sulit 02 02 bahasa melayu 2017 panduan guru modul ...mpsmpahang.com/download/bahasa melayu...
TRANSCRIPT
-
1
SULIT 02 02 Bahasa Melayu 2017 2 Jam
Panduan Guru Modul Kecemerlangan Akademik
Tingkatan 3 2017
BAHASA MELAYU
DUA JAM
-
2
BAHAGIAN A [ 25 markah ]
Markah penuh : 100 markah
Bahagian A (Sistem Bahasa) : 25 markah
Bahagian B (Pemahaman) : 30 markah
Bahagian C (Ulasan) : 15 markah
Bahagian D (Karangan) : 30 markah
1 Markah bagi calon yang betul menggariskan kesalahan bahasa
1 Markah bagi calon yang dapat membetulkan semula kesalahan bahasa tersebut.
Bahagian A : (Sistem Bahasa)
Soalan 1 1. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan
bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Jika berdasarkan sistem penggiliran yang Majlis Raja-Raja ditetapkan, Sultan
Kelantan, Sultan Muhammad V berada di giliran sebagai Yang di-Pertuan Agong
ke-15.Terdapat beberapa faktor-faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja
menerusi undi rahsia bagi menentukan pengganti.Seterusnya, raja yang dipilih perlulah
bersetuju untuk ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong dan tidak mengalami
kelemahan atau ketidakupayaan mental. Mengikut kebiasaan sebelum proses pemilihan
berlangsung, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja terlebih dahulu akan bertanya kepada
Raja yang seterusnya dalam senarai giliran mengenai kesediaannya untuk dipilih sebagai
Yang di-Pertuan Agong.
i- Majlis Raja-Raja ditetapkan 1 Markah
ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja 1 Markah
ii- di 1 Markah
pada 1 Markah
iii- beberapa faktor-faktor 1 Markah
-
3
beberapa faktor / faktor-faktor 1 Markah
iv- bersetuju 1 Markah
berkenan 1 Markah
[ 8 markah ]
2. Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
i- olah raga olahraga 1 Markah
ii- kapitalisma kapitalisme 1 Markah
iii- mee mi 1 Markah
[ 3 markah ]
3. Tukarkan ayat-ayat bersusunan biasa di bawah menjadi ayat songsang.
(i) Haslinda menyiram bunga sementara menanti suaminya pulang dari pejabat. Menyiram bunga Haslinda sementara menanti suaminya pulang dari pejabat. Sementara menanti suaminya pulang dari pejabat Haslinda menyiram bunga.
(ii) Buku rujukan itu dipinjam oleh Munawar kerana hendak menyiapkan kerja kursus.
Kerana hendak menyiapkan kerja kursur buku rujukan itu dipinjam oleh Munawar. Dipinjam oleh Munawar buku rujukan itu kerana hendak menyiapkan kerja kursus
(iii) Penyalahgunaan dadah merupakan salah satu daripada penyakit yang
menyerang remaja di negara kita.
Merupakan salah satu daripada penyakit yang menyerang remaja di negara kita penyalahgunaan dadah.
Salah satu daripada penyakit yang menyerang remaja di negara kita merupakan penyalahgunaan dadah.
-
4
(iv) Pihak kerajaan telah melakukan beberapa usaha murni untuk menambah pendapatan rakyat.
Untuk menambah pendapatan rakyat pihak kerajaan telah melakukan beberapa usaha murni
Telah melakukan beberapa usaha murni untuk menambah pendapatan rakyat pihak kerajaan.
(v) Negeri-negeri Pantai Timur telah dilanda banjir besar pada penghujung tahun
2014.
Telah dilanda banjir besar pada penghujung tahun 2014 Negeri-negeri Pantai Timur. Pada penghujung tahun 2014 telah dilanda banjir besar Negeri-negeri Pantai Timur. [ 10 markah ]
Jawapan-jawapan lain merujuk buku Tatabahasa Dewan diterima. ( ayat songsang )
4. Baca petikan cerita di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan dua
peribahasa yang sesuai dengan situasi tersebut.
[ 4 markah ] Cadangan pilihan jawapan peribahasa.
