syair

8
SYAIR KONSEP SYAIR Syair adalah salah satu jenis puisi lama. Ianya berasal dari Persia dan sekarang di sebut Iran. Syair dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Kata syair berasal dari Bahasa Arab Syu’ur yang bererti perasaan. Kata syu’ur seterusnya terus berkembang menjadi kata syi’ru yang bererti puisi dalam pengertian umum. Syair dalam kesusasteraan Melayu merujuk pada pengertian puisi secara umum. Namun begitu, dalam perkembangannya syair tersebut mengalami perubahan dan modifikasi sehingga menjadi khas Melayu. Tidak lagi mengacu pada tradisi sastra syair di negeri Arab. Penyair yang berperanan besar dalam membentuk syair khas Melayu adalah Hamzah Fansuri dengan karyanya Syair bukanlah kumpulan kata yang asal saja dan tidak memiliki makna. Justeru itu, ia hadir membawa makna isi yang berhubung dengan kias, ibarat, sindiran, nasihat, pengajaran, agama dan juga berisikan sejarah atau dongeng. CIRI SYAIR Syair mempunyai beberapa ciri yang boleh dikenalpasti. Syair merupakan puisi terikat. Kebiasaannya syair terdiri daripada empat baris dan agak mirip dengan pantun. Perbezaannya adalah, empat baris pantun merupakan dua baris sampiran dan dua baris

Upload: azuzueria

Post on 12-Aug-2015

136 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Tugasan

TRANSCRIPT

Page 1: SYAIR

SYAIR

KONSEP SYAIR

Syair adalah salah satu jenis puisi lama. Ianya berasal dari Persia dan sekarang di

sebut Iran. Syair dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan

Islam. Kata syair berasal dari Bahasa Arab Syu’ur yang bererti perasaan. Kata

syu’ur seterusnya terus berkembang menjadi kata syi’ru yang bererti puisi dalam

pengertian umum.

Syair dalam kesusasteraan Melayu merujuk pada pengertian puisi secara umum.

Namun begitu, dalam perkembangannya syair tersebut mengalami perubahan dan

modifikasi sehingga menjadi khas Melayu. Tidak lagi mengacu pada tradisi sastra

syair di negeri Arab. Penyair yang berperanan besar dalam membentuk syair khas

Melayu adalah Hamzah Fansuri dengan karyanya

Syair bukanlah kumpulan kata yang asal saja dan tidak memiliki makna. Justeru itu,

ia hadir membawa makna isi yang berhubung dengan kias, ibarat, sindiran, nasihat,

pengajaran, agama dan juga berisikan sejarah atau dongeng.

CIRI SYAIR

Syair mempunyai beberapa ciri yang boleh dikenalpasti. Syair merupakan puisi

terikat. Kebiasaannya syair terdiri daripada empat baris dan agak mirip dengan

pantun. Perbezaannya adalah, empat baris pantun merupakan dua baris sampiran

dan dua baris isi yang berdiri sendiri. Sedangkan bait syair merupakan bahagian dari

sebuah cerita panjang. Jumlah kata dalam satu baris tetap iaitu 4 ke 5 kata satu

baris. Jumlah suku kata pula antara 8 hingga 12 suku kata dalam satu baris. Rima

akhirnya juga tetap iaitu aaaa. Ada juga yang memiliki rima a/b/a/b, tiga baris

dengan rima akhir a/b/b, dan dua baris dengan rima a/b. namun ketiga bentuk syair

terakhir tidaklah popular.

Page 2: SYAIR

JENIS SYAIR

Syair terbahagi kepada 2 jenis iaitu, syair naratif dan syair non naratif.

1. Syair naratif ialah syair yang berbentuk cerita yang boleh dibahagikan kepada

empat jenis iaitu:

a) Syair Romantis

Syair romantis berkisar tentang percintaan yang biasanya terdapat pada

cerita pelipur lara, hikayat, mahupun cerita rakyat. Contoh syair romantis

yakni Syair Bidasari yang menceritakan tentang seorang putri raja yang telah

dibuang ibunya. Setelah beberapa lama ia dicari Putra Bangsawan

(saudaranya) untuk bertemu dengan ibunya. Pertemuan pun terjadi dan

akhirnya Bidasari memafkan ibunya yang telah membuangnya.

b) Syair Sejarah

Syair sejarah adalah syair yang berdasarkan peristiwa sejarah. Sebahagian

besar syair sejarah berisi tentang peperangan. Contoh syair sejarah adalah

syair Perang Mengkasar, berisi tentang perang antara orang-orang Makassar

dengan Belanda. Syair Bahasa Arab yang tercatat paling tua di Nusantara

adalah catatan di batu nisan Sultan Malik al Saleh di Aceh bertarikh 1297M.

c) Syair Keagaamaan

Syair ini menceritakan tentang hal-hal keagaamaan seperti sejarah atau

tokohnya. Contoh syair keagamaan ialah syair Nur Muhammad

d) Syair Kiasan

Syair kiasan berisi tentang percintaan ikan, burung, bunga atau buah-buahan.

Percintaan tersebut merupakan kiasan atau sindiran terhadap peristiwa

tertentu. Contohnya syair kiasan adalah syair Burung Pungguk yang isinya

menceritakan tentang percintaan yang gagal akibat perbezaan pangkat

seperti perumpamaan “seperti pungguk merindukan bulan”.

