t1a1

Upload: halusan-maybe

Post on 09-Mar-2016

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contoh laporan aktiviti kokum

TRANSCRIPT

AKTIVITI 1: PENCARIAN MAKLUMAT

LATAR BELAKANG PERSATUAN/KELAB

1.0 PENDAHULUAN

Inisiatif dan usaha menubuhkan kelab atau persatuan yang dipimpin, diangotai dan digerakkan oleh murid-murid adalah selaras dengan harsat menggiatkan lagi pelaksanaan program aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah seluruh negara. Malah Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah ) 1998 seperti yang dimaktubkan dalam Warta Kerajaan P.U (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998 menegaskan bahawa Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis, hendaklah menubuhkan persatuan sekolah dari

ketogeri yang berikut:-

1.1.1 Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997,

1.1.2 Hobi dan rekreasi;

1.1.3 Sukan dan permainan;

1.1.4 Badan beruniform; atau

1.1.5 Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar. Lantaran itu, penulis telah menyediakan satu penulisan latar belakang tentang persatuan di sekolah saya iaitu Sek. Ren. Keb. Sungai Tuhuk, Semporna, Sabah adalah persatuan Sepak Takraw.

2.0 TUJUAN PENUBUHAN PERSATUAN SEPAK TAKRAW SEKOLAHSepak takraw merupakan salah satu sukan yang paling popular di Malaysia dan juga di negara-negara Asia yang lain. Kebanyakkan murid sekolah rendah minat dengan sukan ini, malangnya kekurangan tenaga pengajar sukan ini menyebabkan murid tidak mendapat peluang ini. Menurut Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S), mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Selain itu, dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh sebab itu, murid-murid yang berminat dengan sukan sepak takraw diharap dapat menyertai persatuan Sepak Takraw selaras dengan dasar 1M 1S. DI Samping itu, persatuan ini akan menepati dasar 1M 1S yang menitik beratkan penglibatan semua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan serta merealisasikan hasrat KPM yang menjadikan kegiatan sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan negara.Selain itu, penubuhan persatuan ini adalah untuk membantu guru dan murid-murid merancang dan melaksanakan dengan bermatlamat untuk melahirkan insan yang berwibawa, berketrampilan dan berkeyakinan tinggi sebagai pemimpin di sekolah dan berpotensi mengembangkan bakat dan upaya kepimpinan masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang diceburi pada masa akan datang. Antara tujuan-tujuan utama penubuhan Persatuan Sepak Takraw adalah:

1. Meningkatkan kecergasan jasmani di samping bermain sepak takraw2. Melahirkan murid yang mampu mewakili sekolah seterusnya ke peringkat tertinggi dalam acara sepak takraw.

3. Memupuk minat murid untuk bermain sepak takraw diperingkat awal.4. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni

5. Memupuk perpaduan di antara murid dalam bersukan6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikalSelain itu, Guru-Guru dan murid-murid akan:

7. Murid dan guru dapat mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau persatuan di sekolah.

Objektif Khusus

1. Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan kelab atau persatuan di sekolah dalam konteks kependidikan dan kepimpinan

2. Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan kelab atau persatuan.

3. Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan kelab atau persatuan

4. Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan di sekolah berdasarkan perancangan dan undang-undang.

5. Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan.

6. Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai warganegara berdasarkan Rukunegara, perlembagaan negara dan Wawasan 2020. Rasional PenubuhanBerdasarkan hakikat kejadian insan, setiap murid mempunyai bakat dan potensi untuk memimpin, sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri menjadi apa yang diinginkan. Walau bagaimanapun pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran memimpin, mengurus dan mengoperasikan sesuatu kelab atau persatuan bukanlah warisan semula jadi. Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran ini sebaliknya boleh diperolehi melalui proses-proses pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak formal, pengalaman secara langsung, perkongsian pemikiran, pengalaman dan latihan.

3.0 PERANCANGAN PERSATUAN SEPAK TAKRAWBerikutan penubuhan ini, ahli jawatankuasa (AJK) guru telah merancang aktiviti dan pertandingan yang akan dijalankan sepanjang tahun ini. Segala aktiviti yang akan dilaksanakan bergantung kepada keputusan AJK guru dan keadaan semasa.BULANAKTIVITICATATAN

Januari Mesyuarat pertama untuk oleh pengelola

dan melantik jawatankuasa. Mesyuarat agung bagi melantik ahli jawatankuasa (AJK) dibahagian guru. Melantik guru penasihat.

Merancang bajet kewangan, peraturan dan surat perlembagaan dan surat-menyurat

Merancang penubuhan dan aktiviti, melantik kapten pasukan takraw bagi pasukan

Februari Mencari dan mengumpul ahli tambahan, mesyuarat kedua ahli (murid) dan hebahan aktiviti dan program yang dijalankan

Melantik AJK untuk murid.

