surat kiriman memohon rayuan masuk ke tingkatan 4 aliran sains

3
surat kiriman memohon rayuan masuk ke Tingkatan 4 aliran sains. Yusof bin Abu, No.32, Jalan Tasek 64, 81750 Masai, Johor. Pengetua SMK Bandar Alam Shah, Pasir Gudang, Johor. 20 Januari 2010 Tuan, RAYUAN MASUK KE TINGKATAN 4 ALIRAN SAINS 2010. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Upload: mr-a-nazri

Post on 04-Jul-2015

1.490 views

Category:

Documents


27 download

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Kiriman Memohon Rayuan Masuk Ke Tingkatan 4 Aliran Sains

surat kiriman memohon rayuan masuk ke Tingkatan 4 aliran sains.

Yusof bin Abu,

No.32, Jalan Tasek 64,

81750 Masai, Johor.

Pengetua

SMK Bandar Alam Shah,

Pasir Gudang, Johor. 20 Januari 2010

Tuan,

RAYUAN MASUK KE TINGKATAN 4 ALIRAN SAINS 2010.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya Yusof bin Abu bapa kepada anak saya yang bernama Suliza bte Mahat yang kini belajar di sekolah Tuan di tingkatan 4 Cempaka.Saya memohon jasa baik Tuan agar dapat menempatkan anak saya di Tingkatan 4 Anggerik aliran Sains.Permohonan ini saya ajukan kerana beberapa alasan atau sebab seperti berikut:

Page 2: Surat Kiriman Memohon Rayuan Masuk Ke Tingkatan 4 Aliran Sains

1)Keputusan PMR beliua bagi mata pelajaran Sains A dan Matematik B.

2)Anak saya sangat berminat mempelajari mata pelajaran tersebut disebabkan cita-cita dia ingin menjadi ahli Sains apa bila dewasa nanti.

2. Saya sangat berharap agar rayuan saya ini dapat dipertimbangkan oleh Tuan. Semoga anak saya itu dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pembelajarannya di kelas kelak. Saya yakin anak saya akan belajar bersungguh-sungguh jika sekiranya rayuan ini menjadi kenyataan.

3. Segala kerjasama dan sokongan Tuan akan dapat membantu kami sekeluarga meningkatkan motivasi anak saya untuk terus mencapai kecemerlangan.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.

Yang benar,

Yusof bin Abu.