t1a3 hbef3603

18
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP PPG JANUARI 2015 HBEF 3603 AMALAN PROFESIONAL (SMP) Aktiviti 3 ( T1A3) : Pelaporan Praktikum Penyelia: En. Ng Kim Choy NAMA PELAJAR : ALICIUS LUCAS NO. MATRIKULASI : 780926125297001 NO. KAD PENGENALAN : 780926125297 NO. TELEFON : 019-8003700 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SANDAKAN

Upload: alicius-lucas

Post on 16-Nov-2015

80 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

OUM

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SMP PPG JANUARI 2015

HBEF 3603AMALAN PROFESIONAL (SMP)

Aktiviti 3 ( T1A3) : Pelaporan PraktikumPenyelia: En. Ng Kim Choy

NAMA PELAJAR:ALICIUS LUCASNO. MATRIKULASI : 780926125297001NO. KAD PENGENALAN: 780926125297NO. TELEFON: 019-8003700E-MEL: [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN: OUM SANDAKAN

HBEF3603 14

11

ISI KANDUNGANPerkara Muka surat

Pendahuluan.2

1.0:Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu.21.1:Guru21.2:Murid.31.3:Isi kandungan.31.4:Persekitaran.32.0: Isu / Fokus kajian 4

3.0:Kumpulan sasaran5

4.0:Pelaksanaan inovasi pengajaran dan pembelajaran6

5.0:Laporan perlaksanaan inovasi pengajaran dan pembelajaran serta 7aktiviti-aktiviti yang terlibat.5.1:Aktiviti-aktiviti yang dijalankan.75.2:Kebaikan dalam inovasi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.85.3:Kekurangan dalam inovasi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.85.4:Laporan kaedah penilaian inovasi pengajaran dan pembelajaran 8yang telah dijalankan.

6.0:Penutup11

Rujukan 12

Pendahuluan.Dalam kajian kes ini, saya menumpukan kepada keberkesanan penggunaan kaedah lattice dalam melakukan operasi mendarab nombor hingga enam digit dengan nombor dua digit untuk murid Tahun 5. Saya telah memilih 14 orang murid Tahun 5 dari Sekolah Kebangsaan Tampasak Tongod Telupid sebagai subjek kajian. Kumpulan responden ini dipilih kerana tajuk pendaraban nombor sehingga enam digit dengan nombor dua digit merupakan salah satu tajuk kecil yang terkandung di dalam kurikulum mata pelajaran Matematik Tahun 5.

1.0Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu.Refleksi merupakan salah satu komponen penting yang perlu dilakukan oleh guru setiap kali selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Refleksi merupakan aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran yang telah dilakukan melalui renungan kendiri dengan tujuan untuk meningkatkan kemahiran seseorang guru. Refleksi kendiri menitik beratkan penerokaan domain efektif, spiritual dan pemikiran seseorang dalam tindakannya mencari kebenaran terhadap ilmu yang dipelajari. Proses refleksi perlu dilakukan sebaik sahaja sesuatu pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Refleksi boleh dilakukan dengan cara guru menggambarkan semula keseluruhan pengajaran yang telah dilakukan. Di samping itu guru perlu memikirkan sama ada pembelajaran telah berlaku atau berjaya dilaksanakan dengan sebaik mungkin ke atas pelajar. Guru juga perlu memastikan dan menilai semula sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran berjaya dicapai atau sebaliknya. Guru juga hendaklah meneliti maklum balas mengenai pengajaran dan pembelajaran dari pelbagai sumber seperti murid, rakan sejawat, guru atau pensyarah pembimbing.

1.1GuruDalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lalu, saya melihat tentang kepentingan untuk saya dan guru-guru Matematik yang lain untuk merenung kembali keberkesanan sesuatu kaedah atau inovasi kerana fokus pengajarannya perlu dihayati dan difahami oleh murid tersebut. Saya melihat bahawa tidak wujud satu kaedah mengajar Matematik yang unggul yang berkesan bagi segala situasi dan proses pengajaran di bilik darjah Matematik. Pada hemat saya, selagi pembelajaran belum berlaku atau tercapai, maka pengajaran belum berlaku. Semasa mengajar, siapakah sasaran kita? Sudah tentu murid-murid. Dan, apakah yang harus mereka peroleh sebagai hasil daripada penyampaian pengajaran kita? Sudah tentu pembelajaran. Oleh itu, cukupkah sekadar menyatakan, saya telah mengajar, tetapi murid tidak belajar?

