surface grinding

8
Pendahuluan 1. Pengenalan kepada Mesin Pencanai Mencanai (grinding) merupakan proses pemotongan logam yang mana ianya mengeluarkan logam atau bahan lain dalam bentuk serpihan kecil dengan cara pemusingan roda pencanai yang dibuat daripada bijian-bijian abrasive yang halus dan diikat. Tiap-tiap satu bijian itu merupakan mata alat pemotongan yang halus. Zarah-zarah lelas kecil ini dipanggil pelelas yang memotong logam pada bahan yang hendak dicanai. Grinding merupakan operasi pemotongan kekemasan dan adalah proses yang terakhir dalam pemesinan. Ianya juga digunakan bagi tujuan menajamkan mata alat dan seperti pahat, mata alat mesin larik, mata gerudi, pisau dan lain-lain lagi. 2. Kebaikan Mesin Pencanai Proses mencanai adalah kerja yang penting di dalam kerja- kerja pengeluaran dan ianya mempunyai kebaikan jika dibandingkan dengan proses pemotongan yang lain kerana : Satu-satunya cara pemotongan bahan yang telah diberi rawatan haba (hardening). Komponen yang dikehendaki dimesin terlebih dahulu dalam keadaan anneal. Sedikit lebihan sahaja ditinggalkan untuk proses mencanai. Menghasilkan kekemasan permukaan yang amat licin yang diperlukan pada permukaan bearing dan permukaan yang menyentuh antara satu sama lain.

Upload: are-san

Post on 20-Nov-2015

669 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

Pendahuluan

1. Pengenalan kepada Mesin Pencanai

Mencanai (grinding) merupakan proses pemotongan logam yang mana ianya mengeluarkan logam atau bahan lain dalam bentuk serpihan kecil dengan cara pemusingan roda pencanai yang dibuat daripada bijian-bijian abrasive yang halus dan diikat. Tiap-tiap satu bijian itu merupakan mata alat pemotongan yang halus. Zarah-zarah lelas kecil ini dipanggil pelelas yang memotong logam pada bahan yang hendak dicanai. Grinding merupakan operasi pemotongan kekemasan dan adalah proses yang terakhir dalam pemesinan. Ianya juga digunakan bagi tujuan menajamkan mata alat dan seperti pahat, mata alat mesin larik, mata gerudi, pisau dan lain-lain lagi.

2. Kebaikan Mesin Pencanai

Proses mencanai adalah kerja yang penting di dalam kerja-kerja pengeluaran dan ianya mempunyai kebaikan jika dibandingkan dengan proses pemotongan yang lain kerana :Satu-satunya cara pemotongan bahan yang telah diberi rawatan haba (hardening). Komponen yang dikehendaki dimesin terlebih dahulu dalam keadaan anneal. Sedikit lebihan sahaja ditinggalkan untuk proses mencanai.Menghasilkan kekemasan permukaan yang amat licin yang diperlukan pada permukaan bearing dan permukaan yang menyentuh antara satu sama lain.Benda kerja dapat disiapkan keukuran yang tepat dalam masa yang singkat. Ini adalah disebabkan sedikit lebihan sahaja yang ditinggalkan untuk proses mencanai.

3. Jenis jenis Pencanai dan Kegunaan

Mesin pencanai meja dan kaki (Padestal Grinding) Mesin pencanai permukaan (Surface Grinding) Mesin pencanai silinder (Cylindrical Grinding) Mesin pencanai mata alat pemotong (Tool and Cutter Grinder) Mesin pencanai tanpa tetengah (Centerless Grinding)

a. Mesin pencanai meja dan kakiMesin pencanai meja mempunyai dua roda pencanai, iaitu satu jenis halus dan satu jenis kasar. Biasanya mesin pencanai jenis ini diboltkan pada meja kerja dan digunakan untuk mencanai alat pemotong seperti pahat, mata alat mesin larik, pisau dan lain- lain lagi.

b. Mesin Pencanai PermukaanMesin pencanai permukaan digunakan untuk mencanai permukaan bahan logam bagi menghasilkan permukaan yang licin dengan ketepatan ukuran yang jitu. Mesin jenis ini dilengkapi dengan satu roda canai yang dipasang pada bahagian spindal mesin dan ragum magnet digunakan untuk memegang benda kerja. c. Mesin Pencanai Silinder

Mesin pencanai silinder digunakan untuk mencanai komponen yang berbentuk silinder. Contohnya sebatang aci. Benda kerja dipegang antara cuk dan tetengah atau dipegang antara dua tetengah dan disuapkan ke roda pencanai yang berputar. Benda kerja diputarkan oleh satu motor. Bindu tiga rahang dan tetengah terletak di atas meja mesin yang boleh digerakkan secara membujur dan menegak.

4. Struktur Roda Pencanai

Roda pencanai dibuat dengan mengikatkan ribuan bijian las (pelelas) dengan bahan pengikat yang sesuai. Bijian pelelas dan pengikat ditekan didalam acuannya dan seterusnya dikeluarkan dan dibakar. Bentuk roda pencanai adalah bergantung kepada acuannya.

5. Komponen Roda Pencanai

Jenis bahan PelelasPelelas ialah sebarang bahan yang berkebolehan mengikis bahan lain yang lebih lembut daripadanya. Pelelas terdiri daripada :a. Pelelas Asli Emery Batu Pasir Korondum Kuarza

b. Pelelas Tiruan Aluminium Oksida Silicon Karbida Boron Karbida

Saiz bijian PelelasSaiz bijian pelelas perlu diambil kira untuk menyesuaikan banyaknya bahagian bahan yang hendak dicanai. Saiz pelelas dikukur melalui jumlah lubang seperti:

8 lubang hingga 24 lubang - kasar 30 lubang hingga 60 lubang - sederhana 70 lubang hingga 180 lubang halus 220 lubang hingga 600 lubang sangat halus

Gred Roda PencanaiGred atau kekuatan pengikat ada 3 peringkat dan dinyatakan dalam huruf A hingga Z.

Gred lembut.A,B,C,D,E,F,G dan H Gred sederhana .I,J,K,L,M,N dan P Gred keras.Q,R,S,T,U,V,W,X,Y dan Z.

Struktur Roda Pencanai

Padat0,1,2,3,

Sederhana4,5,6,7,

Jarang8,9,10,11,12.

6. Komponen utama dan Pemegang benda kerja