sunnah dan bida'ah.docx

8
Sunnah dan Bida’ah Pengertian Sunnah Bhasa = jalan yang sering dilalui atau amalan yang sudah menjadi kebiasaan Istilah = semua perkara yang diriwayatkan dari Nabi Muhammad S.A.W sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat atau bentuk rupa paras Baginda. Kedudukan sunnah 1. Sunnah adalah sumber hukum Islam kedua setelah Al- Qur’an 2. Orang yang menyalahi Sunnah akan mendapat siksa (QS. Al-Mujadilah, 58: 5) 3. Menjadikan Sunnah sebagai sumber hukum adalah tanda orang yang beriman (QS. An-Nisa’, 4: 65) Sunnah itu mempunyai dua fungsi: (1).Menjelaskan maksud ayat-ayat Al-Qur-an. --Menjelaskan maksud ayat-ayat Al-Qur-an; sebagaimana firman allah; Artinya: "Dan kami sudah menurunkan peringatan(Adz- Dzikru)kepadamu agar kamu menerangkan kepada manusia apa yang diturunkan kepada manusia".(S.An-nahl:44) Demikianlah,karena sebagian besar ayat-ayat Al-Qur-an yang mengandung hukum masih merupakan suatu hal yang secara garis besar,sedang untuk jelasnya diperlukan suatu keterangan dari Nabi,misalnya perintah shalat dan zakat dalam Al-Quran masih merupakan perintah mengerjakan,mengeluarkan,sedang cara melaksanakannya tidak disebut-sebut, maka untuk memberi keterangan tentang pelaksanaannya diperlukan penjelasan dari Rasulullah saw. (2).Berdiri sendiri di dalam menentukan sebagian daripada beberapa hukum. --Berdiri sendiri di dalam menentukan sebagian daripada beberapa hukum; seperti adakalanya didalam Al-Qur-an tidak kita dapati hukum suatu hal yang disebut oleh Rasulullah,misalnya tentang haramnya binatang yang berkuku tajam. Pembahagian sunnah A.Berdasarkan Bentuk-bentuk sunnah Sunnah Qauliyah = perkataan Nabi saw,yang menerangkan hukum-hukum agama dan maksud isi Al-Qur-an serta berisi peradaban,hikmah,ilmu pengetahuan dan juga menganjurkan akhlak yang mulia.Sunnah qauliyah(ucapan)ini dinamakan juga Hadist Nabi saw. Contoh, "Sesungguhnya amal-amal perbuatan itu dengan niat, dan sesungguhnya tiap orang akan

Upload: wilma-no-bias

Post on 03-Jan-2016

24 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Nota ringkas tentang perbandingan sunnah dan bida'ah.

TRANSCRIPT

Page 1: Sunnah dan Bida'ah.docx

Sunnah dan Bida’ah

Pengertian Sunnah

Bhasa = jalan yang sering dilalui atau amalan yang sudah menjadi kebiasaan

Istilah = semua perkara yang diriwayatkan dari Nabi Muhammad S.A.W sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat atau bentuk rupa paras Baginda.

Kedudukan sunnah

1. Sunnah adalah sumber hukum Islam kedua setelah Al-Qur’an

2. Orang yang menyalahi Sunnah akan mendapat siksa (QS. Al-Mujadilah,

58: 5)

3. Menjadikan Sunnah sebagai sumber hukum adalah tanda orang yang

beriman (QS. An-Nisa’, 4: 65)

Sunnah itu mempunyai dua fungsi:(1).Menjelaskan maksud ayat-ayat Al-Qur-an.--Menjelaskan maksud ayat-ayat Al-Qur-an; sebagaimana firman allah;Artinya:"Dan kami sudah menurunkan peringatan(Adz-Dzikru)kepadamu agar kamu menerangkan kepada manusia apa yang diturunkan kepada manusia".(S.An-nahl:44)Demikianlah,karena sebagian besar ayat-ayat Al-Qur-an yang mengandung hukum masih merupakan suatu hal yang secara garis besar,sedang untuk jelasnya diperlukan suatu keterangan dari Nabi,misalnya perintah shalat dan zakat dalam Al-Quran masih merupakan perintah mengerjakan,mengeluarkan,sedang cara melaksanakannya tidak disebut-sebut, maka untuk memberi keterangan tentang pelaksanaannya diperlukan penjelasan dari Rasulullah saw.

