t1a3

7
HBEF2803 NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN SEMESTER SEPTEMBER 2014 TAJUK TUGASAN 1 AKTIVITI 3 JURNAL REFLEKTIF SOALAN TUGASAN Sebagai penamat epa!a T"ga#an $% an!a pe&'" memb"at ati(iti te&a)i& ini men"'i# J"&na' Re*'eti*+ J"&na' Re*'eti* ,JR- me&"paan .atatan '"a)an pe&a#aan% &ea#i% *ii&an% be&!a#a&an #ema#a memb"at ati(iti $ !an 2+ T"'i#an #em"a .atatan an!a !a'am bent" a&angan e#ei% !an b"at #at" &"m" e#e'"&")an+ Be&ian .a!angan/.a!angan ata" tin!aan #"#"'an !i mana pe&'" An!a !ina#i)ati memb"at &e*'e#i !a&i a#pe #e &ang in!i(i!"% #e &ang ib"1b #e &ang ana% #e &ang a)'i ma# a&aat ma m" Ma'a #ia% !an #e &ang g"&" a be&tangg"ng a4ab membent" gene&a#i aan !atang+ Ha!an pen"'i#an J"&na' Re*'eti* epa!a 3/5 m"a #"&at #a)a a+ Name : N! R"#$"%a B&'(& M$% Sam)&* Ma(!&+ '"m,e! : 840-2.13//.4001 NRI : 840-2. 13 //.4 Te#e $'e '"m,e! : 013 3 2.1- E ma&# a%%!e** : $"%a &%567a$ +m Nama T"(!: E' M$ama% A!&9 ,&' A,%"# Ra'& Lea!'&' e'(!e: OUM Me'(a;a, 1

Upload: noor-rulhuda-mohd-samjis

Post on 03-Nov-2015

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

epic

TRANSCRIPT

HBEF2803NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF2803PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUANSEMESTER SEPTEMBER 2014

TAJUK TUGASAN 1 AKTIVITI 3JURNAL REFLEKTIFSOALAN TUGASAN Sebagai penamat kepada Tugasan 1; anda perlu membuat aktiviti terakhir ini iaitu menulis Jurnal Reflektif. Jurnal Reflektif (JR) merupakan catatan luahan perasaan; reaksi; fikiran; persepsi anda berdasarkan semasa membuat aktiviti 1 dan 2. Tuliskan semua catatan anda dalam bentuk karangan esei; dan buat satu rumusan keseluruhan. Berikan cadangan-cadangan atau tindakan susulan di mana perlu. Anda dinasihati membuat refleksi dari aspek seorang individu; seorang ibu/bapa; seorang anak; seorang ahli masyarakat majmuk Malaysia; dan seorang guru yang bertanggungjawab membentuk generasi akan datang. Hadkan penulisan Jurnal Reflektif kepada 3-5 muka surat sahaja. Name : Noor Rulhuda Binti Mohd Samjis Matric number : 840726135564001 NRIC : 840726-13-5564 Telephone number : 013-3992617 E-mail address : [email protected]

Nama Tutor: En. Mohamad Arif bin Abdul RaniLearning Centre: OUM Mentakab

September 2013 Semester

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN32.0 TUJUAN33.0 RUMUSAN53.1 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN53.2 CADANGAN 5-63.3 TINDAKAN SUSULAN64.0 PENGHARGAAN 6

1.0 PENGENALAN Assalamulaikum w.b.t dan terlebih dahulu saya ingin mengangkat kesyukuran yang tidak terhingga kepada Ilahi kerana dapat juga melaksanakan program khidmat masyarakat ini dengan jayanya. Sehingga ke peringkat terakhir ini iaitu jurnal reflektif walaupun banyak tugasan dengan tanggungjawab sebagai seorang guru di sekolah namun tugasan ini tidak di abaikan begitu sahaja malah telah diusahakn dengan penuh semangat dan dedikasi untuk meraih kejayaan dan mementingkan semangat berpasukan bersama rakan seperjuangan yang lain. Sepanjang saya melaksanakan tugasan aktiviti 1 tidak terlalu sukar kerana ia perlu membuat kertas kerja mengenai perancangan khidmat masyarakat. Dengan terdapatnya jaringan sesawang dari pelbagai engin seperti google chrome, internet explorer dan sebagainya ia dapat membantu saya mencari pelbagai maklumat yang dikehendaki dalam aktiviti satu tersebut. Antara maklumat yang perlu dicari adalah mengikut format perancangan yang telah diberi seperti tema, nama projek, tarikh/tempoh pelaksanaan projek, sumber, organisasi, matlamat dan objektif, pelaksanaan projek dan aktiviti.Tidak lupa juga penghargaan yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa dan terutama kepada suami saya yang turut membantu memberi sokongan dan menjaga anak-anak disamping saya melunaskan tugasan ini sehingga siap sebelum tiba tarikh penghantaran tugasan ini. Begitu juga tidak lupa diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang sama-sama berhempas-pulas melaksanakan tugasan ini dan berkongsi pendapat untuk membincangkan mengenai tugasan satu ini dengan bernas. Setelah mendapat segala maklumat dari pelbagai sumber yang diusahakan, akhirnya saya dapat ilham untuk melengkapkan tugasan ini dengan idea-idea yang pelbagai dan mengikut arahan tugasan dengan jaya. Dalam tugasan satu ini, Saya mengambil masa selama seminggu untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik dan jayanya.

