t1a1

32
HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF 1.0 PENGENALAN Perbezaan kognitif, sosial emosi, fizikal dan rohani dalam kalangan kanak- kanak di dalam sebuah bilik darjah sudah menjadi satu kelaziman. Namun, dalam kelompok murid tersebut pasti akan ada kanak-kanak yang perbezaannya agak ketara dari segi jasmani dan rohani serta tidak mengikuti norma-norma perkembangan seperti kanak-kanak lain. Kanak-kanak ini menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak biasa seperti keupayaan kognitif yang rendah, fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Kanak-kanak ini juga berkemungkinan menghadapi masalah tertentu seperti masalah fizikal, masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pembelajaran, terencat akal dan pintar cerdas. Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Di Malaysia, pendidikan untuk kanak-kanak ini terletak di bawah kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Menurut dasar pendidikan khas di Malaysia, murid- murid berkeperluan khas merujuk kepada murid-murid yang mengalami kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Masalah kanak-kanak berkeperluan khas ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti perkembangan prenatal yang tidak sempurna kerana penyakit, kekurangan zat ataupun dadah. Disebabkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini, mereka memerlukan perhatian, penjagaan yang khusus, kasih sayang dan perhatian yang menuntut kesabaran serta komitmen guru dalam mendidik mereka. 1

Upload: fizree-aries

Post on 01-Oct-2015

42 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

pendidikan inklusif

TRANSCRIPT

HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

1.0 PENGENALANPerbezaan kognitif, sosial emosi, fizikal dan rohani dalam kalangan kanak-kanak di dalam sebuah bilik darjah sudah menjadi satu kelaziman. Namun, dalam kelompok murid tersebut pasti akan ada kanak-kanak yang perbezaannya agak ketara dari segi jasmani dan rohani serta tidak mengikuti norma-norma perkembangan seperti kanak-kanak lain. Kanak-kanak ini menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak biasa seperti keupayaan kognitif yang rendah, fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Kanak-kanak ini juga berkemungkinan menghadapi masalah tertentu seperti masalah fizikal, masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pembelajaran, terencat akal dan pintar cerdas. Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas.Di Malaysia, pendidikan untuk kanak-kanak ini terletak di bawah kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Menurut dasar pendidikan khas di Malaysia, murid- murid berkeperluan khas merujuk kepada murid-murid yang mengalami kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Masalah kanak-kanak berkeperluan khas ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti perkembangan prenatal yang tidak sempurna kerana penyakit, kekurangan zat ataupun dadah. Disebabkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini, mereka memerlukan perhatian, penjagaan yang khusus, kasih sayang dan perhatian yang menuntut kesabaran serta komitmen guru dalam mendidik mereka.

Persoalan 1: Siapakah individu-individu yang boleh dikategorikan sebagai berkeperluan khas?2.0 DEFINISI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS MENGIKUT KATEGORI Kanak-kanak khas didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial, ataupun ciri-ciri fizikal. Secara lebih terperinci lagi kanak-kanak berkeperluan khas boleh dikenalpasti dengan merujuk kepada gambar rajah di bawah:

Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Masalah Kesihatan atau FizikalMasalah PembelajaranMasalah PendengaranMasalah Penglihatan

Desleksia Attention/Deficit Hiperactivity Disorder (ADD/ADHD)Bermasalah Emosi dan Tingkah LakuLembam (Slow Leaner)Terencat AkalSindrom DownAutisme Pintar CerdasPalsi Serebrum (Cerebral Palsy)Masalah Komunikasi: Bahasa dan Pertuturan

Rajah 1.0: Kategori Kanak-kanak Berkeperluan KhasBerdasarkan analisis pada gambar rajah 1.0 kanak-kanak berkeperluan khas terdiri daripada masalah pembelajaran, masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah komunikasi bahasa dan pertuturan, dan masalah kesihatan atau fizikal. Namun, dalam aspek masalah pembelajaran terdapat pelbagai jenis masalah yang dipecahkan kepada sembilan kategori lagi seperti yang terdapat dalam rajah tersebut. Sebelum merungkai lebih jauh lagi mengenai kanak-kanak berkeperluan khas ini, adalah penting untuk mengetahui definisi setiap kategori ini untuk melihat perbezaan dan memahaminya dengan lebih mendalam. Sebagai bakal pendidik yang akan berkhidmat secara khusus dalam bidang ini atau lebih sinonim sebagai guru Pendidikan Khas, menghayati definisi setiap kategori kanak-kanak berkeperluan khas adalah sangat penting. Hal ini perlu diambil berat bagi mencari corak pembelajaran, intervensi dan sebagainya yang sesuai bagi setiap kanak-kanak yang dikenalpasti dalam mana-mana kategori ini.

Persoalan 2: Bagaimanakah anda mengenalpasti seseorang murid berkeperluan khas? Samuel Kirk (1963) mendefinisikan masalah pembelajaran sebagai kelewatan perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan, penulisan, pengiraan atau mata pelajaran sekolah lain. Ianya bukanlah kesan daripada kerencatan mental, halangan sensori (buta atau pekak) atau faktor budaya dan persekitaran. Pencapaian kemahiran membaca, menulis dan mengira individu bermasalah pembelajaran adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan. Terdapat perbezaan yang nyata di antara kanak-kanak yang diklasifikasikan sebagai bermasalah pembelajaran. Antaranya ialah kanak-kanak Desleksia, Attention/Deficit Hiperactivity Disorder (ADD/ADHD), Bermasalah Emosi dan Tingkah Laku, Lembam (Slow Leaner), Terencat Akal, Sindrom Down, Autisme , Pintar Cerdas, dan Palsi Serebrum (Cerebral Palsy). Seterusnya ialah Masalah Kesihatan atau Kecacatan Fizikal yang merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal, dan memerlukan pengubatan atau peralatan khas seperti pendakap (braces) atau kerusi roda. Ia termasuk ketidakupayaan berbentuk neurologi yang melibatkan otak dan urat saraf yang rosak (Mohd. Sharani, 2006) serta kecederaan ortopedik yang melibatkan tulang, sendi dan otot. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan menganggu pembelajaran. Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan berkemungkinan mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta. Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta tidak dapat menggunakan penglihatan untuk pembelajaran. Mereka bergantung kepada pendengaran dan sentuhan. Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai masalah pendengaran dan perkembangan psikomotor mereka agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak terjejas dari segi neurologi tetapi dipengaruhi oleh pergerakan mereka yang terhad.Kanak-kanak bermasalah pendengaran pula dikategorikan kepada dua iaitu separa pekak dan pekak. Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-kanak ini menerima pendidikan secara audio. Tahap kehilangan keupayaan mendengar diukur dengan audiometer dalam unit decibel. Seseorang dikategorikan sebagai pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada 70 decibel. Mereka yang tergolong sebagai separa pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan mendengar antara 20 hingga 60 decibel. Kategori kanak-kanak berkeperluan khas yang seterusnya ialah Masalah Komunikasi yang merangkumi dua kategori iaitu masalah bahasa dan pertuturan. Individuals with Disabilities Education Act (IDEA), USA, telah mendefinisikan masalah bahasa dan pertuturan sebagai suatu masalah komunikasi seperti gagap dan masalah penyebutan, masalah bahasa. Lebih spesifik lagi, masalah bahasa didefinisikan sebagai kelemahan dalam pemahaman, lisan dan tulisan. Masalah ini mungkin kelemahan dalam bentuk bahasa, kandunga bahasa, dan pragmatik. Masalah pertuturan pula merupakan kecacatan suara, penyebutan bunyi-bunyi pertuturan, dan/atau kelancaran. Kecacatan ini dapat dilihat dalam penyampaian dan penggunaan simbol-simbol lisan.

