strategi memulakan perniagaan

17
Strategi memulakan perniagaan Dalam usaha memulakan perniagaan baru, saya perlu memilih dan memutuskan jenis perniagaan yang ingin diceburi. Pembuatan keputusan pada peringkat ini banyak bergantung pada tahap kemahiran dan pengetahuan mengenai persaingan dalam persekitaran perniagaan. Idea memulakan perniagaan saya adalah seperti berikut: a) Perniagaan baru yang belum ada dalam pasaran b) Teknologi baru, iaitu proses baru dalam pasaran c) Kaedah baru untuk menggantikan kaedah lama yang sedang digunakan d) Jenis da nbentuk perniagaan, iaitu sama ada perniagaan milikan tunggal, perkongsian atau syarikat e) Mengenal pasti pembiayaan atau sumber kewangan f) Pemilian lokasi terbaik Kebaikan memulakan perniagaan sendiri adalah seperti yang berikut: a) Bebas untuk membuat keputusan tanpa campur tangan pihak luar b) Peluang untuk membangunkan imej perniagaan c) Bebas memilih lokasi yang diingini d) Bebas memilih kemudahan fizikal yang diperlukan Kelemahan memulakan perniagaan sendiri adalah seperti yang berikut:

Upload: pensil-dan-pemadam

Post on 14-Dec-2014

9.392 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Strategi memulakan perniagaan

Strategi memulakan perniagaan

Dalam usaha memulakan perniagaan baru, saya perlu memilih dan memutuskan

jenis perniagaan yang ingin diceburi. Pembuatan keputusan pada peringkat ini banyak

bergantung pada tahap kemahiran dan pengetahuan mengenai persaingan dalam

persekitaran perniagaan.

Idea memulakan perniagaan saya adalah seperti berikut:

a) Perniagaan baru yang belum ada dalam pasaran

b) Teknologi baru, iaitu proses baru dalam pasaran

c) Kaedah baru untuk menggantikan kaedah lama yang sedang digunakan

d) Jenis da nbentuk perniagaan, iaitu sama ada perniagaan milikan tunggal,

perkongsian atau syarikat

e) Mengenal pasti pembiayaan atau sumber kewangan

f) Pemilian lokasi terbaik

Kebaikan memulakan perniagaan sendiri adalah seperti yang berikut:

a) Bebas untuk membuat keputusan tanpa campur tangan pihak luar

b) Peluang untuk membangunkan imej perniagaan

c) Bebas memilih lokasi yang diingini

d) Bebas memilih kemudahan fizikal yang diperlukan

Kelemahan memulakan perniagaan sendiri adalah seperti yang berikut:

a) Tiada rekod perniagaan terdahulu yang dapat dijadikan panduan

b) Perlu mencari pelanggan baru

c) Usaha memakan masa yang panjang

d) Kesukaran untuk memperoleh pinjaman atau kemudahan pembiayaan

Page 2: Strategi memulakan perniagaan

Mengambilalih perniagaan sedia adasaya boleh mengambil alih sesebuah perniagaan yang telah sedia wujud dalam

pasaran. Pengambilalihan perniagaan boleh dilakukan dengan mengganti atau

mewarisi perniagaan keluarga saya.

Seseorang pemilik perniagaan mungkin membenarkan pihak lain mengambil alih

perniagaannya atas sebab yang berikut:

a) Usia tua

b) Berpindah ke tempat lain

c) Menerima tawaran jawatan lain

d) Perniagaan yang dijalankan tidak menguntungkan

e) Perniagaan telah mencapai tahap kematangan

Factor-faktor yang perlu saya ambil kira sebelum mengambil alih sesebuah

perniagaan adalah seperti yang berikut:

a) Persaingan

Tahap persaingan perlu dikaji dan diamati sebelum membeli sesebuah perniagaan.

Lokasi perniagaan yang akan dibeli dengan lokasi pesaing perlu dipertimbangkan.

Hanya perniagaan yang mempu berhadapan dengan pesaing akan terus berada di

pasaran.

b) Keadaan pasaran

Melakukan bancian, kajian, pemerhatian dan soal selidik ke atas perniagaan pesaing.

Memastikan potensi perniagaan untuk terus berkembang atau sebaliknya.

