syarahan jiran

Upload: sazmani-samat

Post on 22-Jul-2015

1.381 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

TEKS SYARAHAN Jiran Sepakat Membawa Berkat Bismillahhirahmannirrahim

Terima kasih sejambak mawar seharum kasturi buat pimpinan majlis, panel hakim yang adil lagi saksama, dif-dif terhormat, barisan respektatif intelektual berkarisma seterusnya para hadirin pencetus revolusi minda yang saya hormati. Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Jiran Sepakat Membawa Berkat begitulah tajuk syarahan yang disajikan buat sajian minda warga merdeka. Justeru, mari kita mengurai dan merungkai idea tersirat, tajuk syarahan yang dimeterai. Sebelum saya menghurai dan merungkai idea tersirat mauduk yang dimeterai. Secara generalisasinya, jiran sepakat membawa berkat menarik minat kita untuk berdiskusi tentang situasi dan kondisi semangat kejiranan kita pada hari ini. Justeru, bagi menjawab persoalan, 3 komponen saya unjurkan. Pertama apakah yang didefinasikan jiran? .Kedua kepentingan jiran yang sepakat dan ketiga cabaran dan rintangan mewujudkan semangat kejiranan dalam kondisi dan situasi masyarakat pada hari ini. Komponen pertama adalah apakah yang didefinasikan dengan jiran? Pada zaman globalisasi ini, orang yang tinggal paling dekat dengan kita adalah jiran. Selalunya jiran ini dikaitkan dengan kedudukan rumah yang paling dekat dengan rumah kita.Oleh itu, jiran merupakan orang yang pertama kita meminta pertolongan sekiranya kita ditimpa musibah seperti kebakaran, kematian, dan malapetaka. Pada waktu inilah, pertolongan orang lain, khususnya jiran amat diharapkan. Jiran mungkin terdiri daripada kaum yang sama dan mungkin berbeza kaum dan agama. Di sinilah pentingnya kita mengamalkan sifat toleransi dalam memelihara hidup berjiran. Saudara dan saudari, Komponen kedua adalah Kepentingan jiran yang sepakat sebagai medium meningkatkan keharmonian masyarakat. Jiran yang aktif dan sensitif kepada atmosfera masyarakat memberikan keuntungan kepada masyarakat sekeliling. Keadaan ini sebenarnya mewujudkan masyarakat yang prihatin dan seterusnya mewujudkan cara hidup seperti aur dengan tebing untuk keberkatan dalam kehidupan. Dengan cara inilah, masyarakat dapat mengamalkan semangat kekitaan dan keprihatinan terhadap masalah yang terlibat oleh jiran. Masyarakat juga akan mengambil berat masalah yang dihadapi oleh jiran serta berusaha untuk mengatasi masalah tersebut bagi meringankan beban jiran yang ditanggungkan oleh mereka.

Selain itu, pertolongan daripada jiran amat diperlukan apabila kita hendak mengadakan majlis kenduri perkahwinan ataupun majlis rumah terbuka. Walaupun pengurusan ini dapat diuruskan dengan upah atau kontrak, kehadiran jiran dapat memeriahkan suasana majlis tersebut. Apabila seseorang itu tidak bergaul dengan orang yang lain, apabila dia hendak mengadakan sesuatu majlis, siapakah yang dia akan jemput? Dia akan berasa sukar untuk membuat keputusan untuk menjemput masyarakat setempatnya. Seterusnya, di mana kita tinggal, kita perlu mempunyai jiran yang baik kerana jiran akan menjadi tempat untuk kita memohan bantuan sekiranya kita ditimpa susah dan tempat yang bergembira ketika kita senang. Jadi, jikalau kita ingin mendapatkan jiran yang baik, kita haruslah bermula dengan diri kita dahulu dengan menjadi jiran yang baik. Seterusnya komponen ketiga iaitu cabaran dan rintangan mewujudkan semangat kejiranan dalam kondisi dan situasi masyarakat pada hari ini. Tatkala negara begitu berkobar-kobar berkempen supaya semangat kejiranan perlu dijana namun sebenarnya roh semangat kejiranan semakin hilang. Keadaan dunia yang semakin menghimpit dan menghambat penghuninya untuk meningkatkan produktiviti menyebabkan masa yang diluangkan untuk beramah mesra malah bertegur sapa dengan jiran tiada. Akhirnya sifat keakuan wujud dalam setiap individu. Keadaan ini menghakis semangat kejiranan. Keadaan dunia yang moden dan berteknologi tinggi dengan hanya duduk di rumah, keadaan seluruh dunia hanya di hujung jari. Namun dek kerana asyik duduk di rumah, tidak mempunyai masa untuk berjiran. Keadaan ini menyebabkan semangat kejiranan hanya tinggal khayalan sahaja. Kesimpulannya kehadiran jiran amat bermakna dalam kehidupan kita. Oleh itu, jadikanlah kita sebagai jiran yang baik supaya tidak mengamalkan sikap seperti enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. keharmonian dan keamanan bermula dari rumah dapat diikuti dengan kehidupan berjiran yang baik.WW

mengamalkan cara hidup seperti aur dengan tebing untuk keberkatan dalam kehidupan. Dengan cara inilah, masyarakat dapat mengamalkan semangat kekitaan dan keprihatinan terhadap masalah yang terlibat oleh jiran. Masyarakat juga akan mengambil berat masalah yang dihadapi oleh jiran serta berusaha untuk mengatasi masalah tersebut bagi meringankan beban yang ditanggungkan oleh mereka.

Komponen yang pertama adalah bagaimana pengimplikasian kekuatan semangat kejiranan dapat mewujudkan masyarakat yang berjaya. Kini kita tidak perlu risau dan gusar kerana di setiap kampung, malah desa dan bandar wujudnya kesatuan berasaskan kejiranan yang utuh dan kukuh. Kewujudan rukun tertangga bukan hanya di kampung bagi menampung gangguan yang tidak diundang malah kini sudah wujud di rumah-rumah pangsa dan pangsapuri separa mewah Dahulu, polislah tempat untuk diharap dan mengharap tapi kini, rukun tetangga yang wujud menjadi sandaran.Menyebabkan masalah kecurian dan pecah rumah akan dpaat diatasi.

Sekiranya,

alam sekitar boleh diertikan sebagai alam ciptaan Tuhan yang meliputi aspek yang terdapat di sekeliling manusia yang wujud secara semulajadi. Alam semulajadi boleh dilihat sebagai semua komponen semulajadi di mana semua hidupan tinggal dan berinteraksi antara satu sama lain dalam keseimbangan. Di sinilah haiwan, tumbuhan malah kita sebagai manusia yang tegak berpijak malah tidak akan berganjak selagi nyawa dikandung badan. Justeru, bagi mengupas persoalan, 3 dimensi kepentingan saya unjurkan.Pertama dimensi ekonomi , kedua dimensi sosial dan yang ketiga dimensi politik. Pertama dimensi ekonomi,