surat pekeliling bahagian pentadbirankemalangan atau penyakit. 2.0. keahlian dan umur penyertaan...

24

Upload: others

Post on 27-Dec-2019

38 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRANkemalangan atau penyakit. 2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN 2.1. Penyertaan SKKR adalah terbuka kepada semua kakitangan RISDA dan kakitangan Syarikat
Page 2: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRANkemalangan atau penyakit. 2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN 2.1. Penyertaan SKKR adalah terbuka kepada semua kakitangan RISDA dan kakitangan Syarikat
Page 3: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRANkemalangan atau penyakit. 2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN 2.1. Penyertaan SKKR adalah terbuka kepada semua kakitangan RISDA dan kakitangan Syarikat

SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN BILANGAN 03 TAHUN 2018

GARIS PANDUAN PENGURUSAN SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

(SKKR)

Page 4: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRANkemalangan atau penyakit. 2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN 2.1. Penyertaan SKKR adalah terbuka kepada semua kakitangan RISDA dan kakitangan Syarikat

1

s

1.0. PENDAHULUAN

Skim Khairat Kakitangan RISDA (SKKR) diwujud oleh pengurusan RISDA

pada 1 April 1991 bagi memberi perlindungan kepada waris ahli yang

meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh akibat

kemalangan atau penyakit.

2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN

2.1. Penyertaan SKKR adalah terbuka kepada semua kakitangan RISDA

dan kakitangan Syarikat Milikan RISDA (SMR) / NARSCO / KARISMA

yang berjawatan tetap dan menerima gaji bulanan.

2.2. Penyertaan SKKR juga terbuka kepada pesara RISDA atau kakitangan

SMR / NARSCO / KARISMA yang telah menamatkan perkhidmatan

(PESARA).

2.3. Mana-mana kakitangan yang dilantik, bersara atau menamatkan

perkhidmatan selepas tarikh perlindungan insurans berkuatkuasa iaitu

pada 1 Mei tahun semasa juga boleh menyertai SKKR.

2.4. Penyertaan SKKR juga dibuka kepada pasangan (suami / isteri)

kakitangan atau PESARA termasuk isteri kedua, ketiga dan keempat

serta anak-anak yang masih di bawah tanggungan.

2.5. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai

SKKR adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

sisi undang-undang termasuk anak berstatus Orang Kelainan Upaya

(OKU) yang masih belum bekerja dan belum berkahwin.

GARIS PANDUAN PENGURUSAN SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

Page 5: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRANkemalangan atau penyakit. 2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN 2.1. Penyertaan SKKR adalah terbuka kepada semua kakitangan RISDA dan kakitangan Syarikat

SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

2

2.6. Pasangan yang berkahwin, anak yang dilahirkan atau anak yang

menyambung pengajian di Tingkatan 6 atau Institut Pengajian Tinggi

(IPT) selepas tarikh perlindungan insurans berkuatkuasa iaitu pada 1

Mei tahun semasa juga boleh menyertai SKKR.

2.7. Umur penyertaan SKKR mengikut kategori adalah seperti berikut:

2.8. Had umur penyertaan SKKR bagi setiap kategori ialah pada tarikh

perlindungan insurans berkuatkuasa iaitu pada 1 Mei setiap tahun.

2.9. Bagi kakitangan dan pasangannya (suami / isteri) yang bekerja di

RISDA / SMR / NARSCO / KARISMA boleh menyertai SKKR secara

berasingan. Bagaimanapun, anak kakitangan dan pasangannya hanya

dibenarkan menyertai SKKR sekali sahaja sama ada mengikut

penyertaan ibu atau bapa.

BIL KATEGORI UMUR PENYERTAAN

a. Kakitangan Sehingga satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 60.

b. PESARA Sehingga satu (1) hari sebelum ulang tahun ke70.

c. Pasangan kakitangan atau PESARA termasuk isteri kedua, ketiga dan keempat.

Sehingga satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 70.

d. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang belum bekerja dan belum berkahwin: i. Bayi hingga anak tamat

sekolah menengah tingkatan 5.

ii. Anak belajar di tingkatan

6 atau menuntut di IPT dalam dan luar negara.

