surat kurma

Upload: izla-majid

Post on 07-Jan-2016

234 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

surat penjualan kurma

TRANSCRIPT

PERSATUAN IBU BAPA & GURU

SK KAMPONG RINCHING

43700 Beranang, Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-87234597 Fax: 03-87234637

Email : [email protected]

_______________________________________________________________________________________________

Ruj. Kami :PIBG/SKKR/07/01/001 ( )

Tarikh : 5 MEI 2015Kepada:

Ibu Bapa/Penjaga,

Murid SK Kampong Rinching,

43700 Beranang, Selangor.

Tuan/Puan,

JUALAN AMAL BUAH KURMA PIBG SK KG. RINCHING SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1436

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa & Guru SK Kampong Rinching akan mengadakan jualan amal buah kurma sepanjang bulan Ramadhan 2015.2.Jualan amal buah kurma ini bertujuan untuk mengumpul dana untuk PIBG SK Kg. Rinching bagi membantu dari segi kewangan dalam memudahkan segala urusan dan aktiviti yang telah dirancang dan dipersetujui untuk sesi persekolahan tahun 2015 dapat berjalan dengan lancar.

3.Harga jualan buah kurma dalah seperti ketetapan berikut:BIL.UNITHARGA (RM)

1.1 BEKAS KURMA (300 gm)5

4.Sehubungan dengan itu juga kami sangat berbesar hati sekiranya Tuan/Puan dapat bersama-sama menjayakan jualan amal ini dengan cara :

i. Membeli buah kurma untuk kegunaan sendiri.

ii. Membeli buah kurma untuk disedekahkan ke masjid-masjid, surau-surau dan lain-lain.

5.Oleh itu, jika Tuan/Puan berminat untuk membantu bersama menjayakan jualan amal ini, bolehlah membuat tempahan buah kurma terlebih dahulu dengan mengisi jumlah tempahan buah kurma yang diingini di borang tempahan yang disediakan.

Semoga usaha-usaha kita yang sedikit ini ada nilaianya di sisi Tuhan di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat. Kami dahului segala bentuk bantuan dan sumbangan dengan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih.BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang benar,

.

PERSATUAN IBU BAPA & GURU

SK KAMPONG RINCHING

43700 Beranang, Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-87234597 Fax: 03-87234637

Email : [email protected]

_______________________________________________________________________________________________BORANG TEMPAHAN JUALAN AMAL BUAH KURMA

BIL.NAMAKUANTITI (SEBEKAS 300 gm = RM 5.00)JUMLAH (RM)CATATAN (JIKA ADA)