syarahan smk - mac 2009

Upload: raffiai-samin

Post on 29-Oct-2015

139 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

pi

TRANSCRIPT

Ruj

JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA

PEKELILING IKHTISAS BILANGAN SMK/1/2008PRINSIP DAN TATACARA SUMBANGAN MEMBANTU KADAR

TUJUAN

1.Pekeliling ini bertujuan untuk memberi kefahaman berkenaan prinsip penilaian Sumbangan Membantu Kadar (SMK).

LATAR BELAKANG

2.Sejak tahun 1978 Kerajaan Persekutuan telah menyerahkan pembayaran SMK harta tanah Kerajaan Persekutuan kepada Ketua Pengarah, Bahagian Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Bayaran setiap tahun berpandukan kepada senarai penilaian yang dipersetujui oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlibat.

3. Prinsip penilaian dan tatacara tuntutan SMK ditentukan oleh Surat Pekeliling yang dikeluarkan oleh KPKT bertarikh 15 Januari 1986.

4.Penerangan lanjut boleh diperolehi daripada kertas kerja SMK oleh Encik Fong Keh Chong (bekas Timbalan Ketua Pengarah Penilaian) bertarikh April 1977.

KETETAPAN

5. Surat Pekeliling KPKT menetapkan bahawa pengesahan adalah untuk harta tanah Kerajaan Persekutuan atau yang diduduki oleh agensi Kerajaan Persekutuan sahaja.

6.Bagi harta tanah Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun, pengesahan perlu dijalankan oleh Jabatan sekiranya:

6.1Terdapat permintaan daripada Kerajaan Negeri tertentu supaya tuntutan bagi SMK oleh sesuatu PBT disahkan oleh Jabatan.

6.2Terdapat permintaan daripada Badan Berkanun tertentu supaya tuntutan SMK oleh sesuatu PBT disahkan oleh Jabatan dengan syarat Badan Berkanun berkenaan bersetuju untuk membayar yuran ikhtisas yang berkaitan.

7.Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah:

7.1tuntutan hendaklah mengikut tone of the list

7.2peratusan kadar dikenakan tidak melebihi peratusan kadar ke atas pegangan persendirian

7.3Jabatan hanya perlu menilai harta yang diduduki oleh Kerajaan Persekutuan

8.Bangunan Kerajaan Persekutuan yang dimaksudkan ialah bangunan yang diduduki oleh Kerajaan Persekutuan termasuk bangunan yang diduduki oleh Angkatan Bersenjata.

9.Bangunan yang dipunyai dan diduduki oleh Jabatan Kerajaan Negeri, Keretapi Tanah Melayu dan Badan Berkanun tidak termasuk dalam takrif bangunan Kerajaan Persekutuan. PBT perlu menghantar tuntutan mereka terus kepada agensi berkenaan.

10.SMK dibayar kepada PBT secara atas akaun setiap tahun berasaskan kepada jumlah bayaran yang dipersetujui pada tahun sebelumnya. Penyelarasan akan dibuat apabila pengesahan diperolehi pada tahun berikutnya daripada JPPH dan dipersetujui bersama oleh PBT berasaskan kepada faktor berikut:

10.1Pengesahan daripada Ketua Kementerian/Jabatan berkenaan bahawa bangunan terlibat dipunyai oleh Kerajaan Persekutuan serta diduduki olehnya.

10.2Pengesahan oleh JPPH bahawa tuntutan SMK adalah berpatutan dan mengikut tone of the list.

11.Pegawai hendaklah maklum bahawa tatacara yang perlu dipatuhi oleh semua PBT adalah seperti berikut:

11.1 Tuntutan hendaklah dibuat setiap tahun dan dihantar kepada JPPH sebelum akhir tahun bagi tahun yang dituntut.

11.2 Borang A mengandungi senarai bangunan mengikut Kementerian/Jabatan secara berasingan. Borang A diisi dalam tiga (3) salinan dan dihantar kepada Kementerian/Jabatan yang berkenaan untuk pengesahan. Setelah disahkan, Kementerian/ Jabatan hendaklah mengembalikan dua salinannya kepada PBT dan satu (1) salinan lagi disimpan oleh Kementerian/Jabatan berkenaan. Borang A digunakan bagi bangunan yang tidak dimasukkan dalam tuntutan untuk tahun sebelumnya. Bagi bangunan yang telah dimasukkan dalam tuntutan tahun terdahulunya, pengesahan sekali lagi oleh Kementerian/Jabatan tidak diperlukan.

