suprasegmental bahasa melayu

4
Suprasegmental Bahasa Melayu Fonem suprasegmental yang juga disebut fonem suprapenggalan ialah ciri atau sifat bunyi yang menindih atau menumpang sesuatu fonem. Maksudnya ciri suprasegmental hadir bersama-sama fonem penggalan dengan cara menumpang bunyi segmental. Fonem suprasegmental ini bukannya bunyi segmental atau bunyi penggalan tetapi ciri yang hadir bersama dengan cara menumpang bunyi penggalan. Terdapat empat unsur-unsur dalam suprasegmental iaitu tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek Tekanan Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras atau lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut. Tekanan juga merupakan ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata. Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah /’/. Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerimatekanan itu. Dalam bahasa Melayu tekanan berlaku pada vokal. Bunyi vokal dalam bahasa Melayu disebut dengan lantang dan boleh dipanjangkan.

Upload: thiuya-gunasekaran

Post on 21-Dec-2015

66 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

suprasegmental

TRANSCRIPT

Page 1: Suprasegmental Bahasa Melayu

Suprasegmental Bahasa Melayu

Fonem suprasegmental yang juga disebut fonem suprapenggalan ialah ciri atau sifat

bunyi yang menindih atau menumpang sesuatu fonem. Maksudnya ciri

suprasegmental hadir bersama-sama fonem penggalan dengan cara menumpang

bunyi segmental. Fonem suprasegmental ini bukannya bunyi segmental atau bunyi

penggalan tetapi ciri yang hadir bersama dengan cara menumpang bunyi

penggalan.

Terdapat empat unsur-unsur dalam suprasegmental iaitu tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek Tekanan

Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras atau

lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut. Tekanan juga merupakan ciri

lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata. Lambang yang

digunakan untuk tekanan ialah /’/. Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang

menerimatekanan itu. Dalam bahasa Melayu tekanan berlaku pada vokal. Bunyi

vokal dalam bahasa Melayu disebut dengan lantang dan boleh dipanjangkan.

Tekanan dalam perkataan bahasa Melayu lazimnya berlaku pada suku kata yang

kedua seperti dalam perkataan /ki’ta/, /ba’pa/, /sa’tu/. Tekanan tidak membezakan

makna.

Berdasarkan rakaman tersebut, contoh ciri suprasegmental bagi tekanan adalah seperti berikut : Contohnya : 1. [am’boi ke’Лaŋ Rasa’] 2. [hai’-hai’ sa’yaŋ] 3. [hai’-hai’ sa’yang, in’tan pa’yung mai mai mai] 4. [sakit kaki? Kenapa’] 5. [a’wat ?]

Page 2: Suprasegmental Bahasa Melayu

6. [po’lis] Nada

Nada ialah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau

perkataan. Nada ditandai oleh nombor-nombor 1 (rendah), 2 (biasa), 3 (tinggi), 4

(tinggi sekali). Ayat penyata biasanya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu

menaik bila ada tekan dan turun hingga 1.

Berdasarkan rakaman tersebut, contoh ciri suprasegmental bagi nada adalah seperti berikut : Contoh : 1. [ ³ amboi belaha? ² deRayëh ¹ nöh ] 2. [ ³ Sayaŋ ² intan payuŋ ¹ mai mai ]

Jeda

Jeda juga disebut sebagai persendian, iaitu unsur hentian yang memisahkan antara

unsur-unsur linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata. Lambang yang

digunakan untuk jeda ialah #. Unsur ini boleh membezakan makna.

Berdasarkan rakaman tersebut, ciri jeda dalam suprasegmental yang terdapat dalam rakaman ialah : Contonhnya: 1. [#ma? saya maRah#]--------- [ma? # saya maRah#] Bermaksud : mak saya yang tengah marah.---------------- saya yang tengah marah. 2. [#amboi panggil intan payuŋ mai#]---------- [#amboi panggil intan # payuŋ mai] Bermaksud : panggil intan payung baru datang.--------- panggil intan tetapi payung yang datang. Kedua-dua ayat ini adalah berbeza maknanya. Panjang-pendek

Page 3: Suprasegmental Bahasa Melayu

Panjang pendek ialah kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi itu diucapkan.

Lambang bagi fonem ini ialah [:] yang dinamakan mora. Lambang [:] bererti panjang

sebutan bunyi itu satu mora. Lambang [::] menunjukkan dua mora dan lambang [.]

adalh setengah mora. Bagi bahasa Melayu unsur ini tidak membezakan makna

Berdasarkan rakaman yang dibuat, ciri suprasegmental bagi panjang-pendek adalah seperti berikut : Contoh: 1. [am :: boi ke : Лaŋrasa le :: ga hati], 2. [hai – hai sa :: yaŋ], 3. [oi ja . ŋan laRi]

Unsur Suprasegmental

Dalam arus ujaran itu ada bunyi yang dapat disegmentasikan, sehingga

disebut bunyi segmental, tetapi yang berkenaan dengan keras lembut, panjang

pendek, dan jeda bunyi tidak dapat disegmentasikan. Bagian dari bunyi disebut

bunyi suprasegmental atau prosodi.

Tekanan atau Stress

Menyangkut masalah keras lunaknya bunyi.

Nada atau Pitch

Berkenaan dengan tinggi rendahnya suatu bunyi.

Jeda atau Persendian

Berkenaan dengan hentian bunyi dalam arus ujar.