(2).Berdiri sendiri di dalam menentukan sebagian daripada beberapa hukum.

--Berdiri sendiri di dalam menentukan sebagian daripada beberapa hukum; seperti adakalanya didalam Al-Qur-an tidak kita dapati hukum suatu hal yang disebut oleh Rasulullah,misalnya tentang haramnya binatang yang berkuku tajam.

Pembahagian sunnah

A.Berdasarkan Bentuk-bentuk sunnah

Sunnah Qauliyah = perkataan Nabi saw,yang menerangkan hukum-hukum agama dan maksud isi Al-Qur-an serta berisi peradaban,hikmah,ilmu pengetahuan dan juga menganjurkan akhlak yang mulia.Sunnah qauliyah(ucapan)ini dinamakan juga Hadist Nabi saw.

Contoh, "Sesungguhnya amal-amal perbuatan itu dengan niat, dan sesungguhnya tiap orang akan mendapat apa yang di niatkan".(HR. Bukhari dan Muslim).

1. Sunnah Fi’liyah = perbuatan Nabi saw,yang menerangkan cara melaksanakan ibadat,misalnya cara berwudlu',shalat dan sebagainya.Contoh, "Kerjakanlah shalat seperti kamu melihat bagaimana aku mengerjakannya". (HR. Bukhari dan Muslim).

2. Sunnah Taqririyah = apabila Nabi saw,mendengar sahabat mengatakan sesuatu perkataan atau melihat mereka memperbuat suatu perbuatan,lalu ditetapkan dan dibiarkan oleh Nabi saw,dan tiada ditegurnya atau dilarangnya,maka yang demikian dinamai sunnah ketetapan Nabi(taqrir).Contoh, adalah pelaksanaan shalat qiyamu Ramadhan.

Page 2: Sunnah dan Bida'ah.docx

3. Sunnah sifat = sunnah yang menceritakan sifat Rasulullah SAW sama ada sifat fizikal atau akhlak baginda.

B.Berdasarkan sanad dan perawi

1. Shahih, yaitu hadits yang sehat, benar, dan sah

2. Hasan, yaitu hadits yang baik, memenuhi syarat shahih, tetapi dari segi

hafalan pembawaannya yang kurang baik.

3. Dhaif, yaitu hadits yang lemah

4. Maudhu’, yaitu hadits yang palsu.

C.Bilangan bilangan periwayat

1. Mutawir, yaitu yang diriwayatkan oleh orang banyak

2. Masyhur, diriwayatkan oleh banyak orang, tetapi tidak sampai (jumlahnya)

kepada derajat mutawir

3. Ahad, yang diriwayatkan oleh satu orang.

Pengertian bida’ah

Bahasa = mencipta, mereka-reka, mengada-adakan, memulakan atau sesuatu yang baru

Istilah = mencipta (mengada-adakan atau mereka-reka) sesuatu (amal) yang sama sekali tidak ada contohnya pada zaman Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam atau tiada dalilnya dari syara’’.

Kedudukan Bidaah:

Bidaah itu perbuatan yang dicela pada syara' berdasarkan hadis-hadis

berikut:

1-  بدعة وكل ، بدعة محدثة كل فإن ؛ األمور ومحدثات وإياكم

ضاللة

Maksudnya: "dan berjaga-jagalah kamu daripada mengada-

adakan perkara agama kerana setiap yang diada-adakan dalam

agama itu bidaah dan setiap bidaah itu membawa kesesatan" -

[Abu Daud, Ibn Majah, at-Tarmizi, Sahih]

2-  ، محمد هدي الهدي وأحسن ، الله كتاب الحديث أصدق إن

ضاللة بدعة وكل بدعة محدثة وكل ، محدثاتها األمور وشر

النار في ضاللة وكل

Maksudnya: "Sesungguhnya sebenar-benar perkataan ialah Kitab

Allah (Al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk

Muhammad dan seburuk-buruk perkara apa yang diada-adakan dalam

agama dan setiap yang diada-adakan itu bidaah dan setiap bidaah itu

menyesatkan dan setiap yang menyesatkan membawa ke nereka" -

[an-Nasai, asalnya dalam Muslim,sahih]

Page 3: Sunnah dan Bida'ah.docx

رد  -3 فهو ليسمنه ما هذا أمرنا في أحدث من

Maksudnya: "Sesiapa yang mengada-adakan dalam urusan

kami(agama) yang tidak ada asal padanya maka ia tertolak" - [al-

Bukhari & Muslim].

