t1a3

9
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEF2803SMP PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN MEI 2013 AKTIVITI : 3 JURNAL REFLEKTIV (T1A3) NO. MATRIKULASI : 660301125282001 NO. KAD PENGNEALAN : 660301125282 NO. TELEFON : 0138977871 E-MEL : [email protected] 1

Upload: hana-farhanah

Post on 12-May-2017

225 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: T1A3

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF2803SMP

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

MEI 2013

AKTIVITI : 3 JURNAL REFLEKTIV

(T1A3)

NO. MATRIKULASI : 660301125282001

NO. KAD PENGNEALAN : 660301125282

NO. TELEFON : 0138977871

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN TAWAU ( X06 )

1

Page 2: T1A3

ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka surat

1. JURNAL REFLEKTIV 3-6

2. RUJUKAN 7

2

Page 3: T1A3

JURNAL REFLEKTIV

Alhamdulillah, akhirnya tugasan tentang adat perkahwinan mengikut kaum yang telah

diberikan ini dapat disiapkan jua dengan jayanya. Terlebih dahulu ucapan terima kasih yang

tidak terhingga kepada E-Tutor saya, Encik Ghazali @ Hassan bin Sulaiman yang banyak

membantu menyumbang idea bagaimana menyiapkan tugasan yang diberikan. Panduan dan

bimbingan yang diberikan memang tidak dapat dinafikan banyak membantu dalam

menyiapkan semua tugasan yang telah diberikan.

Sesungguhnya tugasan ini merupakan satu cabaran baru kepada saya. Ini disebabkan saya

perlu menitik beratkan pelbagai aspek sebelum memulakan tugas ini. Perkara utama, saya

perlu mencari rakan yang bukan sebangsa yang mahu berkongsi cerita dan maklumat tentang

adat perkahwinan masyarakat mereka. Ini membuatkan saya begitu teruja untuk mencari

maklumat tentang adat perkahwinan bagi masyarakat cina. Saya memilih kaum Cina kerana

saya tinggal di taman perumahan yang majoritinya terdiri daripada orang Cina dan saya

selalu tertanya-tanya, adakah majlis perkahwinan mereka sama seperti kaum Melayu dan

mengapa mesti ada kain merah di pintu rumah semasa majlis perkahwinan berlansung.

Akhirnya, segala persoalan ini dapat saya temui jawapannya melalui tugasan yang telah saya

laksanakan.

Saya memulakan tugasan ini dengan mencari seberapa banyak maklumat dari internet, saya

dapati agak sukar mencari maklumat tersebut mungkin kerana carian yang saya buat dalam

bahasa Malaysia dan sebahagian maklumat pula dalam tulisan Cina. Oleh itu, saya banyak

meminta bantuan daripada rakan saya yang sudi membantu iaitu Puan Chin Hui San. Tanpa

bantuan beliau mungkin tugasan ini tidak dapat saya siapkan dengan sempurna.

Selain itu banyak kekangan masa yang saya terpaksa lalui untuk menyiapkan tugasan ini,

antaranya kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan Puan Chin dan tugas kerja

hakiki yang perlu disiapkan. Ini disebabkan saya hanya berbincang di sekolah sahaja dengan

beliau ketika kami sama-sama tiada kelas. Setiap kali saya ada masalah, saya akan membuat

temujanji dengan beliau. Dengan siapnya tugasan ini, memberikan saya satu dimensi baru

mengenai adat resam perkahwinan masyarakat Cina. Kajian dokumen yang saya lakukan ini

menjadikan saya seorang yang teliti dan mempunyai sikap menyelidik atas adat-adat

masyarakat sekelililng.

3

Page 4: T1A3

Dalam tugasan yang kedua pula, agak menyeronokkan kerana hanya perlu memasukkan

gambar-gambar majlis perkahwinan serta membuat rumusan tentang majlis yang berlansung.

Melalui gambar-gambar dalam Tugasan 2, saya dapati bahawa masyarakat Cina, begitu

menitik beratkan hubungan kekeluargaan. Ikatan kekeluargaan ini begitu dihargai sehingga

mereka sanggup berkorban wang ringgit bagi memastikan Jamuan Hidangan Teh kepada ahli

keluarga akan menjadi kenangan terindah untuk diingati mempelai hingga ke akhir hayat. Ini

kerana saya melihat mereka akan menghadiahkan emas atau sejumlah wang ringgit yang

bukan sedikit, bagi membantu pasangan baru tersebut memulakan kehidupan baru.

Pemberian emas ini tidak terdapat dalam budaya masyarakat Melayu. Ahli keluarga dalam

masyarakat Melayu biasanya hanya akan memberi hadiah barangan yang boleh digunakan

mempelai sehari-hari malah ada majlis walimah yang mana keluarga yang datang hanya

mendoakan ikatan mempelai agar berkekalan hingga ke akhirat kerana dalam Islam majlis

walimah hanya sebagai menguar-uarkan dan meraikan perkahwinan dan jamuan yang

diadakan adalah sebagai sedekah. Berbeza dengan masyarakat Cina, jamuan yang dibuat

adalah atas semangat gotong-royong yakni saling membantu memberi sumbangan wang

ringgit bagi meraikan jamuan mempelai. Justeru, ibu bapa mempelai pula akan turut

memberi sumbangan wang ringgit bagi membantu pasangan mempelai melunasi bayaran

jamuan yang dibuat di restoran.

Namun, apa yang saya dapati terdapat perubahan adat resam antara yang berlaku masa kini

dan dalam Tugasan 1. Menurut kajian dokumen saya, jamuan sepatutnya berlangsung selama

3 – 7 hari mengikut kemampuan keluarga, tetapi kini oleh kerana kekangan masa, mereka

hanya melaksanakan majlis tersebut 2 hari sahaja, malah ada juga kini yang melansungkan

majlis tersebut hanya dalam sehari dengan menggabungkan sekali jemputan pihak lelaki dan

perempuan dalam satu masa. Mengikut rakan saya, bukan hanya kekangan masa tetapi

dengan menggabungkan jamuan mempelai juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan.

