sungkupan

Upload: kai-qi

Post on 07-Jan-2016

57 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ff

TRANSCRIPT

http://alamtanimoden.blogspot.my/2014/04/sungkupan-1.html

SUNGKUPAN

1.1Definisi dan pengertian sungkupan

Sungkupan ialah bahan yang digunakan untuk menutup permukaan tanah berhampiran pangkal tanaman.Penyungkupan ialah satu proses menutup permukaan tanah dengan bahan-bahan tertentu dengan cara yang disyorkan.

1.2Jenis-jenis sungkupan

Terdapat berbagai jenis sungkupan yang dipraktikkan dalam alam pertanian temasuk kaedah yang diamalkan secara tradisi ataupun moden. Antara jenis-jenis sungkupan ialah;

i.Sungkupan batasii.Sungkupan pangkal pokokiii.Sungkupan tebingiv.Sungkupan alas polibeg

Jenis-jenis bahan yang boleh dijadikan sungkupan ialah:

1.Daripada tumbuhan

a)Rumput-rumput keringb)Dedaun lalangc)Jerami padid)Dedaun kayue)Pelepah daun kelapa, sawit dan palma

2.Daripada bahan pembalut terpakai

a)Gunib)Kertasc)Plastikd)Kain

3.Kompos separa reput

4.Jejaring semaian

5.Plastik 'silvershine'

1.3Tujuan sungkupan

Antara tujuan menyungkup permukaan tanah di sekeliling pangkal tanaman ialah :

i.Mengawal pertumbuhan rumpaiii.Mengurangkan hakisaniii.Menggelakan bijibenih atau anak benih tanaman dan baja daripada dihanyutkan air.iv.Memelihara kelembapan tanahv.Merendahkan suhu tanahvi.Mengelakkan kepadatan tanahvii.Sungkupan dari bahan tanaman menjadi baja bila reputviii.Plastik 'silvershine'menghindar serangga perosak seperti kutu dan trips

Berdasarkan kepada jenis mulsa atau sungkupan, terdapat pelbagai faedah apabila menggunakan teknik sungkupan pada batas atau sekeliling tanaman kita seperti;

1. Mengekalkan kelembapan pada batas tanaman. Mulsa memperlahankan pengeringan air di mana batas senantiasa lembab.

2. Melindungi akar tanaman dari sinaran matahari terik.

3. Membaikpuluh struktur tanah atau batas

4. Mencegah serangan dari beberapa jenis serangga perosak.

5. Menghalang benih rumput rumpai dari bercambah di atas batas.

6. Sebagai dekorasi yang mencantikkan di sekitar batas.

7. Mengurangkan hakisan pada batas oleh hujan lebat.

Cara sungkupan yang paling ideal ialah meletakkan 5 cm mulsa pada keseluruhan batas atau pasu anda. Ratakan hingga meyaluti tanah. Sangat efektif jika anda membuat batas dan langsung membubuh mulsa setelah proses pengapuran dan pengomposan selesai dilakukan. Jangan risau jika terlihat fungi pada mulsa yang hampir reput. Fungi tersebut tidak mengancam tanaman anda malah ia berfaedah untuk membantu menguraikan mulsa anda sebagai makanan tanaman anda. Walau bagaimanapun, terdapat fungi yang hidup pada sungkupan yang boleh mematikan tanaman tetapi kes-kes terpencil.

Ikuti panduan di bawah untuk sungkupan batas anda.

Berikut adalah langkah meletakkan sungkupan pada batas:

1. Sekiranya anda membuat batas tanaman, gembur batas terlebih dahulu. Buang segala bendasing dan bubuh kompos atau tinja binatang juga tabur serbuk kapur. Akhir sekali ratakan dengan mulsa kayu reput atau cocopeat setebal kira-kira 5 cm. Siram dengan air agar mulsa mendap dan tidak mudah diterbangkan oleh angin.

2. Bagi anak pokok buah-buahan pula tabur atau letakkan jerami, atau daun kering di sekeling pokok dengan ukur lilit 2 kaki. Siram supaya ia tidak diterbangkan oleh angin.

3. Pada pasu anda, letakkan cocopeat atau peat moss setebal 5 cm secara menyeluruh. Siram dengan air.

Naungan

4. Naungan mengurangkan penerimaan cahaya oleh tumbuhan. untuk melindungi pokok yang sensitif terhadap cahaya matahari seperti anak pokok yang baru ditanam naungan gunakan jaring hitam, daun kelapa, lalang dll.