1.2 MuridDalam kes ini, saya melihat bagaimana murid-murid ini mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran darab terutamanya penguasaan dalam sifir. Semasa mengajar, siapakah sasaran kita? Sudah tentu murid-murid. Dalam pemerhatian saya yang lepas, kebanyakan murid Tahun 5 ini mengalami masalah dalam menguasai kemahiran darab. Apabila saya memberikan soalan secara lisan, hampir 60% tidak berupaya menjawab soalan dengan betul atau pantas. Selain itu, terdapat juga kesalahan yang agak kerap dalam buku latihan mereka. Apabila saya bertanya kepada mereka, mereka menjawab bahawa mereka menghadapi masalah dalam menjawab soalan matematik yang melibatkan operasi pendaraban 6 digit dengan 2 digit.

1.3Isi KandunganSaya melihat bahawa murid-murid yang mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebelum inovasi dilihat lebih ke arah Chalk and Talk. Ini menyebabkan murid-murid dari kalangan kumpulan C atau D tidak memberikan responsif dalam aktiviti tersebut. Lantaran dari itu, dilihat bahawa mereka agak sukar untuk menyusun isi kandungan kerana penguasaan dalam sifir agak lemah dan tidak sama.

Murid-murid mempunyai sifat semula jadi ingin tahu dan meneroka sesuatu perkara mengikut kebolehan dan kecenderungan masing-masing. Saya mendapati penggunaan bahan bantu belajar (BBB) yang sistematik dan berstruktur perlu dikendalikan dengan baik dan betul bagi tujuan penyampaian isi kandungan Matematik tersebut.

1.4 PersekitaranPembelajaran seseorang murid yang berkesan dalam bilik darjah bergantung kepada langkah-langkah positif untuk membentuk suasana positif dalam bilik darjah tersebut. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah saya jalankan, saya dapati bahawa aspek penyediaan persekitaran yang kondusif dapat meranngsang dan menyokong kepada keberkesanan pembelajaran (inovasi) tersebut. Bahan bantu belajar juga dilihat dapat membentuk suasana persekitaran yang positif dalam bilik darjah yang telah saya gunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Hasilnya, saya memperolehi suatu kawalan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang baik dan kondusif. Selain itu, saya juga menggunakan teknik penyampaian secara dekat dengan pelajar bagi membantu kepada penerangan dan penyampaian yang secara langsung.

2.0 Isu / Fokus kajian.Pengetahuan tentang fakta asas darab adalah penting kerana ia bukan hanya sebagai asas kepada ilmu matematik tetapi pengetahuan ini juga memberi struktur mental untuk pembangunan intelek yang berterusan. Ilmu ini juga dapat meningkatkan kemampuan kanak-kanak untuk berurusan dalam masalah seharian. Pemahaman konsep yang kabur akan mengakibatkan murid kerap menghadapi masalah dalam pembelajaran matematik. Guru seharusnya menyedari perkara ini di kalangan murid-muridnya semasa proses pengajaran pembelajaran berlangsung. Bagi menjamin murid mampu menguasai konsep asas ini dengan betul, mereka perlu dibimbing secara teliti dan terancang. Satu daripada halangannya ialah kerana idea pendaraban itu sendiri satu idea yang mempunyai banyak kaedah untuk menguasainya di mana murid terpaksa memilih satu kaedah yang benar-benar mampu memberikan keupayaan kepadanya untuk menguasai sifir darab. Berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman saya sebagai guru matematik, saya dapati bahawa kebanyakan murid yang mempunyai asas yang baik dalam pendaraban dapat menjawab soalan yang melibatkan pendaraban mudah. Sebagai contoh, murid hanya perlu mencongak jawapan bagi soalan pendaraban yang hanya melibatkan 1 digit. Sebagai contoh, 2X2 , 3X3, 4X4,. Walau bagaimanapun, mereka mulai menghadapi kesukaran apabila menyelesaikan soalan pendaraban yang melibatkan 2 digit dan keatas, seperti 23X4, 36X48, dan 43X256. Ini adalah disebabkan oleh proses pengiraan yang semakin rumit dan ada kalanya melibatkan pengumpulan semula. Merujuk semula kepada masalah yang saya sebutkan tadi, saya telah mengambil keputusan untuk memilih Keberkesanan penggunaan Kaedah Lattice dalam melakukan operasi mendarab nombor hingga enam digit dengan nombor dua digit sebagai tajuk kajian. Kaedah Lattice atau dikenali juga sebagai kaedah kekisi merupakan satu kaedah yang diinovasi daripada kaedah seperti Jadual Sifir Pelbagai Guna (JSPG). Kaedah ini sesuai digunakan dalam menyelesaikan soalan matematik yang melibatkan nombor dua digit dan ke atas. Kaedah ini merupakan satu pendekatan alternatif yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran yang dapat membantu murid-murid menyesaikan masalah pendaraban yang melibatkan nilai yang besar dengan lebih mudah. Buku-buku teks matematik sekolah kebangsaan (SK) yang dibekalkan ke sekolah-sekolah kebangsaan seolah-olah seperti tidak mencadangkan penggunaan Kaedah Lattice. Ini berdasarkan kepada dapatan saya yang mana, hanya satu contoh soalan pendaraban yang menggunakan kaedah lattice yang terdapat di dalam buku teks Tahun 6 sedangkan kaedah ini sangat sesuai diajar seawal murid Tahun 3

