stpm 2008 (makroekonomi)

13
SULIT* 2 944/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT* Bahagian A [30 markah] Jawab semua soalan dalam bahagian ini 1 Jika keluaran Negara Kasar benar sama dengan Keluaran Negara Kasar potensi, maka A pengangguran berlaku B guna tenaga penuh tercapai C kemelesetan ekonomi berlaku D permintaan agregat sama dengan penawaran agregat 2 Jadual di bawah menunjukkan data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dari tahun 2003 hingga tahun 2007. Tahun KDNK (RM juta) 2003 193 422 2004 209 959 2005 210 640 2006 219 309 2007 229 287 Berdasarkan jadual di atas, kadar pertumbuhan KDNK yang tertinggi ialah pada tahun A 2004 B 2005 C 2006 D 2007 3 Pendapatan per kapita dapat ditentukan melalui A pendapatan persendirian ditolakcukai pendapatan B pendapatan negara dibahagi dengan jumlah penduduk C pendapatan negara benar dibahagi dengan jumlah penduduk yang bekerja D pendapatan negara ditolak susut nilai dan dibahagi dengan jumlah penduduk 4 Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran akan menjadi lebih kecil daripada Keluaran Negara Kasar pada kos faktor apabila A cukai lebih kecil daripada subsidi B susut nilai lebih besar daripada subsidi C pendapatan faktor bersih luar negeri negatif D subsidi lebih besar daripada cukai tak langsung

Upload: mrmy3003

Post on 03-Oct-2014

103 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

Page 1: STPM 2008 (Makroekonomi)

SULIT* 2

944/2*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

Bahagian A [30 markah]

Jawab semua soalan dalam bahagian ini

1 Jika keluaran Negara Kasar benar sama dengan Keluaran Negara Kasar potensi, maka

A pengangguran berlaku

B guna tenaga penuh tercapai

C kemelesetan ekonomi berlaku

D permintaan agregat sama dengan penawaran agregat

2 Jadual di bawah menunjukkan data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dari tahun 2003 hinggatahun 2007.

Tahun KDNK (RM juta)

2003 193 422

2004 209 959

2005 210 640

2006 219 309

2007 229 287

Berdasarkan jadual di atas, kadar pertumbuhan KDNK yang tertinggi ialah pada tahun

A 2004

B 2005

C 2006

D 2007

3 Pendapatan per kapita dapat ditentukan melalui

A pendapatan persendirian ditolakcukai pendapatan

B pendapatan negara dibahagi dengan jumlah penduduk

C pendapatan negara benar dibahagi dengan jumlah penduduk yang bekerja

D pendapatan negara ditolak susut nilai dan dibahagi dengan jumlah penduduk

4 Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran akan menjadi lebih kecil daripada Keluaran NegaraKasar pada kos faktor apabila

A cukai lebih kecil daripada subsidi

B susut nilai lebih besar daripada subsidi

C pendapatan faktor bersih luar negeri negatif

D subsidi lebih besar daripada cukai tak langsung

Page 2: STPM 2008 (Makroekonomi)

SULIT* 3

944/2*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

5 Jadual di bawah menunjukkan data perakaunan pendapatan negara bagi sebuah ekonomi.

Butiran RM juta

Penggunaan isi rumah 40 150

Gaji dan upah 25 600

Bunga bersih 4 825

Sewa 1 475

Pelaburan Kasar 10 250

Keuntungan syarikat 8 170

Pendapatan perusahaan persendirian 9 930

Cukai tak langsung 7 275

Subsidi 1 175

Berapakah pendapatan negara bagi ekonomi tersebut ?

A RM 40 070 juta

B RM 49 225 juta

C RM 50 000 juta

D RM 56 500 juta

6 Nilai keluaran firma Thailand yang beroperasi di Malaysia dimasukkan dalam pengiraan

A Keluaran Dalam Negeri Kasar Thailand

B Keluaran Dalam Negeri Kasar Malaysia

C Keluaran Dalam Negeri Kasar dan Keluaran Negara Kasar Malaysia

D Keluaran Dalam Negeri Kasar dan Keluaran Negara Kasar Thailand

7 Peningkatan pendapatan per kapita akan menunjukkan peningkatan taraf hidup jika sekiranya

A harga barang tidak berubah

B bilangan penduduk bertambah

C kadar pengangguran meningkat

D agihan pendapatan tidak seimbang

8 Pertumbuhan Keluaran Negara Kasar sesebuah negara akan memberikan gambaran positif tentangtaraf hidup rakyat jika

A kualiti barang meningkat

B waktu bekerja bertambah panjang

C persekitaran menjadi lebih tercemar

D Agihan pendapatan menjadi lebih tidak setara

Page 3: STPM 2008 (Makroekonomi)

