surat permohonan tapak

2
1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Ruj. Kami : IPRM 02/26 Jld.10( ) Tarikh : 26 NOVEMBER 2012 Pengarah, Jabatan Perparitan dan Saliran Daerah Jelebu, 71600 Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan Darul Khusus Tuan, PERMOHONAN MENGGUNAKAN TAPAK KAWASAN EMPANGAN SUNGAI BULUH UNTUK MENGADAKAN PENILAIAN AMALI PENDIDIKAN LUAR Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa kumpulan pelajar Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban akan mengadakan perkhemahan Pendidikan Luar untuk memenuhi keperluan taksiran dan penilaian kursus amali Pendidikan Luar. 3. Untuk makluman tuan, perlaksanaan perkhemahan adalah seperti ketetapan berikut : Tarikh : 16 OGOS 2014 Bilangan peserta : Pelajar 30 orang Penyelaras : En. Jalil bin Osman (013 6293230) 4. Sehubungan itu, kami memohon jasa baik tuan membenarkan kami membuat perkhemahan di sekitar kawasan tersebut. Kami juga memohon jasa baik pihak tuan untuk menggunakan kemudahan asas seperti berikut: i. Surau (kegunaan pegawai sahaja) ii. Dataran Perhimpunan iii. Tandas dan bilik air (kegunaan pegawai sahaja) Kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, sila berhubung dengan Encik Jalil bin Osman di talian bimbit 013-6293230 Sekian.

Upload: mani-vaasagam

Post on 05-Feb-2016

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

asd

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Permohonan Tapak

1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Ruj. Kami : IPRM 02/26 Jld.10( )Tarikh : 26 NOVEMBER 2012

Pengarah,Jabatan Perparitan dan Saliran Daerah Jelebu,71600 Kuala Klawang, Jelebu,Negeri Sembilan Darul Khusus

Tuan,

PERMOHONAN MENGGUNAKAN TAPAK KAWASAN EMPANGAN SUNGAI BULUH UNTUK MENGADAKAN PENILAIAN AMALI PENDIDIKAN LUAR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa kumpulan pelajar Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban akan mengadakan perkhemahan Pendidikan Luar untuk memenuhi keperluan taksiran dan penilaian kursus amali Pendidikan Luar.

3. Untuk makluman tuan, perlaksanaan perkhemahan adalah seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 16 OGOS 2014Bilangan peserta : Pelajar 30 orang Penyelaras : En. Jalil bin Osman (013 6293230)

4. Sehubungan itu, kami memohon jasa baik tuan membenarkan kami membuat perkhemahan di sekitar kawasan tersebut. Kami juga memohon jasa baik pihak tuan untuk menggunakan kemudahan asas seperti berikut:

i. Surau (kegunaan pegawai sahaja)ii. Dataran Perhimpunaniii. Tandas dan bilik air (kegunaan pegawai sahaja)

Kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, sila berhubung dengan Encik Jalil bin Osman di talian bimbit 013-6293230

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“Cintai Bahasa Kita”

Saya yang menurut perintah,

(MUSA BIN ABDULLAH)PengarahInstitut Pendidikan Guru Kampus Raja MelewarSeremban

s.k. 1. Ketua Unit Khidmat Pengurusan2. Ketua Jabatan HEP3. Fail Jabatan

DA/da