t1a1

11
HBEF2703 NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEF2703 KO-KURIKULUM JANUARI 2014 TAJUK TUGASAN 1 AKTIVITI 1 PENCARIAN MAKLUMAT Sediakan satu penuisan ata! "eakan# tentan# pe!$ainan t!adisi%na& Anda "%e' $aku$at $eaui pe$"a(aan "uku)"uku* +u!na)+u!na* $akaa')$akaa' "e!(etak pen(a!ian atas taian ,inte!net-& Maku$at .an# dipe!ukan adaa' "e!kaitan pe!ka!a)pe!ka!a "e!ikut/ Tu+uan $as.a!akat "e!$ain pe!$ainan t!adisi%na Jenis)+enis pe!$ainan t!adisi%na .an# te!dapat daa$ $as.a!akat "e!"ian# Maa.sia ee"i'an dan $an1aat pen#an+u!an pe!tandin#an pe!$ainan t!adisi%na& Undan#)undan# atau pe!atu!an daa$ setiap +enis pe!$ainan t!adisi%na& a"a!an)(a"a!an .an# di'adapi untuk $e$p%pua!kan pe!$ainan t!adisi%na da a$an tekn%%#i seka!an#& Dan ain)ain $aku$at "e!sesuaian $en#ikut k!eati4iti anda& Nam ! N""# R$%&$'a B()*( M"&' Sam+(, Ma*#( )$m.# ! /4072 13 4001 NRIC ! /4072 -13- 4 T% &") )$m.# ! 013-3 2 17 E-ma(% a''#,, ! &$'a ('56 a&""8 "m Nama T$*"#! E)8 M"&ama' A#(9 .() A.'$% Ra)( La#)(): C)*#! OUM M)*a;a. 1

Upload: noor-rulhuda-mohd-samjis

Post on 03-Nov-2015

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

titi

TRANSCRIPT

HBEF2703NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF2703KO-KURIKULUMJANUARI 2014

TAJUK TUGASAN 1 AKTIVITI 1PENCARIAN MAKLUMATSediakan satu penulisan latar belakang tentang permainan tradisional. Anda boleh mencari maklumat melalui pembacaan buku-buku, jurnal-jurnal, makalah-makalah bercetak ataupun pencarian atas talian (internet).Maklumat yang diperlukan adalah berkaitan perkara-perkara berikut: Tujuan masyarakat bermain permainan tradisional Jenis-jenis permainan tradisional yang terdapat dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia Kelebihan dan manfaat penganjuran pertandingan permainan tradisional. Undang-undang atau peraturan dalam setiap jenis permainan tradisional. Cabaran-cabaran yang dihadapi untuk mempopularkan permainan tradisional dalam zaman teknologi sekarang. Dan lain-lain maklumat bersesuaian mengikut kreativiti anda.

Name : Noor Rulhuda Binti Mohd Samjis Matric number : 840726135564001 NRIC : 840726-13-5564 Telephone number : 013-3992617 E-mail address : [email protected]

Nama Tutor: En. Mohamad Arif bin Abdul RaniLearning Centre: OUM Mentakab

September 2013 Semester

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0PENGENALAN 3

1.1 Latar belakang mengenai permainan tradisional di Malaysia 3 2.0TUJUAN MASYARAKAT BERMAIN PERMAINAN TRADISIONAL 33.0JENIS-JENIS PERMAINAN TRADISIONAL YANG TERDAPAT 4DALAM MASYARAKAT YANG BERBILANG KAUM DI MALAYSIA

4.0KELEBIHAN DAN MANFAAT PENGANJURAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL 6

5.0UNDANG-UNDANG ATAU PERATURAN SETIAP JENIS PERMAINAN TRADISIONAL 7

6.0CABARAN-CABARAN DIHADAPI UNTUK MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL DALAM ZAMAN TEKNOLOGI SEKARANG 9

7.0KESIMPULAN 118.0RUJUKAN 11

1.0 PENGENALANSepertimana yang kita semua ketahui, aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di setiap sekolah adalah merupakan juga aktiviti kurikulum. Semua pelajar wajib mengikuti semua aktiviti kokurikulum yang dianjurkan di sekolah masing-masing samada di dalam bilik darjah atau di luar n bergantng pada keadaan semasa sesebuah sekolah itu. Justeru, aktiviti ini amat penting terhadap semua pelajar untuk mendapatkan pengalaman baru, pengetahuan dan kemahiran serta dapat mencungkil bakat yang ada di dalam diri pelajar.

