t1a1

Upload: ezzani82

Post on 02-Nov-2015

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

T1A1

TRANSCRIPT

RANCANGAN TAHUNAN

GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH SJKC POI LAM,IPOH

1.0LATAR BELAKANG

1.1 Murid merupakan modal insan yang sangat berharga dalam menentukan arah pembangunan negara pada masa akan datang. Dalam konteks pendidikan kebangsaan, kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah membina disiplin murid dan meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian, masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi muda yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan murid yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

1.2Menyedari keperluan ini, Persatuan Bahasa Melayu di semua sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan mestilah bergerak aktif demi memenuhi kepelbagaian cita rasa, minat dan bakat murid berdasarkan objektif yang diutarakan.

2.0 RASIONAL

Menyedari hakikat bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting dan diberi penekanan pada masa ini, Persatuan Bahasa Melayu di sekolah wajarlah digerakkan dengan lebih aktif bagi memenuhi tuntutan tersebut. Selain meningkatkan kemahiran komunikasi murid, pelbagai aktiviti yang dilaksanakan dapat menyuburkan minat dan mencambahkan bakat mereka dalam berbagai-bagai bidang seperti puisi, penulisan, lakonan dan seumpamanya. Selain itu, masa terluang murid sebagai modal insan dapat diisi dengan kegiatan yang bermanfaat dan masalah salah laku dalam kalangan remaja seperti budaya hedonisme, buli, peras ugut, lumba haram, ponteng sekolah dan sebagainya dapat diatasi. Oleh hal yang demikian, aktiviti Persatuan Bahasa Melayu diharap menjadi pemangkin dalam mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah murid yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di samping itu, usaha untuk membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan bahasa kebangsaan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dapat direalisasikan.

3.0 MATLAMAT

Melahirkan insan yang berketrampilan daripada pelbagai aspek, berdisiplin, memiliki sahsiah yang terpuji dan mampu berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu yang gramatis sejajar dengan aspirasi negara.

4.0 OBJEKTIF

4.1Menyuburkan perasaan cinta terhadap Bahasa Melayu

4.2Menggunakannya bahasa Melayu secara gramatis.

4.3Menyemai perasaan cinta terhadap sekolah, negeri dan negara supaya wujud warganegara yang berkualitidan memiliki jati diri yang tinggi.

4.4Mewujudkan satu Persatuan Bahasa Melayu di sekolah yang bergiat aktif untuk melatih murid yang berkebolehan, berkeyakinan tinggi, berketerampilan dan dapat berkomunikasi dengan baik.

4.5Meningkatkan minat, mengembangkan bakat dan kemahiran murid dalam aktiviti yang dirancang.

4.6Memaksimumkan penglibatan, kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa serta membantu murid berinteraksi dengan masyarakat.

4.7Membina sikap yang positif dan bertanggungjawab terhadap pemeliharaan bahasa dan budaya Melayu.

4.8Menggalakkan murid menyumbang idea, kemahiran, tenaga dan kreativiti serta menyertai pertandingan-pertandingan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

4.9Melahirkan generasi yang berkualiti dan sentiasa prihatin terhadap isu-isu bahasa di samping menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid.

4.10Menanam dan memupuk sahsiah yang terpuji, sifat kepimpinan yang unggul dan

peka akan nilai-nilai kemasyarakatan dalam kalangan murid.5.0Cabaran atau halangan dalam menjalankan aktiviti ko-kurikulum5.1 Faktor struktur ialah faktor-faktor seperti kekurangan kemudahan,

peralatan, masa, wang dan maklumat. 5.2 Faktor interpersonal ialah faktor-faktor yang melibatkan interaksi atau

hubungan antara individu seperti kesulitan mencari pasangan yang sesuai

untuk bermain dalam sukan badminton. 5.3 Faktor intrapersonal ialah faktor melibatkan keadaan psikologi individu

yang bertindak menghalang penglibatan aktiviti bersukan. Ini

termasuklah tekanan, kebimbangan, budaya, sikap, keagamaan, serta kemampuan dan kemahiran diri yang dimiliki.PERLEMBAGAAN PERSATUAN BAHASA MALAYSIA

SJK (C) POI LAM

1 Nama

i. Persatuan ini diberi nama PERSATUAN BAHASA MALAYSIA SJKC POI

LAM,Ipoh,Perak.

ii.Nama ringkasnya dipanggil PBM Poi Lam.

2. Tempat i. Setiap kali perjumpaan ini diadakan di kelas 4A dan 4B. ii. Sekiranya ada perubahan tempat,setiausaha bertanggungjawab memberitahu

kepada ahli sebelum perjumpaan diadakan.