2.1 CARA MENGESAN

A PemerhatianGuru boleh membuat pemerhatian secara tidak langsung dalam bilik darjah masing-masing. Guru boleh memerhatikan wajah murid-muridnya sama ada berwajah ceria, takut, sedih, takut, bingung dan sebagainya. Sekiranya wujud murid yang menunjukkan wajah yang bermasalah, guru perlu mengenal pasti masalah mereka lebih teliti dengan membuat pemerhatian secara berterusan dan berulang kali serta memerhatikan setiap perubahan yang berlaku.

B Penafsiran rekod prestasiRekod prestasi ialah rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid, khususnya dari segi kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai pada sesuatu peringkat pembelajaran secara berterusan. Tujuan utama penyimpanan rekod-rekod ini adalah untuk membekalkan maklumat dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid-murid dalam kelas.

C Rekod profilRekod profil ialah rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid-murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti di sekolah. Pencapaian ini ditunjukkan dengan menggunakan markah dan gred. Rekod ini mencatatkan prestasi murid-murid setiap penghujung semester. Biasanya catatan dibuat pada awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun atau mengikut semester. Pencapaian dalam rekod ini berdasarkan satu ujian sumatif pada akhir setiap semester. Rekod profil yang disarankan dalam KBSR dan KBSM adalah bentuk senarai kemahiran, minat , bakat dan lain-lain yang tidak begitu formal bentuknya. Segala maklumat tentang murid-murid haruslah didasarkan kepada penilaian yang dibuat dalam bentuk pemerhatian yang dilakukan secara tidak formal. Walau bagaimanapun, ujian kertas dan pensel yang biasanya dibuat secara formal juga dilaksanakan.

D Ujian kertas dan penselUjian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan secara tidak langsung menguji penguasaan bahasa murid. Ujian kertas dan pensel terdiri daripada ujian objektif dan ujian subjektif. Ini bermakna dalam sesuatu ujian, soalan-soalan itu memerlukan murid membaca, meneliti, mengkaji dan menulis jawapan.

E Temu bual dengan guru darjahPerbincangan dengan guru darjah dapat memberi maklumat tentang seseorang murid yang hendak dikenal pasti. Melalui temu bual dengan guru darjah atau guru mata pelajaranm kita boleh mendapatkan maklumat-maklumat seperti rekod kedatangan, ketepatan masa, pencapaian kerja akademik, ciri-ciri tingkah laku yang khusus dan perbezaan-perbezaan individu dalam kalangan murid-murid yang lain. Maklumat-maklumat ini dianalisis dan hasilnya akan dapat membantu guru mengesan masalah pembelajaran murid.