1.1 Latar Belakang Mengenai Permainan Tradisional Di MalaysiaPermainan tradisioanal adalah merupakan satu permainan yang telah lama wujud sejak zaman dahulu kala lagi. Permainan tradisional ini dapat diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Secara menyeluruh, asal usul permainan tradisional ini sukar untuk digambarkan dengan kata-kata mahupun bentuk penulisan tetapi yang nyatanya adalah permainan tradisional ini di lakukan secara berterusan dari suatu tempat ke tempat yang lain.Kebiasaannya, permainan tradisional ini berkembang dalam kehidupan sesebuah masyarakat seharian dan mengibaratkan ianya adalah satu ciri kebudayaan setempat. Antara jenis-jenis permainan ini adalah sepak raga, batu seremban, congkak, wau, galah panjang, konda-kondi, tuju tin, gasing, guli dan sebagainya. Oleh itu, permainan tradisional ini amat penting diserapkan kepada kanak-kanak untuk membimbing mereka mengekalkan tradisi kebudayaan masing-masing. Bukan sahaja dikalangan kanak-kanak, bahkan golongan dewasa turut menyertai permainan ini bersama rakan mereka. Jika diamati dalam-dalam, permainan ini adalah satu strategi untuk mendapatkan jalan keluar atau penyelesaian setiap permainan secara tidak langsung dapat merangsang minda kanak-kanak untuk berfikir dengan lebih cepat dan tajam.

2.0 TUJUAN MASYARAKAT BERMAIN PERMAINAN TRADISIONAL

Setiap permainan yang dilaksanakan pasti terdapatnya calon pemenang begitu juga dengna pertandingan di dalam permainan tradisional ini. Antara tujuan masyarakat bermain permainan ini adalah untuk memberi peluang kepada setiap ahli yakni dikalangan pelajar sekolah menunjukkan dan mengeluarkan segala bakat dan kebolehan yang ada di dalam diri masing-masing untuk setiap permainan yang dianjurkan. Justeru, ia juga dapat dijadikan sebagai daya usaha seseorang untuk melaksanakan kegiatan-kegiatan yang sihat tubuh badan mahupun mentaliti bagi seseorang pelajar atau ahli yang menyertai permainan ini. Secara tidak langsung, para pelajar dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti pertandingan permainan tradisional ini. Daripada mereka membuat perkara yang merugikan lebih baik menghabiskan waktu dengan perkara yang berfaedah di dalam kehidupan mereka.Selain itu, permainan ini juga bertujuan untuk menguji kebolehan dan keupayaan para peserta dalam permainan setelah mengikuti latihan dan demonstrasi terhadap sesuatu permainan tersebut. Rentetan dari itu, ia dapat meningkatkan prestasi dan juga pelaksanaan ahli-ahli dalam sesebuah permainan. Seterusnya, tujuan permainan ini juga boleh dikatakan dapat menyemai perasaan muhibah, kerjasama dan perpaduan dari pelajar-pelajar atau sekolah-sekolah yang menyertai permainan ini di mana mereka mempunyai tujuan dan misi yang sama. Dengan adanya permainan ini juga, guru dapat melatih pelajar-pelajarnya supaya mendisiplikan diri serta menghormati peraturan permainan yang dilaksanakan. Tambahan lagi, ia juga dapat memilih dikalangan pelajar-pelajar yang layak dan memenuhi syarat untuk mewakili ke peringkat sekolah dalam pertandingan. Apabila pelajar sudah sampai ke satu tahap yakni peringkat sekolah, ia dapat menguji ketahanan mental dan fizikal pelajar-pelajar kerana mungkin diperingkat sekolah mereka berhadapan dengan orang yang tidak dikenalinya.

