surat tidak dapat hadir

Upload: nur-syafiqah-noraslin

Post on 04-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Surat Tidak Dapat Hadir

    1/1

    Rabiatul Adawiyah binti Mahmuddin

    Bilik C 326,

    Blok Siti Khadijah,

    Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam,

    43657 Bandar Baru Bangi,

    SELANGOR DARUL EHSAN

    _________________________________________________________________________________________

    Cik Noorzihan binti Adnan,

    Warden Blok Siti Khadijah,

    Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam,

    43657 Bandar Baru Bangi,

    SELANGOR DARUL EHSAN 12 Oktober 2012

    Puan,

    Tidak Dapat Hadir ke Program Hari Keluarga Blok C

    Merujuk pernyataan di atas, saya Rabiatul Adawiyah Binti Mahmuddin, penghuni bilik C 326 Blok Siti

    Khadijah ingin menjelaskan sebab saya tidak dapat menghadirkan diri ke program Hari Keluarga Blok C

    pada 13 Oktober 2012.

    2. Hal ini demikian kerana saya terlibat dengan Program Larian Maksak yang diadakan di Putrajaya.

    Saya telah diamanahkan dan diberi tanggungjawab untuk menjadi Pegawai Sukan sepanjang program ini

    berlangsung.

    3. Bersama ini saya menyertakan lampiran sebagai bukti dan rujukan pihak Puan.

    4. Diharapkan agar pihak Puan dapat mempertimbang dan menerima alasan saya ini. Kerjasama yang

    diberikan daripada pihak Puan didahului dengan ucapan penghargaan dan terima kasih.

    Sekian.

    Yang Benar,

    (RABIATUL ADAWIYAH BINTI MAHMUDDIN)