3. Corak i. Persatuan Bahasa Malaysia ini adalah sebuah persatuan di sekolah ini yang

berfungsi memberi bimbingan dan galakan dalam hal perkembangan bahasa dan

budaya Melayu yang dapat memberi manfaat kepada ahli-ahli dan para pelajar di

sekolah ini.

ii. Persatuan Bahasa Malaysia ini tidak akan menyentuh hal-hal pengurusan

sekolah. Sebaliknya persatuan ini akan memberikan kerjasama dalam

menjayakan program sekolah sekolah.

iii. Ahli persatuan ini tidak akan menimbulkan sebarang masalah dan akan sentiasa

mematuhi peraturan sekolah.

iv. Ahli Persatuan Bahasa Malaysia adalah tertaluk di bawah undang-undang dan

persatuan sekolah dalam menjalankan sebarang aktiviti.

4. Tujuan i. Berusaha memperkukuh dan mempertinggkatkan mutu Bahasa Malaysia ahli-

ahli dan para pelajar sekolah ini,terutamanya dari segi pertuturan dan penulisan.

5. Penasihat i. Beberapa orang guru dilantik oleh Guru Besar sebagai Guru Penasihat.Seorang

daripadanya sebagai ketua manakala yang lainnya membantu beliau

. ii. Guru Penasihat berperanan mengendalikan perjalanan persatuan.

6. Keahlian i. Ahli persatuan ini terdiri daripada pelajar sekolah ini.Jumlah keahlian adalah

ditetapkan oleh pihak sekolah.Ahli adalah tertakluk kepada perlembagaan

persatuan.

7. Ahli Jawatankuasai. Persatuan Bahasa Malaysia Ini akan dijalankan oleh sebuah jawatankuasa

yang terdiri daripada pelajar sekolah ini yang terdiri pelajar sekolah ini yang

menjadi ahli persatuan ini.

ii Permilihan jawatankuasa adalah melalui pengundian terbuka. iii Jawatankuasa tersebut terdiri daripada :

a) seorang Pengerusi

b) seorang Naib Pengerusi

c) seorang Setiausaha

d) seorang Bendahari

e) seorang Ahli Jawatankuasa

8. Mesyuarat Jawatankuasai.Mesyuarat ini hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua kali setiap

semester.

ii. Korum mesyuarat ini aialah 2/3 jumlah ahli.RANCANGAN TAHUNANPERSATUAN BAHASA MALAYSIASJK ( C ) POI LAM TAHUN 2013TarikhAktiviti Program Tindakan

Januari - Perjumpaan dan pemilihan ahli jawatankuasa sesi 2013- Aktiviti suai kenal

Guru penasihat dan ahli persatuan

Februari - Membuat buku skrap dari keratan akbar

- Latihan bercerita dan syarahan

Mac

-Mengumpul simpulan bahasa dan maknanya

-Latihan membina ayat berdasarkan simpulan bahasa

April

-Mengumpul seberapa banyak kosa kata berdasarkan bahan bacaan

Mei

-Latihan bacaan dengan sebutan dan intonasi yang betul.

-Latihan mendeklamasikan sajak sempena Hari Guru

Jun

-Projek sudut bahasa

-Permainan bahasa

Julai

-Bengkel penulisan

-Teknik menjawab soalan peperiksaan

Ogos

-Latihan mendeklamasikan sajak sempena Hari Kemerdekaan

September

-Pertandingan menulis karangan

Oktokber

-Mengumpul hasil kerja murid dan penilaian

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN BAHASA MALAYSIA

SJK ( C ) POI LAM

2013PENAUNG : Encik Foo Fook Keong, AMP.,PPT.PENASIHAT : Encik Mohd Nasruddin Radzi Encik Zulkefli Zakaria Encik Mohd Nor Ezzani Encik FarisPENGERUSI

: Khor Wei Rizz ( 6F )NAIB PENGERUSI

: Leong Sin Yee ( 6F )SETIAUSAHA

: Lim Ho Mun ( 6F )BENDAHARI

: Ng Shu Lin ( 6F )AHLI JAWATANKUASA : Lim Sheng Xue ( 6F) : Ng Yen Wen ( 5E ) : Wong Yong Kuan ( 4C )Persatuan Bahasa MalaysiaSekolah Jenis Kebangsaan ( Cina ) Poi Lam