3.0 JENIS-JENIS PERMAINAN TRADISIONAL YANG TERDAPAT DALAM MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA

Di Malaysia ini yakni dibanjiri dengan kepadatan penduduk yang berbilang kaum di mana masing-masing mempunyai corak kebudayaan yang tersendiri dan telah diwarisi sejak zaman turun-temurun. Setiap keturunan mempunyai adat yang membentuk kebudayaan mereka tersendiri yang disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik. Rentetan dari itu, banyak aktiviti pertandingan permainan tradisional diadakan di sekolah-sekolah. Pada dasarnya, permainan tradisional ini telah mula wujud dan dimainkan sejak zaman nenek moyang kita lagi. Terdapat beberapa jenis permainan ini sudah tidak dimainkan lagi dikalangan masyarakat sekaran hanya para ibu bapa serta nenek moyang kita sahaja yang mengetahui cara permainan tersebut. Kini, permainan yang sering dipopularkan hingga zaman sekarang ialah permainan congkak, batu seremban, wau, gasing, sepak raga, mahjong, kabaddi dan lain-lain lagi.

Antara jenis-jenis permainan tradisional yang terdapat pada kaum Melayu, adalah seperti Sepak Raga. Permainan sepak raga ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Pada ketika itu juga, kebiasaannya permainan ini dimainkan dikalangan bangsawan begitu juga dengan rakyat biasa ynag turut gemar bermain akan permainan ini. Dahulu nama permainan ini sepak raga, pada zaman sekarang namanya sudah bertukar menjadi sepak takraw. Permainan ini sangat popular sehinggakan bukan sahaja golongan kaum Melayu yang bermain malah telah tersebar meluas permainan ini di seluruh dunia. Permainan sepak raga ini diperbuat daripada bilah-bilah rotan duan atau tiga lapis dan dianyam bentuk bulat seperti buah kelapa. Permainan tradisional yang kedua di dalam kaum melayu juga adalah batu seremban. Permainan ini terdapat pelbagai nama yang sering disebut-sebut oleh masyarakat Melayu kita seperti selambut atau serembat. Kebiasaannya, permainan ini dimainkan oleh kaum hawa iaitu kanak-kanak perempuan pada waktu lapang. Ia juga boleh bermain samada secara pasangan atau kumpulan dan secara individu atau perorangan. Penggunaan alat permainan ini biasanya dipakai dengan menggunakan batu-batu kecil, biji getah, guli kaca atau objek-objek yang lain dan berbentuk bulat. Cara bermainnya ada yang menggunakan batu lima dan ada yang menggunakan batu tujuh. Walaubagaimanapun cara bermainnya tetap sama Cuma yang beza adalah bilangn batu yang dimain. Yang seterusnya, permainan congkak yang mana ia dikenali sebagai permainan tradisional Melayu. Permainan ini sangat popular hingga ke zaman sekarang yang menjadi kegilaan ramai samada golongan kanak-kanak mahupun dewasa. Biasanya, permainan ini menggunakan papan congkak dan buah congkak. Sesetengah individu menggunakan tanah yang dikorek untuk dijadikan lubang seperti papan congkak untuk bermain. Buah congkak pula boleh dimainkan dengan menggunakan batu-batu kecil, biji saga ataupun guli. Papan congkak diperbat daripada kayu merbau, balau, keruing dan sebagainya. Dua lubang yang besar pada papan congkak dipnggil rumah manakala 14 lubang kecil itu dipanggil kampung. Terdapat banyak lagi permainan tradisional Melayu yang lain-lain lagi seperti wau, gasing, galah panjang konda-kondi dan banyak lagi.Seterusnya, antara jenis-jenis permainan tradisional kaum Cina adalah seperti Mahjong, Yo-Yo, Xiang Qi, Go dan lain-lain lagi. Permainan Mahjong berasal dari China pada abad ke 19. Hanya 4 orang sahaja yang bermain yang memerlukan tahap strategi, kemahiran dan pengiraan termasuk satu tahap nasib. Mahjong dikenali satu permainan judi dan komputer di sesetengah tempat contoh di Malaysia.ia dicipta oleh Konfusius dalam 500SM Pemerintah Peoples Republic of China pada tahun 1949. Ada 13 variasi utama aturan Mahjong seperti variasi Asia termasuk Kanton, cina Klasik, Sichuan, Jepang, Taiwan, Singapura, Fujian, Filipina dan vietnam. Justeru itu, permainan tradisional bagi kaum India pula mempunyai gaya permainan dan peraturan mereka sendiri. Antara contoh permainan kaum India ini adalah Kabadi, Kho-kho, Chaturanga dan lain-lain lagi. Permainan Kabadi ini adalah sebuah permainan yang dibentuk dalam permainan kaum India. Ia merupakan permainan yang sangt terkenal di Selatan Asia serta melebar luas hingg ke Tenggara Asia, Jepun dan Iran.kabadi dimainkan oleh tentera british untuk tujuan menghiburkan diri. Dalam permainan satu pasukan dibentuk dan terdiri daripada 7 pemain. Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m. Pemain simpanan pula mempunyai seramai 5 orang.