11.3 Borang B mengandungi maklumat semua bangunan Persekutuan yang dikenakan SMK. Bagi bangunan yang tidak dimasukkan dalam tuntutan untuk tahun sebelumnya, dua salinan Borang A atau Borang E yang telah disahkan oleh Kementerian/Jabatan dengan menunjukkan tarikh bangunan itu mulai diduduki, hendaklah dihantar kepada JPPH sebelum akhir tahun bagi tahun yang dituntut.

11.4 Apabila Borang B diterima daripada PBT, JPPH akan mengkaji tuntutan itu dan jika perlu, berunding dengan PBT untuk mencapai persetujuan. Borang B dengan nilaian yang telah dipersetujui, hendaklah ditandatangani oleh PBT dan JPPH. Satu (1) salinan Borang B disimpan oleh kedua-dua pihak.

11.5 PBT hendaklah menyediakan Borang C dalam tujuh (7) salinan (sembilan salinan untuk Sabah dan Sarawak) mengikut nilaian yang telah dipersetujui. Borang C yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak hendaklah dihantar kepada:

(a)Ketua Setiausaha

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

dan salinan kepada Ketua Pengarah, Bahagian Kerajaan Tempatan

(b)Ketua Pengarah

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

(c)Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Kementerian Kewangan Malaysia

(d)Ketua Audit Negara

(Ketua Audit Negeri Sabah dan Sarawak)

(b) Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan

(c) Cawangan JPPH berkenaan

(g)Kementerian Kerajaan Tempatan Sabah atau Sarawak

(untuk Sabah dan Sarawak)

(h)Pegawai Kewangan Persekutuan

(untuk Sabah dan Sarawak)

11.6KPKT akan mengambil tindakan segera menjelaskan tuntutan yang telah dipersetujui setelah menerima Borang C. Bayaran secara atas akaun bagi tahun yang berikutnya akan dibuat berasaskan jumlah yang telah dipersetujui. Jika tuntutan tahun yang berikutnya tidak dihantar kepada JPPH sebelum akhir tahun yang berkenaan, maka adalah dianggap bahawa PBT berkenaan telah berpuashati terhadap bayaran secara atas akaun dan akan dianggap sebagai bayaran penuh.

12.Semua Ketua Jabatan Persekutuan perlu bekerjasama dengan PBT untuk mengesahkan senarai bangunan yang mereka duduki secepat mungkin. Ketua Jabatan Persekutuan dipertanggungjawab memberi notis kepada PBT jika berlaku perubahan ke atas bangunan yang diduduki oleh Jabatan mereka. Peraturan berikut perlu diamalkan oleh Ketua Jabatan Persekutuan:

12.1Semua Ketua Jabatan Persekutuan dikehendaki membuat rekod bangunan yang diduduki dalam Borang D.

12.2Semua Ketua Jabatan Persekutuan mesti memaklumkan PBT segala perubahan seperti perobohan, penukaran penghunian dan penambahan yang dibuat ke atas bangunan yang diduduki atau apabila hendak menduduki bangunan baru dengan mengisi Borang E. Jika Borang E telah diberi, maka pengesahan menggunakan Borang A tidak diperlukan.

13.Surat Pekeliling ini boleh digunakan oleh PBT sebagai garis panduan apabila menuntut SMK daripada Kerajaan Negeri dan Keretapi Tanah Melayu.