- berbesar hati / kecil tapak tangan nyiru ditadahkan / berlapang dada 2 markah
- di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung / masuk kandang kambing
mengembek, masuk kandang kerbau menguak 2 markah
Arman baru berpindah di Kampung Lamir.Beliau merupakan seorang guru muda
yang baru sahaja menamatkan pengajian di salah sebuah institusi perguruan di
ibu kota.Penduduk di situ menyambut baik kehadiran Arman kerana dia seorang
yang bersopan-santun dan pandai menjaga hati penduduk kampung. Arman bijak
menyesuaikan diri dengan suasana kampung walaupun dia sebenarnya lahir di
kota Kuala Lumpur. Ketabahan Arman mendidik anak-anak desa menjadi bualan
ibu bapa di kampung tersebut. Arman tidak pernah berasa jemu atau mudah
berputus asa dengan keletah dan ragam anak-anak kampung. Baginya perkara
tersebut merupakan asam garam dalam dunia pendidikan.
.
-
5
- buah mulut 2 markah
- alah bisa tegal biasa 2 markah
peribahasa yang terdapat di dalam teks tidak diterima
MARKAH
KRITERIA
3 markah - Isi cukup / lengkap dan ayat gramatis
2 markah - Isi cukup tetapi ayat kurang gramatis - Isi tidak cukup tetapi ayat gramatis
1 markah - Isi tidak cukup dan ayat kurang gramatis
0 markah - Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis - Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis
MARKAH KRITERIA
4 markah - Isi cukup dan relevan mengikut tugasan serta ayat gramatis
3 markah - Isi cukup dan relevan mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis
2 markah - Isi tidak cukup tetapi relevan mengikut tugasan dan ayat gramatis
1 markah - Isi tidak cukup tetapi relevan mengikut tugasan dan ayat kurang gramatis
0 markah - Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis - Isi tidak tepat dan ayat tidak gramat
-
6
5 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat sendiri.
(i) Aktiviti-aktiviti rekreasi:
- perkelahan, hari keluarga, meneroka gua dan mendaki gunung [ 3 markah ]
(ii) Berdasarkan petikan drama, nyatakan dua latar masyarakat:
- Masyarakat orang kelainan upaya
- Masyarakat yang rajin
- Masyarakat yang aktif
- Masyarakat yang menghargai alam sekitar
- Masyarakat yang memandang rendah terhadap orang lain
[ 3 markah ]
Isi cukup 2 ( 1 markah pernyataan + 1 markah contoh peristiwa )
Pernyataan salah 0 markah.
(iii) usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi memastikan golongan kelainan
upaya tidak berasa terpinggir:
- Melibatkan mereka dalam aktiviti kemasyarakatan
- Menyediakan kemudahan/mesra pelangan di pasar raya
- Memberi bantuan dalam bidang pendidikan
- Kesamarataan dalam bidang pekerjaan
(Lain-lain isi yang relevan) [ 4 markah ]
Isi cukup 2
-
7
6 Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Nyatakan dua nasihat yang boleh diambil daripada puisi di atas.
[3 markah]
Jawapan
-berhati-hati membuat kebaikan
-tidak melakukan kejahatan
-tidak meneruskan sesuatu jika diketahui membawa keburukan
-menyembunyikan kesedihan tetapi menunjukkan kegembiraan
-tidak bercakap tanpa berfikir
-menghormati suami
-mengamalkan adab/budi bahasa dalam kehidupan
-pandai menyesuaikan diri di rantau orang
Isi cukup 2
(ii) Nyatakan dua gaya bahasa berserta contoh yang sesuai berdasarkan puisi
diatas. [3 markah]
Jawapan
-simile (contoh: R3B4 Bagai panas mengandung hujan)
-anafora (contoh: R1B3&4 Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali)
-peribahasa (contoh: R1B3&4 Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali)
-inversi (contoh: R5B1 Hangus bertih berwarna merah)
-asonansi (contoh: R1B1 Tanam balik buah peria- 5 kali ulang bunyi a)
-aliterasi (contoh: R2B1 Ketua-ketua raja duduk 3 kali ulang bunyi k)
Terima mana-mana dua isi berserta contoh
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang individu perlu memiliki nilai
nilai adab dan tatasusila dalam pergaulan?
[4 markah]
Jawapan
-disenangi oleh semua orang kerana tidak melukakan hati sesiapa
-mempunyai ramai kawan/pergaulan lebih luas
-memelihara maruah diri/ imej diri dipelihara kerana tiada perlakuan negatif
Isi cukup 2. Isi lain yang relevan berserta huraian diterima.