Kumpulan : BM ( 1 )Kelas : 4A

Guru : En. Mohd Nasruddin Radzi

: En. Zulkefli

1. Cha Boon Kit

2. Ng Kit Feng

3. Chuah Wen Xiang

4. Tan Jian Hua

5. Tan You Kang Elvan

6. Chan Ming Wang

7. Chong Gan Yang

8. Wong Yong Koon

9. Lee Ming Hua

10. Tay Wei Hang

11. Mansfred Choo

12. Tan Poh Len

13. Ernest Ko Jie Min

14. Low Wy Ron

15. Kong Jia Xian

16. Chong wen quan

17. Cheow Mun Kit

18. Saswetha

19. Chan Zi Qi

20. Anson Lim Gua Zheng

21. Lim Hao xian

22. Poon Yen Wei

23. Ho Shi ChengKumpulan :BM ( 2 )Kelas : 4B

Guru : En. Mohd Nor Ezani

: En. Faris

1. Ng Zhen Wen

2. Cham Swee Qing

3. Wong Jun Yong

4. Loke Jia Jian

5. Kenny Chua wai Hong

6. Huang See Yong

7. Jerrod Foo sheng Chun

8. Yu Chia Hui

9. Choong Sher Min

10. Cheong Hui Yin

11. Tai Zhi Wei

12. Sasha Silva

13. Liew Kit Mun

14. HansNg Choo Wyn15. Ong Yan Jye

MINIT MESYUARAT PERSATUAN BAHASA MALAYSIA KALI PERTAMA

SJK ( C ) POI LAM

TAHUN 2013Tarikh : 23 Januari 2013Hari : Rabu

Masa : 2.00 petangTempat : Kelas 4AKehadiran : Guru penasihat dan semua ahli persatuan.

1.0 Kata-kata Aluan

Guru penasihat iaitu Cikgu Mohd Nasruddin bin Radzi mengalu-alukan kehadiran semua ahli persatuan dan mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir pada mesyuarat kali ini.Beliau juga mengharapkan mesyuarat kali ini berjalan lancar dan berbincang untuk merancang aktiviti persatuan tahun ini.2.0 Pemilihan Ahli Jawatankuasa Persatuan Bahasa Malaysia

Mesyuarat telah memilih memilih mereka yang namanya disenaraikan di bawah sebagai ahli jawatankuasa bagi tahun 2013Pengerusi : Khor Wei Rizz (6F) Naib Pengerusi : Leong Sin Yee (6F)

Setiausaha : Leong Ho Mun (6F) Bendahari : Ng Shun Lin (6F)

Ahli Jawatankuasa : Lim Sheng Xue (6F)

: Ng Yen Wen (5E)

: Wong Yoong Kuan (4C)

:

:

3.0 Rancangan Tahunan Persatuan

3.1 Mesyuarat telah berbincang dan bersetuju untuk menjalankan aktiviti seperti yang di senaraikan di bawah.

3.2 Aktiviti yang dirancang sepanjang tahun :

3.2.1 Membuat buku skrap dari keratan akbar

3.2.2 Latihan bercerita dan syarahan

3.2.3 Permainan bahasa 3.2.4 Pertandingan menulis karangan 3.2.5 Bengkel penulisan

3.2.6 Teknik menjawab soalan peperiksaan

3.2.7 Mengumpul simpulan bahasa dan maknanya

3.2.8 Latihan membina ayat berdasarkan simpulan bahasa4.0 Penetapan Masa Persatuan

4.1 Semua aktiviti persatuan diadakan pada hari Sabtu Kokurikulum berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan.4.2 Aktiviti diadakan pada pukul 2.00 petang hingg 3.00 petang mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.

5.0 Hal-hal lain

5.1 Aktiviti persatuan diadakan di Kelas 4A dan 4B. 5.2 Semua kehadiran ahli akan dicatat pada Buku Rekod Kedatangan.

Disediakan oleh :

......................................

( Lim Ho Mun )

Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia

SJK ( C ) Poi LamDisemak oleh :

.......................................................

(EN.MOHD NASRUDDIN RADZI) Guru Penasihat Persatuan Bahasa Malaysia

SJK ( C ) Poi Lam

Disahkan oleh :

....................................................

(PN. Chan Lai Yin)Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum SJK ( C ) Poi Lam

MESYUARAT KALI PERTAMA PERASATUAN BAHASA MALAYSIA

SJKC POI LAM

TAHUN 2013NOTIS MESYUARAT Guru Penasihat dan Ahli Persatuan Bahasa Malaysia ,

,

Dengan ini adalah diberitahu bahawa Mesyuarat Persatuan Bahasa Malaysia lali pertama akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 23 Januari 2013 Hari : Rabu Masa : 3.00 petang Tempat : Kelas 4AAGENDA MESYUARAT :

1. Kata-kata aluan guru penasihat2. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Persatuan3. Rancangan Tahunan Persatuan.4. Penetapan Masa Persatuan