4.0KELEBIHAN DAN MANFAAT PENGANJURAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

Aktiviti permainan tradisional ini adalah merupakan satu aktiviti yang merangsang minda seseorang untuk berfikir dengan lebih tajam dan bijak. Ia juga merupakan satu aktiviti beriadah untuk merehatkan minda dan mengembalikan ketenangan jiwa sekiranya menghadapi tekanan stress disebabkan kerja yang membebankan diri. Untuk itu, banyak kelebihan dan manfaat penganjuran pertandingan permainan tradisional ini antaranya ialah dapat membina satu komunikasi yang baik di antara pihak pemain dengan pihak lawan dan secara tidak sengaja ia dapat menjalin hubungan erat silaturrahim sesama manusia. Seterusnya, permainan tradisional ini juga mampu menyihatkan fizikal dan mental seseorang serta mepertingkatkan pergerakan psikomotor pelajar mahupun anak-anak yang baru diperkenalkan kepadanya akan permainan ini. Selain itu, ia juga adala satu pengerak proses sosiologi di mana menjadikan seseorang individu itu mengenal lantas menerapkan nilai-nilai murni,kebudayaan, sahsiah dan sikap sesebuah kaum dan etnik dalam diri. Ini secara tidak langsung tersiratnya nilai-nilai murni yang boleh dipelajari seperti semangat kerjasama dan kesabaran.Permainan tradisional ini dapat meningkatkan kecerdasan minda kanak-kanak di dalam merangka strategik untuk sesuatu permainan. Rentetan dari itu, permainan tradisional ini boleh mengisi masa lapang kepada pemain atau penggemar permainan tradisional ini. Selain itu, ia juga dapat merangsang minda yang kreatif dan kritis bagi setiap jenis permainan tradisioanal yang dimainkan. Minda yang kreatif dapat membantu seseorang itu berfikiran wajar dan bijaksana di dalam segala bentuk situasi yang dihadapinya. Permainan tradisional juga boleh menjadi salah satu bahan pertandingan hingga ke peringkat antarabangsa. Perkara ini bukan sahaja membantu peserta-peserta menambah kenalan, malah memperkenalkan budaya Malaysia ke mata dunia.