F Temu bual dengan ibu bapaIbu bapa seharusnya bekerjasama dengan guru untuk memberi maklumat tentang masalah pembelajaran murid, terutamanya murid Tahun Satu. Melalui temu bual dengan ibu bapa, guru dapat mengetahui banyak maklumat contohnya tentang latar belakang keluarga, aspek kesihatan, pemakanan, kemudahan pembelajaran dan kemudahan asas yang lain di rumah, Dengan adanya maklumat ini, guru dapat mengenal pasti punca-punca masalah pembelajaran murid dan dpat merangka suatu perancangan yang berkesan untuk membantu murid-murid bermasalah.Persoalan 3: Apakah kaedah/teknik pembelajaran dan pengajaran yang anda boleh gunakan supaya bersesuaian dengan murid berkeperluan khas?3.0 MASALAH KECACATAN FIZIKAL ATAU KESIHATAN Masalah kecacatan fizikal merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal, dan memerlukan pengubatan atau peralatan khas seperti pendakap (braces) atau kerusi roda. Ia termasuk ketidakupayaan berbentuk neurologi yang melibatkan otak dan urat saraf yang rosak (Mohd. Sharani, 2006) serta kecederaan ortopedik yang melibatkan tulang, sendi dan otot.TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPendekatan secara berkumpulan bagi mengatasi masalah yang kompleks berkaitan keperluan perubatan, pendidikan, terapi, vokasional dan sosial di kalangan individu yang mempunyai masalah fizikal dan kesihatan sangat relevan. Kerjasama antara pelbagai disiplin dilihat sebagai dapat membantu menyelesaikan isu dalam pendidikan dan perubatan dan memberikan manfaat kepada golongan ini. Terdapat dua kumpulan penting dalam menjayakan pendekatan kumpulan pelbagai disiplin iaitu ahli terapi fizikal dan ahli terapi carakerja. Ahli terapi fizikal bertanggungjawab dalam perkembangan dan mengekalkan kemahiran motor, pergerakan dan postur badan. Mereka selalunya menyarankan latihan yang sesuai untuk meningkatkan kawalan otot dan keperluan penggunaan alat bantuan seperti penyokong secara berkesan. Prosedur yang sering digunakan adalah seperti urutan dan memasukkan aktiviti lain selain berenang, rawatan pemanasan serta panduan kedudukan makan yang betul. Ahli patologi bahasa-pertuturan adalah salah satu daripada pakar lain yang turut terlibat dalam kumpulan pelbagai disiplin. Mereka menyediakan terapi pertuturan, intervensi bahasa, koordinasi motor oral seperti mengunyah dan menelan serta komunikasi argumentatif dan alternatif. Pembantu kesihatan pula bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan dan prosedur rawatan dalam kelas. Pekerja sosial perubatan membantu pelajar dan keluarga untuk berfungsi sepenuhnya dengan tidak menjadikan masalah yang dihadapi sebagai halangan. Pengubahsuaian persekitaran dilakukan untuk membolehkan pelajar yang mempunyai masalah fizikal dan kesihatan terlibat dengan sepenuhnya dalam aktiviti dan secara berdikari di sekolah. Pengubahsuaian persekitaran penting supaya pelajar dengan masalah fizikal dan kesihatan dapat dilihat dengan sepenuhnya secara berdikari di sekolah. Salah satu pengubahsuaian yang boleh dilakukan adalah dengan meningkatkan aksebiliti sekolah dan bilik darjah. Halangan arkitektural akan mengehadkan pergerakan pelajar berkerusi roda atau mempunyai limitasi fizikal. Halangan arkitektural berupa laluan jalan, rem, pintu, lantai yang tidak licin, dan fountains. Kebanyakan individu yang mempunyai masalah fizikal dan kesihatan memerlukan penjagaan kesihatan khas dengan prosedur tertentu seperti pengambilan ubatan secara teratur, pembersihan tiub kencing secara berkala, penjagaan lubang yang ditebuk pada leher dan penjagaan respirator atau ventilator dan menguruskan keperluan nutrisi dan diet khas. 4.0 MASALAH PENGLIHATANKanak-kanak yang dikategorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan menganggu pembelajaran. Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan berkemungkinan mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta. Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa. Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat sahaja. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta tidak dapat menggunakan penglihatan untuk pembelajaran. Mereka bergantung kepada pendengaran dan sentuhan. Kanak-kanak ini pada kebiasaan mempunyai kecerdasan yang normal seperti kanak-kanak lain dan boleh belajar seperti biasa jika kemudahan serta perkhidmatan sokongan disediakan untuk mereka. Kanak-kanak yang buta juga kaadang kala mempunyai masalah pendengaran dan perkembangan psikomotor mereka agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak terjejas daripada segi neurologi tetapi dipengaruhi oleh pergerakan mereka yang terhad.Kanak-kanak ini mungkin mempunyai konsep kendiri yang rendah dan perhatian lebih yang diberikan kepada mereka boleh menggalakkan pergantungan kepada guru atau rakan untuk sentiasa membimbing mereka. Di samping itu, pengalaman mereka yang terhad dalam dunia visual memberi kesan kepada perkembangan bahasa. Contohnya, seseorang kanak-kanak normal boleh memberi pelbagai contoh untuk perkataan bulat dan menghuraikannya dengan jelas jika dibanding dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan. Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya akan mengerutkan mata atau menutup sebelah mata untuk tujuan penglihatan. Selain itu, mereka juga asyik menggosok mata tanpa sebab dan ini menyebabkan mata merah dan membengkak. Kanak-kanak juga sering mengadu pening kepala dan loya. Apabila membaca kanak-kanak ini akan memegang buku terlalu dekat atau terlalu jauh untuk mengimbangi penglihatan mereka.TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPelbagai ujian telah dijalankan untuk membuktikan bahawa kanak-kanak cacat penglihatan yang mengalami kecelaruan di dalam konsep ruang, di antaranya ialah meta analysis dimana kanak-kanak buta dan rabun diletakkan di suatu kawasan dan diuji bagaimana mereka mengamati ruang di dalam kawasan tersebut. Hasil ujian menunjukkan bahawa kanak-kanak buta amat sukar untuk mengadaptasi sumber atau petunjuk (clue) yang ada. Mereka memerlukan latihan sebelum didedahkan kepada sesuatu situasi baru (Linn & Petersen, 1985). Kanak-kanak yang mengalami kebutaan memerlukan pelbagai pendedahan dan latihan intensif. Diantaranya ialah peningkatan deria bau diperingkat bayi. Bayi perlu diberikan pendedahan tentang individu-individu penting seperti ibu, bapa dan adik-beradik. Tindakan ini akan memberikan kesan psikologi iaitu rasa selamat pada seseorang bayi. Seseorang kanak-kanak cacat penglihatan sering menunjukkan tingkahlaku atau emosi takut. Perasaan takut ini akan lebih menonjol pada keadaan atau situasi yang baru dilaluinya disebabkan mereka tidak menguasai konsep ruang. Latihan yang diperlukan ialah mengenal gema, orientasi dan mobiliti (Jacobson, 1993). Latihan mengenal gema adalah dengan melatih kanak-kanak mengenal balikan gelombang pantulan pada objek seperti dinding agar mereka mengetahui kedudukan mereka adalah berhampiran dengan sesuatu objek. Bagi kanak-kanak cacat penglihatan, maklumat tentang jarak sering menjadi kekeliruan. Latihan perlu diberikan untuk mereka mengenal sesuatu jarak seperti apakah yang dikatakan dengan satu depa dan sepuluh meter. Kanak-kanak ini perlu diberikan pengalaman untuk membuat ukuran sendiri menggunakan tali pengukur untuk mendapatkan perbandingan jarak. Pengenalan kepada saiz memerlukan pelbagai elemen yang dapat menyokong sesuatu keadaan. Aktiviti untuk mengenal saiz boleh dilakukan dengan membuat persamaan dengan kehidupan harian. Sebagai contoh, adik memakai seluar saiz S dan abang memakai seluar saiz X. Perbezaan ini boleh diterangkan kepada kanak-kanak cacat penglihatan untuk membolehkan mereka membuat perbandingan saiz. 5.0 MASALAH PENDENGARANTerdapat dua kategori masalah pekak iaitu separa pekak dan pekak. Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-kanak ini menerima pendidikan secara audio. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekak perlu menerima pendidikan menggunakan sensori lain seperti penglihatan. Tahap kehilangan keupayaan mendengar diukur dengan audiometer dalam unit decibel. Seseorang dikategorikan sebagai pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada 70 decibel. Mereka yang tergolong sebagai separa pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan mendengar antara 20 hingga 60 decibel. Masalah pendengaran terdiri daripada beberapa tahap dan ada yang hanya dikenalpasti apabila kanak-kanak tersebut telah berumur beberapa tahun. Kanak-kanak yang menunjukkan masalah ini menunjukkan simptom seperti kerap meminta orang mengulang apa yang telah disebut. Mereka juga menghadapi kesukaran untuk mengikut arahan dan salah faham kerap berlaku. Pertuturan kanak-kanak ini tidak lancar kerana masalah sebutan yang sangat lemah. Mereka juga sering mempunyai nada suara yang tinggi atau rendah dan memusingkan kepala untuk mendengar. Semasa mendengar radio atau televisyen kanak-kanak ini akan meninggikan nadanya pada tahap yang agak kuat. Masalah pendengaran menjejaskan komunikasi dan juga pembelajaran individu. Ketidakupayaan berkomunikasi ini memberi kesan kepada perkembangan sosial, emosi, bahasa dan kognitif individu tersebut. TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANKaedah auditory oral Kaedah ini menekankan proses mendengar serta bertutur, dengan penggunaan saki baki pendengaran secara lebih berkesan dan diperkukuhkan dengan penggunaan alat bantu dengar dan deria lihat serta deria sentuh. Kaedah ini tidak menggunakan bahasa isyarat atau ejaan jari tetapi menekankan kaedah membaca gerak bibir (lip reading). Kaedah ini menggunakan implikasi bunyi bagi memperkembangkan kemahiran mendengar dan bertutur, melibatkan latihan mendengar untuk membolehkan mereka mendiskriminasikan bunyi-bunyi yang berbeza.Kaedah bacaan bibir Kaedah ini juga menekankan penggunaan penglihatan sepenuhnya. Kaedah ini memerlukan kanak-kanak sentiasa melihat gerak bibir penutur dengan tepat dan dalam situasi ini penutur berada di tempat yang terang dan jelas dilihat. Kaedah bahasa isyarat Pada amnya bahasa isyarat digunakan dengan mudah dengan menggabungkan perkataan dengan makna asas. Terdapat pelbagai bahasa isyarat termasuk American Sign Language, Pidgin Sing Language (PSE), dan banyak lagi. Di Malaysia, bahasa isyarat yang digunakan ialah Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM).Kaedah komunikasi seluruh Kaedah ini adalah satu kaedah yang menggabungkan ejaan jari, isyarat, bacaan bibir, pertuturan dan implikasi auditori. Elemen penting dalam kaedah ini ialah penggunaan isyarat dan pertuturan secara serentak. Pertuturan isyarat (cued speech) Kaedah ini diperkembangkan dari kaedah bacaan bibir, menggunakan bentuk-bentuk tangan bagi memandu bunyi-bunyian. Bentuk-bentuk tangan yang dilambangkan (kiu), ditentukan pada kawasan-kawasan di mana bentuk tangan menentukan bunyi perkataan. Terdapat lapan bentuk tangan bagi konsonan dan empat bentuk tangan bagi menentukan bunyi huruf vokal. Ahli audiologi dan ahli patologi pertuturan bahasaAhli audiologi adalah orang yang bertanggungjawab dalam mengenal pasti keadaan dan tahap kehilangan pendengaran kanak-kanak manakala ahli patologi pertuturan bahasa pula bertanggungjawab dalam memberi latihan pendengraan dan pertuturan kepada kanak-kanak itu. Ahli audiologi akan menilai kemampuan pelbagai alat bantu dengar, membuat acuan telinga, memilih dan memasang alat bantu dengar yang memberi impliksi terbaik kepada kanak-kanak pekak termasuklah memberi kaunseling kepada ibu bapa tentang cara memakai, penjagaan dan latihan yang perlu (Lokman, 2004). Dengan bantuan ahli patologi, kanak-kanak yang mendapat implikasi terbaik akan dilatih menggunakan pendengaran untuk bertutur dan membentuk bahasa(Lokman, 2004).6.0 MASALAH PERTUTURAN DAN BAHASA6.1 MASALAH PERTUTURANMasalah pertuturan yang dialami memberi kesan terhadap bunyi yang dikeluarkan oleh kanak-kanak. Setiap kanak-kanak mempunyai suara yang unik tetapi perbezaan dalam cara kanak-kanak itu bercakap menjadi suatu masalah apabila pertuturannya tidak dapat difahami oleh orang yang mendengar, ataupun cara kanak-kanak itu bercakap mengganggu pendengar daripada memahami apa yang cuba disampaikan. Biasanya kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan diabaikan oleh rakan-rakan kerana sukar bagi memahaminya dan ini membawa kepada keadaan perkembangan bahasa yang semakin lambat, terutama dalam kemahiran interaksi sosial kerana peluang untuk mereka berkomunikasi terhad. Masalah pertuturan boleh dikategorikan kepada empat iaitu masalah sebutan, masalah gagap, masalah suara dan masalah bahasa.Masalah sebutan ialah kecenderungan meninggalkan suku kata atau mengubah bunyi sesuatu perkataan seperti perkataan saya menjadi caya. Kanak-kanak pada kebiasaannya akan melalui fasa ini dalam tempoh perkembangan mereka. Ia biasanya tidak dipandang serius namun jika masalah ini berlanjutan ia perlu diberi perhatian. Gagap merupakan gangguan terhadap kelancaran percakapan. Aliran pertuturan terganggu di mana seseorang itu mungkin mengulang, berhenti seketika atau mencelah dengan suku kata atau perkataan. Gagap kerap berlaku apabila individu tersebut teruja dan ingin menyatakan sesuatu dengan kadar yang cepat.Masalah suara berkaitan dengan kualiti suara seseorang. Ia mungkin terlalu lantang, lembut, garau, kasar, sengau, nada yang tinggi atau rendah atau nada yang sama dan tidak berubah. Masalah pertuturan seperti masalah sebutan, gagap dan suara boleh menimbulkan rasa malu dan menyebabkan kanak-kanak tersebut merasa tidak selesa dalam situasi sosial. Ia mungkin tidak mengganggu pembelajaran seperti mana masalah bahasa. Masalah bahasa memberi kesan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANDi antara strategi yang digunakan adalah:a. Terapi Pertuturan Aktiviti intervensi bahasa iaitu ahli terapi pertuturan akan berinteraksi dengan kanak-kanak dan bercakap dengan mereka. Bahan-bahan seperti gambar, buku, objek, atau peristiwa yang berlaku digunakan untuk merangsang perkembangan bahasa kanak-kanak. Ahli terapi juga akan menunjukkan cara penyebutan yang betul dan menggunakan kaedah latih tubi untuk membina kemahiran bertutur dan juga bahasa.b. Terapi artikulasi (alat pertuturan) Melibatkan artikulasi, penghasilan bunyi, dan latihan-latihan melalui tunjuk cara penyebutan yang betul kepada kanak-kanak. Terapi ini dilaksanakan melalui aktiviti permainan. Misalnya ahli terapi akan menunjukkan cara menyebut sesuatu huruf, misalnya r. Selain itu dia juga akan menunjukkan cara bagaimana lidah perlu digerakkan untuk menghasilkan bunyi r sebut.c. Pendekatan InteraktifMelalui pendekatan interaktif ini, ahli intervensi yang mungkin terdiri daripada ibu bapa, guru pendidikan khas, atau ahli terapi pertuturan akan cuba menggunakan sifat semula jadi kanak-kanak untuk bercakap tentang apa yang dia sedang lakukan, merancang untuk lakukan, ataupun perkara yang dia ingin lakukan. Sesi pemulihan ini dilakukan semasa kanak-kanak sedang bermain, makan, atau semasa pergi ke restoran dengan menggunakan bahasa dan sebutan yang betul. Menurut Bloom (1991), tujuan pendekatan ini adalah untuk merangsang kanak-kanak supaya kanak-kanak banyak. Justeru, sebutan mereka akan menjadi lebih tepat di samping meningkatkan lagi perbendaharaan kata mereka.d. Komunikasi TambahanTerdapat kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang mengalami masalah pertuturan yang serius tidak dapat bercakap dengan baik. Oleh itu, komunikasi tambahan diperkenalkan kepada kanak-kanak ini. Satu bentuk komunikasi tambahan adalah bahasa isyarat kod tangan yang biasanya digunakan oleh golongan masalah pendengaran.e. Terapi kumpulan

