surat tuntutan peruntukan

2
Rujukan Kami : UM.API.JAPI.KMPU/SU/10/05 Tarikh : 23 MAC 2010 Kepada, Prof. Dr Ahmad HIdayat Buang Pengarah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Tuan, MEMOHON PERUNTUKAN PERBELANJAAN KEM MOTIVASI PERSONALITI UNGGUL 2010. Perkara di atas dengan hormatnya adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam telah mengadakan Kem Motivasi Personaliti Unggul. Berikut adalah butiran mengenai program tersebut : Tarikh : 19 hingga 21 Mac 2010 (Jumaat hingga Ahad) Tempat : Kemunting Beach Resort, Pengkalan Balak, Melaka. 2. Untuk makluman pihak tuan, program Kem Motivasi Personaliti Unggul ini telah dianjakkan tarikh dan tempat seperti yang tertera di atas. Hal ini adalah berikutan masalah teknikal yang dihadapi oleh unit jawatan kuasa pelaksana. 3. Merujuk kepada surat UM.I/UA/754 bertarikh 4 Januari 2010 yang menyatakan kelulusan dan peruntukan perbelanjaan sempena dengan program yang telah dijalankan. Tujuan kami adalah ingin memohon peruntukan

Upload: msolahuddin

Post on 26-Jun-2015

130 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: surat tuntutan peruntukan

Rujukan Kami : UM.API.JAPI.KMPU/SU/10/05

Tarikh : 23 MAC 2010

Kepada,

Prof. Dr Ahmad HIdayat Buang

Pengarah,

Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya,

Kuala Lumpur.

Tuan,

MEMOHON PERUNTUKAN PERBELANJAAN KEM MOTIVASI PERSONALITI

UNGGUL 2010.

Perkara di atas dengan hormatnya adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa

Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam telah mengadakan Kem Motivasi Personaliti

Unggul. Berikut adalah butiran mengenai program tersebut :

Tarikh : 19 hingga 21 Mac 2010 (Jumaat hingga Ahad)

Tempat : Kemunting Beach Resort, Pengkalan Balak, Melaka.

2. Untuk makluman pihak tuan, program Kem Motivasi Personaliti Unggul ini

telah dianjakkan tarikh dan tempat seperti yang tertera di atas. Hal ini adalah

berikutan masalah teknikal yang dihadapi oleh unit jawatan kuasa pelaksana.

3. Merujuk kepada surat UM.I/UA/754 bertarikh 4 Januari 2010 yang

menyatakan kelulusan dan peruntukan perbelanjaan sempena dengan program yang

telah dijalankan. Tujuan kami adalah ingin memohon peruntukan perbelanjaan

sebanyak RM1000 dari pihak tuan. Di sini kami lampirkan laporan program dan

program belanjawan Kem Motivasi Personaliti Unggul untuk rujukan pihak tuan.

4. Segala kerjasama dan sumbangan daripada pihak tuan amat kami hargai dan

didahului dengan ucapan jutaan terima kasih .

Page 2: surat tuntutan peruntukan

Sekian.

“GENERASI UNGGUL WARISAN NEGARA”

Yang benar,

………………………………………

(MOHD SOLAHUDDIN BIN SHAHRUDDIN)

Ketua Jawatankuasa Pelaksana,

Kem Motivasi Personaliti Unggul 2010,

Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam,

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

( 013-6288776, [email protected])