3.0Kumpulan Sasaran.Kumpulan murid yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 14 orang murid Tahun 5. Murid dalam kelas ini terdiri daripada kumpulan cerdas, sederhana cerdas dan lemah. Namun demikian, secara keseluruhan pencapaian murid ini adalah dalam lingkungan kumpulan sederhana. Kumpulan sasaran ini terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 9 orang murid perempuan. Kesemua murid adalah berketurunan Sungai.

Bil.Nama MuridJantinaPencapaian Pra-ujianPetunjuk

1.Adelina EdwardP7/20Responden A

2.Aliesna MuroiP5/20Responden B

3.Clyrishline Chella JuanP8/20Responden C

4.Jailun JulanL7/20Responden D

5.Jennyvie Erlyn JilieoP10/20Responden E

6.Lesty PetrohL7/20Responden F

7.Normily RickiP8/20Responden G

8.Richie SatiL5/20Responden H

9.Sharlosthien LugasaL9/20Responden I

10.Siarllylen BitP5/20Responden J

12.Suhaimah JasnahP7/20Responden K

13.Viani Villa SukriP10/20Responden L

14.Yuzlee TonehL8/20Responden M

Jadual 1: Senarai nama responden

4.0Perlaksanaan Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran

Tajuk : Keberkesanan penggunaan Kaedah Lattice dalam melakukan operasi mendarab nombor hingga enam digit dengan nombor dua digit.

Kemahiran : Mendarab nombor enam digit dengan nombor dua digit.

Prosedur Perlaksanaan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Pada peringkat permulaan kajian, saya mengedarkan borang maklumat murid yang akan diisi oleh responden. Kemudian borang maklumat yang telah diisi akan dikumpulkan untuk di analisis data setiap murid yang terlibat. Kemudian, saya menyediakan satu set soalan bagi ujian pra yang akan diberikan kepada murid Tahun 5 yang terlibat bagi menentukan kebolehan mereka dalam meyelesaikan masalah pendaraban yang melibatkan nombor sehingga 6 digit dengan 2 digit nombor. Setelah ujian pra selesai dilaksanakan, kesemua kertas ujian pra dikumpul sebagai evidens dan sumber rujukan data (data mentah). Keputusan ujian pra dianalisis item bagi mengukuhkan lagi kebolehpercayaan ujian yang telah dijalankan. Analisis ini diperlukan kerana kaedah kajian kes memerlukan maklumat yang terperinci dan mendalam bagi seseorang penyelidik. Sebagai penyelidik, saya telah mengenal pasti kelemahan pelajar dalam penyelesaian masalah matematik dalam opeasi darab. Murid selalu keliru mendarab nombor dalam bentuk lazim. Murid ini dibimbing sehingga terdapat perubahan yang positif dalam cara mendarab enam digit nombor dengan dua digit nombor dalam bentuk lazim. Responden akan dibimbing menyelesaikan masalah pendaraban dengan menggunakan Kaedah Lattice dalam tempoh 10 jam. Dalam keadaan ini, saya akan melaksanakan beberapa tindakan untuk mengatasi kelemahan responden dalam kemahiran penyelesaian masalah darab 6 digit nombor dengan 2 digit nombor. Kaedah Lattice digunakan sebagai kaedah utama dalam mengatasi kelemahan responden dalam menyelesaikan soalan yang melibatkan pendaraban sehingga 6 digit dengan 2 digit. Sesi pelaksanaan penggunaan kaedah ini akan dilaksanakan selama 10 jam dalam tempoh 1 bulan sebelum ujian pos dijalankan. Pada akhir pelaksanaan kaedah tersebut, borang soal selidik akan diberikan kepada responden untuk mendapatkan maklum balas terhadap penggunaan kaedah ini dalam penguasaan kemahiran menyelesaikan masalah pendaraban. Selepas beberapa latih tubi diberi, murid diberi satu lagi set soalan bagi menguji dan mengenalpasti keberkesanan kaedah dan strategi yang digunakan. Murid menjawab soalan dengan menggunakan Kaedah Lattice bagi menyelesaikan masalah pendaraban yang diberi. Jawapan murid akan disemak dan seterusnya skor ujian pra dan ujian pos dianalisis dan dibandingkan bagi menentukan tahap penguasaan responden dalam mendarab nombor sehingga 6 digit dengan nombor 2 digit. Jika terdapat peningkatan dalam penguasaan, maka ini membuktikan bahawa penggunaan Kaedah Lattice ini adalah releven untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menyelesaikan masalah pendaraban di kalangan murid Tahun 5 di sekolah yang dikaji.

