surat rayuan ke maktab/ universiti

Upload: maisarah-azmi

Post on 05-Apr-2018

266 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Surat Rayuan Ke maktab/ Universiti

    1/1

    Hanis Binti Hamdan,

    Lot 229 ,Kampung Bukit Pasir,

    15300 Kubang Kerian,

    Kota Bharu, Kelantan

    Bahagian Pendidikan Guru,

    Kementerian Pelajaran Malaysia,

    Aras 3, Blok E13, Parcel E,

    Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

    62604 Putrajaya (u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar). 21 Jun 2012

    Tuan,

    RAYUAN PERMOHONAN KEMASUKAN KURSUS PERGURUAN LEPASAN SPM

    Merujuk perkara di atas, adalah saya Hanis Binti Hamdan, nombor kad pengenalan 930202-03-5342

    memohon agar terpilih dalam tawaran Kursus Perguruan Lepasan SPM.

    2. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya telah menghadiri sesi temuduga pada sesi temuduga IPG

    kemasukan Jun 2011 dalam Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah

    namun gagal terpilih. Sekali lagi saya mencuba nasib dan memohon untuk menghadiri temuduga dalam

    pengkhususan Pendidikan Seni Visual Pendidikan Sekolah Rendah pada tahun ini namun permohonan

    saya juga turut ditolak.

    3. Bersama surat ini juga saya lampirkan salinan slip keputusan SPM saya. Untuk pengetahuan

    pihak tuan juga, saya kini menuntut di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Diploma Sains.

    4. Walaubagaimanapun, saya berhasrat untuk belajar di IPG dalam bidang pendidikan seni visual

    bagi sekolah rendah (SK).

    5. Saya amat berharap agar permohonan saya ini dipertimbangkan oleh pihak tuan sebaik

    mungkin.Segala kerjasama oleh pihak tuan amat saya hargai.

    Yang benar,

    (Hanis Binti Hamdan)