SULIT* 4

944/2*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

9 Jadual di bawah menunjukkan data keluaran negara bagi sebuah negara.

Butiran RM juta

Perbelanjaan penggunaan kerajaan 420

Perbelanjaan penggunaan swasta 550

Pelaburan bersih 475

Eksport barang dan perkhidmatan 720

Import barang dan perkhidmatan 665

Pendapatan faktor bersih dari luar negara 270

Cukai tak langsung 140

Susut nilai 320

subsidi 180

Berapakah Keluaran Negara Bersih pada kos faktor ?

A RM 1 450 juta

B RM 1 490 juta

C RM 1 630 juta

D RM 1 770 juta

10 Yang manakah yang tidak mempengaruhi pelaburan autonomi ?

A Kadar bunga

B Sikap pelabur

C Dasar kerajaan

D Pendapatan negara

11 Gambar rajah di bawah menunjukkan S dan I yang masing–masing ialh fungsi tabungan dan fungsipelaburan dalam sebuah ekonomi tertutup.

Tabungan/Pelaburan(RM juta)

Berapakah nilai perbelanjaan penggunaan isi rumah pada tingkat pendapataan negara RM 100 juta ?

A RM 30 juta

B RM 40 juta

C RM 80 juta

D RM 100 juta

30

0

–40

100 175 Pendapatan Negara (RM juta)

I

S

Page 4: STPM 2008 (Makroekonomi)

SULIT* 5

944/2*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

12 Dalam sebuah ekonomi dua sektor, keseimbangan pendapatan negara berlaku pada tingkatpendapatan RM 500 juta. Dengan kecenderungan mengguna sut ialah 0.6, kemasukan pelaburanasing sebanyak RM 50 juta akan menyebabkan pendapatan negara bertambah menjadi

A RM 530 juta

B RM 550 juta

C RM 625 juta

D RM 750 juta

13 Keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi tiga sektor tidak akan berubah melalui perubahan

A eksport bersih

B tabungan dan percukaian

C perbelanjaan penggunaan

D pelaburan dan perbelanjaan kerajaan

14 Yang berikut ialah maklumat bagi sebuah ekonomi.

C = 500 + 0.75Yd, T = 120, G = 300 dan I = 600, dengan C, Yd, T, G dan I masing–masing ialahpenggunaan isi rumah, pendapatan boleh guna, cukai, perbelanjaan kerajaan dan pelaburan.

Jika cukai (T) dinaikkan menjadi 200, keseimbangan pendapatan akan berkurang sebanyak

A 80

B 240

C 320

D 600

15 Gambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi tertutup danekonomi terbuka.

Suntikan – bocoran

Perubahan daripada ekonomi tertutup kepada ekonomi terbuka menyebabkan keseimbanganpendapatan negara

A tetap di Y2

B tetap di Y3

C bertambah dari Y1 ke Y2

D berkurang dari Y2 ke Y3

S + T + MS + T

I + G + XI + G

0 Y1 Y2 Y3 Pendapatan Negara

Page 5: STPM 2008 (Makroekonomi)

SULIT* 6

944/2*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

16 Dalam gambar rajah di bawah, AD dan AS masing–masing ialah keluk permintaan agregat dan kelukpenawaran agregat sebuah negara.

Harga

Perubahan harga dari 0P0 ke 0P1 berlaku disebabkan oleh

A berkurangnya pelaburan portfolio

B berlakunya kemelesetan ekonomi

C berlakunya perkembangan teknologi

D berlakunya peningkatan cukai import terhadap bahan mentah

17 Nilai pengganda akan menjadi semakin rendah jika

A kecenderungan menabung purata semakin bertambah

B kecenderungan menabung sut semakin berkurang

C kecenderungan mengguna sut semakin bertambah

D kecenderungan mengguna sut semakin berkurang

18 Bekalan wang M1 di Malaysia terdiri daripada

A wang syiling dan wang kertas

B mata wang dalam edaran dan deposit semasa

C wang syiling, wang kertas dan deposit tabungan

D mata wang dalam edaran, deposit tabungan dan deposit semasa

19 Yang manakah fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada bank perdagangan ?

A Menjadi sumber pinjaman terakhir

B Mengawal kegiatan pasaran pertukaran asing

C Mengawasi kegiatan bank melalui dasar kewangan

D Member nasihat kewangan kepada bank perdagangan

0 Y0 Y1 Pendapatan Negara

AD

AD

AS0

AS0

AS1

AS1

P0

P1

Page 6: STPM 2008 (Makroekonomi)