5.0Laporan perlaksanaan inovasi pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti yang terlibat.

5.1Aktiviti-aktiviti yang dijalankana) Set induksi merupakan unsur yang pentinguntuk guru memperkenalkan inovasi yang dibuat menggunakan Kaedah Lattice. Set induksi dirancang untuk menguji dan menilai kefahaman sedia ada murid terhadap pendaraban. b) Setelah itu, murid didedahkan dengan kemahiran mendarab dengan menggunakan Kaedah Lattice di mana mereka perlu memasukkan kesemua nilai/nombor ke dalam petak kekisi yang telah disediakan. Guru membuat beberapa demonstrasi dan tunjuk cara penggunaan kotak lattice/kekisi denga betul kepada muird-muird.c) Kemudian, murid diberi latihan secara kumpulan. Soalan latihan yang diberi akan diisi jawapannya di dalam kotak kecil yang disediakan oleh guru bagi mengurangkan kesilapan pengiraan murid. Setiap kumpulan akan membentangkan jawapan dan kumpulan yang lain akan menyemak jawapan masing-masing. d) Setelah membuat aktiviti kumpulan, murid diberi latihan secara individu bagi memantapkan lagi kemahiran mereka dalam pendaraban. Kemudian, murid akan dipilih secara rawak untuk menjawab latihan tersebut di papan tulis. Perbincangan dijalankan.e) Penutup pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan guru merumuskan penggunaan inovasi dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan pendaraban.

5.2Kebaikan dalam inovasi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.a) Memperkaya dan mempelbagaikan kaedah pengajaran. Guru boleh memperluas kefahaman strategi pengajaran dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran iaitu kaedah alternative semasa mengajar pengiraan. Guru perlu lebih rasional dan tidak dibayangi dengan kaedah konvensional yang selalu digunakan di dalam bilik darjah. Setelah memahami langkah pendaraban dengan menggunakan kaedah ini, pengajaran menjadi lebih mudah dan murid belajar dalam suasana ceria serta menyeronokkan. b) Pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang menghiburkan Melatih murid berfikir secara kreatif dan kritis dan membantu meningkatkan kemahiran pelajar dan seterusnya mengaplikasinya dalam kehidupan seharian.

5.3Kekurangan dalam inovasi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.a) Murid keliru dengan arah pergerakan sifir.b) Penyediaan grid yang banyak.c) Memakan masa yang agak lama dalam penyediaan grid pada awalnya.

5.4 Laporan kaedah penilaian inovasi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan.Berdasarkan kepada refleksi pengajaran, saya dapati terdapat sebilangan kecil murid masih tidak menguasai kemahiran mendarab dengan baik dan betul menggunakan kaedah algoritma standard. Dapatan ini adalah berdasarkan kepada pemerhatian dijalankan melalui aktiviti latihan di dalam kelas dan semasa mereka membentangkan hasil kerja di hadapan kelas. 8 daripada 14 murid tersebut tidak dapat menyiapkan latihan darab dengan baik dan betul berdasarkan kepada aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Keputusan ujian pra dan ujian pasca yang telah dikumpulkan akan dianalisis menggunakan kaedah peratusan. Untuk menjawab persoalan kajian, saya menggunakan dapatan kajian hasil daripada instrument berbentuk ujian pra dan pasca ujian.

Pemerhatian

Bil Item-itemYaTidak

1. Murid berasa yakin menjawab soalan yang telah disediakan oleh guru.4/1410/14

2. Murid berasa soalan agak mudah untuk dijawab.4/1410/14

3. Aktiviti pembelajaran yang seronok.5/149/14

4. Murid aktif menjawab soalan.4/1410/14

5. Murid bermotivasi untuk menjawab soalan (*menyiapkan tugasan).4/1410/14

Jadual 2: Jadual pemerhatian dalam pengajaran dan pembelajaran sebelum penggunaan inovasi.