Di samping itu, terdapat juga perbezaan pakaian perkahwinan dahulu dan sekarang. Pada

masa kini, pasangan mempelai lebih selesa menggunakan pakaian barat yang dianggap

moden berbanding memakai pakaian tradisional. Pakaian tradisional ini hanya dipakai ketika

sesi bergambar sahaja. Pada pandangan saya, mereka sepatutnya mengekalkan pakaian

tradisional yang jauh lebih sopan dan boleh diubahsuai warna dan jenis kainnya agar lebih

menarik. Sayang rasanya kalau pakaian tradisional ini sudah malu digunakan lagi oleh

generasi masa kini, kerana mungkin generasi akan datang tidak lagi mengetahui akan pakaian

tradisi ini dan akan hilang ditelan zaman.

4

Page 5: T1A3

Melalui pelaksanaan tugasan ini juga saya telah memperolehi pelbagai maklumat dan

pengalaman tentang adat resam perkahwinan orang Cina. Kepentingan meneruskan

kesinambungan keluarga di dalam masyarakat Cina menyebabkan perkahwinan seorang

lelaki di dalam keluarga adalah amat penting. Secara tradisi, perkahwinan tersebut akan

mengikuti beberapa upacara yang bermula dengan merisik oleh seorang perantara hinggalah

perkahwinan. Namun, pada zaman yang lebih moden ini, hanya pendaftaran menurut undang-

undang saja yang diperlukan dan akan diadakan majlis keraian yang mewah di restoran.

Dalam kajian tugasan ini juga, saya dapati kebudayaan dan adat ahli masyarakat Malaysia

walaupun berbeza, namun mempunyai asas yang sama dalam adat resam perkahwinan ini.

Apa yang penting saya dapati adat resam ini dapat membentuk keperibadian dan jati diri

individu ke arah yang lebih baik. Selain itu, usaha membentuk identiti dan keperibadian

mengikut adat resam ini membolehkan masyarakat negara kita berinteraksi dengan lebih baik

di antara satu sama lain dalam melaksanakan matlamat yang sama iaitu untuk membentuk

masyarakat Malaysia yang berpegang teguh dengan ajaran agama masing-masing dan

mementingkan nilai-nilai murni yang diajar di dalam agama mereka. Pegangan agama dan

interaksi antara kaum ini penting untuk menghindari masyarakat daripada melakukan aktiviti-

aktiviti yang tidak sihat dan menyalahi norma-norma kehidupan.

Tuntasnya, pengetahuan mengenai adat resam ini amat penting dalam diri seseorang individu.

Adat resam perlu disanjung dan dilihat sebagai sesuatu yang berharga dalam kehidupan

bermasyarakat kini. Sudah acap kali kita melihat remaja melupakan adat resamnya kerana

menganggap adat resam tidak mampu untuk hidup seiring dengan perubahan zaman kerana

mereka beranggapan apa yang datang dari barat itulah yang moden dan seiring dengan

zaman. Remaja kini terlalu mengagungkan dan menyanjung apa sahaja yang datang dari

barat. Mendepani situasi ini, sebagai ibu bapa adalah wajar mendidik anak-anak agar

menghormati dan mempertahankan adat resam dan budaya asal mereka asalkan tidak

bertentangan dengan pegangan agama masing-masing. Memang ada adat resam yang sudah

ketinggalan tetapi adat resam masih terus menjadi satu pegangan yang kukuh dalam diri

seseorang itu kerana tanpa adat resam tiadalah manusia. Malah dengan mempertahankan

adat resam dan mengubah suainya mengikut peredaran masa ini mampu mengekang

perbuatan yang melanggar norma-norma masyarakat Malaysia yang masih berpegang teguh

dengan nilai-nilai murni masyarakat seiring dengan pegangan agama pelbagai kaum di

Malaysia.

5

Page 6: T1A3

Lantaran itu, sebagai seorang guru saya akan menekankan kepentingan pengetahuan adat

resam ini dalam diri pelajar-pelajar saya agar mereka tidak berasa malu dan janggal untuk

meneruskan adat resam ini kepada anak-anak mereka kerana “ Tak kenal maka tak cinta”.

Justeru , nilai-nilai murni adat resam ini akan saya terapkan kepada pelajar-pelajar saya di

sekolah. Malahan akan timbul perasaan bangga sekiranya mereka dapat mempertahankan

budaya ini yang mampu mengekang gejala permasalahan sosial yang semakin serius kini.

Janganlah kita biarkan adat resam dan kebudayaan kita hanya dapat ditonton di muzium, bak

pepatah yang berbunyi “biar mati anak,jangan mati adat”. Oleh itu, usaha memupuk dan

memelihara budaya ini tidak seharusnya dipandang enteng. Marilah kita bersama-sama

memeliharanya supaya terus subur meredah perubahan zaman, tidak lekang dek panas, tidak

lapuk dek hujan.

( 1180 patah perkataan )

6

Page 7: T1A3

RUJUKAN

1. http://apaniwoi.blogspot.com/2008/12/aspek-adat-dalam-masyarakat-malaysia.html

2. http://mazlan66.wordpress.com/2008/03/16/kepentingan-budaya-tradisonal-kita/

3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan_Cina

4. http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/

adat-dalam-masyarakat-malaysia-dan-kepentinganya/

http://www.melvister.com/2013/09/koleksi-soalan-percubaan-pmr-2013-seluruh-negeri.html

7