SULIT* 7

944/2*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

20 Andaikan bahawa penawaran wang dalam sebuah ekonomi ialah RM300 juta, halaju edaran wangialah 4, nilai urus niaga ialah RM 1 200 juta. Mengikut Teori Kuantiti Wang, sekiranya penawaranwang bertambah sebanyak 20%, maka tingkat harga akan meningkat daripada RM 20.00 kepada

A RM 22.00

B RM 24.00

C RM 25.00

D RM 30.00

21 Pembelian sesuatu barang secara kredit dapat dilakukan keraana wang berfungsi sebagai

A pengukur nilai

B simpanan nilai

C bayaran tertunda

D perantaraan pertukaran

22 Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna bagi sebuah negara dari tahun 2004 hinggatahun 2007

Tahun Indeks harga pengguna

2004 104.3

2005 105.1

2006 109.3

2007 113.7

Berapakah purata kadar inflasi tahunan dari tahun 2005 hingga tahun 2007 ?

A 2.20%

B 2.30%

C 2.90%

D 4.70%

23 Kemerosotan Keluaran Negara Benar dan kenaikan tingkat harga umum menunjukkan ekonomimengalami

A deflasi

B stagflasi

C kemelesetan ekonomi

D jurang Keluaran Negara Kasar

Page 7: STPM 2008 (Makroekonomi)

SULIT* 8

944/2*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

24 Yang manakah cukai tak langsung ?

A Duti setem

B Cukai jalan

C Cukai perkhidmatan

D Cukai pendapatan petroleum

25 Yang manakah yang bukan matlamat kerajaan menaikkan cukai pendapatan?

A Mengurangkan inflasi

B Mengatasi pengangguran

C Mengagihkan semula pendapatan

D Menyekat pengguna daripada boros berbelanja

26 Sebuah negara akan mengkhusus dan mengeksport suatu barang jika negara itu mempunyai

A kos lepas yang tinggi

B harga relatif yang rendah

C jumlah modal yang banyak

D bilangan buruh mahir yang banyak

27 Jadual di bawah menunjukkan indeks harga eksport dan indeks harga import bagi sebuah negarapada tahun 2006 dan tahun 2007.

Tahun Indeks harga eksport Indeks harga import

2006 140 115

2007 148 120

Kadar syarat perdagangan bagi negara tersebut ialah

A bertambah buruk sebanyak 0.63%

B bertambah buruk sebanyak 1.06%

C bertambah baik sebanyak 6.95%

D bertambah baik sebanyak 1.60%

Page 8: STPM 2008 (Makroekonomi)

SULIT* 9

944/2*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

28 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran sebelum perdagangan (SS), keluk permintaan(DD), keluk penawran sebelum tarif (SA) dan keluk penawaran selepas tarif (ST).

Harga

Selepas taarif dikenakan, kuantiti barang X yang diimport ialah

A Q0 Q1

B Q1Q2

C Q2 Q3

D Q0 Q3

29 Perubahan kadar pertukaran mata wang daripada US$1 = RM 3.80 kepada US$1 = RM 4.00menunjukkan bahawa nilai Ringgit Malaysia

A merosot dan barang eksport semakin mahal

B meningkat dan barang import semakin murah

C merosot dan barang eksport Malaysia semakin murah

D meningkat dan barang import Malaysia semakin mahal

30 Jika pengaangguran dan defisit imbangan pembayaran berlaku serentak, maka kerajaan perlumengambil langkah yang berikut kecuali

A menurunkan kadar bunga pinjaman

B melaksanakan kuota import dan subsidi eksport

C menambah perbelaanjaan kerajaan dan mengurangkan cukai

D mengurangkan pinjaman kepada industri eksport dan penggantian import

E1

E2

E SA

ST

ST

0 Q0 Q1 Q2 Q3 Kuantiti

AD

AD

S

S

SA

P0

P1

Page 9: STPM 2008 (Makroekonomi)

SULIT* 10

944/2*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

Bahagian B [30 markah]

Jawab lima soalan sahaja. Anda dinasihati supaya menguntukkan masa selama 50 minit bagi menjawabbahagian ini.