Page 3: Strategi memulakan perniagaan

c) Pembanggunan masyarakat pada masa akan hadapan

Pembangunan mesyarakat akan memberikan kesan secara tidak lansung kepada

perniagaan. Pembangunan keadaan setempat seperti pembinaan taman perumahan

dan kawasan perindustrian akan member kesan yang positif. Sebaliknya jika perubahan

seperti laluan jalan raya daripada dua hala kepada sehala mungkin akan member

kesan yang negative kepada perniagaan.

d) Komitmen undang-undang

Bakal pembeli perniagaan hendaklah menyelidik terlebih dahulu liabiliti yang masih

ditanggung oleh perniagaan. Liabiliti seperti cukai belum dibayar, sewa tertunggak, gaji

pekerja yang belum dijelaskan, hutang kepada pembekal dan sebagainya.

e) Bangunan dan kemudahan fizikal perniagaan

Keadaan dan kualiti bangunan serta kemudahan fizikal hendaklah dinilai sebelum

membeli perniagaan. Penyelenggaraan dan keselamatan bangunan serta kemudahan

fizikal perlulah dalam keadaan yang baik.

f) Harga keluaran

Harga barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan hendaklah

dibandingkan dengan harga pesaing. Harga daripada pembekal dan pemborong perlu

dikaji terlebih dahulu supaya perletakkan harga yang sesuai boleh dibuat.

Page 4: Strategi memulakan perniagaan

Kebaikan mengambil alih perniagaan sedia ada adalah seperti yang berikut:

a) Rekod perniagaan sudah terbukti

b) Mempunyai pelanggan sedia ada

c) Lokasi yang strategik

d) Mempunyai pekerja yang terlatih

e) Dapat menikmati harga pembelian yang rendah

f) Mempunyai perhubungan yang baik dengan pembekal

Keburukan mengambil alih perniagaan sedia ada adalah seperti yang berikut:

a) Rekod perniagaan terdahulu yang kurang baik mungkin akan menjejaskan imej

perniagaan

b) Nama buruk perniagaan terdahulu sukar dipulihkan

c) Lokasi mungkin kurang strategik

d) Kemudahan fizikal yang tidak mencukupi

Page 5: Strategi memulakan perniagaan

Pelan lokasi tapak perniagaan

Johor, Batu Pahat

Page 6: Strategi memulakan perniagaan

Di kawasan berdekatan dengan pantai minyak beku

Page 7: Strategi memulakan perniagaan

Batu Pahat Mall

Kedudukan perniagaan saya saya di tingkat 3

baris ke 4

Page 8: Strategi memulakan perniagaan

Langkah-langkah memulakan perniagaan

Pada peringkat awal saya perlu mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya

Syarikat Malaysia SSM untuk mengiktiraf perniagaan saya. SSM ditubuhkan bertujuan

untuk mengawal penubuhan perniagaan di Malaysia. Dalam borang SSM maklumat

pemilik perniagaan haruslah diisi dengan lengkap kerana sedikit kesilapan akan

menyebabkan permohonan gagal. Antara maklumat yang harus diberi perhatian ialah

maklumat diri, jenis perniagaan dan lokasi perniagaan.

Saya ingin menubuhkan syarikat sendirian berhad sendiri. Oleh itu segala

maklumat diri saya haruslah diisi dengan betul. Jenis perniagaan yang saya mahu

lakukan ialah sendirian berhad dan jenis barang jualan saya ialah alat-alat komputer.

Alat-alat ganti komputer merupakan barang keperluan pengguna pada masa sekarang

terutamanya di daerah Batu Pahat.

Setelah mendapat kelulusan daripada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia,

barulah perniagaan saya boleh dimulakan. Namun begitu, banyak lagi langkah yang

saya perlu ambil untuk menubuhkan perniagaan saya itu. Hal ini kerana saya perlu

mendapatkan kelulusan daripada lokasi tempat perniagaan saya iaitu daerah Batu

Pahat untuk membuka kedai di Batu Pahat Mall.

Page 9: Strategi memulakan perniagaan

Pengurusan tapak lokasi perniagaan

Batu Pahat Mall merupakan pusat membeli belah yang baru ditubuhkan di Batu

Pahat. Oleh itu, terdapat banyak kedai-kedai yang masih kosong di sana. Untuk

membuka kedai di dalam Batu Pahat Mall saya perlu mendapatkan kelulusan daripada

pejabat daerah Batu Pahat. Jika tidak saya akan di saman kerana membuka

perniagaan tanpa kelulusan daripada pejabat daerah.

Saya perlu membeli borang daripada pejabat daerah Batu Pahat berharga RM

1.00. Seterusnya saya perlu menyatakan tapak lokasi perniagaan yang saya akan

buka. Selepas itu pihak pejabat daerah akan melawat tapak perniagaan saya bagi

memastikan perniagaan yang saya mahu buka benar-benar wujud.