Page 3: SYAIR

2. Syair non naratif pula, syair berbentuk nasihat atau pengajaran dan agama.

Ianya bolehlah dijelaskan seperti:

a) Syair Nasihat atau pengajaran

Syair ini mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan nasihat secara

umumnya. Di mana nasihat dan pengajaran amat ditekankan di dalam

syair ini sebagai panduan pembaca.

b) Syair Agama

Syair agama merupakan syair terpenting. Syair agama dibahagi pula

kepada empat iaitu syair Sufi, syair tentang agama Islam, syair riwayat

kisah nabi dan syair nasihat. Perlu diketahui, setiap syair pasti

mengandungi pesan tertentu. Pesan tersebut dapat kita simpulkan setelah

memahami isi sebuah syair.

CONTOH SYAIR

Seri negeri gelaran diberi

Sebuah pulau cantik berseri

Bernaung dibawah sebuah negeri

Raja berdaulat Paduka Seri

Lautnya biru pantainya indah

Makam Mahsuri lagenda sejarah

Puteri Melayu tak mudah menyerah

Tujuh keturunan dimakan sumpah

Pulau lagenda dimakan sumpah

Tujuh keturunan tamatlah sudah

Kini makmur melimpah ruah

Semua penghuni tersenyum megah

Page 4: SYAIR

GURINDAM

KONSEP GURINDAM

'Gurindam''' merupakan sejenis bentuk puisi yang tidak terikat atau tidak tentu

bentuknya. Bentuk yang terikat biasanya terdiri daripada dua baris serangkap. Iaitu

menyerupai syair dua baris atau nazam. Setiap baris biasanya mengandungi tiga

atau empat, enam atau lebih perkataan. Pola rima a-a; a-b atau serima (monoryme).

Tiap serangkap merupakan sebahagian daripada idea yang berturutan dan biasanya

memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk menyatakan keseluruhan idea.

Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai puisi bebas, sama ada berangkap atau

tidak. Walaupun setiap rangkap dapat berdiri sendiri tetapi biasanya memerlukan

beberapa baris atau rangkap untuk menyatakan keseluruhan idea.

Dari segi bentuk ia sama seperti talibun, teromba atau mantera. Namun begitu,

ianya tergolong sebagai gurindam kerana isinya mengandung nasihat, pengajaran

dan kebenaran, berbeza dengan mantera. Gurindam tidak mengandung unsur sihir.

Berbeza dengan teromba, ia tidak merujukkan kepada salasilah atau undang-

undang setempat.

Gurindam juga dapat merangkumi puisi yang lebih bebas. Secara sinkronis

tergolong sebagai puisi moden, terutama di peringkat awal perkembangannya.

Kebanyakan karya puisi dalam peringkat itu memperlihatkan kebebasan dari segi

bentuk dan isi. Namun ianya masih terkongkong kepada nilai-nilai puisi tradisional

dari segi pola rima, rentak dan unsur-unsur estetik yang lain.

CIRI GURINDAM

Gurindam mempunyai ciri yang tersendiri yang boleh kita lihat apabila membacanya.

Setiap suku terdiri atas dua baris. Jumlah suku kata setiap baris tidak menentu.

Kebiasaannya 10 hingga 12 suku kata. Sajaknya a-a. gurindam yang baik bersajak

penuh, tetapi ada juga yang bersajak paruh. Baris kedua merupakan akibat atau

balasan yang terdapat dalam baris pertama. Kebiasaannya gurindam berisi nasihat.

Page 5: SYAIR

JENIS GURINDAM

1. Gurindam berangkai ialah gurindam yang kata pertama pada baris pertama

tiap gurindam sama

contoh:

Cari olehmu akan sahabat

yang dapat dijadikan ubat

Cari olehmu akan guru

yang mampu memberi ilmu

Cari olehmu akan kawan

yang berbudi serta berkawan

Cari olehmu akan abadi

yang terampil serta berbudi

2. Gurindam Berkait ialah gurindam yang bait pertamanya mempunyai

hubungan dengan bait berikutnya

Contoh:

Sebelum bekerja fikir dahulu

agar pekerjaan selamat selalu

Kalau bekerja terburu-buru

tentulah banyak keliru

Page 6: SYAIR

SAJAK

KONSEP SAJAK

Menurut Hashim Awang sajak adalah puisi baru yang bebas daripada peraturan-peraturan dalam pembentukan rangkap, baris, kata-kata dan rima. Sajak bersifat demikian untuk dapat mengucapkan fikiran penyair dalam cara yang lebih indah, segar dan bebas.

 

CIRI SAJAK

Sajak tidak mempunyai imbangan bunyi yang tetap. Ianya tidak semestinya mengemukakan pertentangan bunyi atau rima akhir di hujung tiap-tiap baris ayat atau dimana-mana juga. Sajak turut mempunyai rangkap, tetapi bilangan baris ayat pada serangkap sajak tidaklah tetap. Namun baris-baris ayat yang tersusun merupakan baris-baris ayat yang membangunkan rangkap. Sajak yang baik, mempunyai keharmonian atau penyusunan yang baik antara isi degan bahsa.

Sajak juga mempunyai beberapa ciri yang mempunyai susunan rangkap yang boleh dikenalpasti. Bagi sajak yang ditulis dalam bentuk dua baris bagi tiap-tiap rangkap ianya disebut disitkhon. Manakala sajak yang dalam rangkapnya terdiri daripada tiga baris disebut terzina. Quantrain turut dinamakan bagi sajak yang rangkap-rangkapnya terbangun atas empat baris. Di mana, bentuknya lebih menyerupai pantun dan syair. Bagi sajak yang rangkapnya dibentuk oleh lima baris atau kalimat, ianya disebut quintain. Sajak yang digubah dengan pemakaian rangkap yang terdiri daripada enam baris disebut sextet dan bagi sajak yang rangkapnya terdiri oleh lapan baris disebut oktaf atau stanza.