14.Prinsip Penentuan SMK

14.1SMK Kerajaan Persekutuan(a)Harta Yang Ditaksirkan Untuk SMK

Semua tanah, bangunan dan hereditamen yang diduduki oleh atau bagi pihak Kerajaan Persekutuan untuk maksud awam (dalam konteks ini dipanggil harta Kerajaan Persekutuan) akan ditaksirkan untuk maksud SMK kecuali:

i.Tanah kosong; dan

ii.Harta yang diduduki sematamata untuk maksud pelajaran, perubatan, ugama dan fine arts. Tetapi harta yang digunakan sebagai rumah kediaman bagi pejabat pelajaran, perubatan, ugama dan fine arts tidak dikecualikan tetapi mesti ditaksirkan seperti harta lain.

(b)Jenis Kadar SMK

Mengikut beberapa Enakmen Kerajaan Tempatan, Ordinan Pelajaran, Enakmen Pengeluaran Air dan lain-lain, kadar yang harus dikenakan adalah seperti berikut:-

i. Kadar am (general rate)

ii. Kadar pembangunan (improvement rate)

iii. Kadar parit (drainage rate)

iv. Kadar pelajaran (education rate)

v. Kadar air (water rate)

Jumlah sumbangan yang dibayar oleh Kerajaan Persekutuan ialah berdasarkan kadar am sahaja.

(c)Prinsip Pembayaran SMKPrinsip pembayaran adalah seperti berikut:

i.Sumbangan penuh, iaitu 100% mengikut kadaran yang dikenakan di kawasan harta itu berada.ii.Nilaian ke atas harta tanah berkenaan hendaklah dijalankan mengikut kaedah penilaian biasa dan mengikut tone of the list di kawasan PBT berkaitan. Tone of the list bermakna paras nilaian yang sedia ada di dalam senarai taksiran PBT yang berkuatkuasa.

iii.Kerajaan Persekutuan akan hanya membayar kadar am sahaja (general rate) mengikut kadar PBT berkenaan.

(d) Harta Angkatan Tentera PersekutuanKerajaan Persekutuan hanya membayar 75% SMK bagi harta kepunyaan Angkatan Tentera Persekutuan.

(e)Pool QuartersKerajaan Persekutuan telah membuat keputusan seperti berikut:

i.Kerajaan Persekutuan akan membayar balik kepada Kerajaan Negeri sejumlah SMK bagi semua pool quarters yang diduduki oleh pegawai Persekutuan yang berkhidmat dalam negeri itu pada tarikh 1hb. Januari tahun berkenaan. Ini bermakna kuarters yang diduduki oleh pegawai Persekutuan pada 1hb. Januari bagi sesuatu tahun akan dikira diduduki oleh pegawai itu sepanjang tahun.

ii.Pembayaran balik ini akan hanya dilakukan jika agihan kuarters dilaksanakan dengan adil dikalangan pegawai Negeri dan Persekutuan.

iii.Peraturan ini boleh dikaji semula apabila tuan punya yang sebenarnya pool quarters ini dapat ditentukan.

14.2SMK Kerajaan Negeri

SMK yang dibayar oleh Kerajaan Negeri berdasarkan kepada prinsip yang sama seperti diterangkan dalam perenggan 14.1 di atas.

14.3SMK Keretapi Tanah Melayu

SMK yang dibayar oleh Keretapi Tanah Melayu berdasarkan kepada prinsip yang sama dan dibahagikan kepada:

(a) Harta tanah yang disewakan untuk maksud perdagangan (kantin, kedai buku dll)

Harta ini dinilai mengikut prinsip biasa untuk kadaran dan penduduk harta ini akan dikenakan bayaran kadaran kecuali jika syarat dalam perjanjian sewa menyatakan sebaliknya.

(b)Harta tanah yang digunakan sebagai rumah kediaman oleh pekerja Keretapi Tanah Melayu

Rumah kediaman dimasukkan ke dalam satu senarai berasingan dan dinilai mengikut kaedah bersesuaian dengan jenis bangunan yang sama dalam kawasan yang terlibat.

