surat jemputan pameran

2
UNIT KOKURIKULUM SMK Taman Kota Kulai Kod Sekolah : JEA8007 Persiaran Sri Putri Tel: 07-6625675 81000 Kulaijaya Fax: 07-6625675 Ruj.Kami : Tarikh : 23 September 2014 ………………………………………… ……………………….….….………… ……………..………..…..…………… ……………..………………………… TUAN/PUAN, PAMERAN SEMPENA HARI KEUSAHAWANAN SMK TAMAN KOTA KULAI 2014 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kota Kulai ingin menjemput pihak tuan bagi mengadakan pameran pada Hari Keusahawanan yang akan dijalankan pada 9 dan 10 Oktober 2014. Matlamat utama program ini ialah untuk mendedahkan murid-murid dengan dunia perniagaan dan memberi peluang kepada murid dan ibu bapa merancang masa depan melalui pameran yang diadakan. Penganjuran Hari Keusahawanan ini juga merupakan salah satu wadah untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara guru dan kakitangan sekolah dengan para ibubapa serta penjaga. 3. Sehubungan dengan itu, berikut adalah perincian program Hari Keusahawanan tersebut : Tarikh : 9-10 Oktober 2014 Tempat : Dataran Harmoni SMK Taman Kota Kulai Anggaran kehadiran : 1200 orang Kadar sewa tapak : RM100 (Penuh) / RM50 (Separuh) untuk 2 hari 4. Pihak sekolah sangat mengalu-alukan sekiranya pihak tuan berminat untuk mengadakan pemeran pada hari tersebut. Semoga dengan adanya pameran tersebut akan dapat memberikan maklumat dan panduan yang bermanfaat kepada semua tetamu yang hadir ke hari keluarga tersebut. 5. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Setiausaha PIBG, Encik Bahrin bin Omar (GPK Kokurikulum SMK Taman Kota Kulai) di talian 0137890705 / 0106688551 dan Encik Tan Choong Siong (Kaunselor) di talian 076625675

Upload: mahathir-bin-samingoon

Post on 25-Dec-2015

377 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

surat

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Jemputan Pameran

UNIT KOKURIKULUM

SMK Taman Kota Kulai Kod Sekolah : JEA8007

Persiaran Sri Putri Tel: 07-6625675

81000 Kulaijaya Fax: 07-6625675

Ruj.Kami :

Tarikh : 23 September 2014

…………………………………………

……………………….….….…………

……………..………..…..……………

……………..…………………………

TUAN/PUAN,

PAMERAN SEMPENA HARI KEUSAHAWANAN SMK TAMAN KOTA KULAI 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kota Kulai ingin menjemput pihak tuan bagi mengadakan pameran pada Hari Keusahawanan yang akan dijalankan pada 9 dan 10 Oktober 2014. Matlamat utama program ini ialah untuk mendedahkan murid-murid dengan dunia perniagaan dan memberi peluang kepada murid dan ibu bapa merancang masa depan melalui pameran yang diadakan. Penganjuran Hari Keusahawanan ini juga merupakan salah satu wadah untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara guru dan kakitangan sekolah dengan para ibubapa serta penjaga. 3. Sehubungan dengan itu, berikut adalah perincian program Hari Keusahawanan tersebut :

Tarikh : 9-10 Oktober 2014Tempat : Dataran Harmoni SMK Taman Kota KulaiAnggaran kehadiran : 1200 orangKadar sewa tapak : RM100 (Penuh) / RM50 (Separuh) untuk 2 hari

4. Pihak sekolah sangat mengalu-alukan sekiranya pihak tuan berminat untuk mengadakan pemeran pada hari tersebut. Semoga dengan adanya pameran tersebut akan dapat memberikan maklumat dan panduan yang bermanfaat kepada semua tetamu yang hadir ke hari keluarga tersebut.

5. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Setiausaha PIBG, Encik Bahrin bin Omar (GPK Kokurikulum SMK Taman Kota Kulai) di talian 0137890705 / 0106688551 dan Encik Tan Choong Siong (Kaunselor) di talian 076625675

Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan amat kami harapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………………………(BAHRIN BIN OMAR)Guru Penolong Kanan Kokurikulum,SMK Taman Kota Kulai