syarahan

3
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia PuanAin, Yang Berusaha Ahli JKKK Kampung Gaya tuan-tuan dan puan-puan sealian! "elamat pagi dan salam sejahtera saya u#apan epada tuan-tuan dan puan-puan serta para pendu Kampung Gaya! "aya berasa amat gembira seali erana telah dijemput oleh Ketua Kampung untu memberi #eramah bertaju Pen#emaran! "aya berpendapat taju ini am bersesuaian seali dengan eadaan pendudu di sini! Pen#emaran meruju epada sebarang erosaan atau perubahan negati$e terhadap alam! Pen#emaran alam seitar boleh diategorian epada pen#emaran air udara, bunyi, tanah, dan sebagainya! Tuan-tuan dan puan-puan #uba tenungan% Betapa indahnya dunia ita pada hari in semua #anggih, emudahan lengah, menggunaan tenologi terini dan sedang mengejar e arus perembangan! Tetapi eindahan hari ini semain runtuh disebab pen#emaran yang ian berlau! Antara &ator-&ator yang menyebaban pen#emaran itu berlau ialah berpun# daripada siap urang bertanggungja'ab manusia itu sendiri! (ontohnya pen#emaran asap daripada peroo dan asap yang dieluaran daripada ilang! Kegiatan manusia untu mengejar pembangunan atas nama emodenan tanpa memiir &ator alam seitar dianggap sebagai &a#tor utama e arah pen#emaran ala seitar! "ebagai #ontoh, daerah Gomba begitu pesat membangun dengan rumah ediaman dan ilang perindustrian! Malahan ada rumah ediaman yang dibina tinggi lereng buit! Jia ruang sudah tida ada, sungai terpasa die#ilan dan dilurus Malangnya, di tengah-tengah eghairahan mendirian bangunan-bangunan ini, piha

Upload: chung-wei-ping

Post on 05-Nov-2015

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Syarahan

TRANSCRIPT

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majilis, Yang Berusahaa Ahli JKKK Kampung

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia PuanAin, Yang Berusaha Ahli JKKK Kampung Gaya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan serta para penduduk Kampung Gaya. Saya berasa amat gembira sekali kerana telah dijemput oleh Ketua Kampung untuk memberi ceramah bertajuk Pencemaran. Saya berpendapat tajuk ini amat bersesuaian sekali dengan keadaan penduduk di sini.

Pencemaran merujuk kepada sebarang kerosakan atau perubahan negative terhadap alam. Pencemaran alam sekitar boleh dikategorikan kepada pencemaran air, udara, bunyi, tanah, dan sebagainya.

Tuan-tuan dan puan-puan cuba tenungkan? Betapa indahnya dunia kita pada hari ini, semua canggih, kemudahan lengkah, menggunakan teknologi terkini dan sedang mengejar ke arus perkembangan. Tetapi keindahan hari ini semakin runtuh disebabkan pencemaran yang kian berlaku. Antara faktor-faktor yang menyebabkan pencemaran itu berlaku ialah berpunca daripada sikap kurang bertanggungjawab manusia itu sendiri. Contohnya pencemaran asap daripada perokok dan asap yang dikeluarkan daripada kilang. Kegiatan manusia untuk mengejar pembangunan atas nama kemodenan tanpa memikir faktor alam sekitar dianggap sebagai factor utama ke arah pencemaran alam sekitar. Sebagai contoh, daerah Gombak begitu pesat membangun dengan rumah kediaman dan kilang perindustrian. Malahan ada rumah kediaman yang dibina tinggi di lereng bukit. Jika ruang sudah tidak ada, sungai terpaksa dikecilkan dan diluruskan. Malangnya, di tengah-tengah keghairahan mendirikan bangunan-bangunan ini, pihak tertentu alpa kepada penyediaan sistem saliran, perparitan dan longkang yang sistematik dan teratur. Natijahnya bajir kilat berlaku. Air sungai yang melimpahi tebing turut menenggelamkan beberapa jalan utama serta berpuluh-puluh kenderaan yang diletakkan di tepi jalan dan tempat letak kereta, selain menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk di kawasan bandar raya Kuala Lumpur.Tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan.

Masalah pencemaran alam sekitar turut berpunca daripada. Pembangunan pelancongan di mana kawasan-kawasan hutan semula jadi terpaksa dipugar untuk memberi ruang kepada pembinaan hotel, chalet dan rumah penginapan. Natijahnya niat asal berlibur untuk menikmati keindahan dan ketenangan alam sekitar sudah bertukar kepada penikmatan pelbagai kelengkapan tempat penginapan moden yang disediakan di tempat-tempat peranginan. Tindakan menebang pokok secara berleluasa akan menjejaskan kualiti udara. Pencemaran dan mendapan sungai menjejaskan mutu air minuman yang kita minum. Ertinya kehilangan biodiversity akan mengakibatkan kehilangan nyawa manusia kerana ada di antara spesies di dalam hutan boleh digunakan untuk mengubati penyakit tertentu seperti kanser. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

Penduduk kawasan ini juga kian bertambah. Akibatnya banyak bahan buangan yang terpaksa dipungut oleh pihak berkuasa tempatan di sini setiap hari. Jika bahan buangan ini tidak diuruskan dengan baik, sudah pasti ia akan menyebabkan pencemaran dan masalah kepada alam sekitar hingga mengganggu kesihatan penduduk. Sehubungan dengan ini,Majlis Daerah telah melancarkan satu program yang dikenali sebagai Kitaran Semula Untuk Malaysia, sempena Hari Bumi Sedunia. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Di bawah program ini, beberapa sekolah terpiih di daerah ini telah diperuntukkan satu set (tiga) tong kitaran semula. Kerajaan telah meminda Akta Mutu Alam Sekitar (pindaan) 2001 supaya usaha-usaha ke arah mengawal pencemaran alam sekitar menjadi lebih berkesan. Tindakan kerajaan ini patu disokong penuh oleh segenap lapisan masyarakat sebab ia memberi kuasa kepada penguasa tempatan untuk bertindak terhadap pesalah yang mencemari alam sekitar di kawasan masing-masing. Akar umbi kepada permasalahan ini ialah tindakan dan perbuatan manusia sendiri. Oleh itu yang harus didisiplinkan dulu ialah manusia itu sendiri. Manusia seharusnya lebih berdisiplin ketika berinteraksi dengan alam sekitar.

Selain itu, pendidikan alam sekitar perlu diperkenalkan di peringkat sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi. Pemupukan semangat cinta akan keindahan dan kecantikan alam sekitar sedari peringkat rendah membolehkan seseorang insan menjadi lebih prihatin kepada persekitaran meraka. Sebagai mengakhiri ceramah ini, ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa pembangunan dan teknologi memberi keselesaan hidup kepada rakyat Malaysia. Namun kedua-duanya mestilah berjalan seiring dengan usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar. Akhir kata, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan syabas kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana sudi meluangkan masa untuk mendengar syarahan saya pada pagi ini dan saya ingin memohon maaf sekiranya ada tersilap kata. Sekian, terima kasih.