surat jemputan jom chess siri 2 mrsm merbok

Upload: cikgu-prince

Post on 01-Mar-2016

36 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Contoh surat jemputan program

TRANSCRIPT

Kelab Catur Hijau Kuning (No. Pendaftaran : 7423/2014)546, Lorong Makmur, 2/4 Taman Makmur, 09600, Lunas, Kedah.Emel : [email protected] No Telefon : 017-5605071 (Norazwan)

Kepada,

PENGETUA MRSM Langkawi, KM4 Jalan Ayer Hangat 07000 Kuah Pulau Langkawi Kedah Darul Aman Tarikh : 11 Mac 2015

JEMPUTAN KE PERTANDINGAN CATUR JOMCHESS! SIRI 2 2015

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

2. Untuk pengetahuan Tuan, Kelab Catur Hijau Kuning akan mengadakan satu KejohananCatur Mini JomChess! Siri 2 2015 seperti butiran berikut :

Tarikh : 28 Mac 2015Tempat : Dewan Serbaguna , MRSM Merbok, Merbok , Kedah.Masa : 8.00 pagi 5.00 petangKategori Pertandingan : Terbuka, Bawah 10, Bawah 12, Bawah 15 dan Bawah 17 tahunYuran : RM15 seorangNota : Terhad 150 orang sahaja.

3. Tujuan kami adalah untuk mencungkil bakat baru dalam sukan Catur selain sebagai persediaan menghadapi pertandingan Catur MSSD tidak lama lagi. Oleh itu, kami ingin menjemput semua sekolah seliaan Tuan (Kuala Muda/Yan) menyertai pertandingan ini.

4. Oleh itu, pihak kami ingin memohon pihak Tuan dapat memanjangkan jemputan ini kepada semua sekolah dalam kawasan Kuala Muda / Yan. Bersama-sama ini kami sertakan iklan bagi memudahkan rujukan.

Segala pertimbangan dari pihak Tuan kami ucapkan jutaan terima kasih.

Majulah Sukan Catur Untuk Negara

Yang Benar,

Norazwan KamaruzamanSetiausaha Agong Kelab Catur Hijau Kuning

PENDAFTARAN :SMS NAMA DAN KATEGORI KE 017-5605071 (AZWAN) ATAU EMAIL SENARAI NAMA DAN KATEGORI [email protected]

SEBELUM 26 MAC 2015(KHAMIS) JAM 2.00 PETANG