Setelah memberikan segala maklumat perniagaan serta pelan lokasi, barulah

syarikat saya boleh dibuka. Saya akan pergi ke tapak perniagaan saya yang telah saya

pilih dan membuat ubah suai dalaman. Hal ini bagi menarik minat pelanggan untuk

membeli di kedai saya. Hal ini kerana di Batu Pahat Mall telah terdapat kedai yang

menjalankan perniagaan menjual alat-alat komputer.

Selepas diluluskan dan saya membuka kedai, sijil atau patil lesan daripada

Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Pejabat Daerah Batu Pahat haruslah saya

pamerkan di dalam kedai saya. Hal ini bagi mengelakkan daripada disaman jika

rondaan dilakukan. Sijil-sijil ini merupakan bahan bukti yang penting bagi membuktikan

bahawa perniagaan yang saya buka sah di sisi undang-undang.

Page 10: Strategi memulakan perniagaan

Sumber pembiayaan dan modal

Semasa mahu memulakan perniagaan saya haruslah mempunyai sumber

kewangan yang kukuh bagi memastikan perniagaan saya tidak mengalami sebarang

masalah. Oleh itu, institusi kewangan menjadi pilihan saya untuk mendapatkan sumber

kewangan. Selain itu, saya telah mencari khidmat nasihat daripada peguam untuk

memberi sedikit tunjuk ajar bagi saya memulakan perniagaan sendirian berhad.

Saya telah memilih bank CIMB bank dan BSN sebagai sumber kewangan saya.

Saya akan meminjam daripada bank dengan alasan mahu menubuhkan syarikat

perniagaan. Untuk mendapat kelulusan saya perlu mendapatkan beberapa orang saksi

dan penjamin semasa saya mengisi borang bank.

Beberapa orang rakan saya dan ahli keluarga saya telah sudi menjadi saksi dan

penjamin bagi saya untuk menubuhkan syarikat perniagaan saya sendiri. Oleh itu, saya

tidak mempunyai masalah semasa mahu meminjam wang daripada bank. Setelah

diproses dan diluluskan barulah saya bolah menjalankan perniagaan saya di Batu

Pahat Mall.

Seterusnya, pengurusan perniagaan adalah tanggungjawab saya sendiri, sebagai

seorang peniaga saya haruslah mempunyai ciri-ciri seorang usahawan agar perniagaan

saya bertambah maju di masa hadapan. Pinjaman daripada bank mempunyai interest

yang berbeza, saya akan memilih bank yang sesuai agar pengurusan perniagaan saya

akan berjalan dengan lancar.

Page 11: Strategi memulakan perniagaan

Refleksi

Assalamualaikum saya ucapkan sebagai pembuka kata refleksi saya di dalam

tugasan ini. Saya berasa sangat gembira kerana dapat berkongsi pengalaman dalam

menyiapkan tugasan Asas Keusahawanan. Saya menghadapi banyak masalah semasa

hendak menyiapkan tugasan kerja khusus pendek asas keusahawanan ini.

Sebelum itu, saya mahu berterima kasih kepada pensyarah En Vespanathan A/L

Suppramaniyam kerana telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Banyak perkara yang telah saya pelajari semasa membuat tugasan ini antaranya ialah

saya telah belajar membuat rujukan buku di perpustakaan. Sebelum ini saya hanya

mahu mencari rujukan di internet sahaja. Tugasan ini telah mengajar saya untuk pergi

ke perpustakaan dan mendapatkan bahan rujukan dalam tugasan yang telah diberikan.

Kaedah yang saya gunakan untuk menyiapkan tugasan ini termasuklah

perbincangan kumpulan, membaca buku rujukan, membanding beza dengan rakan lain

dan membuat kesimpulan bersama rakan dalam kumpulan tugasan. Semasa mencari

bahan bukti seperti borang SSM, pelesanan Pejabat Daerah Batu Pahat dan borang

pembiayaan bank, saya telah dibantu oleh tiga orang rakan yang lain. Mohd Safuan,

Mohamad Nur dan Mohd Sholehuddin telah pergi bersama-sama saya untuk mencari

bahan-bahan yang diperlukan itu. Kami menghadapi pelbagai masalah seperti mencari

pejabat SSM dan Pejabat daerah Batu Pahat kerana kami semua bukan orang dari

Batu Pahat. Borang SSM pula sulit dan hanya dikeluarkan pada minggu dan hari

tertentu sahaja. Hal ini menyebabkan kami gagal untuk mendapatkan borang SSM.

Namun begitu, kami berjaya mendapatkan borang daripada Pejabat Daerah Batu Pahat

dan borang pembiayaan bank dari Bank Simpanan Nasional dan CIMB bank.