Perjumpaan pertama dengan murid dan program suai kenal

Mac Aktiviti 1 Latihan murid dalam persatuan

Mengadakan perlawanan persahabatan antara kelas atau antara sekolah.

Memilih pemain untuk mewakili sekolah ke Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia peringkat daerah.

Dikendalikan oleh AJK guru

April Mengadakan pertandingan Sepak takraw tertutup sekolah. Pemain bebas memilih rakan pasukan. Terbuka kepada darjah 4 darjah 6.

Sasaran penyertaan adalah sebanyak 8 Pasukan.

May Latihan untuk persatuan dan mesyuarat persatuan

Jun Latihan untuk persatuan.dan mesyuarat persatuan

Julai Mengadakan pertandingan sepak takraw kali ke-2Bergantung pada bajet kewangan dan keadaan semasa.

Ogos Cuti pertengahan penggal ke-2, persediaan menyambut hari kemerdekaan. Mesyuarat Agung

Tiada aktiviti.Mersyuarat untuk melantik AJK baru untuk sidang hadapan

September Peperiksaan akhir tahun

Oktober Aktiviti dan latihan untuk persatuan. Mengadakan aktiviti lawatan untuk persatuan

Mengira bajet kewangan.

November Cuti Akhir Tahun

Disember Cuti Akhir Tahun

4.0 KELEBIHAN PENGANJURAN PERTANDINGAN YANG AKAN DILAKSANAKAN.Melalui penubuhan persatuan ini, murid-murid akan lebih terdedah dengan sukan sepak takraw sebelum melangkah ke alam sekolah menegah. Persekitaran adalah penting bagi memupuk minat murid untuk berkecimpung dalam bidang sukan. Oleh itu, melalui pelbagai aktiviti seperti latihan, penerapan cara bermain sepak takraw dengan betul serta pertandingan dan perlawanan persahabatan akan mewujudkan satu budaya sepak takraw dalam kalangan murid, seterusnya melahirkan lebih banyak murid yang mempunyai potensi individu dalam bidang sukan sepak takraw khususnya.

Selain itu, murid-murid juga berpeluang untuk memegang jawatan dalam persatuan untuk memupuk sifat kepimpinan akar umbi. Selain menjalankan tugas sebagai pengawas dan ketua kelas, murid juga memperoleh pengalaman lain melalui penganjurang aktiviti ini sebagaimana yang terkandung dalam objektif khusus persatuan. Pertandingan dan perlawanan persahabatan akan mewujudkan ketahanan mental dan fizikal dan membiasakan murid dengan aktiviti lasak di samping mengurangkan tekanan murid dalam bilik darjah. Sementara latihan-latihan yang diterpakan mampu mendisiplinkan murid serta mempunyai modal insan yang tinggi.

Bagi pihak guru pula, guru-guru yang mempunyai bakat dalam sukan ini akan dapat mencurahkan ilmunya dalam persatuan serta menunjukkan sifat keprihatinan guru terhadap murid dalam persatuan. Hal ini juga membolehkan murid lebih kerap bergaul dengan guru bagi menghilangkan rasa malu bertanya semasa dalam bilik darjah. Penganjuran sepak takraw ini juga akan menjadi platform sukan atau persatuan lain untuk mengadakan lebih banyak pertandingan untuk acara lain.

5.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERSATUAN SEPAK TAKRAW.Dalam bahagian ini, undang-undang dan peraturan akan diperkenalkan sebagai rujukan ahli persatuan dan juga pihak sekolah termasuk guru besar selaku penaung persatuan. Berikut merupakan contoh undang-undang persatuan yang ditubuhkan.PERSATUAN SEPAK TAKRAWSEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SUNGAI TUHUK, SEMPORNA.PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN SEPAK TAKRAWPada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11,

Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini

dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Persatuan Sepak Takraw Sekolah Kebangsaan Sungai Tuhuk yang selepas ini disebut sebagai persatuan sahaja.PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMATa. Nama Persatuan: Persatuan Sepak Takraw Sekolah Kebangsaan Sungai Tuhukb. Alamat: Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Tuhuk, Peti Surat 346,91308 Semporna, Sabah.PERATURAN 2 MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelekPERATURAN 3 OBJEKTIF3.1 Supaya ahli dapat menyertai kegiatan persatuan sepak takraw dengan lebih terpimpin dalam menimba ilmu sukan ini dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.3.2 Ahli-ahli persatuan akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti dan pertandingan bagi melahirkan pemain yang berkualiti.PERATURAN 4 KEAHLIAN

4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.