2.0TUJUANTujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk perasaan muhibah di antara satu sama lain samada sesama guru atau masyarakat yang turut hadir. Secara keseluruhannya, untuk tugasan dua pula adalah begitu mencabar sedikit untuk dilaksanakan. Ini kerana, saya perlu membuat persediaan sebelum program dan pelaksanaan sebenar program. Sebelum melaksanakan tugasan 2, banyak perkara yang saya belajar tanpa disedari iaitu surat jemputan kepada masyarakat disekitar sekolah termasuklah ibu bapa, pekebun sekolah, guru-guru, staf sekolah, murid-murid dan wakil JKKK. Setelah seminggu menyiapkan kertas kerja perancangan khidmat masyarakat, baharu berbincang dengan komuniti sekolah berkenaan jawatankuasa semasa pelaksanaan program itu nanti dengan bermesyuarat bersama dengan guru-guru sekolah untuk bersama menjayakan program khidmat masyarakat ini. Antara yang paling menyeronokkan ialah kehadiran ibu bapa dan orang kampung yang berhampiran dengan sekolah. Sepanjang saya merakam video khidmat masyarakat, semua warga yang sudi datang bekerjasama dalam membersihkan kawasan sekolah yang dicadangkan dengan penuh dedikasi dan tiada keluhan. Malah mereka saling bermesra dan berkenalan antara satu sama lain. Kini pada bahagian surau baru sekolah telah dibersihkan dan boleh digunakan di bahagian atas untuk solat beramai-ramai tanda kesyukuran surau baru selamat dibina dengan sempurna. Dengan kerjasama semua murid, ibu bapa, ahli JKKK dan guru akhirnya surau baru dapat digunakan dengan hasil usaha mereka. Apabila disoal beberapa soalan kepada orang kampung, mereka memberi respon yang positiif terhadap sekolah seperti tempat anak-anak mereka meneruskan pengajian perlu dihias, dibersihkan sehingga menjadi sekolah yang indah. Saya sangat terharu dengan respon orang kampung di situ sama-sama berganding bahu dan membanting tulang empat kerat membersihkan dan mengindahkan kawasan sekolah. Sebagai seorang murid mereka sanggup dan rajin membantu menjayakan program ini agar dapat sama-sama menggunakannya kelak. Begitu juga sebagai ibu bapa, mesti mahukan anak-anak mereka belajar dalam suasana yang cantik dan indah baru seronok untuk ke sekolah. Manakala bagi seorang masyarakat setempat pula, mereka berasa begitu bangga kerana dapat merapatkan ukhwah persahabatan di antara satu sama lain dan meneruskan program ini dengan jayanya. Bagi seorang guru di mana sekolah sendiri perlu kelihatan bersih dan cantik setiap hari kerana persekitaran yang cantik melambangkan kecemerlangan ummah di komuniti sekolah. Dengan rasa kebertanggungjawapan ini, pihak sekolah akan dapat membentuk satu matlamat yang jitu pada generasi akan datang.