(c)Harta Tanah Operasi

Harta tanah operasi termasuk stesen, depo, bengkel, stor, landasan keretapi dan lainlain, sebagaimana yang diterangkan dalam laporan A. J. Charlton. Harta tanah berkenaan dinilai sebagai satu unit untuk seluruh Semenanjung Malaysia dan cumulo valuenya (akan dibahagikan kepada semua Penguasa Tempatan di mana harta dalam kawasan mereka itu terletak.

14.4Prinsip Yang Digunakan Untuk Negeri Sabah dan Sarawak

Prinsip dan peraturan yang digunakan di Semenanjung Malaysia juga digunakan di Negeri Sabah dan Sarawak kecuali perkara berikut:

(a)Sarawak

i.SMK Negeri Sarawak adalah berdasarkan kepada kadar khusus dan bukan atas kadar am. Ini adalah kerana PBT di Sarawak dikenakan kadar khusus bagi setiap jenis perkhidmatan yang disediakan misalnya kadar khusus untuk maksud umum, pemeliharaan jalanraya, conservancy, scavenging, lampu jalan, fire fighting, air, pembetungan dan lain-lain. Tidak ada kadar khusus yang akan dikenakan jika perkhidmatan yang tertentu tidak disediakan oleh PBT.

ii.SMK bagi harta yang dipunyai oleh Angkatan Tentera Persekutuan adalah berdasarkan 100% atas semua kadar khusus atas sebab-sebab yang sama. Tidak ada kadar khusus yang akan dikenakan jika perkhidmatan yang tertentu tidak disediakan oleh PBT.

(b)Sabah

Bagi Negeri Sabah, SMK berdasarkan kepada prinsip yang sama seperti yang dikenakan di Semenanjung Malaysia tetapi selain daripada kadar am, kadar pembetungan akan dibayar juga kepada PBT. Ini kerana PBT berkenaan terpaksa membayar Jabatan Kerjaraya untuk pemeliharaan sistem pembetungan dan kadar pembetungan ini akan dikenakan atas harta yang terletak dalam lingkungan 100 kaki dari sesuatu pembetungan awam.

15.Pengarah Penilaian Negeri/Penilai Daerah hendaklah mempastikan semua rekod kes SMK dikemaskinikan. Pejabat cawangan hendaklah mewujudkan fail kawalan bagi setiap Pihak Berkuasa Tempatan yang beroperasi di bawah kawasannya. Maklumat di dalam fail kawalan hendaklah antara lain mengandungi maklumat terkini dari segi tarikh pembayaran terakhir bagi SMK, tunggakan SMK, jika ada, dan kekerapan pembayaran SMK. Maklumat ini boleh diperolehi daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Fail untuk setiap harta tanah yang dinilai hendaklah diwujudkan dan disimpan dengan teratur.

16.Pegawai yang mengendali kes SMK hendaklah seorang Pegawai Penilaian atau Penolong Pegawai Penilaian yang telah menghadiri kursus SMK. Semua pengesahan senarai dan tuntutan SMK hanya boleh ditandatangani oleh Pengarah Penilaian Negeri/Penilai Daerah sahaja. Walau bagaimanapun Pengarah Penilaian Negeri dibenarkan menggunakan budibicara jika ingin menurunkan kuasa pengesahan ini ke peringkat Pegawai Penilaian. Semakan hendaklah dibuat terhadap bangunan yang dimasukkan di dalam senarai dari segi sama ada bangunan tersebut masih wujud, sama ada ianya dinilai mengikut tone of the list dan kadar cukai yang dikenakan hendaklah sama atau tidak melebihi kadar untuk harta persendirian.

17.Pejabat Cawangan dikehendaki mengemukakan maklumat tuntutan SMK oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan kepada Pengarah Bahagian Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Ibu Pejabat sebelum 1 November setiap tahun dengan menggunakan Borang F.

RASIONAL

18.Pekeliling ini akan dapat memberi penjelasaan dan kefahaman kepada semua pegawai mengenai prinsip dan tatacara penilaian SMK.

