sunnah nabi

5
SUNNAH NABI 1. Senyuman Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, yang artinya, “Tidak pernah aku melihat seseorang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallah ‘alaihi wasalam.!Riwayat At-Tirmid"i# . 2. Dahulukan Kanan $aripada Aisyah, katanya% “Rasulullah Shalallahu ‘a wasalam lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal !perbuatan# seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi. !Hadis riwayat &usli . 3. Berpakaian 'mmu Salamah meriwayatkan% “Pakaian yang paling disukai oleh Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam pakaian Qamis).” !Riwayat Tarmi"i dan Abu $aud# . 4. Bercelak (bnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda% “Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak!l"#tsmid) kerana celak dapat memper$elaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata).” !Riwayat Tarmi"i dan Abu $aud# . 5. Memakai Cincin

Upload: khairunisa

Post on 07-Oct-2015

7 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sunnah

TRANSCRIPT

SUNNAH NABI1. SenyumanAbdullah bin Al-Harist Radliyallahuanhu menuturkan, yang artinya,Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam.(Riwayat At-Tirmidzi).2.Dahulukan KananDaripada Aisyah, katanya:RasulullahShalallahu alaihi wasalamlebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.(Hadis riwayat Muslim).3.BerpakaianUmmu Salamah meriwayatkan:Pakaian yang paling disukai oleh BagindaShalallahu alaihi wasalamialah pakaian Qamis).(Riwayat Tarmizi dan Abu Daud).4.BercelakIbnu Abbas meriwayatkan bahawa RasulullahShalallahu alaihi wasalambersabda:Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).(Riwayat Tarmizi dan Abu Daud).5.Memakai CincinAli bin Abi Talib meriwayatkan:RasulullahShalallahu alaihi wasalammemakai cincin di jari tangan kanan Baginda.(Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasai dan Ibnu Hibban.).6.MakanKaab bin Malik r.a. meriwayatkan:RasulullahShalallahu alaihi wasalammakan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan Baginda menjilati ketiga-tiganya.(Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad).7.MinumIbnu Abbas r.a. meriwayatkan:Ketika RasulullahShalallahu alaihi wasalamminum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.(Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh).8.BersilaturrahimRasulullah SAW bersabda:Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan. (Riwayat Ibnu Majah)..9.BerjalanAli bin Abi Talib meriwayatkan:Apabila RasulullahShalallahu alaihi wasalamberjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.(Riwayat Tarmizi dan Hakim).10.BerkataAnas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan:RasulullahShalallahu alaihi wasalammengulangi perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).(Riwayat Tarmizi dan Hakim).11.TertawaAbdullah bin Harith r.a. meriwayatkan:Tawa Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wasalamhanyalah senyuman.(Riwayat Tarmizi ).12.BergurauAnas bin Malik r.a. meriwayatkan:Betapa baiknya NabiShalallahu alaihi wasalammenggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil, Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?(Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasai dan Ahmad).13.TidurAisyah r.ha. meriwayatkan:Setiap kali hendak tidur pada malam hari, RasulullahShalallahu alaihi wasalamselalu menadahkan kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.(Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasai dan Ahmad).14.Membaca al-QuranYala bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara RasulullahShalallahu alaihi wasalammembaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah, RasulullahShalallahu alaihi wasalammembaca al-Quran dengan sangat jelas kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasai).15.IbadahAbu Hurairah r.a. meriwayatkan:RasulullahShalallahu alaihi wasalammelaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau bertanya, Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui bahawa Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan datang? BagindaShalallahu alaihi wasalammenjawab, Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?.(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah).. (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)..

https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/02/19/tip-amalan-harian-15-sunnah-rasulullah-saw/