1 a) Jelaskan maksud kadar pengangguran. [2]

b) Pertumbuhan ekonomi tidak semestinya mengurangkan jumlah pengangguran. Jelaskanpernyataan ini. [4]

2 Jelaskan sama ada urus niaga yang berikut diambil kira dalam penghitungan pendapatannegara.

a) Seorang peniaga menjual sebuah bangunan yang dimilikinya kepada seorang pembelidan kemudian menyimpan wang hasil jualan tersebut di sebuah bank untuk mendapatfaedah. [2]

b) Seorang broker menjual saham sebuah syarikat bernilai RM 1 juta dan memperolehkomisen sebanyak RM 5 000. [2]

c) Puan X membeli sebuah kereta baru, dan beliau telah menjual kereta lama sebagai nilaitukar beli (trade–in). [2]

3 a) Apakah perbezaan antara Keluaran Negara Kasar nominal dengan Keluaran NegaraKasar benar ? [2]

b) Apakah yang dimaksudkan dengan pertumbuhan ekonomi ? jelaskan mengapa KeluaranNegara Kasar benar lebih sesuai digunakan untuk mengukur pertumbuhan ekonomi ? [4]

4 Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan kesan perubahan yang berikut terhadap keseimbanganpendapatan negara.

a) Penurunan kadar cukai pendapatan [3]

b) Penurunan perbelanjaan kerajaan [3]

5 Huraikan bagaimana fungsi wang dapat mengatasi kelemahan sistem barter. [6]

6 Jelaskan bagaimana kenaikan nisbah rizab berkanun dapat mempengaruhi kegiatan ekonomi. [6]

7 Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan tarif terhadap kuantiti import,pengeluaran domestik dan imbangan perdagangan bagi negara yang mengenakan tarif. [6]

Page 10: STPM 2008 (Makroekonomi)

SULIT* 11

944/2*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

8 a) Apakah yang dimaksudkan dengan pembangunan ekonomi ? jelaskan petunjuk yangdigunakan untuk mengukur pembangunan ekonomi. [2]

b) Jelaskan perubahan yang berlaku dalam sesebuah negara yang mengalami pembangunanekonomi yang pesat [2]

c) Jadual di bawah menunjukkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)benar dan KDNK per kapita pada tahun 2005.

Negara Pertumbuhan KDNK benar (%) KDNK per kapita (US$)

China 9.0 1 411

Malaysia 5.0 4 930

Singapura 3.0 26 481

Berdasarkan jadual di atas, China dikatakan mengalami tingkat pembangunan ekonomiyang paling pesat berbanding dengan Malaysia dan Singapura. Jelaskan pernyataan ini. [2]

Bahagian C [20 markah]

Jawab dua soalan sahaja. Anda dinasihati supaya menguntukkan masa selama 35 minit bagi menjawabbahagian ini.

9 Huraikan lima masalah menggunakan data pendapatan perkapita untuk membandingkan tarafhidup antara dua negara. [10]

10 a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengganda ? dengan menggunakan contoh berangka,jelaskan faktor yang menentukan saiz pengganda dalam sebuah ekonomi dua sektor. [4]

b) Dengan menggunakan jadual, huraikan proses penggandaan yang berlaku apabilapelaburan meningkat. [6]

11 a) Dengan menggunakan gambar rajah permintaan agregat–penawaran agregat (AD–AS),jelaskan maksud inflasi tolakan kos. [4]

b) Jelaskan tiga cara untuk mengurangkan inflasi tolakan kos [6]

12 a) Jelaskan empat jenis sekatan yang digunakan oleh kerajaaan untuk mengurangkanimport. [6]

b) Jelaskan mengapa kerajaan mengenakan tarif terhadap sesuatu barang import danmemberikan subsidi kepada pengeluar tempatan. [4]

Page 11: STPM 2008 (Makroekonomi)

SULIT* 12

944/2*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

Bahagian D [20 markah]

Jawab dua soalan sahaja. Anda dinasihati supaya menguntukkan masa selama 35 minit bagi menjawabbahagian ini.

13 Jadual di bawah menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mengikut punca kegiatanekonomi dari tahun 2004 hingga tahun 2006 pada harga benar tahun 1987.