4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan

4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini. PERATURAN 5 GURU PENASIHAT

5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.6.6 Ahli Jawatankuasa (murid) Persatuan hendaklah terdiri:6.6.1 Pengerusi (Ketua Pasukan)6.6.2 Naib Pengerusi

6.6.3 Setiausaha

6.6.4 Penolong Setiausaha

6.6.5 Bendahari

6.6.6 Penolong Bendahari

6.6.7 Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung pada keperluan)

6.6.8 Pemeriksa Kira-Kira(2 orang)6.7 Ahli Jawatankuasa (guru) Persatuan hendaklah terdiri:

6.7.1 Penasihat (Ketua Jurulatih)

6.7.2 Timbalan Penasihat (guru perempuan)

6.7.3 Setiausaha

6.7.4 Bendahari

6.7.5 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung pada keperluan)PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA (GURU)7.1 Pengerusi7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.7.2 Naib Pengerusi7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.7.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.7.3 Setiausaha7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.

7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.7.3.3 Mencatat kehadiran ahli

7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa..7.4 Bendahari7.4.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan

7.4.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.7.4.3 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.7.4.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.7.4.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.7.5 Ahli Jawatankuasa7.5.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan. 7.5.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

7.5.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.PERATURAN 8 KEWANGAN8.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 1.00 seorang sebulan.8.2 Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.

8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.8.4 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Guru Besar.PERATURAN 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN

9.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.PERATURAN 10 AKTIVITI

10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN

12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:12.2.1 Amaran lisan12.2.2 Amaran bertulis

12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Guru Besar.PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

14.2Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN

15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

6.0 CABARAN DAN HALANGAN DALAM MENGANJURKAN AKTIVITI DAN PROGRAM.Sukan sepak takraw tidaklah sepopular sukan lain seperti bola sepak dan bola jaring yang masing-masing didominasi oleh murid lelaki dan perempuan. Namun, sukan ini boleh dijadikan platform baru bagi memupuk minat murid untuk bermain sepak takraw dan tidak menumpukan kepada bola sepak sahaja. Sehubungan dengan itu, terdapat banyak cabaran dan halangan dalam melaksanankan sesuati aktiviti atau program. Masalah ini disebabkan kekurangan penyertaan, kurang kemudahan, penglibatan guru dan halangan-halangan lain.Dalam pada itu penglibatan dan penyertaan para pentadbir, guru dan pelajar dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah masih perlu dipertingkatkan. Tanggapan bahawa aktiviti kokurikulum adalah tidak sepenting kurikulum masih membelenggu komitmen kebanyakan pentadbir/pengurus, guru-guru, para pelajar dan ibu bapa atau penjaga mereka. Apatah lagi apabila masyarakat terlalu mengutamakan kejayaan akademik dan perkembangan kognitif pelajar. Fonemena ini menyebabkan tiada pengiktirafan yang sewajarnya diberikan kepada penglibatan dan pencapaian dalam bidang kokurikulum.Pada masa yang sama kekurangan infrastruktur seperti gelanggang sepak takraw, kewangan, dan peralatan (bola takraw dan jaring takraw) masih menjadi faktor utama yang menghalang pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Kekurangan ini juga dijadikan alasan untuk membatalkan/menangguhkan aktiviti-aktiviti yang sedia ada sehingga peluang kepada para pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang diminati semakin tertutup. Malangnya, usaha mengoptimumkan penggunaan kemudahan-kemudahan yang ada, atau memanfaatkan sumber-sumber tempatan, tidak banyak dilaksanakan. Peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang ada juga tidak diselenggara dengan baik.Melalui penubuhan persatuan sepak takraw ini, diharap masalah yang membelenggu kebanyakan persatuan dan permainan akan dapat diatasi. Di samping itu persatuan ini diharap dapat memacu permainan sepak takraw diperingkat daerah mahupun diperingkat yang lebih tinggi lagi.

PENUTUP

Kesimpulannya, saya berharap melalui persatuan ini akan dapat mencungkil bakat murid baik dari segi bermain sepak takraw mahupun dalam kepimpinan murid. Usaha ini juga diharap mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk ibu bapa agar menggalakkan murid mereka lagi dengan aktiviti kokurikulum. Melalui persatuan ini juga, pelbagai aktiviti dan pertandingan akan dijalankan bagi melicinkan lagi perjalanan persatuan ini. Dalam hemat penulis, Persatuan Sepak Takraw akan merancang bagi melaksanakan satu pertandingan peringkat sekolah SK. Sg. Tuhuk iaitu Pertandingan Sepak Takraw Antara Rumah Sukan (STARS). Maklumat persediaan sebelum pertandingan akan di bincangkan untuk topik seterusnya.