*Ketiga-tiga hadis ini memberikan kita takrif bidaah yang ringkas dan padat

iaitula: "Perkara-perkara yang diada-adakan dalam agama tanpa dalil".

Maka tidak termasuk bidaah itu :Membuat alatan-alatan elektronik,

makanan yang beraneka jenis, jenis pakaian selama tidak menyerupai

orang kafir dan sebagainya daripada adat keduniaan selama tidak

dijadikan ibadah mahdah.

Demikian lagi bukan termasuk bidaah mengumpul al-Quran kerana ada

dalilnya iaitu masalih al-mursalah, solat terawih berjemaah kerana ada

dalilnya yang sorih daripada perbuatan nabi dan sebagainya.

Demikian juga menjadi bidaah perkara-perkara ijtihadi apabila jelas

kesalahan mujtahid dalam istidlal seperti berlafaz dengan niat walaupun

terdapat ijtihad mengatakan ia sunat dengan cara qias ia menjadi bidaah

kerana berlawanan dengan qaedah qias: "Tidak ada qias dalam perkara

solat" dan "Tidak ada qias dengan wujudnya nas".

Qaedah Menetapkan Bidaah:

3 usul yang menjadikan sesuatu amalan bidaah:

1- Beribadah dengan perkara-perkara atau cara-cara yang tidak

disyariatkan.

2- Keluar daripada sempadan agama dalam beribadah

3- Amalan-amalan yang membawa kepada bidaah adalah bidaah.

Asal Pertama: Mereka yang beribadah dengan ibadah yang tidak ada

dalam syara' adalah bidaah seperti menjadikan perkahwinan itu mesti

dalam bulan tertentu atau menjadikan satu-satu adat dalam perkahwinan

sebagai wajib seperti kewajipan syara'. Ini dinamakan bidaah haqiqi.

Demikian juga jika dia melakukan ibadah yang ada asal dalam syariat

tetapi tidak mengikut cara yang benar seperti berzikir secara jama'i

selepas solat, solat sunat hajat berjemaah di masjid, mengadakan

perayaan hari ibu dan bapa kerana berbakti kepada ibu bapa itu ibadah

tetapi bukan dengan merayakan mereka dan seumpamanya. Ini yang

disebut bidaah idhafi.

Asal Kedua: Asal kedua ini meliputi beribadah kepada Allah dengan

perkara yang dilarang maka ia menyentuh bidaah haqiqi. Misalnya orang

yang mengambil dadah secara salah untuk menguatkan tubuh kononnya

dalam berjihad, orang yang mengadakan tarian dan nyanyian dengan

dakwaan menjadi sarana dakwah, dan termasuk juga meniru adat-adat

budaya orang-orang kafir.

Page 4: Sunnah dan Bida'ah.docx

Asal Ketiga: Perkara yang boleh membawa kepada berlakunya bidaah

seperti solat sunat mutlak selepas azan kedua jumaat kerana boleh

menyebabkan manusia menyangka adanya solat sunat qabliyyah jumaat,

sentiasa berterusan membaca surah as-Sajdah dan al-Insan dalam solat

subuh pagi Jumaat takut disangka ianya wajib, dan sebagainya.

Adakah adat menjadi bidaah?:

Adat apabila berlaku padanya salah satu perkara maka dia menjadi

bidaah:

1- Dijadikan sebagai ibadah seperti orang yang memakai baju bulu

dengan sangkaan adanya perintah agama memakainya, orang

yang tidak makan daging dengan sangkaan ibadah kepada Allah

dan orang yang meninggalkan berubat dengan cara moden

kerana tidak islamik pada iktiqadnya.