Butiran 2004(RM juta)

2005(RM juta)

2006(RM juta)

Pertanian, perhutanan dan perikanan 21 137 22 142 23 245

Perlombongan dan kuari 17 372 17 632 18 453

Pembuatan 78 558 82 302 86 295

Pembinaan 7 248 7 168 7 380

Perkhidmatan 142 849 151 144 160 297

(–) Bayaran perkhidmatan bank yang dikenakan 23 205 24 121 25 066

(+) Cukai import 4 995 5 128 5 140

KDNK pada harga pasaran 248 954 261 395 275 744

Jumlah penduduk (juta orang) 25.58 26.13 26.64

a) Mengapakah nilai pendapatan negara dihitung mengikut harga tetap ? [2]

b) Hitung peratusan sumbangan sektor utama dan sektor kedua kepada jumlah KDNK bagitahun 2005 dan tahun 2006. [2]

c) Hitung kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tahun 2005 dan tahun 2006. [2]

d) Hitung KDNK benar per kapita dari tahun 2004 hingga tahun 2006, dan jelaskan arahalirannya. [2]

e) Jelaskan dua kegunaan data pendapatan negara berdasarkan kaedah keluaran. [2]

Page 12: STPM 2008 (Makroekonomi)

SULIT* 13

944/2*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

14 Sebuah bank perdagangan menerima deposit baru sebanyak RM 40 000 dan diandaikan bahawanisbah rizab ialah 20%

a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengganda wang ? Hitung pengganda wang banktersebut.

[2]

b) Dengan andaian bahawa rizab lebihan adalah sifar, tunjukkan kunci kira–kira bankperdagangan tersebut selepas aktiviti pinjaman dilakukan.

[2]

c) Hitung jumlah pinjaman yang dapat dicipta setelah tiga peringkat proses penciptaankredit berlaku.

[2]

d) Hitung tambahan bekalan wang yang dapat diwujudkan oleh ekonomi itu. [1]

e) Andaikan bahawa bank pusat melaksanaakan dasar mengurangkan nisbah rizab kepada10% untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi yang berada dalam perangkapkecairan.

i. Hitung tambahan pinjaman yang dapat diwujudkan oleh bank perdagangan itu. [1]

ii. Jelaskaan sama ada dasar ini akan berjaya mengatasi kemelesetan ekonomi. [2]

15 a) Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga buruh dan guna tenaga ? [2]

b) Jadual di bawah menunjukkan guna tenaga, tenaga buruh dan penduduk mengikut sektordi Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2005.

TahunSektor Guna tenaga

(000)Tenaga buruh

(000)Penduduk

(000)Pertama Kedua Ketiga

2001 1 529.8 3 004.2 5 001.0 9 535.0 9 892.1 24 013

2002 1 452.0 2 974.0 5 116.8 9 542.6 9 886.2 24 527

2003 1 437.7 3 073.5 5 358.6 9 869.7 10 239.6 25 048

2004 1 487.3 2 913.8 5 578.3 9 979.5 10 346.2 25 581

2005 1 506.5 2 893.7 5 645.2 10 045.4 10 413.4 26 128

i Hitung kadar pengangguran bagi tahun 2003 hingga tahun 2005. Jelaskan sama adaMalaysia mencapai guna tenaga penuh. [3]

ii. Hitung peratusan guna tenaga dalam setiap sektor bagi tahun 2001 dan tahun 2005. [3]

iii. Jelaskan pola penggunaan guna tenaga bagi ketiga–tiga sektor bagi tahun 2001 dantahun 2005. [2]

Page 13: STPM 2008 (Makroekonomi)

SULIT* 14

944/2*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

16 Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran Ringgit Malaysia (RM) terhadap 100 unit DolarSingapura dan Peso Filipina serta eksport bersih Malaysia ke Singapura dan Filipina dari tahun 2001hingga tahun 2004.

Tahun Dolar Singapura(100 unit)

Peso Filipina(100 unit)

Eksport bersih Malaysia (RM juta)

Ke Singapura Ke Filipina

2001 216.86 7.36 21 291 −2 095

2002 218.87 7.15 24 284 −4 794

2003 223.42 6.84 25 503 −6 376

2004 232.58 6.77 27 699 −3 348

a) i. Apakah yang dimaksudkan dengan eksport bersih ? [1]

ii. Hitung nilai eksport bersih Malaysia ke Filipina dalam nilai Peso Filipina padatahun 2003 dan tahun 2004. [1]

iii. Hitung nilai eksport bersih Malaysia ke Singapura dalam nilai Dolar Singapurapada tahun 2003 dan tahun 2004. [1]

b) Jelaskan kedudukan nilai Ringgit Malaysia berbanding dengan Dolar Singapura dan PesoFilipina dari tahun 2001 hingga tahun 2004. [2]

c) Jelaskan hubungan antara eksport bersih dengan kadar pertukaran Ringgit Malaysiaterhadap

i. Peso Filipina

ii. Dolar Singapura

Adakah hubungan ini selaras dengan teori ekonomi ? [3]

d) Hitung kadar perubahan nilai satu Ringgit Malaysia dalam nilai Peso Filipina pada tahun2004 [2]