newsletter sekitar jpa edisi 7 (1-15 mei) bagi tahun 2015 · bagi urusan kematian ahli keluarga...

4
1 S ekitar JPA Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 7: 1—15 Mei 2015 MENARIK DI DALAM Majlis Gotong Royong Sempena Sambutan Hari Pekerja 2015 ................2 Program Perjumpaan YAB Perdana Menteri dengan Warga JPM…………….… 3 Malam Media Perdana 2015 .................................. ..4 KUCHING, 1 MEI — Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak. Tema bagi sambutan pada kali ini ialah “Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat”. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Sambutan Hari Pekerja 2015 Peringkat Kebangsaan kali ini mencatatkan sejarah kerana buat julung kalinya diadakan di luar Semenanjung dan disambut bersama- sama dengan Kementerian Sumber Manusia, Kerajaan-kerajaan Negeri, MTUC, CUEPACS, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Sambutan kali ini juga merupakan yang paling meriah dengan kehadiran 10,000 pekerja awam dan swasta. Terdapat tiga penambah baik yang diberikan oleh Kerajaan bagi manfaat pekerja awam dan swasta di negara ini sempena sambutan Hari Pekerja 2015. Pertama, menambah baik pelaksanaan kemudahan cuti tanpa rekod kepada kakitangan Kerajaan bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat selama tiga hari merangkumi suami atau isteri, anak-anak dan ibu bapa kandung diperluaskan kepada ibu bapa mertua, ibu bapa angkat serta anak angkat yang sah di sisi undang- undang, berkuat kuasa 1 Julai 2015. Kedua ialah Program Saringan Kesihatan Percuma bagi pekerja sektor swasta berumur 40 tahun ke atas yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada 2013 diteruskan. Ketiga, Perkeso akan memperluaskan liputan Skim Perlindungan yang ketika ini dihadkan kepada pekerja bergaji RM3,000 ke bawah kepada semua pekerja tempatan dalam sektor swasta tanpa mengira had gaji, dengan siling caruman yang diinsurans ditingkatkan dari RM3,000 kepada RM4,000. Sempena majlis itu, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah menerima Anugerah Kepimpinan Khas CUEPACS. Anugerah itu menunjukkan JPA dan pihak kesatuan sekerja khususnya CUEPACS sentiasa berganding bahu dalam memastikan hubungan erat sentiasa terpelihara dan juga menunjukkan keprihatinan dan keberkesanan kerajaan dalam memastikan kebajikan dan kepentingan penjawat awam sentiasa terjamin dari masa ke semasa. SAMBUTAN HARI PEKERJA PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

Upload: lamhanh

Post on 29-Aug-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

Sekitar JPA Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 7: 1—15 Mei 2015

MENARIK DI DALAM

Majlis Gotong Royong

Sempena Sambutan Hari

Pekerja 2015 ................2

Program Perjumpaan YAB

Perdana Menteri dengan

Warga JPM…………….… 3

Malam Media Perdana 2015

.................................. ..4

KUCHING, 1 MEI — Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak. Tema bagi sambutan pada kali ini ialah “Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat”. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak.

Sambutan Hari Pekerja 2015 Peringkat Kebangsaan kali ini mencatatkan sejarah kerana buat julung kalinya diadakan di luar Semenanjung dan disambut bersama-sama dengan Kementerian Sumber Manusia, Kerajaan-kerajaan Negeri, MTUC, CUEPACS, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Sambutan kali ini juga merupakan yang paling meriah dengan kehadiran 10,000 pekerja awam dan swasta.

Terdapat tiga penambah baik

yang diberikan oleh Kerajaan bagi manfaat pekerja awam dan swasta di negara ini sempena sambutan Hari Pekerja 2015. Pertama, menambah baik pelaksanaan kemudahan cuti tanpa rekod kepada kakitangan Kerajaan bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat selama tiga hari merangkumi suami atau isteri, anak-anak dan ibu

bapa kandung diperluaskan kepada ibu bapa mertua, ibu bapa angkat serta anak angkat yang sah di sisi undang-undang, berkuat kuasa 1 Julai 2015. Kedua ialah Program Saringan Kesihatan Percuma bagi pekerja sektor swasta berumur 40 tahun ke atas yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada 2013 diteruskan. Ketiga, Perkeso akan memper luaskan l iputan Skim Perlindungan yang ketika ini dihadkan kepada pekerja bergaji RM3,000 ke bawah kepada semua pekerja tempatan dalam sektor swasta tanpa mengira had gaji, dengan siling caruman yang diinsurans ditingkatkan dari RM3,000 kepada RM4,000.

Sempena majlis itu, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah menerima Anugerah Kepimpinan Khas CUEPACS. Anugerah itu menunjukkan JPA dan pihak kesatuan sekerja khususnya CUEPACS sentiasa berganding bahu dalam memastikan hubungan erat sentiasa terpelihara dan juga menunjukkan keprihatinan dan keberkesanan kera jaan dalam m e m a s t i k a n k e b a j i k a n d a n kepentingan penjawat awam sentiasa terjamin dari masa ke semasa.