Mulai umur 1 tahun hingga satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 18. Mulai tarikh daftar tingkatan 6 atau IPT hingga tamat belajar atau satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 26 (mana yang terdahulu).

Page 6: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRANkemalangan atau penyakit. 2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN 2.1. Penyertaan SKKR adalah terbuka kepada semua kakitangan RISDA dan kakitangan Syarikat

SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

3

3.0. PENAMATAN KEAHLIAN

Kelayakan seseorang sebagai ahli SKKR akan tamat apabila:

3.1. Kakitangan atau PESARA meninggal dunia.

3.2. Kakitangan bersara atau menamatkan perkhidmatan dan berhenti

mencarum.

3.3. Kakitangan meninggalkan perkhidmatan.

3.4. Kakitangan meletak jawatan.

3.5. Kakitangan ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja.

3.6. Gagal mencarum dua (2) bulan berturut-turut.

3.7. Anak-anak di bawah tanggungan telah bekerja atau telah berkahwin

atau telah menamatkan pengajian. Kakitangan atau PESARA boleh

menamatkan keahlian dengan memaklumkan secara bertulis kepada

Urus Setia SKKR dan caruman SKKR yang telah dibayar sebelumnya

tidak akan dikembalikan.

4.0. CARUMAN

4.1. Caruman keahlian SKKR tidak dikenakan GST sebanyak 6%.

4.2. Kadar caruman SKKR bagi kakitangan dan pasangan (suami / isteri)

yang berumur di bawah 60 tahun serta anak-anak yang masih di

bawah tanggungan yang perlu dibayar mengikut nilai perlindungan

adalah seperti di lampiran 1.

4.3. Caruman SKKR yang perlu dibayar mengikut nilai perlindungan bagi

pasangan (suami / isteri) kakitangan yang berumur 60 tahun hingga

satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 70 adalah seperti di lampiran 2.

Page 7: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRANkemalangan atau penyakit. 2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN 2.1. Penyertaan SKKR adalah terbuka kepada semua kakitangan RISDA dan kakitangan Syarikat

SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

4

4.4. Caruman kakitangan kepada SKKR akan dibuat secara potongan gaji

pada setiap bulan oleh majikan masing-masing.

4.5. Ahli yang bercuti tanpa gaji hendaklah menguruskan caruman SKKR

secara tunai atau kaedah lain yang sesuai bagi tempoh cuti tanpa gaji

tersebut.

4.6. Bagi ahli SKKR yang bersara semasa tempoh perlindungan insurans

berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi borang

keahlian pesara dan membayar caruman untuk tempoh bermula dari

tarikh persaraan sehingga tamat tempoh perlindungan insurans.

4.7. Kadar caruman SKKR bagi PESARA dan pasangan (suami / isteri)

yang berumur di bawah 70 tahun dan anak-anak yang masih di bawah

tanggungan yang perlu dibayar mengikut nilai perlindungan adalah

seperti di lampiran 3.

4.8. Caruman PESARA hendaklah dibayar sekaligus secara tunai atau

melalui cek atau pindahan dalam talian atas nama Skim Khairat

Kakitangan RISDA akaun Bank Muamalat nombor 1403-0004273-714.

Jika caruman dibuat secara pindahan dalam talian, PESARA perlu

menyatakan nama serta nombor kad pengenalan dan mengemukakan

salinan slip berkenaan.

4.9. Apa-apa perubahan nilai perlindungan dan kadar caruman SKKR

adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa dan Syarikat

Insurans yang dilantik oleh RISDA.

5.0. PENAMAAN WASI

5.1. Kakitangan dan PESARA dibenar menamakan dua (2) wasi untuk

menerima wang perlindungan SKKR yang terdiri daripada ibu, bapa,

suami, isteri, anak dan lain-lain.