Pemerhatian

Bil Item-itemYaTidak

1. Murid berasa yakin menjawab soalan yang telah disediakan oleh guru.9/145/14

2. Murid berasa soalan agak mudah untuk dijawab.9/145/14

3. Aktiviti pembelajaran yang seronok.9/145/14

4. Murid aktif menjawab soalan.11/143/14

5. Murid bermotivasi untuk menjawab soalan (menyiapkan tugasan).11/143/14

Jadual 3: Jadual pemerhatian dalam pengajaran dan pembelajaran selepas penggunaan inovasi.

Berikut adalah cara untuk mencatat hasil temu bual berstruktur. Temu bual yang dirakam menggunakan alam perakam audio ditranskripsikan ke dalam nota lapangan berikut:

RespondenTemu bualRefleksi Penyelidik

Responden A1. Nama kamu siapa?2. Adakah kamu faham dengan kaedah lattice/kekisi ini?3. Terangkan bagaimana hendak memulakan penggunaan lattice ini?Murid tekun mendengar soalan temu bual guru.

Responden G1. Nama kamu siapa?2. Adakah kamu faham dengan kaedah lattice/kekisi ini?3. Terangkan bagaimana hendak memulakan penggunaan lattice ini?Murid tidak dapat menjawab soalan 3 iaitu tidak dapat menjelaskan dengan terperinci cara penggunaan kaedah lattice.

Jadual 4: Contoh temu bual berstruktur yang digunakan

Berikut merupakan soal selidik yang digunakan sebelum penggunaan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

BilItem-itemYaTidak

1. Saya suka mata pelajaran matematik.5/149/14

2. Saya menghafal sifir 2 hingga sifir 12.3/1411/14

3. Saya suka mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik yang disediakan oleh guru.5/149/14

4. Saya berjaya menyiapkan soalan-soalan yang telah diberikan.3/147/14

5. Saya menguasai kaedah lattice.0/1414/14

Jadual 5: Sebelum penggunaan inovasiBerikut merupakan soal selidik yang digunakan selepas penggunaan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

BilItem-itemYaTidak

1. Saya suka mata pelajaran matematik.11/143/14

2. Saya menghafal sifir 2 hingga sifir 12.7/147/14

3. Saya suka mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik yang disediakan oleh guru.10/144/14

4. Saya berjaya menyiapkan soalan-soalan yang telah diberikan dengan menggunakan kaedah ini.9/145/14

5. Saya menguasai kaedah lattice.9/145/14

Jadual 6: Selepas penggunaan inovasi

Interpretasi daripada data-data kualitatif yang saya peroleh ini membantu memantapkan kajian yang sedang saya jalankan. Data-data berkenaan saling melengkapi antara satu sama lain.

PenutupBerdasarkan kepada analisis keputusan ujian pra dan ujian pos, saya mendapati bahawa penggunaan kaedah lattice sangat membantu murid dalam menyelesaikan soalan pendaraban melibatkan nombor sehingga 6 digit. Melalui kaedah lattice, kesilapan yang kerap dilakukan oleh murid dapat dikurangkan dengan ketara berbanding penggunaan kaedah bentuk lazim yang diguna pakai sebelum ini.Secara keseluruhannya, saya bersyukur kerana dapat melaksanakan praktikum pendek dengan jayanya. Sepanjang pelaksanaan praktikum ini, saya telah berjaya memperoleh maklumat-maklumat dan bahan penting yang akan digunakan dalam penulisan laporan akhir. Saya juga berterima kasih kepada kesemua guru-guru dan murid-murid yang terlibat dalam menjayakan praktikum pendek ini.

Rujukan.

Akbar Ibrahim, 2004. Penyelidikan kualitatif: Satu pengenalan ringkas. Kuching, Sarawak: PROFES.

Jainuddin Abu Bakar, 2007. Kaedah Petak Sifir (Jurnal Pendidikan). Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.Maswani Binti Ab Rashid & Samsiah Binti Hassan. 2010. Pendaraban nombor 4-digit dengan nombor 2-digit dalam lingkungan hasil 100 000 dengan menggunakan kaedah lattice dalam kalangan murid Tahun 5. Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2010, ms 153-157.

Nur Alina Syuhada Binti Abd Rahim & Aziz Bin Omar. 2010. Meningkatkan kemahiran mendarab dengan nombor dua digit secara mengumpul semula menggunakan kaedah lattice bagi murid Tahun 4. Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2010, ms 88-92.