Apabila tiba masa yang sesuai, individu gagap akan menghadiri sesi terapi secara berkumpulan. Di sini dia akan bertemu dengan orang lain yang menghadapi masalah yang sama dan berkongsi pengalaman masing-masing.6.2 MASALAH BAHASAThe National Information Center for Children and Youth with Disabilities (1996), USA telah mendefinisikan masalah bahasa sebagai adalah kelemahan dalam keupayaan untuk memahami atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks, sama ada secara verbal dan bukan verbal. Di antara ciri masalah bahasa termasuklah penggunaan perkataan dan maknanya yang kurang sesuai, tidak upaya menyampaikan idea, bentuk tatabahasa yang kurang sesuai, kurang perbendaharaan kata, dan tidak upaya mengikut arahan. Masalah dalam aspek bahasa terbahagi kepada dua iaitu: 1. Perkembangan lambat: Melibatkan kemahiran berbahasa yang berkembang dalam kadar yang lambat tetapi dalam urutan normal bagi aspek-aspek bahasa seperti pembentukan ayat, perbualan dan pemahaman. Kebanyakkan perkembangan lambat berkaitan dengan peluang yang terhad untuk belajar. Keadaan persekitaran di rumah yang tidak menyumbang kepada perkembangan bahasa yang baik juga adalah faktor bagi perkembangan bahasa yang lambat. Pertuturan kanak-kanak dalam kategori ini adalah pertuturan kanak-kanak yang lebih kecil, dengan ayat yang pendek dan mudah serta tatabahasa yang tidak tepat. Mereka juga mengalami kesukaran mengikut arahan yang bersesuaian dengan tahap umur. 2. Kecacatan berbahasa: ia dapat dikesan sama ada dalam kemahiran yang dipelajari yang tidak berada dalam susunan yang tidak betul dan juga terdapat perbezaan yang ketara dalam perkembangan aspek bahasa. Contohnya ayat yang dituturkan oleh kanak-kanak tertentu terlalu panjang dan kompleks tetapi tidak dapat memberi makna terhadap perbualan dengan orang lain. Kanak-kanak yang mengalami kecacatan berbahasa mempunyai ciri-ciri berikut bahasa berikut:a. Ayat-ayat yang digunakan tidak berkaitan dengan perbualan yang sedang berlangsung ataupun memberi jawapan yang tidak sesuai dengan soalan yang diberi.b. Penggunaan tatabahasa yang tidak tepat.c. Sering terganggu percakapan sehingga terpaksa berhenti kerana tidak mengetahui perkataan yang sesuai untuk disebut. TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANDi antara intervensi pengajaran bahasa yang mungkin dapat membantu kanak-kanak mengatasi masalah penguasaan bahasa mereka adalah seperti berikut:i. Ajar bahasa di dalam situasi. Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak memahami isi pelajaran dan seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang diajar. Contoh: membantu ayah di kebun.