Page 8: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRANkemalangan atau penyakit. 2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN 2.1. Penyertaan SKKR adalah terbuka kepada semua kakitangan RISDA dan kakitangan Syarikat

SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

5

5.2. Kakitangan dan PESARA bertanggungjawab memaklumkan kepada

wasi bahawa wasi yang dinamakan adalah pemegang amanah dan

bukannya penerima hak atau wasiat. Wasi yang beragama Islam

bertanggungjawab menguruskan pembahagian pampasan secara

faraid dan bagi wasi yang bukan beragama Islam pula

bertanggungjawab menguruskan pembahagian pampasan tersebut

menurut Akta Pembahagian 1958.

5.3. Usia wasi yang dinamakan mestilah 18 tahun dan ke atas.

5.4. Urus Setia SKKR akan menguruskan pampasan selepas ditolak segala

hutang kepada Tabung untuk diserahkan kepada Wasi pertama. Jika

Wasi pertama telah meninggal dunia, pampasan tersebut akan diberi

kepada Wasi kedua. Sekiranya kedua-dua wasi telah meninggal

dunia, pampasan tersebut akan diserah kepada Pemegang Amanah

atau Pentadbir yang telah ditentukan oleh Mahkamah Tinggi atau

Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil atau Amanah Raya Berhad.

6.0. HUTANG KEPADA TABUNG

Hutang kepada Tabung yang dimaksudkan ialah:

6.1. Baki caruman bulanan SKKR yang sepatutnya dibayar oleh kakitangan

mulai tarikh kematian sehingga tamat perlindungan insurans.

6.2. Baki caruman bulanan SHPB yang sepatutnya dibayar oleh kakitangan

mulai tarikh kematian sehingga tamat perlindungan insurans.

6.3. Baki hutang caj rawatan dan perubatan hospital yang tidak dilindungi

oleh insurans SHPB yang sepatutnya dibayar oleh kakitangan atau

PESARA.

6.4. Baki hutang pinjaman TKKR yang sepatutnya dibayar oleh kakitangan.

Page 9: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRANkemalangan atau penyakit. 2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN 2.1. Penyertaan SKKR adalah terbuka kepada semua kakitangan RISDA dan kakitangan Syarikat

SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

6

7.0. PERLINDUNGAN SKKR

7.1. SKKR melindungi kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh

bagi ahli yang berumur di bawah 65 tahun.

7.2. Bagi ahli yang berumur 65 tahun hingga satu (1) hari sebelum ulang

tahun ke 70, SKKR hanya melindungi kematian sahaja.

7.3. Nilai perlindungan tertakluk kepada kategori dan umur penyertaan

seperti berikut:

BIL. KATEGORI NILAI PERLINDUNGAN

MINIMA MAKSIMA

a. Kakitangan umur < 60 tahun RM10,000

60 x pendapatan bulanan @ RM350,000 (mana yang terendah)

b. PESARA umur < 70 tahun RM10,000 RM20,000

c. Pasangan kakitangan (suami/isteri per-1, ke 2,3 dan 4) umur < 60 tahun

RM10,000 Sama dengan pilihan kakitangan @ RM150,000 (mana yang terendah)

d. Pasangan kakitangan (suami/isteri per-1, ke 2,3 dan 4) umur 60 hingga < 70 tahun

RM10,000

e. Pasangan PESARA (suami/isteri per-1, ke 2,3 dan 4) umur < 70 tahun

RM10,000

f. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan kakitangan (umur < 60 tahun)

RM10,000 Sama dengan pilihan kakitangan @ RM100,000 (mana yang terendah)

g. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan PESARA(umur < 70 tahun)

RM10,000

7.4. Kakitangan yang memilih nilai perlindungan RM160,000 dan ke atas

untuk pasangan (suami / isteri) semasa polisi perlindungan insurans

Page 10: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRANkemalangan atau penyakit. 2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN 2.1. Penyertaan SKKR adalah terbuka kepada semua kakitangan RISDA dan kakitangan Syarikat

SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

7

tahun 2014-2015 boleh mengekalkan atau mengurangkan nilai

perlindungan tersebut.

8.0. HILANG UPAYA KEKAL DAN MENYELURUH

8.1. Hilang upaya kekal dan menyeluruh bermaksud ketidakupayaan

seseorang melakukan sebarang aktiviti, pekerjaan atau perniagaan

bagi memperolehi upah, ganjaran atau keuntungan akibat kemalangan

atau penyakit.