-
8
Novel Pembahagian Markah PERINCIAN
MARKAH
Isi 6 markah
Bahasa 4 markah
Kriteria Markah Bahasa PERINGKAT
MARKAH KRITERIA
Cemerlang 4 markah
yang betul
Baik 2 - 3 markah
masih lancar
gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum
tanda baca yang minimum
Kurang Memuaskan
1 markah
tanda baca yang ketara
7. Berikan tiga latar tempat yang telah anda pelajari daripada novel yang anda kaji. Setiap
latar tempat itu dikemukakan contoh peristiwa yang telah digambarkan oleh penulis
Latar Tempat Huraian/Bukti/Contoh
Rumah Alias Alias dikejutkan oleh ibunya untuk bersolat subuh.
Kebun kelapa Alias membawa Chot memanjat pokok kelapa di
kebun kelapa Pak Mat.
Bawah pokok langsat Alia memberi Chot makan pisang.
Sekolah ? Som ditanya oleh Cikgu Sunan sebab Alias tidak
hadir ke sekolah semasa perhimpunan.
Kelas ? Alias ditampar oleh Cikgu Sunan.
Simpang jalan Som sering menunggu Alias untuk ke sekolah di
simpang jalan.
-
9
Markah Isi 6 1. Maksimum : 3 isi
2. 1 markah untuk pernyataan dan 1 markah untuk peristiwa.
Markah bahasa 4
1. Calon yang tidak menjawab tugasan tetapi bahasa baik maksimum 2 markah.
2. Markah bahasa boleh melebihi markah isi.
Bahagian C : (Ulasan) Soalan 8 Perkara yang perlu diberi perhatian semasa membaca jawapan calon: (a) pemeriksa perlu memberikan penekanan pada idea yang ditulis oleh calon
(b) bahasa dinilai secara tanggapan (impression) berdasarkan kriteria
(c) pemeriksa diminta menandakan kesalahan bahasa seperti penandaan jawapan karangan
(d) peringkatkan markah calon berdasarkan kriteria di bawah:
PERINGKAT MARKAH KRITERIA
Cemerlang 13 - 15 Idea - Isi tersurat dan tersirat yang relevan dengan bahan - Ulasan idea yang jelas dan matang Bahasa - Ayat gramatis - Kosa kata luas dan tepat - Ejaan dan tanda baca betul - Penanda wacana yang betul - Kesalahan bahasa yang minimum
Baik 09 - 12 Idea - Isi tersurat dan tersirat yang relevan dengan bahan - Ulasan idea yang jelas Bahasa - Ayat masih gramatis - Kosa kata luas - Ejaan dan tanda baca masih betul - Penanda wacana yang masih betul - Kesalahan bahasa yang masih minimum
Kurang Memuaskan
05 - 08 Idea - Isi tersurat atau tersirat yang masih relevan dengan bahan - Ulasan idea yang kurang jelas Bahasa - Ayat kurang gramatis - Kosa kata terhad - Kesalahan bahasa yang ketara
-
10
Penguasaan Minimum
01 - 04 - Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap
Cara penandaan dan pemberian markah ulasan: (i) pemeriksa dikehendaki menandakan ( / ) apabila terjumpa isi.
(ii) baca dan periksa setakat 100 patah perkataan sahaja atau sehingga ayat itu berakhir.
(iii) buat satu garisan panjang selepas 100 patah perkataan atau sehingga ayat itu berakhir.
Soalan 8
Nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh setiap anggota keluarga
Tersurat:
Bertanggungjawab terhadap ahli keluarga
Bersopan-santun terhadap sesama ahli keluarga
Sentiasa hormat-menghormati
Menghargai masa berkualiti bersama keluarga
Sentiasa berkasih sayang antara satu sama lain
Tolong-menolong ahli keluarga yang memerlukan
Tersirat
Apa-apa sahaja huraian/keterangan/contoh berkaitan nilai-nilai murni dalam kalangan
ahli keluarga.
Soalan i
Alam sekitar merupakan pelengkap kitaran hidup di bumi, namun belakangan ini
kemusnahan alam sekitar semakin berleluasa.
Bincangkan punca-punca kemusnahan alam sekitar kepada masyarakat dan negara.
Soalan ii
Masyarakat Malaysia dikatakan kurang mempunyai kesedaran terhadap kepentingan
memelihara alam sekitar. Jelaskan usaha-usaha yang harus dilakukan bagi mengatasi
pencemaran alam sekitar.