3.0RUMUSANDi dalam pelaksanaan program khidmat masyarakat ini, terdapatnya beberapa kelebihan dan juga kelemahan yang dapat dikongsikan di sini antara kelebihan yang didapati adalah seperti semua murid memberi kerjasama membantu guru-guru di dalam kumpulan yang diberikan. Begitu juga kepada semua guru yang hadir telah sama-sama berusaha untuk mengindahkan lagi kawasan sekolah yang juga dibantu oleh para komuniti sekolah serta penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan sekolah ini. Satu semangat yang membanggakan pihak sekolah kerana semua masyarakat di sini saling tolong-menolong di antara satu sama lain. Sikap yang rajin ditunjukkan di hadapan pihak sekolah ini dapat memeriahkan lagi suasana gotong-royong di semua kawasan sekolah yang dibincangkan. Program khidmat masyarakat ini secara tidak langsung dapat melahirkan generasi yang gemilang dalam menjaga kebersihan sekolah setiap masa hingga generasi yang akan datang kelak. Perkara yang baik ini kita boleh jadikan ia satu pedoman hidup agar semua komuniti sekolah dapat menjalinkan hubungan yang erat sehingga ke akhirnya atau lebih memudahkan perkara berbangkit yang akan dibuat pada masa akan datang. Justeru, di sebalik kelebihan terdapat juga beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki semasa pelaksanaan program ini. Di antara kelemahan yang berlaku adalah seperti kekurangan kakitangan guru di dalam berkecimpung dalam pelaksanaan gotong-royong tersebut. Di dalam perancangan, program ini memerlukan semua kehadiran guru tetapi yang turut hadir semasa program hanyalah segelintir sahaja tetapi walaubagaimanapun program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya kerana kehadiran murid-murid serta penduduk kampung juga komuniti sekolah dapat sama-sama menjayakan program khidmat masyarakat ini dengan baik. Seterusnya, kelengkapan alat gotong-royong tidak mencukupi untuk penduduk kampung mencangkul lalang di bahagian bangunan baru. Langkah yang bijak yang dibuat oleh penduduk kampung adalah meminjam peralatan tersebut kepada orang kampung yang berhampiran di sekolah ini. Setelah itu, semua kakitangan sekolah dapat melaksanakan gotong-royong tersebut dengan lebih berkesan.Untuk itu, bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan yang berlaku agar tidak berlaku lagi pada masa akan datang adalah dengan cara meminta bantuan dari Guru Besar untuk menjemput kehadiran guru-guru dalam pelaksanaan program khidmat masyarakat ini di masa akan datang dan mewajibkan kehadiran semua guru-guru. Dengan cara ini, kemungkinan besar kehadiran semua guru dapat diperbaiki dalam memeriahkan lagi suasana program akan datang. Begitu juga dengan kelengkapan peralatan gotong-royong perlu dimaklumkan awal-awal kepada pihak JKKK agar membawa cangkul, sabit, pongkes, penyapu, pencakar dan sebagainya sendiri dari rumah. Dengan ini, program yang dilaksanakan dapat berjalan dengan sempurna dan lebih sistematik.Segala cadangan yang dibincangkan ini akan saya usulkan untuk menghadapi program-program di masa akan datang dengan lebih berwibawa dan cemerlang dari semua segi. Tanpa tindakan susulan ini, maka pihak sekolah tidak dapat menjalankan sebarang program dengan lebih baik dan cemerlang di masa akan datang. Faktor utama guru-guru ramai tidak hadir berkemungkinan mereka menghadapi masalah keluarga yang tidak dapat dielakkan kerana program ini dilaksanakan semasa hari minggu iaitu Sabtu di mana guru-guru sukar untuk melibatkan diri di hari minggu. Untuk itu, program yang akan datang perlu dirancang hari yang sesuai mengikut persetujuan Guru Besar dan semua guru-guru yang terlibat agar pelaksanaan program dapat berjalan dengan lancar.5.0 PENGHARGAAN

Pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua masyarakat yang terlibat samada secar langsung atau tidak di dalam program gotong-royong yang dilaksanakan ini. Tidak lupa juga kepada tuan Guru Besar En. Mohd Khairuddin bin Yaakob kerana memberi sokongan yang jitu untuk menjayakan projek ini. Daripada pemerhatian saya, semua komuniti sekolah berasa gembira kerana telah menerima cenderamata daripada pihak sekolah atas hasil usaha kerjasama dan berganding bahu di dalam menjayakan program khidmat masyarakat ini dengan lebih berkesan. Semoga segala tindakan susulan dan post-motem yang dibuat ini dapat menceriakan dan memeriahkan lagi suasana dalam setiap program yang dilakuakan pada masa akan datang.Akhir kata, saya mengharapkan agar program khidmat masyarakat ini mendapat sambutan yang jitu pada masa akan datang dan benar-benar mencapai objektif khidmat masyarakat tersebut.

6