5.0 UNDANG-UNDANG ATAU PERATURAN SETIAP JENIS PERMAINAN TRADISIONAL

Setiap permainan tradisional terdapat undang-undang atau peraturan ketika bermain. Masyarakat di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan India masing-msing mempunyai undang-undang di dalam permainan tradisional yang tersendiri. Oleh itu, sebelum memulakan permainan atau pertandingan, setiap individu hendaklah mengetahui asas permainan serta peraturannya sekali baru lah permainan tersebut menjadi realiti dan menakjubkan para pemain. Sebagai contoh peraturan permainan sepak raga ialah seperti untuk memulakan permainan, seorang pemain akan melambung bola tersebut dengan tangan kepada kawannya, kemudian kawannya menimang bola itu dengan kaki sebanyak sekali atau beberapa kali, dan terus menendang bola itu ke arah pemain lain. Semasa bermain, setiap pemain akan menyambut bola tersebut dan mengelakkannya jatuh ke bumi secara bergilir-gilir. Sekiranya bola tersebut jatuh, maka pusingan tersebut di anggap tamat. Peraturan atau undang-undang di dalam permainan batu seremban pula adalah seperti berikut, pada masa mengambil buah-buah itu, pemain tidak boleh menyentu mana-mana buah yang berhampiran. Seterusnya, pemain hendaklah menyambut buah yang dilambung sebelum buah yang dilambung jatuh kelantai. Kemudian, tiap kali satu-satu peringkat, semua buah dikumpulkan dan disertakan untuk peringkat yang lain. Selepas itu, pemain lain akan mengambil giliran mereka bermain apabila sesuatu kesilapan yang telah dilakukan. Dalam pusingan lepas itu, seorang pemain menyambung pemain-pemainnya diperingkat ia telah melakukan kesalahan.Justeri itu, di dalam permainan congkak pula, setiap pemain perlu lah memahami peraturan atau undang-undangnya terlebih dahulu agar sesuatu pertandingan itu berjalan lancar. Antara peraturan permainan congkak ini adalah dimana perlu dua orang yang bermain dan dimulakan secara serentak kemudian mereka memasukkan batusatu dem satu ke dalam lubang kampung dari pergerakan kanan ke kiri hingga ke rumah dan masuk ke kampung lawan tetapi bukan dirumah lawan. Pemain meneruskan gerakan tersebut hingga guli yang terakhir dapa tangan dan lubang di dapati kosong maka, pemain hendak lah berhenti seketika kerana kalah. Pemain juga boleh menggunakan strategik menembak sekiranya mati dikampung sendiri dan lubang etentang dengannya boleh mengambil semua guli yang ada disalamnya. Setelah itu, pihak lawan pula meneruskan permainan itu sehingga lah dapat pemenang. Sekiranya guli terakhir jatuh di dalam kampung sendiri, maka pemain boleh meneruskan lagi pusingannya sebaliknya, jika guli terakhir jatuh dalam kampung lawan pemain tidak boleh meneruskan permainan dan pihal lawan akan mulakan permainan pula. Lihat siapa yang kalah dulu di mana guli terakhir jatuh ke dalam lubang yang kosong. Pemain yang kalah perlu berhenti sekejap sementara menanti kawannya kalah barulah dia mula permainan itu pula. Jika buah jatuh di dalam lubang rumah pemain boleh memulakan lagi permainannya sehingga kalah. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika terdapat kampung yang tidak cukup buah maka ia dipanggil terbakar dan pemain tidak boleh menggunakan kampung yang terbakar itu untuk pusingan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah. Ketiga-tiga contoh di atas adalah merupakan permainan yang sangat popular di kalangan permainan tradisional yang lain seperti konda-kondi, wau, galah panjang, tuju tin, guli dan lain-lain lagi. Manakala peraturan bermain Mahjong dari kalangan Cina ialah Cara bermain mahjong iaiu dikhaskan hanya 4 orang pemain, satu di setiap sisi meka kartu. Semua ubin mahjong dirombak dengan permukaan menghadap bawah. Pemain mesti memilih sebanyak 36 ubin lalu meletakkan di dalam barisan lurus ubin panjang 18 ubin tinggi. Semua ubin dibangunkan ditengah dalam 4 baris dan berbentuk kotak dengan hujung menyentuh sudut-sudut kotak. Pemain terakhir yang menang mestilah ditunggu. Jika bermula pemainan baru, baling dadu dan mula dengan dinding yang dibangun mengira setiap dinding mengikut arah jam berakhir dengan nombor pada dadu. Pemain akhir pada dinding memutar dadu lagi untuk menambahkan roll gulungan sebelumnya dan mula dari tangan kanan tepi dinding mengira ubin mengikut arah dari jam untuk jumlah jdua roti. Tempatkan dua ubin di atas dan 14 dan meletakkannya ke samping Koleksi ini disebut Kong Box.Manakala peraturan permainan tradisioanal kaum India pula ialah mas permainan selama 20 minit yang mana satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pihak lawan dan bertujuan untuk menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelumpatah balik kepada pasukannya. Pemain yang disentuh akan meninggalkan padang. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk satu rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang dari pemain akan meninggalkan padang. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu aka meninggalkan padang. Setiap pemain yang terkeluar, pihak lain akan mendapat mata. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul mata tertinggi akan menang. Permainan ini berdasarkan kesesuaian umur dan berat. Manakala ia terdiri daripada satu pengadil, dua pembantu pengadil, satu penjaring dan pembantu penjaring. Permaina gasing pula, di mana ia dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannyaberpusing. Manakala gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini juga boleh dilagakan. Manakala, untuk memusingkan gasing tersebut, tali setebal 1.75cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Akhir, gasing ini dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambulnya direnggut.