2- Apabila adat itu menyerupai amalan atau agama kafir seperti

memakai pakaian paderi atau seumpama paderi, menyambut

perayaan-perayaan kemerdekaan, hari ibu dan bapa, hari guru,

hari pekerja, hari kekasih dan sebagainya.

Mengkhususkan Ibadah yang mutlak:

Ibadah yang syara' suruh kita lakukan secara mutlak tanpa batas waktu

tertentu menjadi bidaah apabila kita mengkhususkan waktu tertentu untuk

melakukannya. Sebagai contoh membaca surah tertentu daripada al-

Quran dengan dikhususkan pada malam tertentu dengan bukan niat

'tanzim' (pengurusan). Jika seseorang melakukan sesuatu amalan mutlak

tertentu pada waktu tertentu sebagai tanzim bukan taqyid diharuskan

seperti penyusunan jadwal waktu belajar, menyusun juzuk-juzuk al-Quran

tertentu untuk dibaca pada malam tertentu, mengkhususkan satu hari cuti

untuk menziarahi ibu dan meletakkan satu hari bagi melaksanakan

kempen tertentu seperti hari tembakau sedunia, hari kanak-kanak sedunia

dan seumpamnya yang bukan untuk dirayakan tetapi untuk melaksankan

program tertentu dan menyeragamkam pelaksanaan tersebut.

Bidaah Perayaan:

Perayaan bermaksud hari atau tempat yang padanya terdapat

perhimpunaan dan kesukaan untuk meraikan sesuatu dan berulang-ulang.

Dalam Kamus Pelajar, DBP ditakrifkan sebagai: "Hari yang diraikan

kerana sebab-sebab tertentu" dan dalam Kamus Dewan Edisi ke-3

ditakrifkan Perayaan sebagai: Pesta untuk merayakan 9 membesarkan

dan memuliakan sesuatu peristiwa, keramaian, perjamuan dan lain-lain".

Dalam Islam hanya terdapat 2 perayaan tahunan dan 1 peryaan mingguan

iaitulah; eidul Fitri, eidul Adha dan Hari Jumaat. Perayaan selain 3 ini

adalah bidaah walaupun yang dilakukan hanya perkara-perkara adat

seperti perarakan dan persembahan permainan kerana hadis baginda

S.A.W:

Page 5: Sunnah dan Bida'ah.docx

: يلعبون سنة كل في يومان الجاهلية ألهل كان قال مالك بن أنس عن

: لكم كان قال المدينة سلم و عليه الله صلى النبي قدم فلما فيهما

ويوم الفطر يوم منهما خيرا بهما الله أبدلكم وقد فيهما تلعبون يومان

األضحى

Maksudnya: Daripada Anas bin Malik R.A katanya: Adalah orang

Jahiliyyah itu mempunyai 2 hari dalam setahun mereka bermain-main

(bersuka ria) padanya, maka apabila Nabi S.A.W tiba di Madinah baginda

bersabda: "Sesungguhnya 2 hari yang kamu jadikan untuk bersuka-

suka padanya itu telah Allah gantikan dengan yang lebih baik

iaitulah hari al-Fitri dan al-Adha". - [Abu Daud, an-Nasai-Sahih]

Syahid dalam hadis ini meyatakan perayaan yang Rasulullah S.A.W

larang untuk disambut itu bukanlah ada padanya ibadah khusus tetapi

hanyalah hari mereka bersuka-ria mengadakan pesta. Maka apa-apa hari

yang demikian rupanya berulang-ulang pada setiap tahun maka ia adalah

perayaan dalam takrif syara' dan bidaah.

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah R.H menyatakan istilah Eid itu merangkumi:

1- Ibadat yang dilakukan pada hari itu

2- Tempat yang diadakan.

3- Adat-adat yang diadakan.

4- Segala upacara yang diadakan sebelum dan selepas hari tersebut

yang berkaitan dengan perayaan itu.