ii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal. Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-kanak mengikut peringkat umur mereka.

iii. Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukan. Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka. Satu cara mudah merangsang mereka bercakap adalah dengan meminta mereka bercakap tentang apa yang mereka sedang fikirkan atau perkara yang mereka sedang lakukan.

iv. Terangkan apa yang orang lain lakukan Kemahiran menerang boleh ditingkatkan dengan cara meminta mereka menceritakan perkara yang dilakukan oleh orang lain. Menceritakan apa yang dilihat adalah lebih mudah dilakukan oleh kanak-kanak masalah pembelajaran.v. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa yang khusus. Menunjukkan contoh yang betul atau modeling digunakan supaya kanak-kanak dapat meniru kemahiran bahasa yang betul. Kemahiran bacaan mekanis misalnya boleh dajar dengan cara guru menunjukkan cara bacaan yang betul atau menayangkan rakaman pembaca berita TV membaca berita.

7.0 MASALAH PEMBELAJARAN Istilah masalah pembelajaran ( learning disabilities ) mula-mula sekali digunakan oleh Samuel Kirk pada tahun 1963 dalam satu perjumpaan dengan ibu bapa kepada kanak-kanak yang mengalami masalah membaca hiperaktif, masalah matematik. Masalah pembelajaran diandaikan sebagai masalah neurologi. Ia tidak berkaitan dengan IQ seseorang kerana selalunya, IQ individu tersebut berada pada tahap normal. Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak menerima, memproses, menganalisa dan menyimpan maklumat. Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan bahasa, sama ada lisan atau bertulis. Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja ataupun mengira.a) Samuel Kirk (1963) mendefinisikan masalah pembelajaran sebagai kelewatan perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan, penulisan, pengiraan atau mata pelajaran sekolah lain. Ianya bukanlah kesan daripaa kerencatan mental, halangan sensori (buta atau pekak) atau factor budaya dan persekitaran. Pencapaian kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan. Terdapat perbezaan yang nyata di antara kanak-kanak yang diklasifikasikan sebagai bermasalah pembelajaran. Masalah pembelajaran tidak dikaitkan dengan kurang upaya seperti kerencatan mental, bermasalah penglihatan atau pendengaran.b) Akta Masalah Pembelajaran Spesifik (specific Learning Disabilities Act, 1969) memperluaskan definisi Samuel Kirk. Ketidakupayaan pembelajaran merujuk kepada gangguan pada proses psikologi yang mempengaruhi pemahaman dan penggunaan bahasa, sama ada lisan ataupun tulisan. Ini dapat dikesan dalam kemahiran dan kefahaman mendengar, berfikir, bertutur, mengeja dan mengira.7.1 DISLEKSIADisleksia adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu dys bermaksud kesukaran dan lexia bermaksud perkataan. Terjemahannya membawa maksud kesukaran dengan perkataan bertulis. Menurut Sanders dan Myers (1996), kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri disleksia mempunyai kesukaran-kesukaran khusus dalam bacaan, menulis dan mengeja. Kesukaran-kesukaran ini termasuklah masalah yang serupa dalam kerja nombor dan mengenali symbol-simbol, seperti not muzik atau symbol matematik. Manakala menurut Drake (1989) [dalam Madya Zhagan (1999)] masalah pembelajaran disleksia merujuk kepada beberapa ciri, iaitu: a) Kesukaran belajar bahasa b) Ketidakseimbangan dengan kebolehan intelektualc) Tidak lancar ketika membaca sesuatu bahan bercetakd) Tidak dapat menulis dengan lancar dan tepate) Mata menjadi penat setelah beberapa minit menumpu pada tulisanf) Daya tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan tetapi tidak pekak atau buta. TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANKajian menunjukkan pendekatan Multi-Sensory merupakan kaedah yang paling sesuai bagi mengajar kanak-kanak disleksia. Pendekatan ini menggabungkan beberapa deria iaitu:i. Auditoriii. Visualiii. Oraliv. KinestetikBagi menjalankan kaedah ini, gabungan semua deria dijalankan serentak. Penggunaan huruf-huruf yang dibuat daripada kayu di mana pelajar boleh:A. Mendengar guru menyebut bunyi daripada huruf-huruf.B. Melihat huruf-huruf tersebut.C. Menyebut kembali huruf-huruf tersebut.D. Menekap huruf-huruf tersebut dengan jari.Selain itu, pelajar juga boleh menggunakan pasir atau garam dengan menggunakan dulang sebagai wadahnya. Pelajar boleh:a. Mendengar bunyi huruf yang disebut oleh guru.b. Melihat huruf yang ditulis oleh guru di atas papan hitam.c. Mengulang kembali huruf yang disebut oleh guru.d. Menulis kembali huruf tersebut di atas pasir.7.2 ATTENTION DEFICIT/HYPERACTIVITY DISORDER ADD/ADHDPersatuan Psikologi Amerika (APA) telah mendefinisikan ADHD sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya dapat dikesan sebelum berumur tujuh tahun. ADHD merupakan satu corak tidak memberi tumpuan, impulsive, dan/atau hiperaktif-impulsif yang lebih kerap dan teruk berbanding kebiasaan yang dilihat pada individu pada tahap-tahap perkembangannya.TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANAntara cara intervensi yang boleh dijalankan ialah:Sokongan Persekitarani. Susunan kelas bebas daripada gangguan tumpuan perhatianii. Menetapkan peraturan kelas yang jelas dan membincangkan jangkaan yang diharapkaniii. Menyusun pembelajaran seperti menjadikan pembelajaran lebih aktif dengan cara memberi murid peluang bergerak.Intervensi Tingkah Lakui. Memberi ganjaran dan pengukuhan bagi tingkah laku yang dingini ditunjukkanii. Strategi pencegahan iaitu memberhentikan tingkah laku yang tidak sesuai ketika baru bermula atau ketika masih ringaniii. Token ekonomi memberi ganjaran dalam bentuk token (sticker, syiling plastic dan lain-lain) yang mempunyai nilai ekonomi, iaitu boleh ditukarkan dengan barang yang disukaiIntervensi Pengajarani. Arahan yang diberikan jelas, ringkas dan lengkapii. Apabila memberi arahan, minta murid mengulang arahan tersebut iii. Pecahkan tugas yang kompleks kepada bahagian-bahagian yang lebih keciliv. Gunakan kaedah pelbagai sensori dalam pengajaranRawatan Menggunakan ubat yang diberi mengikut masa yang tetap.7.3 BERMASALAH EMOSI DAN TINGKAH LAKUAkta Pendidikan Individu Kurang Upaya (IDEA, 1990) menggunakan istilah gangguan emosi. Seseorang didefinisikan sebagai gangguan emosi mempunyai satu atau lebih daripada ciri-ciri berikut dalam satu tempoh masa yang panjang yang mempengaruhi pencapaian akademiknya: Ketidakupayaan untuk belajar yang tidak ada kaitan dengan kekurangan kebolehan intelektual, kekurangan sesuatu deria, atau faktor kesihatan. Ketidakupayaan untuk membina hubungan sosial yang berkekalan dengan rakan sebaya dan guru. Mudah merasai sedih dan kerap megalami depresi Menunjukkan simptom-simptom fizikal seperti pening kepala, muntah, sakit perut, serta ketakutan terhadap sesuatu. Menghadapi masalah pembelajaran tetapi ketidakupayaan ini tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor kesihatan, sensori, atau intelek. Majlis Kanak-Kanak Bermasalah Tingkah Laku di Amerika Syarikat mendefinisikan masalah emosi atau masalah tingkah laku sebagai ciri-ciri emosi atau tingkah laku yang berlainan daripada kanak-kanak biasa yang sama umur. Masalah-masalah berterusan dan menjejas prestasi akademik dan hubungan sosial pelajar, termasuklah masalah-masalah yang lebih khusus seperti skizofrenia, keresahan dan masalah emosi lain yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPengajaran Kemahiran SosialKemahiran sosial adalah komponen kurikulum yang penting untuk pelajar bermasalah emosi dan tingkah laku. Ramai dari kanak-kanak ini mempunyai masalah untuk berbual dengan kawan menunjukkan perasaan mereka, mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan dan member respons dengan cara yang positif dan membina. Mereka sering terlibat dalam pergaduhan kerana kurang kemahiran sosoal atau menghadapi dengan tenang peristiwa yang kurang menyenangkan. Contohnya, isu yang biasa akan menjadi bahan ketawa atau diabaikan oleh kebanyakkan kanak-kanak tetapi boleh menjadi punca untuk kanak-kanak bermasalah bertindak ganas.Pengajaran Kemahiran