8.2. Hilang upaya kekal dan menyeluruh ini berterusan bagi satu tempoh

tidak kurang dari enam (6) bulan berturut-turut.

8.3. Hilang upaya kekal dan menyeluruh mengakibatkan seseorang

tidak berupaya melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) aktiviti harian

tanpa bantuan pihak lain seperti berikut:

a. Bergerak atau berpindah - keupayaan untuk bergerak sendiri dari

satu bilik ke bilik yang lain atau di dalam bilik yang sama atau

baring dan bangun dari katil atau kerusi.

b. Mengawal perkumuhan - keupayaan untuk mengawal

pembuangan air kecil dan besar.

c. Berpakaian - keupayaan untuk memakai atau menanggalkan

pakaian sendiri.

d. Ke tandas - keupayaan membersihkan diri sendiri di dalam tandas

atau bilik air termasuk masuk dan keluar tandas atau bilik air.

e. Makan - keupayaan untuk menyuap makanan atau minuman

sendiri.

8.4. Hilang upaya kekal dan menyeluruh juga merangkumi keadaan

seseorang seperti berikut:

a. Kehilangupayaan penglihatan kedua-dua belah mata, atau

b. Kehilangupayaan sekurang-kurangnya dua (2) anggota pada atau

atas pergelangan tangan atau buku lali, atau

Page 11: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRANkemalangan atau penyakit. 2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN 2.1. Penyertaan SKKR adalah terbuka kepada semua kakitangan RISDA dan kakitangan Syarikat

SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

8

c. Kehilangupayaan penglihatan satu (1) mata dan satu (1) anggota

pada atau atas pergelangan tangan atau buku lali.

9.0. PENGECUALIAN PERLINDUNGAN

Insurans tidak melindungi bagi kematian atau hilang upaya kekal dan

menyeluruh yang disebabkan oleh punca-punca seperti berikut:

9.1. Bunuh diri, percubaan bunuh diri atau mencederakan diri sendiri yang

disengajakan ketika siuman atau tidak siuman.

9.2. Dijangkiti Human Immunodeficiency Virus (HIV) atau Acquired Immune

Deficiency Syndrome (AIDS) atau lain-lain penyakit kelamin.

9.3. Aktiviti penerbangan peribadi selain penumpang yang menggunakan

penerbangan syarikat komersil dan dikenakan tambang serta melalui

laluan yang ditetapkan.

9.4. Peperangan atau apa-apa tindakan peperangan, diistiharkan atau tidak

diistiharkan, aktiviti jenayah atau penganas, bergiat cergas dalam

mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara langsung dalam

mogok, rusuhan dan kekecohan awam atau pemberontakan.

10.0. TEMPOH PERLINDUNGAN

Tempoh perlindungan insurans adalah satu tahun bermula dari 1 Mei tahun

semasa hingga 30 April tahun berikutnya atau sehingga had umur penyertaan

seseorang ahli SKKR mengikut mana yang terdahulu atau satu tempoh yang

ditetapkan oleh pengurusan RISDA.

11.0. CARA MEMOHON DAN MEMBAHARUI KEAHLIAN

11.1. Kakitangan RISDA / SMR / NARSCO / KARISMA yang ingin memohon

menjadi ahli atau membaharui keahlian SKKR bagi tempoh

perlindungan yang baharu hanya perlu mengemaskini maklumat

kakitangan, pasangan (suami / isteri) dan anak-anak yang masih di

Page 12: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRANkemalangan atau penyakit. 2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN 2.1. Penyertaan SKKR adalah terbuka kepada semua kakitangan RISDA dan kakitangan Syarikat

SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

9

bawah tanggungan dalam Sistem e-Tabung dengan melayari laman

sesawang di www3.risda.gov.my/etabung.

11.2. Bagi PESARA yang ingin memohon menjadi ahli atau membaharui

keahlian SKKR bagi tempoh perlindungan yang baharu perlu mengisi

borang.