Pada minggu berikutnya kami keluar untuk cuba mendapatkan borang SSM di

banggunan Predential Hotel berdekatan dengan Summit. Akhirnya kami berjaya

mendapatkan borang tersebut tetapi terhad untuk seorang sahaja. Selepas itu, kami

telah menunjukkan borang-borang yang kami perolehi kepada En Vespanathan, En

menyuruh kami supaya membuat salinan borang SSM dan memberi kepada semua

pelajar di dalam kelas saya. Setelah segala bahan bukti berjaya diperolehi, saya mula

Page 12: Strategi memulakan perniagaan

membuat essei mengenai bagaimana cara untuk membuka perniagaan sendirian

berhad. Saya telah memilih tapak perniagaan saya di Batu Pahat Mall dan telah melukis

lakaran peta Batu Pahat Mall. Di dalam lakaran itu, saya telah menunjukkan di mana

lokasi kedai yang telah saya pilih. Semua tugasan berjalan dengan lancar dan saya

yakin dan bersemangat untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.

Saya sangat gembira kerana tugasan Asas Keusahawanan ini berjaya disiapkan

pada masa yang telah ditetapkan. En Vespanathan banyak membantu kami dalam

melakukan tugasan ini. Tanpa pertolongan beliau, kami mungkin manghadapi pelbagai

masalah untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Antara rakan kami yang

sangat bersemangat ialah Md Nur kerana dia selalu mengingatkan kami untuk

menyiapkan tugasan yang diberikan tanpa menangguhkannya.

Kesimpulannya, saya bersyukur kepada tuhan kerana berjaya menyiapkan

tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya dan rakan-rakan yang memberi

sokongan moral kepada saya untuk melakukan tugasan ini.

Page 13: Strategi memulakan perniagaan

Bibliografi

www.readycompanies.com/Pendaftaran-Syarikat-Sdn-Bhd

www.daftar-ssm.com/doc/faedahfaedah_penubuhan_syarikat

www.geocities.com/nisanora/padan1

en.wikipedia.org/wiki/Syarikat_Prasarana_Negara_Berhad

www.nyaman.com.my/main.htm

www. ssm .com.my/en/index.php

Page 14: Strategi memulakan perniagaan

Biodata Pelajar

Nama :Mohd Aidil Bin Othman

No kad Pengenalan :901224-01-6035

Kursus :Rbt/bi/bm Kumpulan 2

Unit :Ppismp/Julai 2008

Institut :IPGM Kampus Tun Hussein Onn

No Telefon :017-6329952

Page 15: Strategi memulakan perniagaan

Isi Kandungan

Perkara Muka

Surat

Biodata

Pendahaluan

Borang SSM

Borang Pejabat Daerah Batu Pahat

Borang pembiayaan Bank

Refleksi

Bibliografi

Lampiran

Page 16: Strategi memulakan perniagaan

Perniagaan Multimedia Sdn. Bhd

Perniagaan yang saya akan jalankan ialah perniagaan menjual komputer dan

alat-alat ganti. Saya sebagai ketua dan terdapat 50 orang pekerja di bawah saya. Saya

memilih perniagaan ini untuk di buka di Batu Pahat Mall kerana di sana kurang

perniagaan menjual komputer dan alat-alat ganti. Hal ini akan menyebabkan

persaingan kurang berlaku dan perniagaan saya akan mudah untuk berkembang maju.

Komputer merupakan keperluan semua orang termasuk pelajar. Oleh itu, saya

akan memberi harga murah kepada pelajar yang mahu membeli komputer di kedai

saya. Kebanyakkan penduduk di kawasan Batu Pahat Mall berpendapatan sederhana

dan mampu untuk membeli komputer di kedai saya.

Mereka tidak perlu untuk pergi ke tempat lain untuk membeli komputer dan alat-

alat ganti jika perniagaan saya dibuka berdekatan dengan perumahan mereka. Hal ini

menyebabkan perniagaan saya akan bertambah maju. Walaupun sudah terdapat kedai

yang menjual komputer dan alat-alat ganti di batu pahat mall, namun saya tetap akan

berusaha untuk bersaing secara sihat agar perniagaan saya sentiasa maju.

Keuntungan yang diperoleh akan dikumpulkan dan dicatatkan oleh pekerja

bahagian kewangan saya. Saya membuka perniagaan menjual alat-alat ganti komputer

dan komputer riba kerana saya yakin akan keuntungan jangka masa panjang yang

akan diperoleh apabila komputer menjadi keperluan dalam kehidupan setiap manusia

pada masa akan datang. Disamping itu, saya juga akan dapat membantu negara untuk

meningkatkan ekonomi agar dapat bersaing dengan ekonomi negara maju yang lain

seperti Amerika Syarikat, Russia, Jerman, Jepun dan Cina.