AkademikKebanyakan pelajar bermasalah emosi lemah dalam kemahiran akademik terutama bagi kemahiran membaca, menulis dan mengira. Sekiranya, pengajaran kemahiran akademik kurang diberi penekanan dan tumpuan diberi kepada kemahiran sosial dan pengurusan tingkah laku, maka pencapaian akademik pelajar-pelajar ini akan merosot lagi. Pengajaran kemahiran akademik hendaklah diatur dengan rapi sesuai dengan tahap pencapaian pelajar. Kajian-kajian ini menunjukkan bahawa pelajar bermasalah emosi dan tingkah laku yang diajar secara langsung dan secara sistematik boleh mencapai kejayaan cemerlang.7.4 LEMBAM (SLOW LEARNER)Menurut Hallahan dan Kaufman (2006), Akta Pendidikan Individu dengan Keperluan Khas (IDEA-1997) mendefinisikan Masalah Pembelajaran Khusus Kanak-kanak lembam sebagai satu atau lebih kecelaruan pada proses asas psikologikal kanak-kanak yang mengaitkan pemahaman atau penggunaan bahasa (penulisan atau bacaan) yang boleh mengganggu kemahiran mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja dan mengira. Namun, masalah ini bukanlah berpunca daripada masalah pendengaran atau penglihatan, masalah motor atau masalah mental. Masalah pembelajaran khusus kanak-kanak lembam juga didefinisikan sebagai beberapa jenis kecelaruan yang mempunyai ciri-ciri perkembangan yang tidak sempurna, seperti perkembangan kemahiran akademik, bahasa dan pertuturan. Kanak-kanak yang didefinisikan sebagai bermasalah pembelajaran khusus ini menunjukkan kelemahan dalam menguasai kemahiran membaca, menulis, dan mengira serta adakalanya mempamerkan masalah/kecelaruan yang lain seperti masalah tingkah laku dan bersosial (Rathus, 2004).TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANMenurut Shaw (2002) dalam pengubahsuaian kurikulum, mencadangkan beberapa strategi pengajaran iaitu: Mengubah yang Abstrak kepada KonkritMengajar secara konkrit lebih mudah daripada abstrak kerana kanak-kanak lembam dapat melihat apa yang disuruh daripada membayangkan sesuatu maklumat. Contohnya ialah membuat sebuah model kereta, cara-cara memasak dan sebagainya. Elakan daripada Membuat GeneralisasiKanak-kanak lembam sukar untuk membuat generalisasi seperti mengaplikasikan konsep yang telah diajar kepada situasi yang baru kerana kurang upaya dari segi memproses maklumat, mengingat kembali dan kurang berkemahiran membuat penaakulan. Mereka biasanya memahami arahan yang khusus.Membolehkan Kemahiran Asas Membentuk Sub-Skill LainDengan kebolehan menguasai asas pembelajaran, kanak-kanak lembam boleh dilatih membentuk sub-skill lain melalui apa yang dipeljari. Contohnya apabila mereka telah menguasai kemahiran membaca secara kuat reading aloud, mereka akan dilatih untuk membaca secara senyap.7.5 TERENCAT AKALEvans (1983) mendefinisikan kerencatan mental sebagai individu yang tidak dapat belajar secepat orang yang normal; tidak dapat menyimpan maklumat sebaik mereka yang normal dan yang, dan tidak memahami dengan jelas serta sukar menggunakan maklumat yang diperlukan dalam sesuatu situasi kepada situasi yang lain. Persatuan Kerencatan Mental Amerika (AAMR) mendefinisikan terencat akal sebagai:Subsequently subaverage general intellectual functioning, existing concurrently with deficit in adaptive behavior and manisfested during the development mental period that adversely affects a childs educational performance. Antara dua perkara yang perlu diberi perhatian sebelum seseorang itu boleh diklasifikasikan sebagai kerencatan mental ialah:a. Kefungsian IntelektualKanak-kanak kerencatan mental dikenal pasti sebagai berfungsi pada tahap intekletual di bawah paras normal. Untuk menentukan tahap ini, ujian kecerdasan lazim digunakan. b. Tingkah Laku AdaptasiKebolehan kanak-kanak kerencatan mental dikenal pasti menurut sejauh manakah mereka berjaya menyesuaikan diri dengan alam sekeliling seperti bercampur gaul, menjaga diri sendiri, berkomunikasi dan sebagainya.TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANProgram untuk Bayi dan Pra Sekolah(i) Model Home- Based kanak-kanak menerima perkhidmatam di rumah daripada ibu bapa dengan bantuan ahli profesional bagi mengenal pasti keperluan, memperkembangkan program pengajaran dan memantau peningkatan.(ii) Program center-based kanak-kanak terencat akal mendapat perkhidmatan dan pengajaran di pusat-pusat penjagaan daripada staf dan ibu bapa.(iii) Program combination home-center-based kanak-kanak menerima pengajaran di rumah dan juga di pusat. Ibu bapa diberi laltihan di pusat untuk mengajar anak mereka di rumah. Staf-staf akan melawat ke rumah untuk membuat pemantauan dan membincangkan perkembangan anak mereka. Program untuk Kanak-kanak dan Remaja(i) Program kelas biasa matlamat utamanya adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang paling bermakna dengan pengasingan yang paling minima daripada rajan sebaya. Pengajaran dilakukan dengan bantuan bahan-bahan pendidikan khas, perkhidmatan guru bergerak, guru resos, serta penilaian secara diagnostic.(ii) Program kelas khas kanak-kanak yang dikenal pasti sebagai memerlukan pendidikan khas akan ditempatkan di kelas-kelas integrasi.(iii) Program sekolah khas sekolah khas harian dan sekolah khas berasrama penuh. Sekolah khas harian bagi kanak-kanak terencat akal teruk disebabkan peralatan yang diperlukan tidak ada di rumah.(iv) Program-program lain pengajaran di hospital dan di rumah (homebound). Pengajaran di hospital diadakan bagi kanak-kanak yang menerima rawatan di hospital dan bersifat sementara. 7.6 SINDROM DOWNSindrom Down merupakan kecelaruan genetik menyebabkan kerencetan akal pada kanak-kanak. Menurut Nasional Down Syndrome Society, USA (2003), terdapat 1 daripada 800 hingga 1000 kanak-kanak yang dilahirkan sebagai Sindrom Down yang disebabkan lebihan kromosom ke-21 atau Trisomi 21. Individu yang mempunyai Trisomi 21 mempuyai ciri-ciri fizikal dan mental yang khusus yang secara kolektifnya dikenali sebagai Sindrom Down. Sindrom bermakna satu koleksi ciri-ciri manakala Down adalah nama doctor yang berjaya mengesan dan menngumpulkan kesemua ciri dan mencadangkan semua ciri itu berkaitan dengan masalah yang sama.TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANAntara strategi yang boleh dilaksanakan ialah bagi membantu kanak-kanak Sindrom Down ialah:Masalah Penglihatani. Tempatkan mereka di barisan hadapanii. Gunakan tulisan atau huruf cetak yang besariii. Lakukan persembahan secara jelas dan mudahMasalah Pendengarani. Bercakap secara terus kepada pelajarii. Kukuhkan percakapan dengan ekspresi muka, isyarat atau gerak tubuhiii. Kukuhkan percakapan melalui tulisan, gambar dan bahan maujudKemahiran Motor Halus dan Kasari. Sediakan latihan tambahan, panduan dan galakan semua kemahiran motorii. Sediakan aktiviti untuk menguatkan jari dan sendi pergelangan tangan seperti menjahit dan memotongiii. Lakukan aktiviti dan penggunaan bahan pelbagai deria yang luasMasalah Pertuturan Bahasa i. Beri masa untuk memproses bahasa dan tindak balasii. Gunakan bahasa yang mudahiii. Sediakan banyak permainan dan aktiviti mendengar, bahan-bahan visual dan sentuhan untuk mengukuhkan pertutura merekaiv. Sediakan peluang-peluang bercakap dengan orang lain lebih kerap7.7 AUTISMEIstilah autisme berasal daripada perkataan autos yang bermakna diri sendiri dan isme yang bermaksud aliran. Ini bermakna autisme membawa maksud kanak-kanak berada dalam dunianya sendiri. Persatuan Autisme Amerika Syarikat mendefinisiskan autisme sebagai ketidakupayaan yang rencam yang ada pada kebiasaannya kelihatan pada masa kanak-kanak itu belum meningkat umur tiga tahun. Keadaan ini adalah kesan daripada kecelaruan neurologikal yang mengganggu fungsi otak. autisme dan tingkah laku yang berkaitan dengannya dianggarkan terdapapt dalam 1 daripada 500 idividu. Kekerapan kanak-kanak lelaki mengalami autisme adalah empat kali ganda daripada kanak-kanak perempuan. Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) pula mendefinisikan autisme sebagai satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas dan kerap kali menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran mekanikal ataupun dalam bidang muzik dan lain-lain lagi.