11.3. Bagi kakitangan yang dilantik atau bersara, pasangan yang berkahwin,

anak yang dilahirkan atau anak yang menyambung pengajian selepas

tarikh pembaharuan perlindungan insurans (1 Mei tahun semasa) yang

ingin menyertai SKKR juga perlu mengisi borang.

12.0. TUNTUTAN PAMPASAN

Setiap tuntutan pampasan perlindungan mestilah dilengkapkan dengan

dokumen-dokumen berikut:

12.1. Borang tuntutan pihak insurans yang telah lengkap diisi

12.2. Salinan Daftar Kematian / Permit Mengubur yang disahkan

12.3. Salinan Sijil Kematian yang disahkan

12.4. Salinan Kad Pengenalan si mati yang disahkan

12.5. Salinan Kad Pengenalan wasi yang disahkan

12.6. Laporan polis jika kematian akibat kemalangan

12.7. Laporan perubatan jika diperlukan

12.8. Laporan bedah siasat jika diperlukan

13.0. BORANG DAN KEGUNAAN

BIL. NAMA BORANG KEGUNAAN

13.1. SKKR 01/2016 Borang Penyertaan SKKR Bagi Kakitangan

13.2. SKKR 02/2016 Borang Penyertaan SKKR Bagi Pesara

13.3. SKKR 03/2016 Borang Penamaan Wasi SKKR

13.4. SKKR 04/2016 Borang Kebenaran Penyelesaian Hutang

Page 13: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRANkemalangan atau penyakit. 2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN 2.1. Penyertaan SKKR adalah terbuka kepada semua kakitangan RISDA dan kakitangan Syarikat

SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

10

14.0. URUS SETIA

Semua borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Urus Setia

SKKR di alamat Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe, Ibu

Pejabat RISDA, KM 7.5 Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur.

Page 14: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRANkemalangan atau penyakit. 2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN 2.1. Penyertaan SKKR adalah terbuka kepada semua kakitangan RISDA dan kakitangan Syarikat

SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

11

Lampiran 1

NILAI PERLINDUNGAN DAN KADAR CARUMAN SKKR

BAGI KAKITANGAN DAN PASANGAN UMUR DI BAWAH 60 TAHUN

TERMASUK ANAK DI BAWAH TANGGUNGAN

10,000.00 3.10 37.20

15,000.00 4.65 55.80

20,000.00 6.20 74.40

25,000.00 7.75 93.00

30,000.00 9.30 111.60

35,000.00 10.85 130.20

40,000.00 12.40 148.80

45,000.00 13.95 167.40

50,000.00 15.50 186.00

55,000.00 17.05 204.60

60,000.00 18.60 223.20

65,000.00 20.15 241.80

70,000.00 21.70 260.40

75,000.00 23.25 279.00

80,000.00 24.80 297.60

85,000.00 26.35 316.20

90,000.00 27.90 334.80

95,000.00 29.45 353.40

100,000.00 31.00 372.00

110,000.00 34.10 409.20

120,000.00 37.20 446.40

130,000.00 40.30 483.60

140,000.00 43.40 520.80

150,000.00 46.50 558.00

160,000.00 49.60 595.20

170,000.00 52.70 632.40

180,000.00 55.80 669.60

190,000.00 58.90 706.80

200,000.00 62.00 744.00

210,000.00 65.10 781.20

220,000.00 68.20 818.40

230,000.00 71.30 855.60

240,000.00 74.40 892.80

250,000.00 77.50 930.00

260,000.00 80.60 967.20

270,000.00 83.70 1,004.40

280,000.00 86.80 1,041.60

290,000.00 89.90 1,078.80

300,000.00 93.00 1,116.00

310,000.00 96.10 1,153.20

320,000.00 99.20 1,190.40

330,000.00 102.30 1,227.60

340,000.00 105.40 1,264.80

350,000.00 108.50 1,302.00

NILAI

PERLINDUNGAN

KADAR CARUMAN

BULANAN

KADAR CARUMAN

TAHUNAN

RM RM RM

Page 15: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRANkemalangan atau penyakit. 2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN 2.1. Penyertaan SKKR adalah terbuka kepada semua kakitangan RISDA dan kakitangan Syarikat

SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

12

Lampiran 2

NILAI PERLINDUNGAN DAN KADAR CARUMANSKKR

BAGI PASANGAN BERUMUR 60 TAHUN HINGGA

SATU (1) HARI SEBELUM ULANG TAHUN KE 70

NILAI PERLINDUNGAN

KADAR CARUMAN BULANAN

KADAR CARUMAN TAHUNAN

RM RM RM

10,000.00 3.10 37.20

Page 16: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRANkemalangan atau penyakit. 2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN 2.1. Penyertaan SKKR adalah terbuka kepada semua kakitangan RISDA dan kakitangan Syarikat

SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

13

Lampiran 3

NILAI PERLINDUNGAN DAN KADAR CARUMAN SKKR

BAGI PESARA DAN PASANGAN BERUMUR DI BAWAH 70 TAHUN

TERMASUK ANAK DI BAWAH TANGGUNGAN

NILAI PERLINDUNGAN

KADAR CARUMAN BULANAN

KADAR CARUMAN TAHUNAN

RM RM RM

10,000.00 3.10 37.20

20,000.00 6.20 74.40

NOTA : Pasangan dan anak pesara hanya boleh memilih RM10,000 sahaja.

Page 17: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRANkemalangan atau penyakit. 2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN 2.1. Penyertaan SKKR adalah terbuka kepada semua kakitangan RISDA dan kakitangan Syarikat

14

SKKR 1/2016

Urus Setia SKKR KEGUNAAN URUS SETIA

Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :

Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :

1. Nama (mengikut kad pengenalan)

2. No. Kad Pengenalan Baharu 3. No. Pekerja

- -

4. Tarikh Lahir 5. Pendapatan Sebulan (Gaji asas+elaun tetap)

- - R M .

6. Jawatan

7. Tempat Bertugas

8. Alamat

Poskod Bandar

9. No. Telefon Kediaman 10. No. Telefon Bimbit

- -

BORANG PENYERTAAN SKKR BAGI KAKITANGAN

MAKLUMAT KAKITANGAN

NILAI

PERLINDUNGAN

RM RM

JUMLAH CARUMAN

PILIHAN PELAN PERLINDUNGAN

BIL. NAMA NILAI

CARUMAN

BULANAN

Page 18: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRANkemalangan atau penyakit. 2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN 2.1. Penyertaan SKKR adalah terbuka kepada semua kakitangan RISDA dan kakitangan Syarikat

15

SKKR 1/2016

BIL. NAMA ANAKNO. KAD PENGENALAN

BAHARU / MYKIDHUBUNGAN NAMA SEKOLAH / IPT NO. PELAJAR

MAKLUMAT PASANGAN (termasuk isteri kedua hingga keempat)

BIL. NAMA PASANGANNO. KAD PENGENALAN

BAHARUHUBUNGAN

TEMPAT BERTUGAS

(Nyatakan jika berkhidmat di RISDA / SMR / NARSCO / KARISMA)

MAKLUMAT ANAK (anak kandung, anak tiri dan anak angkat)

Page 19: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRANkemalangan atau penyakit. 2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN 2.1. Penyertaan SKKR adalah terbuka kepada semua kakitangan RISDA dan kakitangan Syarikat

16

SKKR 1/2016

Saya bersetuju mematuhi segala syarat keahlian yang ditetapkan oleh SKKR serta membenarkan gaji bulanan

saya dipotong sebanyak Ringgit Malaysia . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . untuk caruman SKKR.

- -

Tarikh

Saya mengesahkan bahawa maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.

- -

Tarikh

Nama:

Jawatan:

Cop Jabatan:

# NOTA:

1. Hanya lengkapkan maklumat pasangan (suami / isteri) dan anak yang layak dan akan menyertai SKKR sahaja.

1.1. Umur maksima penyertaan pasangan hingga 1 hari sebelum 70 tahun.

Nilai perlindungan maksima RM150,000 bagi 60 tahun ke bawah dan RM10,000 bagi 60 tahun dan ke atas.

1.1. Umur maksima penyertaan anak dari 1 tahun hingga 1 hari sebelum 18 tahun jika masih bersekolah dan

hingga 1 hari sebelum 26 tahun jika sambung pengajian di Tingkatan 6 atau IPT awam / swasta.