TARIKH KUATKUASA

19.Pekeliling ini berkuatkuasa mulai 1 April 2008. Dengan berkuatkuasanya pekeliling ini, maka Pekeliling Ikhtisas Bilangan I/1/1997 bertarikh 28 Januari 1997 dan Bilangan I/1/2003 bertarikh 11 Ogos 2003 adalah dibatalkan.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

[DATO ABDULLAH THALITH BIN MD. THANI]

Ketua Pengarah Penilaian

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

Kementerian Kewangan Malaysia

Tarikh: 1 April 2008BORANG A

SUMBANGAN MEMBANTU KADAR

KEMENTERIAN/JABATAN :..NAMA PIHAK BERKUASA TEMPATAN:MUKA:.

NEGERI:.

(Borang ini hendaklah diisi dalam 3 salinan oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk bangunan yang

tidak dimasukkan dalam tuntutan bagi tahun sebelumnya. Setelah disahkan oleh Ketua Pejabat Cawangan, dua salinannya hendaklah dikembalikan kepada Pihak Penguasa Tempatan).

No.

ButirNo.

J.K.R.Jenis Bangunan dan KegunaanTempatTempat diduduki

Semua

atau Bahagian

Tarikh mulai

didudukiKeterangan - keterangan

BORANG B

NAMA PENGUASA TEMPATAN:.

KERAJAAN PERSEKUTUAN

MUKA:..

SUMBANGAN MEMBANTU KADARNEGERI:.

(Borang ini hendaklah diisi oleh Pihak Berkuasa Tempatan dalam dua salinan dan dihantarkan kepada Pejabat Cawangan

penilaian yang berkenaan sebelum akhir tahun bagi tahun yang dituntut. Bagi bangunan yang tidak dimasukkan

dalam tuntutan untuk tahun sebelumnya, Borang ini hendaklah juga disertakan dengan Borang A atau Borang E).

No.

ButirKementerian/JabatanNo.

J.K.R.Jenis Bangunan

dan KegunaanTempatTarikh mulai

didudukiLuas lantai (k.p.)Cadangan Nilaian Tahunan atau Nilai Kemajuan

Peratus KadarCatatan

BORANG C

RINGKASAN SUMBANGAN MEMBANTU KADAR DI ATAS HARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

Nama Penguasa Tempatan:Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Jumlah Bayaran Atas Akaun Untuk Tahun:

Negeri

:Wilayah Persekutuan

Tahun

(1)Kawasan

(2)Jumlah Bil. Bangunan

(3)Jumlah Nilaian Tahunan

(4)Peratus

Kadaran

(5)Jumlah Sumbangan

(6)Catatan

(7)

1976Kuala Lumpur Proper

Kg. Baru

Kepong3,000

100

200RM15,000,000.00

RM 200,000.00

RM 500,000.0010%

3%

6%RM 1,500,000.00

RM 6,000.00

RM 30,000.00

RM 1,536,000.00

1977

1978

1979

1980

Saya sahkan bahawa tuntutan yang dibuat seperti

Disahkan tuntutan yang dibuat di atas telah diperiksa dan

di atas adalah benar dan adalah bagi bangunan -

didapati betul.

bangunan yang wujud pada tarikh seperti yang di

tuntut, serta tuntutan ini mengikut tatacara yang

berkenaan.

Tandatangan

:..

Tandatangan

:..

Nama Pegawai dan Jawatan:..

Nama Pegawai dan Jawatan:..

Cop Penguasa Tempatan:.

Cop Penguasa Tempatan:..

Tarikh

:.

Tarikh

:..BORANG D

SENARAI BANGUNAN BANGUNAN YANG DIDUDUKI OLEH JABATAN..

BilanganNo.

J.K.R.Jenis Bangunan dan KegunaanTempatLuas Bangunan

Tarikh mulai didudukiCatatan

BORANG EPerhatian : Satu borang digunakan untuk

satu bangunan

KENYATAAN PERUBAHAN(Borang ini hendaklah diisi dalam 4 salinan dan dua salinan hendaklah dihantar kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan 1 salinan dihantar ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

Yang Dipertua/Pengerusi,

.

Kerajaan...

.