SAMBUTAN HARI PEKERJA PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

2

LAWATAN PUSPANITA CAWANGAN KECIL JPA KE INSTITUT KANSER NEGARA

Pada 8 Mei 2015, Biro Kesihatan PUSPANITA Cawangan Kecil JPA telah menganjurkan lawatan ke Institut Kanser Negara, Putrajaya. Seramai 30 orang wakil PUSPANITA Cawangan Kecil JPA yang diketuai oleh Puan Sri Asmahan Ismail terlibat dalam lawatan ini.

Dalam lawatan tersebut wakil PUSPANITA telah diberi taklimat berkaitan dengan organisasi Institut Kanser Negara yang diterangkan oleh Pengarah Institut Kanser Negara, Dr. Asmayani Khalib. Semasa sesi taklimat, wakil PUSPANITA diberi peluang untuk bertanyakan sebarang persoalan dan berkongsi pendapat khususnya berkaitan kanser dan perkhidmatan yang terdapat di Institut Kanser Negara. Selain itu, delegasi juga turut dibawa melawat ke Unit Rawatan Harian dan mengambil kesempatan untuk melawat pesakit yang berada di bilik rawatan tersebut. Lawatan tersebut diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata antara pihak PUSPANITA Cawangan Kecil JPA dengan pihak Institut Kanser Negara dan sesi fotografi wakil PUSPANITA bersama Pengarah dan Timbalan Pengarah Institut Kanser Negara. Lawatan ini secara tidak langsung dapat memberi sedikit sebanyak maklumat berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan di Institut Kanser Negara dan dapat meningkatkan pengetahuan berkaitan kanser serta kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

MAJLIS GOTONG ROYONG SEMPENA SAMBUTAN HARI PEKERJA 2015

& LAWATAN KERJA KPPA KE TAPAK PROJEK INTAN SARAWAK

Pada 2 Mei 2015 telah berlangsung Majlis Gotong Royong sempena Sambutan Hari Pekerja 2015 di sekitar kawasan Waterfront, Kuching, Sarawak. Program anjuran Kementerian Sumber Manusia ini melibatkan kehadiran seramai 500 orang penjawat awam dari pelbagai jabatan, kementerian dan agensi Perkhidmatan Awam di Malaysia. Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan muhibbah antara para penjawat awam melalui aktiviti gotong royong yang memberi manfaat kepada alam sekitar di samping menjaga kebersihan bandar. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) bersama-sama para pegawai JPA turut turun padang dan membantu dalam gotong royong ini.

Selepas itu, KPPA bersama ahli rombongan JPA menuju ke INTAN Sarawak untuk meninjau perkembangan pembangunan Kampus INTAN Sarawak Fasa II. Lawatan ini merupakan lawatan kedua KPPA ke INTAN Sarawak bagi tahun 2015. Taklimat projek disampaikan oleh Ar. Profesor Datuk Amer Hamzah Mohd. Yunus, Pengarah Kanan JKR Malaysia selaku penguasa projek kampus INTAN Sarawak Fasa II. Lawatan ini memberi peluang kepada KPPA dan ahli rombongan JPA mendengar sendiri perjalanan projek dan perancangan daripada pihak kontraktor untuk mempercepatkan pembinaan projek. Projek dijangka siap pada 30 September 2015 yang merangkumi bangunan asrama, dewan seminar dan serbaguna, perpustakaan, kuarters, astaka dan kerja-kerja lain. Program turun padang seperti ini amat bermakna kepada warga INTAN Sarawak kerana ia membuktikan keprihatinan pihak pengurusan tertinggi terhadap warga.

3

Pada 11 Mei 2015 telah diadakan Program Perjumpaan YAB Perdana Menteri dengan Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bertempat di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Dalam perhimpunan kali ini, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Haji Abdul Razak menegaskan bahawa peranan warga JPM amat penting sebagai tunjang kejayaan Kerajaan.

Dalam ucapan beliau, Perdana Menteri menyatakan rasa bangga terhadap warga JPM yang sentiasa komited dengan tugas yang diberikan seperti Sidang Kemuncak ASEAN yang ke-26 di mana Malaysia telah menjadi pengerusi dalam persidangan ASEAN. Kecemerlangan penganjuran Sidang Kemuncak pada 26 dan 27 April itu juga telah berjaya menonjolkan konsep ke arah melahirkan Komuniti ASEAN.

Perdana Menteri juga menyatakan bahawa usaha yang berterusan dalam melakukan tugas telah mencapai hasil dan ia meletakkan negara pada landasan dan momentum yang diperlukan untuk mencapai status Negara berpendapatan tinggi. Oleh itu, sebagai penjawat awam, usaha harus diteruskan dan diperkukuhkan, kelemahan-kelemahan yang ada diperbaiki dan bekerjalah sebagai satu Pasukan.