Nilai perlindungan maksima RM100,000.

2. Sertakan salinan Kad Pengenalan ahli dan pasangan serta MyKid anak yang menyertai SKKR.

3. Sertakan salinan Kad Pelajar anak yang masih belajar di IPT awam / swasta yang menyertai SKKR.

4. Sertakan salinan slip deposit tunai / pindahan wang yang dicatat nama dan no. kad pengenalan ahli.

Tandatangan Ketua Jabatan

PENGAKUAN

PENGESAHAN MAJIKAN

Tandatangan Kakitangan

Page 20: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRANkemalangan atau penyakit. 2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN 2.1. Penyertaan SKKR adalah terbuka kepada semua kakitangan RISDA dan kakitangan Syarikat

17

SKKR 2/2016

Urus Setia SKKR KEGUNAAN URUS SETIA

Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :

Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :

1. Nama (mengikut kad pengenalan)

2. No. Kad Pengenalan Baharu

- -

3. Tarikh Lahir 4. Tarikh Bersara

- - - -

5. Tempat Bertugas Terakhir

6. Alamat

Poskod Bandar

7. No. Telefon Kediaman 8. No. Telefon Bimbit

- -

BORANG PENYERTAAN SKKR BAGI PESARA

MAKLUMAT PESARA

RM RM

JUMLAH CARUMAN

PILIHAN PELAN PERLINDUNGAN

BIL. NAMA NILAI

PERLINDUNGAN

NILAI

CARUMAN

TAHUNAN

Page 21: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRANkemalangan atau penyakit. 2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN 2.1. Penyertaan SKKR adalah terbuka kepada semua kakitangan RISDA dan kakitangan Syarikat

18

SKKR 2/2016

BIL. NAMA ANAKNO. KAD PENGENALAN

BAHARU / MYKIDHUBUNGAN NAMA SEKOLAH / IPT NO. PELAJAR

MAKLUMAT ANAK (anak kandung, anak tiri dan anak angkat)

MAKLUMAT PASANGAN (termasuk isteri kedua hingga keempat)

BIL. NAMA PASANGANNO. KAD PENGENALAN

BAHARUHUBUNGAN

TEMPAT BERTUGAS

(Nyatakan jika berkhidmat di RISDA / SMR / NARSCO / KARISMA)

Page 22: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRANkemalangan atau penyakit. 2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN 2.1. Penyertaan SKKR adalah terbuka kepada semua kakitangan RISDA dan kakitangan Syarikat

19

SKKR 2/2016

Saya bersetuju mematuhi segala syarat keahlian yang ditetapkan oleh SKKR dan membayar caruman SKKR

sebanyak Ringgit Malaysia . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . secara * tunai / pindahan / cek atas

nama "SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA" akaun Bank Muamalat nombor 1403-0004273-71-4.

- -

* potong mana yang tidak berkenaan

# NOTA:

1. Hanya lengkapkan maklumat pasangan (suami / isteri) dan anak yang layak dan akan menyertai SKKR sahaja.

1.1. Umur maksima penyertaan pasangan hingga 1 hari sebelum 70 tahun.

Nilai perlindungan maksima RM10,000 sahaja.

1.1. Umur maksima penyertaan anak dari 1 tahun hingga 1 hari sebelum 18 tahun jika masih bersekolah

dan hingga 1 hari sebelum 26 tahun jika sambung pengajian di Tingkatan 6 atau IPT awam / swasta.

Nilai perlindungan maksima RM10,000 sahaja.

2. Sertakan salinan Kad Pengenalan ahli dan pasangan serta MyKid anak yang menyertai SKKR.

3. Sertakan salinan Kad Pelajar anak yang masih belajar di IPT awam / swasta yang menyertai SKKR.

4. Sertakan salinan slip deposit tunai / pindahan wang yang dicatat nama dan no. kad pengenalan ahli.

5. Nilai perlindungan dan kadar caruman 1 tahun:

PENGAKUAN

TarikhTandatangan Pesara

BIL Penyertaan

1.

