surat pengarah penceramah.doc

3
SKST /06/10/002 ( 18/ 2012) 20 JULAI 2012 Kepada : Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan, Persiaran duta Off Jalan Duta, 50604 KUALA LUMPUR. ( u.p; Unit Perhubungan dan Pendaftaran ) Melalui : Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Seri Tasik, Bandar Sri Permaisuri, 56000 KUALA LUMPUR Tuan, PERMOHONANAN MENJEMPUT PENCERAMAH BEBAS BERSEMPERNA PROGRAM TAZKIRAH RAMADHAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KEM ANAKKU MASA DEPAN DI TANGAN MU V ( FASA 1 @ 2012 ) Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Seri Tasik, SK Seri Tasik, Kuala Lumpur, akan mengadakan program Tazkirah Ramadhan dan Majlis Berbuka Puasa bersama Kem Anakku Masa Depan Di Tanganmu V ( fasa 1@ 2012) pada hari dan tarikh seperti yang berikut: Tarikh : 4 Ogos 2012 ( Sabtu ) Tempoh : 1 Hari Tempat : Perkarangan Kawasan Sekolah, SK Seri Tasik, Kuala Lumpur

Upload: mummy-ila

Post on 26-Sep-2015

229 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

SKST /06/10/002 ( 18/ 2012)

20 JULAI 2012

Kepada : Pengarah,

Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan,

Persiaran duta Off Jalan Duta,

50604 KUALA LUMPUR.

( u.p; Unit Perhubungan dan Pendaftaran )

Melalui :

Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Seri Tasik,

Bandar Sri Permaisuri,

56000 KUALA LUMPURTuan,

PERMOHONANAN MENJEMPUT PENCERAMAH BEBAS BERSEMPERNA PROGRAM TAZKIRAH RAMADHAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KEM ANAKKU MASA DEPAN DI TANGAN MU V ( FASA 1 @ 2012 ) Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.2. Sukacita dimaklumkan bahawa Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Seri Tasik, SK Seri Tasik, Kuala Lumpur, akan mengadakan program Tazkirah Ramadhan dan Majlis Berbuka Puasa bersama Kem Anakku Masa Depan Di Tanganmu V ( fasa 1@ 2012) pada hari dan tarikh seperti yang berikut:Tarikh : 4 Ogos 2012 ( Sabtu )Tempoh : 1 Hari Tempat : Perkarangan Kawasan Sekolah, SK Seri Tasik, Kuala Lumpur3. Untuk pengetahuan pihak tuan, program kali ini akan melibatkan seramai 40 orang ( dan 80 orang ibu bapa murid serta 350 orang murid ), di mana ianya terdiri daripada golongan murid murid Melayu amnya dan Islam khasnya yang mempunyai masa depan yang cerah, yang disasarkan, telah terlibat dalam salah laku disiplin samada di dalam atau luar sekolah dan dari itu pihak kami akan cuba sedaya upaya untuk memupuk mereka dengan sikap sayangkan diri, keluarga dan masyarakat. Mereka juga akan diasuh dengan nilai kerohanian yang tinggi bagi menjadikan diri mereka seorang bangsa yang berguna kepada bangsa dan Negara. Kebanyakan mereka yang terlibat dalam program pada kali ini adalah berasal daripada keluarga yang bermasalah segi kewangan ( miskin ) , rumahtangga ( ibu bapa bercerai ), kurang didikan agama dan perhatian ibu bapa.

4.Bagi merealisasikan perjalanan program sekolah pada kali ini, pihak kami telah menjemput seorang penceramah bebas daripada pihak JAKIM untuk memberi tazkirah pada program ini . Pihak JAKIM telah memilih salah seorang penceramah yang bersesuaian dan mengikut prosidur yang telah di tetapkan oleh pihak kementerian. 5.Oleh yang demikian, pihak kami berharap agar pihak tuan dapat memberi kerjasama dengan membenarkan ceramah berkaitan kekeluargaa bagi program ini dijalankan. Pihak sekolah sangat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat bersama sama dalam melancarkan program kami pada kali ini.6. Pihak tuan juga boleh menghubungi nombor di bawah jika terdapat sebarang masalah atau pemberitahuan.Pn. Suhaila bt Omar ( SU Program ): 013 2276747Email : kekasihkunyerr @yahoo.com.myBersama sama ini juga, disertakan Kertas Kerja program untuk rujukan daripada pihak tuan.7. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan untuk sama-sama menjayakan program kali ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARASaya yang menjalankan tugas, .......... ( NASRUDIN B YUSUF )YDP PIBGSK Seri Tasik, KL.