syarahan bmg teks

4
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang arif lagi bijaksana para hakim yang budiman, yang dikasihi guru-guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya dengan penuh hormat dan bangga di dewan yang serba indah ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk Peranan Bahasa Melayu Dalam Pembentukan Perpaduan Negara Bangsa . Sidang hadirin sekalian, Bahasa merupakan teras atau kunci dalam membentuk perpaduan bangsa. Perkembangan bahasa bermula sejak awal zaman sebelum negara kita merdeka lagi. Dengan kelebihan sebagai bahasa penghubung antara negara dengan masyarakat luar sejak zaman kesultanan Melayu Melaka iaitu bahasa lingua franca dengan majoriti penduduk pada masa itu maka bahasa Melayu diambil menjadi bahasa kebangsaan. Bagi negara Malaysia yang berbilang bangsa, satu bahasa perlu untuk menyatukan semua bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. Bahasa Melayu melambangkan identiti kita sebagai rakyat Malaysia yang sejati. Peranan bahasa Melayu jelas apabila bahasa Melayu mampu melahirkan semangat perpaduan, kekitaan dan kebangsaan. Bahasa Melayu juga digunakan dalam komunikasi, acara rasmi, segala surat-menyurat rasmi pentadbiran, minit mesyuarat dan sebagainya. Bahasa Melayu berperanan mengukuhkan perpaduan antara kaum dan keturunan serta perpaduan politik. Ia juga amat penting dalam bidang ilmu, sains, teknologi, sains komputer selain dijadikan bahasa ilmiah. Peranan Bahasa Melayu dalam membentuk perpaduan dapat dibincangkan dalam tiga cara iaitu melalui pendidikan, masyarakat, dan media massa. Sidang hadirin yang dihormati, Sebagai negara bangsa, peranan bahasa Melayu dalam pendidikan amat penting dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah dan pusat pengajian tinggi awam. Kepentingan bahasa Melayu dapat dilihat dalam Akta Pendidikan 1996, Perkara 17 yang menyatakan: Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini .

Upload: saravanakumar-perumal

Post on 10-Nov-2015

42 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

r

TRANSCRIPT

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang arif lagi bijaksana para hakim yang budiman, yang dikasihi guru-guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan.Berdirinya saya dengan penuh hormat dan bangga di dewan yang serba indah ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk Peranan Bahasa Melayu Dalam Pembentukan Perpaduan Negara Bangsa. Sidang hadirin sekalian,Bahasa merupakan teras atau kunci dalam membentuk perpaduan bangsa. Perkembangan bahasa bermula sejak awal zaman sebelum negara kita merdeka lagi. Dengan kelebihan sebagai bahasa penghubung antara negara dengan masyarakat luar sejak zaman kesultanan Melayu Melaka iaitu bahasa lingua franca dengan majoriti penduduk pada masa itu maka bahasa Melayu diambil menjadi bahasa kebangsaan. Bagi negara Malaysia yang berbilang bangsa, satu bahasa perlu untuk menyatukan semua bangsa iaitu Melayu, Cina dan India.Bahasa Melayu melambangkan identiti kita sebagai rakyat Malaysia yang sejati. Peranan bahasa Melayu jelas apabila bahasa Melayu mampu melahirkan semangat perpaduan, kekitaan dan kebangsaan. Bahasa Melayu juga digunakan dalam komunikasi, acara rasmi, segala surat-menyurat rasmi pentadbiran, minit mesyuarat dan sebagainya. Bahasa Melayu berperanan mengukuhkan perpaduan antara kaum dan keturunan serta perpaduan politik. Ia juga amat penting dalam bidang ilmu, sains, teknologi, sains komputer selain dijadikan bahasa ilmiah. Peranan Bahasa Melayu dalam membentuk perpaduan dapat dibincangkan dalam tiga cara iaitu melalui pendidikan, masyarakat, dan media massa.Sidang hadirin yang dihormati,Sebagai negara bangsa, peranan bahasa Melayu dalam pendidikan amat penting dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah dan pusat pengajian tinggi awam. Kepentingan bahasa Melayu dapat dilihat dalam Akta Pendidikan 1996, Perkara 17 yang menyatakan:Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini.

Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan terus diberi penekanan dalam Pelan Induk Pendidikan 2006-2010 yang dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membantu memantapkan lagi perpaduan negara bangsa. Fokus utama dalam membina negara bangsa mencakupi usaha-usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan, integrasi nasional dan bahasa ilmu. Di sekolah huraian sukatan bahasa Melayu mengandungi objektif dan nilai-nilai yang dirancang dan disampaikan kepada pelajar-pelajar dengan harapan agar pelajar-pelajar akan terdidik berbahasa dan berbudaya tinggi. Sekiranya pelajar-pelajar mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik secara tidak langsung mereka mudah berkomunikasi dengan rakan-rakan yang berbagai kaum. Para hadirin yang dimuliakan,Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Muhamad dalam ucapan beliau pada majlis Perasmian Gerakan Cintailah Bahasa Kita pada 11 Disember 1987 di Kuala Lumpur menyatakan bahawa kecintaan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan merupakan salah satu asas kecintaan terhadap negara yang perlu dipupuk dan diperkembangkan dengan dijadikan amalan. Menurut beliau, Bahasa Melayu melambangkan kesantunannya. Peningkatan ilmu dan kepenggunaannya boleh dijadikan kayu ukur kepada kesantunan bahasa Melayu tersebut. Ia mencakupi ciri-ciri dan nilai-nilai ketimuran berbahasa seperti bersifat budi bahasa, beradab dan memiliki nilai-nilai itulah yang telah dicuba untuk diterapkan dalam kehidupan rakyat yang berbilang bangsa iaitu dengan menggunakan bahasa Melayu dan sekali gus mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Dengan menguasai komunikasi berbahasa ini, hubungan yang baik akan mudah terjalin. Amalan hormat-menghormati dan sikap toleransi antara kaum perlu diamalkan sekiranya kita ingin melihat perpaduan terlaksana.

Para hadirin yang dikasihi,Dalam kalangan pengamal media pula, kerajaan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam alat komunikasi seperti radio,televisyen,surat khabar, majalah dan lain-lain alat sebaran am. Terdapat dua bentuk media utama di Malaysia iaitu media cetak dan media elektronik. Media cetak terdiri daripada akhbar, majalah,buletin,jurnal dan sebagainya. Media elektronik pula seperti televisyen,radio dan komputer dengan mel elektronik serta laman web. Televisyen banyak mempengaruhi masyarakat Malaysia yang mempunyai satu bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan iaitu bahasa Melayu. Paparan dan isi kandungan rancangan mencakupi berita dan maklumat, temu bual, soal jawab yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya. Kesemua rancangan ini mampu membantu penonton memahami dan menerima maklumat melalui penggunaan bahasa Melayu yang betul dan sebagai bahasa penyebar maklumat. Rancangan kanak-kanak dalam bahasa Melayu turut menjadi agenda utama televisyen dalam usaha mempengaruhi kanak-kanak berbahasa Melayu atau menguasai bahasa Melayu. Antara kartun yang dapat ditonton seperti Upin dan Ipin, Budak Kampung, Anak-anak Sidek dan sebagainya. Kanak-kanak akan lebih mudah belajar bahasa Melayu sekiranya mereka tertarik dengan cerita kanak-kanak yang disiarkan di televisyen atau dalam komik bergambar. Sidang hadirin sekalian,Kesimpulannya, Bahasa Melayu yang diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan telah berperanan mewujudkan suasana harmoni dalam negara yang berbilang kaum dan bangsa. Perpaduan dapat dicapai dengan mudahnya melalui satu bahasa yang difahami dan mampu dikuasai oleh semua kaum. Kita boleh berkomunikasi dengan baik. Amalan sikap saling bekerjasama, bertolak ansur dan saling menghormati sesama kaum dapat diwujudkan. Peranan kerajaan amat penting dalam merealisasikan matlamat pembentukan perpaduan bangsa tercapai dengan berdasarkan bahasa Melayu. Peranan media massa juga tidak dinafikan sama penting dalam menyebarkan maklumat dan penggunaan bahasa seperti kempen berbahasa melalui televisyen dan radio, iklan dan sebagainya. Pelbagai program dilancarkan yang melibatkan pelbagai kaum turut serta. Program 1 Malaysia yang dilancarkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyeru kita supaya berkongsi sebuah negara dan satu bahasa supaya pembentukan perpaduan bangsa Malaysia akan tercapai. 1 Malaysia berperanan menyemarakkan dan meningkatkan lagi semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia tanpa meminggirkan kaum yang lain.

Akhir kata,Bersatu teguh bercerai roboh,Bermuafakat bertambah berkat,Bersatu bertambah mutu;Ala bisa tegal biasa,Berbahasa kita berbangsa

Sekian, terima kasih.