surat pekeliling ikhtisas bil. 17/1998: · pdf filekesalahan dan hukuman rasuah. ......

2
1 PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Office of the Director General of Education Malaysia PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA Level 7 Block J Damansara Town Centre 50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900 Fax: 03-2535150 KP (BS) 8591/Jld. XIV/(17) 14 Ogos 1998 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 17/1998: Memasukkan Elemen Mencegah Rasuah Dalam Kurikulum Sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan persetujuan Kementerian Pendidikan untuk memasukkan elemen mengenai pencegahan rasuah dalam kurikulum sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi sebagaimana diputuskan oleh MesyuaratJawatankuasa Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan Bil.2/98. Tindakan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk mencegah ancaman rasuah yang semakin meningkat dan menular. 2. Sehubungan dengan itu, semua sekolah adalah diminta mengambil tindakan segera untuk meningkat dan mengukuhkan usaha penerapan nilai-nilai murni di kalangan pelajar bagi mencegah gejala rasuah dan lain-lain salah laku. Sekolah-sekolah hendaklah rrtengambil langkah-langkah seperti berikut: i. Memperkukuhkan penerapan nilai-nilai murni merentas kurikulum melalui pengajaran dan pembelajaran setiap mata pelajaran; ii. Memperkemas dan memperkukuhkan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral; iii. Memasukkan tajuk-tajuk khusus mengenai keburukan rasuah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (peringkat menengah atas). Tajuk-tajuk yang boleh dibincangkan adalah seperti berikut: a. Definisi dan tafsiran rasuah; b. Jenis-jenis rasuah dan punca rasuah; c. Bahaya rasuah kepada diri, masyarakat dan negara; d. Cara-cara menangani gejala rasuah; e. Kesalahan dan hukuman rasuah. Tajuk-tajuk ini boleh dikendalikan dalam pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. iv. Memperkukuhkan penanaman nilai-nilai murni dan pencegahan sebarang salah laku melalui kegiatan kokurikulum;

Upload: lehuong

Post on 06-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 17/1998: · PDF fileKesalahan dan hukuman rasuah. ... Menentukan setiap guru di sekolah menjadi "role model" yang baik dan segi amalan dan tingkah laku

1

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIAOffice of the Director General of Education MalaysiaPARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARALevel 7 Block J Damansara Town Centre50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900

Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591/Jld. XIV/(17)14 Ogos 1998

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 17/1998:Memasukkan Elemen Mencegah RasuahDalam Kurikulum Sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi

Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan persetujuanKementerian Pendidikan untuk memasukkan elemen mengenai pencegahan rasuah dalamkurikulum sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi sebagaimana diputuskan olehMesyuaratJawatankuasa Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan Bil.2/98.Tindakan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk mencegah ancaman rasuah yangsemakin meningkat dan menular.

2. Sehubungan dengan itu, semua sekolah adalah diminta mengambil tindakan segerauntuk meningkat dan mengukuhkan usaha penerapan nilai-nilai murni di kalangan pelajarbagi mencegah gejala rasuah dan lain-lain salah laku. Sekolah-sekolah hendaklahrrtengambil langkah-langkah seperti berikut:

i. Memperkukuhkan penerapan nilai-nilai murni merentas kurikulum melaluipengajaran dan pembelajaran setiap mata pelajaran;

ii. Memperkemas dan memperkukuhkan mata pelajaran Pendidikan Islamdan Pendidikan Moral;

iii. Memasukkan tajuk-tajuk khusus mengenai keburukan rasuah dalam matapelajaran Bahasa Melayu (peringkat menengah atas). Tajuk-tajuk yang bolehdibincangkan adalah seperti berikut:

a. Definisi dan tafsiran rasuah;b. Jenis-jenis rasuah dan punca rasuah;c. Bahaya rasuah kepada diri, masyarakat dan negara;d. Cara-cara menangani gejala rasuah;e. Kesalahan dan hukuman rasuah.

Tajuk-tajuk ini boleh dikendalikan dalam pelbagai aktiviti pengajaran danpembelajaran.

iv. Memperkukuhkan penanaman nilai-nilai murni dan pencegahan sebarang salahlaku melalui kegiatan kokurikulum;

Page 2: SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 17/1998: · PDF fileKesalahan dan hukuman rasuah. ... Menentukan setiap guru di sekolah menjadi "role model" yang baik dan segi amalan dan tingkah laku

2

v. Menentukan setiap guru di sekolah menjadi "role model" yang baik dan segiamalan dan tingkah laku untuk dicontohi oleh pelajar.

4. Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan adalah diminta memaklumkan kandungan SuratPekeliling lkhtisas ini kepada semua sekolah di negeri Y. Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAHKetua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul RazakMenteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid YunusTimbalan Menteri Pendidikan

3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan OnnTimbalan Menteri Pendidikan

4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

8. Ketua Nazir Sekolah

9. Pegawai Perhubungan Awam