surat pemberitahuan kepada ibu an

Download Surat Pemberitahuan Kepada Ibu an

If you can't read please download the document

Upload: rynmusidraesoong

Post on 26-Jun-2015

3.272 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN KOPURON D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH TELUPID PETI SURAT NO 08 89300 TELUPID SANDAKAN. Ruj. Tuan : Rujukan Kami : XBA2248/02/ Tarikh : 21 Oktober 2010 Kepada: En. Majius Kumpit Tuan, LAWATAN SAMBIL BELAJAR UNTUK MURID-MURID TAHUN 6 Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan lawatan khas untuk murid-murid Tahun 6. 3. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi menghargai anak-anak tuan/puan yang telah menghabiskan masa selama 6 tahun belajar dan menjadi warga di sekolah ini. Justeru ini memberi peluang kepada anak-anak tuan/puan untuk mengenali dan mempelajari ilmu secara tidak langsung sepanjang lawatan nanti. 4. Walau bagaimana pun, pihak sekolah ingin meminta yuran sebanyak RM15.00 sebagai perbelanjaan mereka termasuk makan, minum dan bayaran tiket dalam lawatan ini. 5. Oleh itu, pihak sekolah telah bersetuju untuk mengadakan lawatan ini pada ketetapan yang berikut: Tarikh Hari : 29 Oktober 2010 : Jumaat

Tempat Lawatan: Sandakan 6. Bersama-sama ini adalah surat kebenaran ibu bapa/penjaga murid serta jadual lawatan agar pihak tuan/puan maklum mengenai tempat-tempat yang akan mereka lawati kelak. 7. Oleh yang demikian, perhatian dan kerjasama dari pihak tuan/puan adalah amat dihargai. Sekian dan terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, ............................................. (PN TEINIE @ DORAH LIHU) Guru Besar SK Kopuron Telupid.

S.k fail