-
11
Soalan iii
Sebagai seorang Setiausaha Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) di kawasan tempat
tinggal anda , anda diminta menulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa untuk
melaporkan masalah pencemaran di kawasan kejiranan anda dan cadangan cara
mengatasi masalah tersebut.
Tulis surat tersebut selengkapnya.
Bahagian D : (Karangan)
Soalan 9 PERINGKAT
MARKAH
Cemerlang
26 - 30
Kepujian
20 - 25
Baik
15 - 19
Kurang Memuaskan
10 - 14
Penguasaan Minimum
01 - 09
Langkah-langkah memeriksa
1. Pemeriksa hendaklah membaca karangan itu sekali lalu terlebih dahulu untuk
mendapatkan kesan (impression) daripadanya. Perkara yang perlu diperhatikan semasa
membuat pertimbangan ialah menjawab tugasan, bahasa, kerelevanan idea dan
pengolahan. Kemudian, nilaikan dan tetapkan mengikut karangan berkenaan
berdasarkan kriteria penskoran yang disediakan.
-
12
2. Baca karangan itu sekali lagi dengan teliti untuk membuat pertimbangan yang
muktamad. Ketika membaca, tandakan kesalahan-kesalahan bahasa, tanda baca,
ejaan dan isi / fakta seperti berikut:
Kesalahan bahasa, perkataan dan frasa
Kesalahan ejaan ( tolak bagi setiap satu kesalahan ejaan, maksimum 2 markah)
Kesalahan ejaan yang berulang
Kesalahan tanda baca
Kesalahan isi / fakta
Kesalahan format ditolak secara impression maksimum 2 markah.
-
13
Kriteria Penskoran PERINGKAT
MARKAH DESKRIPSI
Cemerlang 26 - 30 Idea - Idea relevan dengan tugasan - Huraian idea jelas, menarik dan matang - Contoh yang sesuai Bahasa - Penggunaan ayat bervariasi dan gramatis - Penggunaan kosa kata luas dan tepat - Ejaan dan tanda baca betul - Kesalahan bahasa minimum Pengolahan - Pengolahan menarik, berkesan dan matang dengan pemerengganan yang sesuai - Format menepati kehendak tugasan - Penggunaan penanda wacana tepat - Penggunaan ungkapan menarik tepat dan berkesan seperti peribahasa / pantun / cogan kata / frasa yang menarik
Kepujian 20 - 25 Idea - Idea relevan dengan tugasan - Huraian idea jelas dan menarik - Contoh yang sesuai Bahasa - Penggunaan ayat bervariasi dan gramatis - Penggunaan kosa kata luas - Ejaan dan tanda baca yang betul - Kesalahan bahasa minimum Pengolahan - Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemerengganan yang sesuai - Format menepati kehendak tugasan - Penggunaan penanda wacana sesuai - Penggunaan ungkapan menarik sesuai dan berkesan seperti peribahasa / pantun / cogan kata / frasa yang menarik.
Baik 15 - 19 Idea - Idea masih relevan dengan tugasan - Huraian idea masih jelas dan masih menarik - Contoh yang masih sesuai Bahasa - Penggunaan ayat masih bervariasi dan masih gramatis - Penggunaan kosa kata masih luas - Ejaan dan tanda baca masih betul
-
14
- Kesalahan bahasa masih minimum Pengolahan - Pengolahan masih menarik, dan masih berkesan dengan pemerengganan yang masih sesuai - Format masih menepati kehendak tugasan - Penggunaan penanda wacana masih sesuai
Kurang Memuaskan 10 - 14 Idea - Idea kurang relevan dengan tugasan - Huraian idea kurang jelas dan kurang menarik - Tiada contoh atau contoh kurang sesuai Bahasa - Penggunaan ayat kurang bervariasi dan kurang gramatis - Penggunaan kosa kata terhad - Kesalahan bahasa ketara Pengolahan - Pengolahan kurang menarik, kurang berkesan dan pemerengganan yang kurang sesuai - Format kurang menepati kehendak tugasan - Penggunaan penanda wacana kurang sesuai
Penguasaan Minimum 01 - 09 - Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan kemahiran menulis yang lemah - Tidak menjawab tugasan atau karangan tidak menepati kehendak soalan / terpesong.