surat aadk

2
SK SAHABAT 2, PETI SURAT 61700, TEL: 089871231 91125 LAHAD DATU, SABAH FAX:089871231 ______________________________________________________________________ _______________ PEGAWAI AADK, KEMENTERIAN DALAM NEGERI, BGN TB2630 TAMAN MOSAIC, BATU 1, JALAN TANJUNG BATU, PS 62027, 91030 TAWAU, SABAH. 20 OGOS 2015 TUAN/PUAN, JEMPUTAN MENGADAKAN PAMERAN DAN CERAMAH SEMPENA MINGGU ANTI-DADAH SK SAHABAT 2 Dengan segala hormatnya, merujuk perkara diatas, Sekolah Kebangsaan Sahabat 2 telah bercadang untuk mengadakan minggu- dadah anjuran kelab anti-dadah bersama unit bimbingan dan kaunseling sekolah pada 14 hingga 18 haribulan September. Oleh itu kami bercadang untuk menjemput pihak tuan/puan untuk mengadakan ceramah dan juga pameran pada 14 atau 15 haribulan September. 2. Pihak sekolah akan menerima sebarang perubahan tarikh daripada pihak tuan sekiranya tarikh yang dicadangkan tidak sesuai dan kami sedia mengubah tarikh minggu anti-dadah kami ke suatu tarikh yang sesuai bagi pihak tuan/puan. Sebarang persoalan berkenaan dengan perkara ini boleh diajukan kepada guru-guru yang terlibat dengan menghubungi sekolah menerusi nombor talian yang disertakan di atas.

Upload: fiqrie-shamsuri

Post on 10-Dec-2015

243 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

surat jemputan ceramah aadk

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Aadk

SK SAHABAT 2,

PETI SURAT 61700, TEL: 089871231

91125 LAHAD DATU, SABAH FAX:089871231

_____________________________________________________________________________________

PEGAWAI AADK,

KEMENTERIAN DALAM NEGERI,

BGN TB2630 TAMAN MOSAIC,

BATU 1, JALAN TANJUNG BATU,

PS 62027, 91030 TAWAU,

SABAH. 20 OGOS 2015

TUAN/PUAN,

JEMPUTAN MENGADAKAN PAMERAN DAN CERAMAH SEMPENA MINGGU ANTI-DADAH SK SAHABAT 2

Dengan segala hormatnya, merujuk perkara diatas, Sekolah Kebangsaan Sahabat 2 telah bercadang untuk mengadakan minggu- dadah anjuran kelab anti-dadah bersama unit bimbingan dan kaunseling sekolah pada 14 hingga 18 haribulan September. Oleh itu kami bercadang untuk menjemput pihak tuan/puan untuk mengadakan ceramah dan juga pameran pada 14 atau 15 haribulan September.

2. Pihak sekolah akan menerima sebarang perubahan tarikh daripada pihak tuan sekiranya tarikh yang dicadangkan tidak sesuai dan kami sedia mengubah tarikh minggu anti-dadah kami ke suatu tarikh yang sesuai bagi pihak tuan/puan. Sebarang persoalan berkenaan dengan perkara ini boleh diajukan kepada guru-guru yang terlibat dengan menghubungi sekolah menerusi nombor talian yang disertakan di atas.

3. Pihak sekolah amat berharap agar pihak tuan/puan dapat memberikan jawapan secepat yang mungkin bagi memastikan kelancaran program yang akan dijalankan nanti. Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah, Disokong oleh,

Muhammad Fiqrie Bin Shamsuri Tn.Hj Rajid Bin Ab. Rashid(Guru Penasihat Kelab Anti-Dadah) (Guru Besar, SK Sahabat 2)