memegang peluru adalah sama bagi ketiga-tiga cara balingan. Peluru boleh dipegang dengan

    dua cara iaitu dengan menggunakan lima jari atau memegang dengan tiga jari. Peluru dipegang

    dengan tiga jari tengah dan disokong oleh ibu jari dan jari kelingking.

    1. ii. Lakuan sedia

    11

  • 7/31/2019 TAJUK 3,4olahraga

    12/13

  • 7/31/2019 TAJUK 3,4olahraga

    13/13

    Aktiviti 4.1

    1. Nyatakan teknik-teknik yang digunakan dalam acara lontar peluru dan nyatakan perbezaan

    bagi setiap teknik tersebut.

    2. Kenalpasti kesalahan-kesalahan yang sering berlaku dalam acara lontar peluru dan nyatakanjenis-jenis aktiviti ansur maju yang boleh meningkatkan prestasi peserta.

    13