Saya memberi notis pertukaran penduduk Bangunan-bangunan Kerajaan Persekutuan. Keterangan-keterangannya ialah bagaimana di bawah:-

BilanganNo. J.K.R.Jenis Bangunan dan

KegunaanTempatLuas BangunanCatatan

Pertukaran yang menyentuh Carum Membantu Kadar ialah seperti di bawah:-

* (a)Jabatan ini berhenti menduduki bangunan ini pada .. kerana bangunan ini dirobohkan.

* (b)Jabatan ini telah keluar dari bangunan ini pada

* (c)Jabatan ini menduduki bangunan ini mulai daripada ...

Jabatan yang menduduki dahulu ialah .

* (d)Jabatan ini menduduki bangunan ini mulai daripada Ini ialah bangunan baharu.

* (e)Bangunan ini ditambah, dan tambahan ini diduduki oleh Jabatan ini mulai daripada .

*di mana yang sesuai

...

Ketua Pejabat

BORANG F

RINGKASAN TUNTUTAN SUMBANGAN MEMBANTU KADAR

OLEH PENGUASA TEMPATAN

TAHUN:

NEGERI:

Bil.Nama

Penguasa TempatanJumlah Bilangan

Pegangan Yang Dikenakan

SumbanganJumlah Nilai TahunanPeratus KadaranJumlah SumbanganTarikh Disahkan Oleh

JPPHCatatan

.

Ketua PejabatPerbincangan

A)Pengesahan Borang CPerkara-perkara yang perlu dipatuhi ialah:

i) Ikut Tone of the list.

ii) Tidak termasuk harta tanah yang dikecualikan daripada bayaran sumbangan membantu kadar.a)Tanah kosong

b) Harta tanah yang diduduki semata mata untuk maksud pelajaran, perubatan, agama dan fine arts.

iii) Hanya dikenakan kadar am (general rate) sahaja untuk Semenanjung Malaysia, kadar khusus untuk negeri Sarawak dan kadar am serta kadar pembetungan untuk negeri Sabah.

iv) Hanya termasuk harta tanah Kerajaan Persekutuan atau yang diduduki oleh agensi Kerajaan Persekutuan sahaja.

v) Peratusan kadar dikenakan hendaklah tidak melebihi peratusan kadar yang dikenakan ke atas pegangan persendirian.

vi) Tidak termasuk bangunan yang telah diroboh, terbakar atau tidak diduduki lagi kerana usang.vii) Nilai tahunan atau nilai kemajuan adalah tepat.B) Tindakan yang perlu diambil jika Pengesahan Borang C tidak dapat dibuat.

C)Senarai harta yang diduduki semata mata untuk maksud pelajaran, perubatan, agama dan fine arts.Pengecualian Dari SMK : keputusan telah dibuat terhadap bangunan berikut:SMK

Tidak dikecualikanDikecualikan

1.Asrama jururawat pelatih

2.Asrama jururawat terlatih

3.Asrama murid-murid sekolah

4.Asrama guru-guru sekolah

5.Kantin sekolah/hospital*

6.Pejabat sekolah/hospital

7.Pejabat Pegawai Pendidikan Daerah

8.Pejabat Pengarah Kesihatan Negeri

9.Pejabat Pegawai Kesihatan Daerah

10.Klinik bidan/desa :-

i. Bahagian Klinik

ii. Bahagian tempat tinggal

11.Tempat sembahyang - surau

12.Kedai buku sekolah/hospital*

* Jika disewakan, hendaklah dibayar oleh penghuni mengikut Seksyen 163, Akta Kerajaan Tempatan 1976 kecuali perjanjian sewa mensyaratkan sebaliknya.

Pool Quarters-tidak dimasukkan dalam list Harta Persekutuan.

Untuk keterangan lanjut

a)INSPEN-to what extent is the holding inclusive?

b)Penjara-prison cells?

D)Agensi yang tidak boleh buat tuntutan di bawah SMK.

Contoh : CIDB, TNB, STM Bahagian Penilaian Dan Perkhidmatan Harta

IP JPPH

20/3/09

SMK

SUMBANGAN MEMBANTU KADAR