6.0CABARAN-CABARAN DIHADAPI UNTUK MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL DALAM ZAMAN TEKNOLOGI SEKARANG

Pada masa sekarang yakni zaman teknologi maklumat yang semakin canggih di mana kebanyakan kanak-kanak leka dan lalai juga gemar akan gadjet sahaja. Ini akan menghilangkan sedikit sebanyak cara permainan tradisional di dalam diri mereka. Apa yang ditakuti sekarang ialah kita jarang sekali nampak kanak-kanak bermain permainan tradisional lagi. Untuk itu, kita harus mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghidupkan semula permainan tradisional ini lantas terus mempopularkannya di persada dunia.Cabaran yang pertama yang dihadapi untuk mempopularkan permainan tradisional di zaman teknologi sekarang ialah dengan cara penerapan dan pengawasan daripada ibu bapa terhadap anak-anak mereka di rumah. Ibu bapa seharusnya mendedahkan dan menyebarkan cerita atau cara bermain di dalam semua jenis permainan tradisional ini. Bagi ibu bapa yang sibuk bekerja, perlu membuat tindakan sewajarnya agar jiwa anak-anak terisi walaupun sedikit mengenai permainan tradisional di rumah mahupun diluar bersama kawan-kawan mereka. Selain bermain di rumah, permainan tradisional ini juga boleh dijadikan sebagai hadiah hari jadi anak-anak supaya mereka lebih bertambah minat untuk bermain. Dengan cara ini dapat membantu ke arah menjayakan permainan ini lantas menghidupkan ia di seluruh dunia hingga ke generasi akan datang.Cabaran yang kedua adalah memperkenalkan permainan tradisional di dalam aktiviti kokurikulum peringkat sekolah dengan usahasama dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Begitu juga dengan pertubuhan kelab permainan tradisional disekolah juga merupakan satu aktiviti yang dapat membantu mempopularkan permainan tradisional ini. Justeru, pihak sekolah menganjurkan satu pertandingan permainan tradisional di peringkat sekolah untuk menyemarakkan lagi semangat murid untuk menjadi mahir dan pakar di dalam semua jenis permaina tradisional ini. Apabila pertandingan diadakan di peringkat sekolah, maka dengan secara tidak langsung pelajar dapat mengetahui berkenaan dengan cara bermain, peraturannya serta syarat-syarat yang diperuntukan bagi setiap jenis permainan tradisional. Dengan ini, sudah pasti negara kita akan popular dengan keunikan permainan tradisional berbanding permainan yang lain.Walaupun peredaran zaman berlaku di mata dunia hari ini, namun usaha kita seharusnya meneruskan dan membangunkan lagi permainan tradisional ini bersama-sama dan jangan membiarkan khazanah budaya bangsa kita hilang dan pupus begitu sahaja. Cabaran seterusnya adalah menukarkan budaya ini dengan negara luar. Ini di mana inisiatif yang boleh membantu mempopularkan permainan tradisional di negara kita dengan kehadiran pelajar diluar negara akan berpeluang untuk bermain pelbagai jenis permainan ini. Tidak berhenti setakat itu sahaja, usaha pelajar luar negara tersebut boleh mengajar semula kawan-kawan mereka apabila pulang kelak mengenai cara bermain permainan tradisional ini. Maka dengan ini secara tidak langsung dapat popular di negara luar dan mengharumkan nama negara kita di persada antarabangsa. Bagi pelancong asing yang datang ke negara ini juga dapat di dedahkan dengan permainan ini iaitu menerusi pesta main dan menang. Ini di mana pesta tersebut menawarkan kepada pelancong asing khususnya mengenai cara bermain dan pesta main dan menang. Dengan ini, secara tidak langsung mereka akan meminati permainan tradisional ini dan akan datang kembali di sini untuk bermain lagi. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berbangga dengan adanya pelbagai jenis permainan tradisional ini yang dapat mempopularkan nama negara kita sekali gus dengan negara luar.

7.0KESIMPULAN

Masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia ini seharusnya menitikberatkan mengenai semua jenis permainan tradisional setiap kaum dan etnik sepanjang hidup. Dengan ini, ia dapat terus mempopularkan permainan tradisional walaupun dengan peredaran zaman yang semakin maju dan canggih ini. Menerusi komputer juga, permainan tradisional boleh dimainkan untuk terus hidup di persada dunia sehingga ke antarabangsa. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengorak langkah dan seiring menghidupkan permainan tradisional ini agar asal usul kelahiran dan kewujudan permainan tradisioanal ini tidak lenyap sampai di sini sahaja, malah ia dapat diteruskan sehingga ke generasi yang akan datang.

8.0RUJUKAN:

1.) http://karanganbahasamelayuspm.blogspot.com/2013/01/usaha-usaha-mempopularkan-permainan.html2.) http://permainantradisionalmalaysia.blogspot.com/3.) www.epic.oum.edu.my

11