-perayaan Hari Ibu, Bapa, Guru, Pekerja dan Kemerdekaan adalah

bidaah walaupun tidak dibuat padanya ibadat khusus. Adapun hari

Tembakau misalnya tidak dinamakan perayaan kerana ia bukan untuk

menyambut atau meraikan tembakau tetapi adalah kempen supaya

meninggalkan rokok maka menentukan hari tertentu untuk melaksanakan

kempen ini adalah harus jika dengan tujuan tanzim adapun dengan tujuan

taqyid maka bidaah jua kerana amar makruf nahi munkar itu ibadah

mutlak.

Hukum Bidaah:

Page 6: Sunnah dan Bida'ah.docx

Bidaah itu dicela dan dilarang dalam agama tetapi jenis hukumya

berperingkat-peringkat dan kadang-kadang berbeza mengikut keadaan

pelakunya. Penjelasannya seperti berikut:

1- Bidaah Mukaffirah : Iaitulah yang boleh mengkafirkan pelakunya seperti

bidaah kaum jahiliyyah menyembah berhala dengan tujuan mendekatkan

diri pada Allah dan seumpamanya bidaah beristighasah dengan wali dan

orang mati yang dilakukan kaum sufi.

2- Bidaah Ghair Mukaffirah: Iaitulah yang tidak mengkafirkan dan

berperingkat pula

Kabirah : Iaitu dosa besar seperti mengubah syiar agama dengan

menambah solat-solat yang tiada asal atau membuat iktiqad-

iktiqad yang bidaah.

Shagirah: Dosa kecil jika dilakukan dalam perkara-perkara yang

tidak mengubah syiar agama dan bukan perkara dharuri agama.

Pembuat bidaah:

Tedapat 2 jenis pembuat bidaah:

1- Yang menyeru kepada bidaahnya: Dia hendaklah ditahzirkan dan

dihajar.

2- Yang tidak menyeru kepada bidaahnya: Dinasihatkan dan diberi

peringatan sampai dia bertaubat.

Adapun muqallid atau pentaqlid dikira menjadi ahli bidaah apabila:

1- Dia melakukannya dalam keadaan tahu perkara itu bidaah dan

faham keharamannya.

2- Dengan suka rela tanpa paksaan.

3- Tidak ada syubhat padanya.

Ikhtilaf dalam Bidaah:

Jika sesuatu perkara yang dihukum bidaah itu oleh sebahagian Ulama'

Ahli Sunnah wal Jamaah dan sebahagian lagi tidak atau mengatakan

sunnah maka mereka yang telah jelas dan rajih padanya dalil bahawa

perkara itu bidaah kemudian ingkar meninggalkannya kerana taksub

termasuk dalam orang yang membuat bidaah. Adapun jika dia masih

samar-samar atau melihat rajihnya pendapat yang mengatakan sunnah

maka dia dimaafkan dan semoga Allah memberi pahala atas ijtihadnya.

Tidak boleh dihajar dan ditahzir dalam perkara bidaah seumpama ini.

Contohnya banyak seperti:

Doa Qunut Subuh

Membaca Basmalah secara jahar dalam solat jahriah

Meletakkan tangan di dada semasa iktidal

Rakaat solat terawih

Page 7: Sunnah dan Bida'ah.docx

Menggerak-gerakan jari sewaktu tasyahhud.

#Mujtahid  ialah : Orang yang  -dengan ilmunya yang tinggi dan lengkap-  telah mampu menggali dan menyimpulkan hukum-hukum Islam dari sumber-sumbernya yang asli seperti Al-Qur’an dan Hadits. Mujtahid inilah yang menjadi rujukan (marja’) bagi orang-orang awam dan kelompok muqallid.

#Muqallid  ialah : orang-orang awam yang belum atau tidak sampai kepada derajat ijtihad. Mereka ini diwajibkan ber-taqlid kepada seorang Mujtahidatau Marja’ yang telah memenuhi syarat.  Pendeknya bahwa muqallid adalah orang yang ber-taqlid atau mengikuti seorang Mujtahid.  Sedang arti taqlid itu sendiri adalah beramal ibadah,

ber-mu’amalah, bermasyarakat dan bertingkah laku sesuai dengan fatwa-fatwa seorang Mujtahid atau marja’.