2.

3.

Kadar Caruman

RM37.20

RM74.40

RM37.20

RM37.20

Pesara

Pasangan

Anak

Nilai Perlindungan

RM10,000

RM20,000

RM10,000

RM10,000

Page 23: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRANkemalangan atau penyakit. 2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN 2.1. Penyertaan SKKR adalah terbuka kepada semua kakitangan RISDA dan kakitangan Syarikat

20

SKKR 3/2016Urus Setia SKKR KEGUNAAN URUS SETIA

Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :

Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :

1. Nama (mengikut kad pengenalan)

2. No. Kad Pengenalan Baharu

- -

1. Nama Wasi Pertama (mengikut kad pengenalan)

2. No. Kad Pengenalan Baharu 3. Hubungan

- -

4. Alamat

Poskod Bandar

5. No. Telefon Kediaman 6. No. Telefon Bimbit

- -

7. Nama Wasi Kedua (mengikut kad pengenalan)

8. No. Kad Pengenalan Baharu 9. Hubungan

- -

10. Alamat

Poskod Bandar

11. No. Telefon Kediaman 12. No. Telefon Bimbit

- -

1. Saya bersetuju melantik penama di atas sebagai wasi untuk menerima dan mengurus pembahagian baki

wang perlindungan yang layak diterima dari SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA selepas kematian saya.

2. Saya bersetuju semua wang tersebut diserahkan kepada wasi pertama atau wasi kedua sekiranya wasi

pertama meninggal dunia.

3. Saya akan memaklumkan kepada wasi yang dilantik bahawa mereka merupakan pemegang amanah dan

bertanggungjawab menguruskan pembahagian wang tersebut secara faraid.

- -

Saya mengesahkan bahawa maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.

- -

Nama:

No. KP:

# NOTA: Wasi mestilah berumur 18 tahun ke atas.

TarikhTandatangan Ketua Jabatan / Saksi

PENGESAHAN MAJIKAN / SAKSI

BORANG PENAMAAN WASI SKKR

MAKLUMAT KAKITANGAN / PESARA

MAKLUMAT WASI

PENGAKUAN KAKITANGAN / PESARA

TarikhTandatangan Kakitangan / Pesara

Page 24: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRANkemalangan atau penyakit. 2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN 2.1. Penyertaan SKKR adalah terbuka kepada semua kakitangan RISDA dan kakitangan Syarikat

21

SKKR 4/2016

Urus Setia SKKR KEGUNAAN URUS SETIA

Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :

Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :

1. Nama (mengikut kad pengenalan)

2. No. Kad Pengenalan Baharu

- -

Saya faham dan bersetuju membenarkan Urus Setia Skim Khairat Kakitangan RISDA (SKKR) untuk mengurus

pemotongan atau menyelaras wang pampasan SKKR yang layak diterima selepas kematian saya bagi

menyelesaikan semua hutang saya dan perkara-perkara seperti berikut:

1. Menyelesaikan semua baki hutang bil rawatan hospital saya dan tanggungan yang tidak dilindungi oleh

insurans Skim Hospital Dan Pembedahan Berkelompok (jika ada), DAN

2. Menyelesaikan semua baki pinjaman Tabung Kebajikan Kakitangan RISDA saya (jika ada), DAN

3. Menyelesaikan baki caruman saya yang tertunggak kepada Skim Khairat Kakitangan RISDA (jika ada)

dan Skim Hospital Dan Pembedahan Berkelompok (jika ada), DAN

4. Menguruskan bayaran baki wang perlindungan SKKR yang layak diterima (jika ada) kepada wasi yang

telah dinamakan oleh saya atau menurut apa-apa perintah yang dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa.

- -

Saya mengesahkan bahawa maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.

- -

Nama:

No. KP:

Tarikh

Tandatangan Kakitangan / Pesara

Tandatangan Ketua Jabatan / Saksi

BORANG KEBENARAN PENYELESAIAN HUTANG

MAKLUMAT KAKITANGAN / PESARA

PENGAKUAN KAKITANGAN / PESARA

PENGESAHAN MAJIKAN / SAKSI

Tarikh