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANProses intervensi untuk kanak-kanak autistik bermula sebaik sahaja masalah ini dikesan. Tumpuan intervensi pada peringkat awal tertumpu kepada rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku. Rawatan perubatan yang sering digunakan bagi kanak-kanak autistik ialah penggunaan ubat Ritalin bagi merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif serta pengambilan vitamin B6 bersama magnesium untuk membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan mereka. Pengurusan tingkah laku merangkumi pelbagai strategi dan teknik untuk menambah atau mengekalkan tingkah laku sasaran (positif) dan mengurang atau menghapus tingkah laku kurang sesuai. Antara teknik yang digunakan ialah pengasingan, kejelakan, time-out, memberi ganjaran dan sebagainya. Pendidikan yang berstruktur serta pengurusan intervensi semasa awal kanak-kanak lagi boleh membantu mengembangkan potensi mereka. Perkhidmatan intervensi awal ini adalah penting untuk mengurangkan masalah autistik yang mereka alami. Antara intervensi awal yang digunakan bagi kanak-kanak autisme adalah bermula dengan pembentukan Individualized Family Service Plan (IFSP), yang akan memenuhi keperluan dalam bidang kemahiran sosial, kemhairan urus diri, komunikasi, dan pengurusan tingkah laku.7.8 PINTAR CERDAS Pintar cerdas sering dikaitkan dengan kebolehan intelek atau kecerdasan yang tinggi. Ross (1993) mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas sebagai kanak-kanak dikenalpasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi apabila dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang sebaya umurnya, sama pengalaman atau persekitaran. Kanak-kanak ini menunjukkan prestasi yang tinggi dari segi intelek, kreativiti, seni atau memiliki kepimpinan yang luar biasa, atau cemerlang dalam bidang akademik yang khusus.