PROGRAM PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI DENGAN WARGA JPM BAGI BULAN MEI 2015

PERHIMPUNAN BULANAN JPA BAGI BULAN MEI 2015 ANJURAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN ORGANISASI

Pada 12 Mei 2015, berlangsung Perhimpunan Bulanan JPA bagi bulan Mei anjuran Bahagian Pembangunan Organisasi di Auditorium JPA. Perhimpunan pada kali ini bertemakan, ‘Lean Organisation: Doing More with Less for More.”

Dalam ucapan beliau, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal menerangkan bahawa keperluan memperkenalkan ‘lean organisation’ kepada organisasi sebagai langkah transformasi penjawat awam. Langkah pembekuan jawatan baharu merupakan salah satu langkah rasionalisasi saiz perkhidmatan awam bagi memastikan organisasi kita berada di tahap optimum dan terbaik. Selain itu, warga JPA juga diingatkan untuk menjaga rahsia rasmi Kerajaan demi kepentingan Perkhidmatan Awam. Perkara ini juga telah dijelaskan dalam peraturan dan Aku Janji yang diambil oleh setiap penjawat awam sewaktu melaporkan diri untuk bekerja dalam Perkhidmatan Awam.

Dalam Perhimpunan kali ini, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal menyampaikan watikah pelantikan kepada seramai 17 orang tenaga pengajar 1SERVE dan 25 petugas kaunter #JPA4U. Pelbagai agensi dijemput untuk membuka pameran sewaktu Perhimpunan iaitu pihak RELA, Wataniah, JPAM, AADK, iM4U, JAKIM, KPWKM dan Pusat Darah Negara.

4

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Sumbangan Berita: Warga JPA | Penerbitan: Pasukan Komunikasi | Percetakan: Unit Dokumentasi, JPA

Blok C1-C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 W.P. Putrajaya, Malaysia | Telefon: 603 8000 8000

Pada 13 Mei 2015 telah berlangsung Majlis Penutup Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke-18 di Hotel Everly, Putrajaya. Sepanjang Persidangan diadakan, lima sesi berjaya dijalankan sepanjang tiga hari persidangan.

Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah dijemput untuk menyampaikan ucapan penutup bagi persidangan ini. Dalam ucapan beliau, penjawat awam digesa untuk menanam nilai integriti yang tinggi dalam diri masing-masing. Hal ini kerana nilai integriti yang tinggi akan memastikan penjawat awam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik buat rakyat. Penjawat awam juga diingatkan agar menjaga kerahsiaan dalam Perkhidmatan Awam. Perbuatan mendedahkan dokumen rahsia Kerajaan kepada orang ramai melanggar peraturan dan Aku Janji yang diambil apabila memasuki Perkhidmatan Awam.

Selain itu, beliau juga menggesa agar pihak Suruhanjaya melihat semula kekosongan dalam perjawatan bagi memastikan kuota sebanyak 1% untuk orang kurang upaya (OKU) dipenuhi. Melalui persidangan ini, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan digesa untuk membudayakan amalan terbaik yang dikongsi mengenai isu berkaitan urusan pengambilan, perkhidmatan serta pengurusan sumber manusia agar perkhidmatan awam menjadi lebih dinamik dan cemerlang di masa-masa yang akan datang.

MAJLIS PENUTUP PERSIDANGAN SURUHANJAYA-SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA KE-18

Pada 14 Mei 2015 telah berlangsung Malam Media Perdana 2015. Majlis ini diadakan bertujuan memberi penghargaan kepada pengamal media sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dalam bidang penyiaran, percetakan dan media digital yang sentiasa bertungkus-lumus memberi laporan terbaik kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggariskan lima kriteria

penting yang perlu diamalkan oleh pengamal media termasuk penggerak media sosial dalam setiap laporan berita. Pertama ialah sentiasa bersikap profesional dan bertanggungjawab. Kedua ialah memberi pandangan dan kritikan yang membina serta konstruktif. Ketiga ialah pengamal media mesti melaporkan sesuatu isu berdasarkan fakta yang sahih dan tepat, dan bukan berdasarkan andaian dan khabar angin. Kriteria keempat ialah pengamal media perlu mengamalkan media sihat dengan menolak unsur-unsur fitnah, mengadu domba, berbaur perkauman atau menyentuh soal sensitif seperti agama. Dan kelima pengamal media yang berhadapan dengan era perkembangan media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan WhatsApp perlu sentiasa peka dan membuat pelarasan tentang bagaimana

MALAM MEDIA PERDANA 2015

Kerajaan sentiasa menganggap pihak media sebagai rakan kongsi untuk membangunkan negara ke arah merealisasikan

impian sejagat untuk meletakkan Malaysia di mercu kejayaan. Media berperanan penting membentuk minda rakyat

supaya mereka lebih faham akan sesuatu keputusan dan dasar yang dibuat oleh kerajaan.