Persoalan 4: Apakah keperluan fizikal atau sokongan infrastruktur yang mesti disediakan untuk murid berkeperluan khas?8.0 PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIFProgram ini ditawarkan kpd pelajar berkeperluan khas belajar bersama murid normal di dalam bilik darjah dan sekolah yang sama untuk menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal tanpa mengira status. Falsafah Pendidikan Inklusif Pendidikan untuk semua. Ia menawarkan kehendak berkeperluan khas belajar bersama-sama murid normal di dalam bilik darjah yang sama. Objektif Memberi peluang kepada murid berkeperluan khas menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama murid normal.Barirah (1995) menyatakan 4 objektif pendidikan inklusif:i) Meningkatkan kesedaran murid-murid normal tentang murid berkeperluan khas bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada ahli masyarakat.ii) Murid-murid khas berpeluang menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan.iii) Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada murid khas setanding dengan murid normal untuk meningkatkan konsep kendiri mereka.iv) Untuk mengelak daripada diskriminasi dalam pendidikan dan kemudahan yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia

Model Program Pendidikan Inklusif Ada 3 jenis program:i) Sekolah Pendidikan Khas.ii) Kelas khas Pecantuman.iii) Kelas Pendidikan Inklusif. Prinsip Dan Strategi Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif i) Kepimpinan efektif dari pihak pengurusan sekolah yang komited untuk memenuhi keperluan pembelajaran.ii) Guru yakin bahawa mereka mampu membantu semua kanak-kanak belajar.iii) Rasa optimis bahawa semua murid boleh belajar dan mengalami kejayaan.iv) Mengatur sistem sokongan kepada setiap guru.v) Komitmen untuk menyediakan peluang pembelajaran berdasarkan kurikulum yang sama vi) Menyediakan prosedur yang sistematik untuk mengesan dan menyemak kemajuan. Cadangan Kemudahan Asas i) Kelas Pendidikan Inklusif perlu semaksimumnya mengandungi 35 orang pelajar termasuk 3 pelajar khas dan 2 guru.ii) Mewujudkan jawatan pembantu guru mengikut pelajar keperluan khas.iii) Memperluaskan jawatan penyelia pengasuh pelajar bagi keselesaan pelajar khas.

Cadangan Multidiciplinary team di setiap daerah.1. Pakar perubatan 2. Patologi pertuturan 3. Pegawai kebajikan 4. Guru pakar pendidikan khas 5. Pakar psikologi pendidikan 6. Audiologist7. Pakar kanak-kanak 8. Pekerja sosial.

8.1 PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

Pulih bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh. Dalam konteks pendidikan bererti sesuatu usaha membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul. Syarifah Alwiah Alsagoff (1983) menyatakan, satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan pendidikan pelajar yang mengalami kesusahan pembelajaran dalam bilik darjah di sekolah biasa, dihadiri secara sambilan yang diasingkan dari kelas biasa dan diajar oleh guru pemulihan. Objektif i) Membantu pelajar yang lemah membina konsep sesuatu kemahiran.ii) Membina keyakinan diri iii) Membetulkan konsep atau kemahiran yang disalah tanggap oleh pelajar.iv) Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar matematik mengikut kebolehannya. Definisi Pengayaan Aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Objektif

i) Mengembangkan potensi pelajar ke tahap yang sebenar.ii) Membolehkan pelajar mencuba sesuatu yang baharu untuk meningkat daya kreativiti dan kebolehan intelek.

Program Pengayaan i) Pengayaan secara mendatar: aktiviti pengayaan yang dirancang untuk kumpulan mengikut kebolehan.ii) Pengayaan secara menegak: aktiviti pengayaan yang dirancang untuk kumpulan pelajar yang cerdas sahaja.8.2 RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDUSatu program pendidikan murid secara individu yang dibuat secara bertulis bagi pencapaian murid yang berterusan. Program ini melibatkan objektif jangka panjang dan pendek mengenai keperluan perkhidmatan pendidikan khas untuk murid tersebut, dan menunjukkan sejauh mana murid itu boleh mengambil bahagian dalam program pembelajaran biasa. Objektif i) Penglibatan murid dalam pendidikan inklusif untuk aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah.ii) Mengindividukan keperluan pelajar untuk pencapaian terkini serta aspirasi akan datang.iii) Berdasarkan kepada kekuatan pelajar.Prinsip Rancangan Pendidikan Individu i) Sesuai dengan umur ii) Fleksibel berorientasikan masa akan datang iii) Menggunapakai pendekatan holistik untuk pendidikan murid iv) Menggunakan model betumpukan potensi murid dalam mencapai pendidikan yang baik, sosial dan hasilan tingkah laku.v) Meningkatkan estim kendiri murid vi) Mengekalkan murid di sekolah.vii) Penyediaan informasi tentang perkembangan kemajuan murid itu.viii) Melibatkan sumber pengurusan yang relevan dengan kejayaan pelajar.ix) Memberi peluang penglibatan murid apabila sesuai.x) Sebagai alat pembelajaran yang sesuai.

Panel Yang Terlibat i) Guru besar sebagai pengerusi ii) Guru kelas iii) Guru mata pelajaran iv) Guru khas v) Ibu bapa.Rancangan Pendidikan Individu perlu dinilai berterusan mengikut kesesuaian. Jika matlamat tidak tercapai maka strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu diubahsuai mengikut aras dan kebolehan murid berkeperluan khas.

1